Monday, December 28, 2009

KERJA DAN CUTI

Assalamualaikum kenkawan..

Tu dia noo...lama bebenor mokcik tak berkesempatan mengupdate rumah mokcik nie. Pejam celik pejam celik dekat sebulan tak dapek nak jenguk rumah nie. Di kampung sana talian tenet memang lebih slow daripada kura-kura. Tak kira la apa streamyx ker, berukban ker..sama sajork tahap kelajuannya iaitu slow giler tahap gaban. Mokcik ingat zaman dolu2 masa masih guna talian dail up lagik laju walaupun selalu putus2.

Anyway, semasa di kampung tempohari aktiviti harian kami selain daripada duduk2 di rumah adalah berjalan2 meronda2 serta menghadiri jemputan kenduri kawen sanak sedara, serta rakan taulan.

Boleh dikatakan cuti kali ini agak pendek sebab tiga minggu sajork. Selalunya mokcik ambik cuti sebulan terus. Kali ini agak istimewa kerana adik bongsu mokcik melangsungkan pertunangan dengan jejaka idamannya pada 14 Disember lepas. Alhamdulillah selepas beberapa kali hubungan terputus di tengah jalan, doa kami semoga kali ini berpanjangan jodoh adik mokcik. Nampaknya bulan Jun tahun depan kami akan balik lagi untuk majlis nikah dan kenduri kawennya, insyaAllah.

Pada 19 Disember pulak kami berkesempatan meraikan majlis perkahwinan bekas student cik abe dan mokcik sendiri...seronok gi majlis nie uolss.. teringat zaman muda2 masa baru berkenalan dengan cik abe hehehe...

Oleh kerana mokcik dalam bercuti2 pun sempat lagi ronda2 satu Malaysia seperti dalam posting terdahulu...maka pada 23 Disember tu kami menunaikan janji pada anak2 untuk berjalan2 ke Kolam Air Panas Poring, Ranau, Sabah.

Masa pergi baru suku jalan, Hadi muntah dua kali. Habis la baju mokcik basah lenjun dengan muntah dia. Sampai di satu kawasan dekat pekan Nabalu, baru la jumpa tempat untuk membersihkan muntah tersebut. Nama kawasan tu tak ingat, tapi ada sederetan gerai menjual kraftangan buatan tempatan. Kami meneruskan perjalanan ke Poring dan tiba di sana jam 11.30 pagi. Apa lagi makan time la dulu...dapat satu port yang cantek...yahuu..

Lepas makan kami pun mencari tempat nak mandi manda...nampaknya semua kolam pun agak penuh...makanya mokcik cadangkan pada cik abe ambik tempat mandi tertutup. Bayarannya untuk standard room...ada tandas dan dua kolam ( or more like a kolah) mandi kecik RM15 sejam. Mula2 nak ambik deluxe - RM20 sejam, tapi dah penuh dah. Standard pun standard laa...kami book untuk dua jam.

Yuhuuu...seronok juga mandi kat bilik tertutup nie...kami semua pakat berendam, dengan Hadi2 sekali masuk dalam kolah...cuma yang tak berapa best bagi yang suka nak berenang2 memang tak dapek la den nak menolong. Tapi kalau setakat nak berendam air panas memang best la sebab takde mata2 lain memandang dan tak perlu bersusah payah memikirkan soal nak bersalin pakaian.

On the way balik kami singgah di gerai pagi tadi...teruja sungguh melihat macam2 kraftangan buatan tempatan. Kami memborong tudung saji rotan, bakul rotan dan nyiru pada harga amat berpatutan....dapat la harga murah2 bila kita speaking bahasa tempatan kat Inan2 (makcik2) yang menjual di gerai tersebut.

