Tuesday, November 24, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum semua.

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua kenkawan. Mokcik akan mula bercuti mulai esok. Akan kembali bersiaran pada 30 November, insyaAllah.

Kepada semua, selamat berhari raya korban...ada sapa2 buat korban tahun nie? FIL mokcik join jemaah kat kampung berkorban kat nun Kemboja sana. Dia tak la gi sama tapi kira yakin la ianya akan sampai ke matlamatnya memandangkan wakil2 jemaah akan pergi sendiri ke sana untuk melakukan ibadah korban tersebut. Mereka buat camni untuk elakkan penyelewengan pihak2 yang suka mengambil kesempatan.

Kepada yang melakukan ibadah korban, semoga ianya diterima Allah SWT.

Jumpa lagi di minggu depan...daaa...

Wassalam.

Monday, November 23, 2009

GARA-GARA HUJAN NON STOP

Assalamualaikum.

Jumaat lepas mokcik balik ke KT. Cuaca disana memang mendung dan hujan sepanjang hari yang sekejap lebat, sekejap renyai2 disertai dengan angin kencang.

Untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan anak big boss kami, hari ahad iaitu semalam mokcik balik awal ke Putrajaya. Jam 11.30 mokcik selamat sampai di Putrajaya. Kebetulan adik mokcik juga terbang ke sini atas urusan majlis graduasi cikgu2 J-Qaf, Kursus Dalam Cuti etc. Mokcik balik dari kenduri kawen tu jam 7.30 malam. Mokcik dan adik tak dinner la kononnya nak tunggu cik abe dan 4 orang anak datang dari KT. Mereka dijangka tiba jam 11 malam di Putrajaya Sentral. Dalam pukul 9, cik abe called. Katanya sebab hujan lebat, kapal terbang MAS tak bleh nak landing, so terpaksa balik ke KLIA. Mereka dijangka bertolak jam 11.30 malam pulak.

Sempat la mokcik melelapkan mata sokojap. Around 12.30 am, cik abe called katakan dah sampai KLIA. By then, erl services dah tamat untuk hari itu. Cik abe pun cadangkan ambil teksi sahaja. Tak lama kemudian dia call semula;

"Kat kaunter ni kata, sebab ada lima orang dia suruh ambil dua teksi. Kalau tak pun ambik van, tambang RM249.00"

"Aik, kan dua orang tu kanak-kanak jer. Takkan satu teksi tak muat?"

"Itu kata kita, dia kata macam tu."

"Hmnn...tak per la. Abang tunggu kat airport, nanti saya datang ambil."

Kebetulan adik ada, jadi berani ler mokcik driving ke KLIA waktu pagi2 buta tu. Tapi save banyak ler daripada kena bayar RM249...ayoyo...So pagi ni memang kepala agak ting tong sikit sampai solat subuh pun hampir terlalai...alahaiii. Tambahan pulak, pagi ni mokcik kena sertai bengkel kat Mahkamah Syariah POJ. Mokcik decided untuk makan lima kapsul 4life Transfer Factor Advanced Formula. Alhamdulillah dalam sesi bengkel tadi berjaya juga menyumbangkan idea2 untuk memperbaiki dan memantapkan lagi manual yang dicadangkan oleh mereka.

By 2 pm tadi, perasaan mengantuk memang menguasai huhuhu...tapi mokcik gagahkan juga diri membuka mata hehehe. Lepas solat zuhur, baru la rasa segar sikit. Kena siapkan kerja sebelum bercuti Raya Haji mulai 25 November nie..

ok..daaa...gotta go sambung my work uolsss...wassalam.

