Thursday, July 16, 2009

TRAVELLING AND GRUMBLING

Am travelling again. Tomorrow. Going back to Terengganu. As usual when weekend comes.




But tomorrow am travelling via AirAsia. Not MAS.





Pemandangan ni mokcik tangkap dalam perjalanan ke Limbang. Mokcik perasan awan akan berkumpul atas bahagian darat sahaja..Atas bahagian laut, tak pula berawan. Jika diamati, awan akan terbentuk mengikut struktur rupabumi bahagian daratan..macam dalam gambar kat atas ni...kalau daratan terbahagi oleh air kat muara tu, begitu juga bentuk awan kat atasnya.







Kenapa ek? Am sure masa belajar geografi dulu ada pelajari benda nie...tapi either masa cikgu ajar tu mokcik tengah tidur2 ayam, ataupun tak hadir kelas hehehe.




Hujung bulan ini mokcik sepatutnya pergi kursus. Dekat ajer..kat Bandar Baru Bangi. Tup-tup pagi tadi boss arahkan mokcik menyertai persidangan bagi salah satu lagi bahagian jabatan kami. Jauh tu...kat Belum Rainforest..haiyooo...masuk hutan la nampak gayanya mokcik nie. So, kensel gi kursus. Bagi kat budak2 baru join boss kata...huhuhu...



Tadi pun baru wakili boss pergi mesyuarat. Wah mentang2 la bukan big boss yang pengerusikan mesyuarat ni, semua bosses pun hantar wakil2 sajork. Nasib juga yang mempengerusikannya boss yang straight to the point..makanya mesyuarat pun tamat awal. Mula pukul 2.15 pukul 3 dah abesss.

Balik opis, perut dah mula grumbling. Tak makan nasi sejak dua hari lepas. Asyik makan mee goreng dan biskut sajork. Silapnya pagi ini minum susu dutchlady perisa strawberry...ha..mana perut tak grumbling...hehehe.. jangan meragam pulak lepas ni dah la.



Tiba-tiba ajer terasa nak titon pulak. Sambil menghadap pc ni pun tersenguk2..time balik lambat lagik sebab mokcik pilih masuk kerja pukul 8.30 pagi. huhuhu...sabor jer la...

4 comments:

  1. mak cik,

    ummi ini baliknya pukul 9 malam nanti aduhai letih sungguh

    mak cik balik pukul 5.30 ke?

    ummi balik mak cik dah titun agaknya ye :)

    ReplyDelete
  2. mok cik..amik gambar langit dan awan banyak2 bagi aku..
    aku sangat obses pada awan makcik~

    ReplyDelete
  3. azwa

    selamat terbang ke KT

    Belum Rainforest tu di Perak kan. Memang cantik, nak masuk kena dapat permit tau so enjoy the forest okes..

    ReplyDelete
  4. Ummi,

    Kesiannya..cikgu balik pukul 9 mokcik memang dah nak tido dah huhuhu

    Jadual memang balik pukul 5.30 tapi biasanya balik lepas maghrib kecuali hari jumaat hehehee sebab mokcik kena bergegas ke erl station.

    Zara,

    Wah cikgu zara suker awan ek...okes...nanti mokcik ambik gambor banyak2..

    Zar,

    Tengkiu.

    Hutan Belum mesti zar dah pi teroka kan..i hope i will enjoy it there..dengar khabar banyak pacat huhuhu. Dunno why this division wants to have their conference there. But my hubby kata seronok pi sana dan banyak la lukisan2 dia based on the view there..

    ReplyDelete