Kami balik ke Terengganu pada 25 Disember...terus menuju rumah baru. Bestnya....masuk2 sajork, rumah dah kemas dah. Adik ipar mokcik bersusah payah bantu bersihkan dan angkut barang2 yang patut dari rumah sewa ke rumah baru. Katanya, kalau tak buat camtu, tak tentu lagi bila cik abe akan pindah katanya. Mokcik cuma senyum sajork...dorang tentu lagi arif tentang perangai abang sulung dorang tu kan kan kan...Apa pun mokcik berterima kasih bebanyak la pada adik2 ipar mokcik. Sepanjang ketiadaan kami, mereka tolong jaga dan bersihkan rumah. Kalau ada apa2 yang Tukang perlukan, mereka la yang pergi membelikan semua benda2 yang diperlukan ( of coz ongkosnya kami yang bayarkan hehehe). Pasang grill pun, adik ipar yang pasangkan...kebetulan salah sorang adik ipar memang tukang pasang grill...lagi la seronot...dapat harga istimewa gitu..

Part paling tak best sudah tentunya part nak mengangkat barang2 pindah dari rumah sewa ke rumah baru. Kami masih dalam proses angkut mengangkut...huhuhu...

Ok la...nanti mokcik sambung..gambar2 nanti i uploadkan kan wokay...ciao...

Thursday, December 17, 2009

BERSIARAN SEBENTAR, SALAM MAAL HIJRAH

Mokcik berkesempatan online sebaik sampai dari Kedah petang tadi.

Coti coti pun mokcik kena kerja uolss...jauh pulak perjalanan mokcik semalam...

BKI - SDK - BKI -KLIA- ALOR SETAR

Pagi2 buta pukul 3. 50 pagi mokcik bangun bersiap2 dan dihantar oleh cik abe ke airport untuk ke SDK. Pehtu dalam pukul 2 petang mokcik naik flight balik ke BKI. Pukul 4.30 naik flight ke KLIA. Sipi2 pukul 7.30 tiba di KLIA. Flight ke Alor Setar pukul 8 malam. Kebetulan flight delayed...makanya tersenguk2 mokcik menunggu di KLIA. Akhirnya tiba di Alor Setar jam 10 malam dan selamat tiba di hotel penginapan jam 10.30 malam. Sempat menonton dua episod Sex and The city 2..ntah apa2 citer nie. Lepas tepon cik abe, terus ZZZZZZZZZZZZZZZZ....

Around 7.30 tadi, pi bekfes dan jam 8 pagi pemandu dari pejabat yang dituju telah menunggu. Ada 70 fail semua untuk disemak...dengan bersungguh2 kami bertiga bertungkus lumus dan berjaya menghabiskan semuanya by 1.30 pm tadi. Bos di sana belanja kami lunch...dan tengah sedap2 bercerita by 2 pm kami kena beredar untuk catch flight balik ke KLIA.

Mokcik singgah di pejabat menyemak apa2 yang patut. Esok baru balik ke KK semula untuk sambung cuti sampai 25/12 nie.

Ok la..mokcik ucapkan SALAM MAAL HIJRAH kepada semua kenkawan. Have a nice weekend everyone.

Tuesday, December 1, 2009

SUDAH BULAN DISEMBER...CEPATNYA..

Assalamualaikum.
Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Disember 2009. 2009 sudah hampir ke penghujungnya. Masa berlalu sangat pantas, dan umur kita juga makin meningkat huhuhu....hahaha.


Cuti tempohari, alhamdulillah cuaca di KT cerah dan tak hujan langsung masa raya tu. Tetapi semalam hujan berterusan walaupun tak lebat. Syukur penerbangan mokcik kembali ke Putrajaya tepat pada waktunya dan walaupun hujan, takde la turbulance. Mokcik balik sensorang. Cik abe dan anak2 akan menyusul hari jumaat nanti dan sabtu pagi kami akan bertolak balik ke Sabah.



Sepanjang cuti raya, kami habiskan dengan membersihkan rumah. Mula2 angkat semua sisa2 kayu keluar dan sapu dalam rumah. Lepas tu bersihkan tandas dan ruang dapur. Masalahnya di ruang tamu belum siap lagi pasang tiles, maka kami cuma sapu sampah saja dulu. By yesterday, tukang datang pasang paip dan sinki. Tiles pun dah siap kecuali ada sedikit di bahagian tangga. Cuma tukang letrik sajork yang masih bercuti sakan. Dah ler datang kerja lewat, balik awal...pasang pulak tak pandai jaga hati pelanggan. Mokcik panas sebab kipas kat ruang tamu dia pasang tak center...dan banyak soket dipasangnya senget..huhuhu. Mokcik berkali2 ingatkan cik abe supaya minta dibetulkan kedudukan kipas di ruang tamu kelak. ye la kita buat rumah bukannya selalu kan...nak kena buat elok2 biar puas hati dan berbaloi dengan apa yang kita bayar.