Friday, November 20, 2009

BERITA GUMBIRA YANG BIASA-BIASA SAHAJA



Assalamualaikum kenkawan,


Tengah buat posting semalam, ternampak mesej.."u got mail". Bila disemak, ropenya itinery tiket untuk balik ke Sabah bulan disember nanti. Alhamdulillah...mudah sahaja urusannya..takde apa-apa persoalan ditanya. Bos yang meluluskan cuti mokcik pun sepatah pun tak cakap apa-apa. Pengalaman sebelum ini, setiap kali mokcik memohon untuk tambang percuma balik ke wilayah asal, mesti ada sahaja songehnya. Cuma satu sahaja yang setakat ini bos-bos tak pernah persoalkan...iaitu bila mokcik minta cuti sebulan! Yer la, tambang nak balik ke wilayah asal bukannya sedikit...boleh buat down payment beli kereta, malah boleh beli satu kancil second hand. Abih tu takkan nak baliknya sehari dua kan...sungguh tak berbaloi...





Tapi kali ini, mokcik cuma amik cuti 15 hari sajork...campur cuti hujung minggu dan cuti umum...jadi la tiga minggu. Yang lucunya, kali ini dia beri tiket untuk mokcik dan suami kelas bisnes, sementara anak2 kelas ekonomi. Camno nak atur tu?





Oh ya, semalam mokcik akhirnya berjaya membuka akaun dengan CIMB Islamic. Sejak beberapa bulan lepas nak buka masa di KT, asyik tertangguh sajork. Bila pi sana, ramainya umat nak buka akaun (agaknya nak mengejar peluang nak dapat hadiah tu kan.) Pehtu, macam2 la dia nak, nak salinan ic la, lesen la..sampai satu kali tu buka akaun tak dapat tapi kereta kena saman kerana park depan bank. Kat KT masalah parking memang lumrah..huhuhu..






So, semalam, mokcik pun berpusing la mencari parking. Very the easy, sebab memang ada parking lot disediakan...cumanya parking tu kat seberang jalan bertentangan dengan CIMB dan BSN cawangan Putrajaya. Ok sajork, mokcik takde masalah berjalan kaki nie kecuali masa hujan lorrr. Masuk sajork dalam bank CIMB tu, wah, very the friendly environment. Mokcik kabor nak buka akaun baru, dia beri borang dan tanya sama ada alamat sama tak dgn yang dalam ic. Borangnya very the sempoi, tak banyak mende pun isi. Pehtu tak minta pun salinan ic ker lesen ker. Dia nak yang ori. Sokojap sajork, dah siappp...alhamdulillah.






Mokcik rasa teruja la juga sebab ada satu bank tu, mokcik nak buka akaun, dah isi borang segala mak nenek, bila kat kaunter, sekali tengok kat ic mokcik terus dia kata..





"Kami tak boleh buka akaun cik kat sini. Cik kena buka kat negeri asal."





Gila ngko..takkan mokcik nak balik Sabah semata-mata nak buka akaun kansss.."Tapi saya kerja kat sini."




" Cik kena minta surat pengesahan yang cik berkerja kat negeri ni."






huhuhuhu.. balik pada citer buka buku akaun tadi...seperti biasa kena tukar pasword kans..







Lepas tukar pasword mokcik pun balik ofis dan kali ni pekena nasi kukus ayam berempah...hmnn not bad... sebab gerai yang ni baru beroperasi kat kantin pejabat mokcik.





Nasi Kukus Ayam Berempah..kredit kat SINI


Asyik pekena nasi kandar sajork, sesekali mencicip hidangan lain la pulak kan. Lagipun gerai nasi kandar semalam tutup ler pulakss...memang sedaps ler menambah kalori ditambah pulaks dengan minuman Coconut Shake hmnnn...





Coconut Shake kredit di SINI

Ok lah nak sambung kerja pulak...daaa...

Wasalam.

Thursday, November 19, 2009

MENCARI PENYELESAIAN

Assalamualaikum semua.


Semalam seawal jam 8.30 malam, mokcik buat panggilan ke hp cik abe. Cik abe tengah suapkan anak dara dua orang makan malam. Power rangers lain katanya tengah menghadap tv. Dengar saja mokcik menelefon, Hadi akan conquer telefon. Ntah apa butir dia celotehkan tak faham la mokcik, kecuali tiga perkataan.. "umi", "abah" dan "adi"...tapi sekurang2nya mendengar suara dia pun dah cukup untuk mengubat kerinduan padanya.


