Monday, July 20, 2009

BIBIK DAH LARI

Bibik kawan merangkap landlady mokcik dah melarikan diri bersama jantan semalam!

Semalam mokcik tiba di rumah dalam pukul 12 malam. Seperti biasa mokcik keluarkan kunci rumah...tiba2 mokcik terkejut melihat pintu grill rumah. Aik...sejak bila pulak grill ni bermangga pulak? Terdengar dari dalam orang membuka pintu. Mokcik expect to see Bibik.. yang datang membuka pintu ialah ibu kepada rakan mokcik. Sekadar berbasa basi dengan siibu, mokcik terus ke dapur simpan keropok lekor dalam peti sejuk dan terus naik ke atas.
Awal pagi esoknya, mokcik pun pelik melihat rakan mokcik sedang menyiap2kan anak2nya untuk ke sekolah. Kedengaran dia tengah berbual dengan seorang lagi rakan yang baru sampai subuh tadi dari Penang. Mokcik yang sedang berkemas2 dalam bilik tiba2 terkejut melihat sebentuk cincin dalam bekas mekap mokcik...cincin lelaki pulak tu. Mokcik ambil cincin tersebut dan bawa ke ruang tamu dimana kedua rakan sedang berbual2.
Masing2 tercengang bila mokcik tunjukkan cincin tersebut. Sebabnya kat rumah rakan mokcik tu takde orang lelaki (kecuali anak2 lelaki rakan tadi yang kedua2nya baru berumur bawah 10 tahun) dan mokcik pun sangat pasti cincin itu tidak ada sebelum ini dalam bekas mekap tersebut.
"Mana bibik?" Soal mokcik
"Laa..u pun tak tahu? u balik bila?" Tanya rakan dari Penang.
"Bibik dah lari semalam. Sebaik sahaja mak saya sampai, anak2 beritahu bibik lari keluar ikut pintu dapur." Citer landlady mokcik.
Astaghfirullahilazim...sungguh tak sangka pulak. Sebabnya setahu mokcik bibik ni ada suami dan dua orang anak di Indonesia sana. Baru2 ini cerita rakan dari Penang, bibik ada meminjam telefonnya. Katanya untuk menelefon suaminya...tapi sembunyi2 berbual dan tak mahu landlady tahu. Sebelum mokcik balik kampung hari jumaat lepas pun dia ada mengatakan dia cuba menelefon suaminya tapi enggak dapat katanya.
Tak tahu nak cakap apa dah. Dah la kawan mokcik memang dah janji nak bagi dia balik masa cuti sekolah nanti dan wang gajinya memang disimpan oleh kawan mokcik tu untuk dibawa balik ke Indon kelak. Larinya pulak sehelai sepinggang sajork sebab barang2nya tak diusik pun. Rasanya ini mesti kes lari ikut jantan nie...tengok lah sehari dua lagi kut2 dia akan balik ke rumah semula.
Sebab itu lah rakan mokcik tukar kunci baru, takut kut2 bibik itu berpakat dengan rakan lelakinya untuk merompak ke apa ker ke rumahnya nanti.
Terus tawar hati mokcik nak cari maid huhuhuhu

4 comments:

  1. kan mak cik dah bagitahu awal-awal

    ni yang mak cik takut sangat, selepas rumah mak cik kena masuk pencuri dan pencurinya adalah orang indon, mak cik memang takut sungguh :(

    so tak payah le mok cik ye ambil maid :(

    ReplyDelete
  2. en_me,

    memang kesian..nasib baik dia tak lari tinggalkan budak2 tu kat rumah sendiri2.

    Ummi,

    Betul tu..ini maid yg dah kerja bertahun2 dengan kawan tu..

    memang tawar hati dah amik maid nie..huhuhu

    dan kami semua kena berhati2 la takut2 rumah kena masuk perompak pulak.

    ReplyDelete