Semalam berbual2 dengan cik abe...tentang sistem pendidikan di negara kita ni. Kebanyakan sekolah agama sekarang telah diambil alih oleh kerajaan pusat. Yang mokcik kurang setuju tu mengapa sekolah agama pun mengamalkan polisi mengambil pelajar dengan keputusan 5A sahaja? MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh sudah tentunya hanya ambil pelajar 5A. Sekarang sekolah agama pun nak amalkan polisi serupa. Pada mokcik, budak2 yang dapat kurang A masa UPSR bukan bermakna dorang tak bagus. Dan juga, kalau betul cikgu cikgi kat MRSM, sekolah berasrama penuh serta sekolah agama tu cemerlang, gemilang dan terbilang, sudah tentu inilah cabaran buat mereka untuk mendidik anak-anak murid ini menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang pelajaran jugak kan??? Kalau ambik murid dapat 5A sajork, takde la cabaran...yg bagus murid, cikgu belum tentu bagus. Tu pasal yang takmo terima budak2 yg dpt kurang A. Tujuannya tak lain tak bukan takut sangat hilang status...

Dulu2 klau kita lihat budak2 yang dianggap kurang berjaya dalam akademik, diberi peluang masuk sekolah vokasional, belajar kemahiran bertukang etc. Yang agak bagus kononnya masuk maktab, lebih bagus lagi masuk U. Sekarang ni, siapa lebih berjaya? Mereka yang keluaran vokasional ni la yang lebih kaya raya dari yang masuk maktab, jadi cikgu. Yang masuk U pun belum tentu dapat kerja bagus. Sekarang ni nak pilih2 pulak budak2 yang boleh masuk sekolah agama...ni la masalah kalau pendidikan dan agama dicampuraduk dengan politik. Yang ruginya rakyat juga.

Apa pendapat korang pulak?



Ok la mokcik nak siapkan beberapa perkara sebelum pi bercuti panjang ni...daaa...



Wassalam.

Tuesday, November 24, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum semua.

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua kenkawan. Mokcik akan mula bercuti mulai esok. Akan kembali bersiaran pada 30 November, insyaAllah.

Kepada semua, selamat berhari raya korban...ada sapa2 buat korban tahun nie? FIL mokcik join jemaah kat kampung berkorban kat nun Kemboja sana. Dia tak la gi sama tapi kira yakin la ianya akan sampai ke matlamatnya memandangkan wakil2 jemaah akan pergi sendiri ke sana untuk melakukan ibadah korban tersebut. Mereka buat camni untuk elakkan penyelewengan pihak2 yang suka mengambil kesempatan.

Kepada yang melakukan ibadah korban, semoga ianya diterima Allah SWT.

Jumpa lagi di minggu depan...daaa...

Wassalam.

Monday, November 23, 2009

GARA-GARA HUJAN NON STOP

Assalamualaikum.

Jumaat lepas mokcik balik ke KT. Cuaca disana memang mendung dan hujan sepanjang hari yang sekejap lebat, sekejap renyai2 disertai dengan angin kencang.

Untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan anak big boss kami, hari ahad iaitu semalam mokcik balik awal ke Putrajaya. Jam 11.30 mokcik selamat sampai di Putrajaya. Kebetulan adik mokcik juga terbang ke sini atas urusan majlis graduasi cikgu2 J-Qaf, Kursus Dalam Cuti etc. Mokcik balik dari kenduri kawen tu jam 7.30 malam. Mokcik dan adik tak dinner la kononnya nak tunggu cik abe dan 4 orang anak datang dari KT. Mereka dijangka tiba jam 11 malam di Putrajaya Sentral. Dalam pukul 9, cik abe called. Katanya sebab hujan lebat, kapal terbang MAS tak bleh nak landing, so terpaksa balik ke KLIA. Mereka dijangka bertolak jam 11.30 malam pulak.