Dalam perbualan telefon, baik cik abe mahupun mokcik sengaja tak bercakap tentang pertukaran cik abe yang tak berjaya tu. Mokcik tak mahu rosakkan mood dia. Perbincangan tentang perkara ni sesuai dibincangkan bila face to face, mata bertentang mata sambil mokcik boleh membelai rambut cik abe hahahaha...


Memandangkan mokcik dok sensorang, dan minggu ni agak relaks sikit takde nak berkampung kat pejabat sampai larut malam, rakan 'setinggarden' kat rumah pulak outstation ke Taiping...maka terkebil2 le mokcik dok memikirkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Kat rumah mokcik ni, dapur pun takde lagi, tv pun takde...baca majalah jer la sambil menunggu mata terlelap. Sempat juga cik abe pesan, jangan lupa baca 5 ayat pertama, ayat 255 dan 3 ayat terakhir Surah Al Baqarah katanya.


Alhamdulillah, setakat ni tidur mokcik tetap lena tapi lampu depan, sisi dan belakang rumah memang sentiasa kena pasang. Kawasan perumahan mokcik ni kawasan baru, jadi agak sunyi, sebab perumahan bersebelahan belum dibuka lagi. Pihak polis pun sering buat rondaan, so rasa selamat la sikit.


ooo ada berita agak menggumbirakan baru diterima...kena ada tindakan susulan...byeeee
wassalam.

Wednesday, November 18, 2009

DALAM DILEMA

Permohonan pertukaran cik abe antara daerah tidak diluluskan!

Initially, cik abe nak minta tukar antara daerah sahaja dulu memandangkan hujung tahun ini, insyaAllah kami akan berpindah ke rumah baru dan anak sulung akan menghadapi PMR tahun depan. Urusan pindah randah kalau boleh boleh tak mahu la mengganggu konsentrasi Usop. Lagipun, di sekolahnya sekarang setakat ini Usop menunjukkan perkembangan yang baik dan cikgu2 pun memang sayang la kat dia nie. Kalau pindah Putrajaya, dia terpaksa nak menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, kawan2 baru serta cikgu yang baru.

Memandangkan permohonan cik abe tak berjaya, terpaksalah kami tukar plan baru. MIL cadangkan lebih elok anak2 semua duduk kat Terengganu. Kalau ada apa2 masalah ker, senang mereka nak pi menjenguk, membantu apa yang patut. Tambahan pulak mudah bagi mokcik nak berulang alik antara KL-KT kalau berseorangan.

Tapi mokcik rasa simpati jugak kat cik abe. Dia tertekan kerana jarak sekolah yang agak jauh memerlukan dia keluar selewat2nya jam 6.30 pagi. Dan kalau ada aktiviti sekolah, jam 6.30 petang baru dia boleh bergerak dari sekolah. Nak menguruskan anak2 bangun pagi memang satu kesulitan terutamanya yang anak dara dua orang tu. Anak kecil biasalah ada masanya karenah mereka menyebabkan kita naik angin..balik sekolah pulak kena siapkan makan minum anak2.

Mokcik tak kesah nak bawa anak2 ke Putrajaya, kecuali Usop yang memilih untuk terus stay di KT sekurang2nya sehingga habis PMR. Tapi itu bermakna, mokcik kena ambik maid dan satu masalah pulak sapa nak hantar budak2 pi sekolah kalau mokcik pi outstation.

Mokcik cadangkan pada cik abe, tahun depan nie ambil cuti tanpa gaji sehingga permohonan pertukaran dibuka semula. Itu pun kalau boleh dapat, sebab ada seorang kawan dah mengeluh isterinya nak minta tukar ke Putrajaya tak dapat. Pening dibuatnya, kata kawan tu. Bila dirayu ke Jabatan Pendidikan, jawapan standard mereka.."oo itu perkara biasa la tu, suami kat Terengganu, isteri di Kuantan".