Sempat la mokcik melelapkan mata sokojap. Around 12.30 am, cik abe called katakan dah sampai KLIA. By then, erl services dah tamat untuk hari itu. Cik abe pun cadangkan ambil teksi sahaja. Tak lama kemudian dia call semula;

"Kat kaunter ni kata, sebab ada lima orang dia suruh ambil dua teksi. Kalau tak pun ambik van, tambang RM249.00"

"Aik, kan dua orang tu kanak-kanak jer. Takkan satu teksi tak muat?"

"Itu kata kita, dia kata macam tu."

"Hmnn...tak per la. Abang tunggu kat airport, nanti saya datang ambil."

Kebetulan adik ada, jadi berani ler mokcik driving ke KLIA waktu pagi2 buta tu. Tapi save banyak ler daripada kena bayar RM249...ayoyo...So pagi ni memang kepala agak ting tong sikit sampai solat subuh pun hampir terlalai...alahaiii. Tambahan pulak, pagi ni mokcik kena sertai bengkel kat Mahkamah Syariah POJ. Mokcik decided untuk makan lima kapsul 4life Transfer Factor Advanced Formula. Alhamdulillah dalam sesi bengkel tadi berjaya juga menyumbangkan idea2 untuk memperbaiki dan memantapkan lagi manual yang dicadangkan oleh mereka.

By 2 pm tadi, perasaan mengantuk memang menguasai huhuhu...tapi mokcik gagahkan juga diri membuka mata hehehe. Lepas solat zuhur, baru la rasa segar sikit. Kena siapkan kerja sebelum bercuti Raya Haji mulai 25 November nie..

ok..daaa...gotta go sambung my work uolsss...wassalam.

Friday, November 20, 2009

BERITA GUMBIRA YANG BIASA-BIASA SAHAJA



Assalamualaikum kenkawan,


Tengah buat posting semalam, ternampak mesej.."u got mail". Bila disemak, ropenya itinery tiket untuk balik ke Sabah bulan disember nanti. Alhamdulillah...mudah sahaja urusannya..takde apa-apa persoalan ditanya. Bos yang meluluskan cuti mokcik pun sepatah pun tak cakap apa-apa. Pengalaman sebelum ini, setiap kali mokcik memohon untuk tambang percuma balik ke wilayah asal, mesti ada sahaja songehnya. Cuma satu sahaja yang setakat ini bos-bos tak pernah persoalkan...iaitu bila mokcik minta cuti sebulan! Yer la, tambang nak balik ke wilayah asal bukannya sedikit...boleh buat down payment beli kereta, malah boleh beli satu kancil second hand. Abih tu takkan nak baliknya sehari dua kan...sungguh tak berbaloi...





Tapi kali ini, mokcik cuma amik cuti 15 hari sajork...campur cuti hujung minggu dan cuti umum...jadi la tiga minggu. Yang lucunya, kali ini dia beri tiket untuk mokcik dan suami kelas bisnes, sementara anak2 kelas ekonomi. Camno nak atur tu?





Oh ya, semalam mokcik akhirnya berjaya membuka akaun dengan CIMB Islamic. Sejak beberapa bulan lepas nak buka masa di KT, asyik tertangguh sajork. Bila pi sana, ramainya umat nak buka akaun (agaknya nak mengejar peluang nak dapat hadiah tu kan.) Pehtu, macam2 la dia nak, nak salinan ic la, lesen la..sampai satu kali tu buka akaun tak dapat tapi kereta kena saman kerana park depan bank. Kat KT masalah parking memang lumrah..huhuhu..






So, semalam, mokcik pun berpusing la mencari parking. Very the easy, sebab memang ada parking lot disediakan...cumanya parking tu kat seberang jalan bertentangan dengan CIMB dan BSN cawangan Putrajaya. Ok sajork, mokcik takde masalah berjalan kaki nie kecuali masa hujan lorrr. Masuk sajork dalam bank CIMB tu, wah, very the friendly environment. Mokcik kabor nak buka akaun baru, dia beri borang dan tanya sama ada alamat sama tak dgn yang dalam ic. Borangnya very the sempoi, tak banyak mende pun isi. Pehtu tak minta pun salinan ic ker lesen ker. Dia nak yang ori. Sokojap sajork, dah siappp...alhamdulillah.






Mokcik rasa teruja la juga sebab ada satu bank tu, mokcik nak buka akaun, dah isi borang segala mak nenek, bila kat kaunter, sekali tengok kat ic mokcik terus dia kata..





"Kami tak boleh buka akaun cik kat sini. Cik kena buka kat negeri asal."





Gila ngko..takkan mokcik nak balik Sabah semata-mata nak buka akaun kansss.."Tapi saya kerja kat sini."




" Cik kena minta surat pengesahan yang cik berkerja kat negeri ni."






huhuhuhu.. balik pada citer buka buku akaun tadi...seperti biasa kena tukar pasword kans..







Lepas tukar pasword mokcik pun balik ofis dan kali ni pekena nasi kukus ayam berempah...hmnn not bad... sebab gerai yang ni baru beroperasi kat kantin pejabat mokcik.





Nasi Kukus Ayam Berempah..kredit kat SINI


Asyik pekena nasi kandar sajork, sesekali mencicip hidangan lain la pulak kan. Lagipun gerai nasi kandar semalam tutup ler pulakss...memang sedaps ler menambah kalori ditambah pulaks dengan minuman Coconut Shake hmnnn...





Coconut Shake kredit di SINI

Ok lah nak sambung kerja pulak...daaa...

Wasalam.

Thursday, November 19, 2009

MENCARI PENYELESAIAN

Assalamualaikum semua.


Semalam seawal jam 8.30 malam, mokcik buat panggilan ke hp cik abe. Cik abe tengah suapkan anak dara dua orang makan malam. Power rangers lain katanya tengah menghadap tv. Dengar saja mokcik menelefon, Hadi akan conquer telefon. Ntah apa butir dia celotehkan tak faham la mokcik, kecuali tiga perkataan.. "umi", "abah" dan "adi"...tapi sekurang2nya mendengar suara dia pun dah cukup untuk mengubat kerinduan padanya.


Dalam perbualan telefon, baik cik abe mahupun mokcik sengaja tak bercakap tentang pertukaran cik abe yang tak berjaya tu. Mokcik tak mahu rosakkan mood dia. Perbincangan tentang perkara ni sesuai dibincangkan bila face to face, mata bertentang mata sambil mokcik boleh membelai rambut cik abe hahahaha...


Memandangkan mokcik dok sensorang, dan minggu ni agak relaks sikit takde nak berkampung kat pejabat sampai larut malam, rakan 'setinggarden' kat rumah pulak outstation ke Taiping...maka terkebil2 le mokcik dok memikirkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Kat rumah mokcik ni, dapur pun takde lagi, tv pun takde...baca majalah jer la sambil menunggu mata terlelap. Sempat juga cik abe pesan, jangan lupa baca 5 ayat pertama, ayat 255 dan 3 ayat terakhir Surah Al Baqarah katanya.


Alhamdulillah, setakat ni tidur mokcik tetap lena tapi lampu depan, sisi dan belakang rumah memang sentiasa kena pasang. Kawasan perumahan mokcik ni kawasan baru, jadi agak sunyi, sebab perumahan bersebelahan belum dibuka lagi. Pihak polis pun sering buat rondaan, so rasa selamat la sikit.


ooo ada berita agak menggumbirakan baru diterima...kena ada tindakan susulan...byeeee
wassalam.

Wednesday, November 18, 2009

DALAM DILEMA

Permohonan pertukaran cik abe antara daerah tidak diluluskan!

Initially, cik abe nak minta tukar antara daerah sahaja dulu memandangkan hujung tahun ini, insyaAllah kami akan berpindah ke rumah baru dan anak sulung akan menghadapi PMR tahun depan. Urusan pindah randah kalau boleh boleh tak mahu la mengganggu konsentrasi Usop. Lagipun, di sekolahnya sekarang setakat ini Usop menunjukkan perkembangan yang baik dan cikgu2 pun memang sayang la kat dia nie. Kalau pindah Putrajaya, dia terpaksa nak menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, kawan2 baru serta cikgu yang baru.