Tengah fikir plan lain pulak untuk mengatasi masalah ini...

Friday, November 13, 2009

TUKAR PC BARU

Hari ini masa kami tengah mesyuarat, orang datang tukar pc baru. Pc baru ni diorder untuk pegawai baru tetapi, bos kata, pc baru bagi senior..yang kami pakai beri pada pegawai baru. Makanya dapat la pc baru yang baru pad kami. bezanya tak banyak pun cuma lebih lebar dan lebih laju dari yang lama.

Nak amik gambar, kamera pulak buat hal. Amik gambar dengan hp, card reader pulak hal...huhuhu...nanti la mokcik kasi upoload gambar2 tu wokay.


Semalam mokcik outstation ke JB. Lepas kes, berjanji2an berjumpa dengan rakan lama. Dia bawa mokcik gi makan kat satu gerai yang biasa2 ajer, tapi kira ok juga la. Nama gerai pun mokcik lupa nak tengok...Dia orderkan mokcik Mee REbus Tulang...ngkau....wow terangkat...hehehe. Boleh tahan rasanya...hingga lupa nak tangkap gambar makanan...hahaha...though kuahnya agak pekat tapi memang berasa la. Tak bleh nak bandingkan dengan Mee Rebus Ramli...masing2 ada kelebihan yang tersendiri...thumbs up!


Mee Rebus Tulang kredit kat sini

Dalam gambar ni tak nampak tulang, tapi yang mokcik makan tu siap ada dua ketul tulang dengan straw untuk hisap isi tulang tu..slurrpppp...kolestrol naik pun tak dihirau dah. Tapi tak per lepas tu minum lemon teh panas...hehehehe






Tuesday, November 10, 2009

CITER PASAL RUMAH LA PULAK

Dah lama tak citer pasal rumah yang proses pembinaan di kampung kan.



Pembinaan tersebut tergendala sebentar akibat cik abe melancarkan 'mogok' sebaik sajork mokcik diarahkan berpindah ke Putrajaya bulan mei lepas huhuhuhu... Selepas raya tempohari, pembinaan sudah bermula kembali dan kini hampir siap sepenuhnya. Pemasangan tiles di ruang tamu tergendala kerana tiles sudah dibeli, tukang pasangnya pulak masuk hospital kena demam denggi...Peringkat akhir kini, tinggal tiles, penghadang tangga dan berandah sajork yang perlu disiapkan.
Jom lihat perkembangan....







Sebelum...



selepas...


terkini...


tangga di ruang tamu



ruang tamu sebelum..




ruang tamu terkini..paduan kaler hijau









ruang tamu - pemandangan dari tangga



dapur basah sebelum









penandangan dari pulau dapur kering ke dapur basah..dapur kering paduan kaler biru blue lagoon dgn biru lembut




Salah satu bilik tidur..light purple katanya


Hopefully before Raya Haji boleh dah pindah rumah nie...harapnya tukang pasang tiles dan tukang pasang tangga/berandah akan free by next week huhuhu...doa2kan ya.

Monday, November 9, 2009

PENAT TAPI BERBALOI

Salam semuaaa...kabare??

Lama mokcik tak sempat mengapdet blog nie. Sepanjang minggu lepas mokcik memerah otak dan tenaga menyediakan hujahan untuk satu kes melibatkan tuntutan RM1 juta terhadap gomen. Alhamdulillah dengan bantuan kepakaran dari Jabatan berkenaan yang kena saman itu, dan setelah berkampung sehingga larut malam di pejabat, semalam kami berjaya finalised kan hujahan tersebut. Sebaik selesai menyediakan hujahan tersebut, jam 11 malam semalam, mokcik sambung menelaah untuk kes pagi ini pula. Berusaha memahami isu2 dan mencari nas2 menyokong pendirian jabatan. Jam 12 malam baru kami balik ke rumah.

Jika jam 12 itu dirasakan lewat, mokcik bersyukur kerana boleh balik pada jam 12 tersebut. Masa mokcik balik masih ramai pegawai2 yang belum balik dan berusaha keras menyiapkan nas dan ikatan otoriti masing2.

Pagi tadi ke POJ dengan perasaan gementar juga. Terasa masih kekurangan persediaan. Kalau kena marah dengan mereka2 kat atas tu mesti rasa bengang jugak..maklumlah penuh juga kamar mahkamah hari ni dengan peguam2. Mokcik berdoa banyak2, kalau kalah pun sekurang2nya tak kena marah pun dah cukup baik.

Alhamdulillah..Allah Maha Mendengar dan Mengasihani. Koram hari ini baik2 belaka. Siap boleh bergurau senda lagi. Semua orang speaking omputih, tapi mokcik selamba sajork berhujah dalam Bahasa Malaysia. Biarlah orang kata 'tak standard' atau 'sound silly when speaking in Malay' yang penting........Mokcik menangggg...Memang syukur sangat2.

Balik pejabat, mokcik dan kawan2 pi rehat2kan otak kat kantin. Pekena nasi kandar yang yummlicious...sejak minggu lepas dok asyik makan nasi kandar...hahaha...mokcik pun dah start menambah berat semula ahaksss..Yang tak aci tu kawan mokcik tu tetap menten kurus melidi walaupun membantai makan breakfast, lunch dan dinner yang heavy2...huhuhu

Sudah masuk asar. Mata mokcik kian layu...perasaan penat mula menyerang, tapi mokcik tak kisah sangat. Walaupun penat tapi berbaloi... zzzzzzzz

Tuesday, November 3, 2009

MY STEPMOM'S LOVE AFFAIR



My stepmom has changed a lot nowadays. She's a different person altogether. She looks more beautiful, her skin glowed, even the way she talks also different. She's no more the sulky, always on the negative side kind of person she used to be. Talking to her, i cant help but think, "what would dad have think about her personality now? And would it have changed the way he treated her?"

I found out from Mom that my stepmom, whom i called Aunty is having an affair! And she's so engrossed in this affair that it changed her totally. While talking to her, i realised that she doesnt dwell on the past so much anymore. Sebelum ini kalau berbual dengannya tidak dapat tidak apa yang terlintas di fikiran adalah, "Bilalah nak habis cerita sedih yang diulang2 ini." Kini, cara dia berkata2 adalah penuh semangat, penuh keceriaan dan sarat dengan keinsafan. Wow, am impressed. Who would ever thought, my stepmom, would ever talk in that way.

What makes me happy is that the environment in their house also changed. Before you can sense the subtle hostility between mom and daughter. Aunty also has not a very good relationship with her son. All because, according to my sister (Aunty's daughter), she cant stand they way aunty talked about her personal family life to other people.

"Now i understand why dad cant stand her. if only she's like your mom." She lamented one day.

Am so eager to know, what kind of affair she's having that totally changed her. The interesting part is that, the changes in her makes you love her more. So, when i stopped by to visit her last thursday i found out all about her affair, how it started and how it changed her.

I remember a few years back, aunty told me she's joining DCL . I can relate to her becoz during that time am also taking nu'age and bidadari. My mom and brother who's a religious Gano followers cannot be persuaded to join her. The reason why they taking Gano becoz it has been proven to help them eased their hypertension and 'sakit-sakit sendi' problem.

Well, needless to say, aunty religiously take nu'age, bidadari and Q'she. Aunty juga bermurah hati mendermakan produk2 DCL kepada kawan2 yang diketahui mengalami macam2 masalah kesihatan untuk membuktikan keberkesanan produk tersebut. Dalam tempoh beberapa bulan selepas dia mengadakan 'affair' dengan produk2 DCL, kesan produk2 tersebut telah dikesani oleh kawan2 dan ahli keluarga dekat dan jauh. Setiap kali aunty bertandang ke kampung keluarga jauh dan dekat, perkara pertama akan ditegur oleh mereka adalah berkenaan kulit mukanya yang tidak menunjukkan kedutan, malah kian halus ( memangnya kulit wajah aunty semulajadi licin, cuma sebelum ini ada tompok hitam yang biasanya muncul kepada wanita2 yang mengamalkan pil perancang. Tompok hitam tersebut kini telah hilang!).