Memandangkan permohonan cik abe tak berjaya, terpaksalah kami tukar plan baru. MIL cadangkan lebih elok anak2 semua duduk kat Terengganu. Kalau ada apa2 masalah ker, senang mereka nak pi menjenguk, membantu apa yang patut. Tambahan pulak mudah bagi mokcik nak berulang alik antara KL-KT kalau berseorangan.

Tapi mokcik rasa simpati jugak kat cik abe. Dia tertekan kerana jarak sekolah yang agak jauh memerlukan dia keluar selewat2nya jam 6.30 pagi. Dan kalau ada aktiviti sekolah, jam 6.30 petang baru dia boleh bergerak dari sekolah. Nak menguruskan anak2 bangun pagi memang satu kesulitan terutamanya yang anak dara dua orang tu. Anak kecil biasalah ada masanya karenah mereka menyebabkan kita naik angin..balik sekolah pulak kena siapkan makan minum anak2.

Mokcik tak kesah nak bawa anak2 ke Putrajaya, kecuali Usop yang memilih untuk terus stay di KT sekurang2nya sehingga habis PMR. Tapi itu bermakna, mokcik kena ambik maid dan satu masalah pulak sapa nak hantar budak2 pi sekolah kalau mokcik pi outstation.

Mokcik cadangkan pada cik abe, tahun depan nie ambil cuti tanpa gaji sehingga permohonan pertukaran dibuka semula. Itu pun kalau boleh dapat, sebab ada seorang kawan dah mengeluh isterinya nak minta tukar ke Putrajaya tak dapat. Pening dibuatnya, kata kawan tu. Bila dirayu ke Jabatan Pendidikan, jawapan standard mereka.."oo itu perkara biasa la tu, suami kat Terengganu, isteri di Kuantan".

Tengah fikir plan lain pulak untuk mengatasi masalah ini...

Friday, November 13, 2009

TUKAR PC BARU

Hari ini masa kami tengah mesyuarat, orang datang tukar pc baru. Pc baru ni diorder untuk pegawai baru tetapi, bos kata, pc baru bagi senior..yang kami pakai beri pada pegawai baru. Makanya dapat la pc baru yang baru pad kami. bezanya tak banyak pun cuma lebih lebar dan lebih laju dari yang lama.

Nak amik gambar, kamera pulak buat hal. Amik gambar dengan hp, card reader pulak hal...huhuhu...nanti la mokcik kasi upoload gambar2 tu wokay.


Semalam mokcik outstation ke JB. Lepas kes, berjanji2an berjumpa dengan rakan lama. Dia bawa mokcik gi makan kat satu gerai yang biasa2 ajer, tapi kira ok juga la. Nama gerai pun mokcik lupa nak tengok...Dia orderkan mokcik Mee REbus Tulang...ngkau....wow terangkat...hehehe. Boleh tahan rasanya...hingga lupa nak tangkap gambar makanan...hahaha...though kuahnya agak pekat tapi memang berasa la. Tak bleh nak bandingkan dengan Mee Rebus Ramli...masing2 ada kelebihan yang tersendiri...thumbs up!


Mee Rebus Tulang kredit kat sini

Dalam gambar ni tak nampak tulang, tapi yang mokcik makan tu siap ada dua ketul tulang dengan straw untuk hisap isi tulang tu..slurrpppp...kolestrol naik pun tak dihirau dah. Tapi tak per lepas tu minum lemon teh panas...hehehehe






Tuesday, November 10, 2009

CITER PASAL RUMAH LA PULAK

Dah lama tak citer pasal rumah yang proses pembinaan di kampung kan.



Pembinaan tersebut tergendala sebentar akibat cik abe melancarkan 'mogok' sebaik sajork mokcik diarahkan berpindah ke Putrajaya bulan mei lepas huhuhuhu... Selepas raya tempohari, pembinaan sudah bermula kembali dan kini hampir siap sepenuhnya. Pemasangan tiles di ruang tamu tergendala kerana tiles sudah dibeli, tukang pasangnya pulak masuk hospital kena demam denggi...Peringkat akhir kini, tinggal tiles, penghadang tangga dan berandah sajork yang perlu disiapkan.
Jom lihat perkembangan....