"Dengan mengamalkan produk2 ini, di sini, dan di sini macam kembali jadi anak dara *oopsss* toooooooooot"


Q She


Nu' Age





Bidadari



Kami berdua tergelak. "kamu pun faham apa maksud saya kan." kata my aunty...haahaha..
Jangan tak tahu, affair dia ni memang dah peringkat serius. Dia bercita2 mencapai tahap jutawan tak lama lagi. Dan yang lebih membanggakan satu kampung bersedia menyokong dia untuk mencapai tahap jutawan. Masing2 teruja melihat perubahan pada aunty .

Mokcik suka melihat perubahan pada aunty. Paling gembira bila mendengar dia berkata "saya selalu mendoakan agar arwah bapa dirahmati dan dimasukkan dalam golongan orang2 yang beriman." Sebelum ini, yang selalu keluar dari mulutnya adalah keluhan tentang ketidakadilan giliran. Alhamdulillah, perubahan kearah positif ini selain telah menceriakan keluarga aunty juga mendatangkan hasil lumayan yang berbaloi2...


Monday, November 2, 2009

A FRUITFUL AFFAIR

Sometimes it pays to have an affair!

Provided the affair is not against the law...hehehe..

Well, selepas kes di Sandakan, mokcik meminta keizinan boss untuk menukar sektor penerbangan dari SDK-KUL ke BKI-KUL. Mokcik ambil dua hari cuti rehat. Mokcik juga berjaya, dengan izin Allah menukar flight 7 malam ke pukul 2 petang SDK-KK. Sekitar jam 3 petang mokcik selamat tiba di KK dan terus menuju ke tempat kerja lama. Berjumpa kawan2.

Soalan lazim mereka..."Puan pakai produk apa? Puan bukan bertambah tua, tapi nampak makin muda!"

wkakaka...

"Tengok bah si puan...slim kau puan. Apa rahsia puan? tengok la kami semua mengembang, tapi puan makin kecik."

wakaka...agaknya kalau bukan sebab hidung mokcik ni dah memang sedia kembang, bertambah2 la kembang agaknya hahahaha...

Macam mokcik katakan sebelum ini, selepas melahirkan anak ketiga, berat badan memang naik mencanak2. Series...masa tu berat mencapai 80 kg...from 59 kg before marriage.

Maka apakah rahsianya?

Sonang sajork jawapan mokcik.

"ooo..sanang bah itu. Cubalah duduk berjauhan dengan keluarga dan brisk walking dua kali setiap minggu atau kadang2 mungkin lebih. Tanpa disedari, berat badan mungkin masa sama, tapi somehow your body start to show some shape...hehehe"

Semua gelak mendengar jawapan mokcik. Mesti lah bah. Mereka ini la yang selalu menegur mokcik dulu supaya menjaga sikit penampilan mokcik yang from S to XXL hehehee. Sekarang sudah terbalik...though i havent reach the S size yet...hehehe.

One thing for sure...dont us be vain. Be happy with our size. As long as we are healthy. Mula2 dulu, mokcik memang mengeluh bila flight berhenti di pintu yang jauh ya amat nak berjalan kaki menujunya. Then, i learn a trick from those colleague of mine who used to travel a lot. Pakai sandal dan bawa bag pack...unless file are so thick have to bring along the james bond bag huhuhu.

Six months afterwards, all those brisk walking seems to have been showing result without me noticing them until other people pin point it to me. Nowadays, kalau flight berhenti di pintu jauh2 pun, mokcik tak merungut lagi dah. i guess it's the only time i can actually exercise without realising it.

So u see, it pays to have an affair...in my case my affair with MAS and Air Asia do have benefits...hehehehe

Next entry i'll talk about another affair...