Sebelum...



selepas...


terkini...


tangga di ruang tamu



ruang tamu sebelum..




ruang tamu terkini..paduan kaler hijau









ruang tamu - pemandangan dari tangga



dapur basah sebelum









penandangan dari pulau dapur kering ke dapur basah..dapur kering paduan kaler biru blue lagoon dgn biru lembut




Salah satu bilik tidur..light purple katanya


Hopefully before Raya Haji boleh dah pindah rumah nie...harapnya tukang pasang tiles dan tukang pasang tangga/berandah akan free by next week huhuhu...doa2kan ya.

Monday, November 9, 2009

PENAT TAPI BERBALOI

Salam semuaaa...kabare??

Lama mokcik tak sempat mengapdet blog nie. Sepanjang minggu lepas mokcik memerah otak dan tenaga menyediakan hujahan untuk satu kes melibatkan tuntutan RM1 juta terhadap gomen. Alhamdulillah dengan bantuan kepakaran dari Jabatan berkenaan yang kena saman itu, dan setelah berkampung sehingga larut malam di pejabat, semalam kami berjaya finalised kan hujahan tersebut. Sebaik selesai menyediakan hujahan tersebut, jam 11 malam semalam, mokcik sambung menelaah untuk kes pagi ini pula. Berusaha memahami isu2 dan mencari nas2 menyokong pendirian jabatan. Jam 12 malam baru kami balik ke rumah.

Jika jam 12 itu dirasakan lewat, mokcik bersyukur kerana boleh balik pada jam 12 tersebut. Masa mokcik balik masih ramai pegawai2 yang belum balik dan berusaha keras menyiapkan nas dan ikatan otoriti masing2.

Pagi tadi ke POJ dengan perasaan gementar juga. Terasa masih kekurangan persediaan. Kalau kena marah dengan mereka2 kat atas tu mesti rasa bengang jugak..maklumlah penuh juga kamar mahkamah hari ni dengan peguam2. Mokcik berdoa banyak2, kalau kalah pun sekurang2nya tak kena marah pun dah cukup baik.

Alhamdulillah..Allah Maha Mendengar dan Mengasihani. Koram hari ini baik2 belaka. Siap boleh bergurau senda lagi. Semua orang speaking omputih, tapi mokcik selamba sajork berhujah dalam Bahasa Malaysia. Biarlah orang kata 'tak standard' atau 'sound silly when speaking in Malay' yang penting........Mokcik menangggg...Memang syukur sangat2.

Balik pejabat, mokcik dan kawan2 pi rehat2kan otak kat kantin. Pekena nasi kandar yang yummlicious...sejak minggu lepas dok asyik makan nasi kandar...hahaha...mokcik pun dah start menambah berat semula ahaksss..Yang tak aci tu kawan mokcik tu tetap menten kurus melidi walaupun membantai makan breakfast, lunch dan dinner yang heavy2...huhuhu

Sudah masuk asar. Mata mokcik kian layu...perasaan penat mula menyerang, tapi mokcik tak kisah sangat. Walaupun penat tapi berbaloi... zzzzzzzz

Tuesday, November 3, 2009

MY STEPMOM'S LOVE AFFAIR



My stepmom has changed a lot nowadays. She's a different person altogether. She looks more beautiful, her skin glowed, even the way she talks also different. She's no more the sulky, always on the negative side kind of person she used to be. Talking to her, i cant help but think, "what would dad have think about her personality now? And would it have changed the way he treated her?"

I found out from Mom that my stepmom, whom i called Aunty is having an affair! And she's so engrossed in this affair that it changed her totally. While talking to her, i realised that she doesnt dwell on the past so much anymore. Sebelum ini kalau berbual dengannya tidak dapat tidak apa yang terlintas di fikiran adalah, "Bilalah nak habis cerita sedih yang diulang2 ini." Kini, cara dia berkata2 adalah penuh semangat, penuh keceriaan dan sarat dengan keinsafan. Wow, am impressed. Who would ever thought, my stepmom, would ever talk in that way.

What makes me happy is that the environment in their house also changed. Before you can sense the subtle hostility between mom and daughter. Aunty also has not a very good relationship with her son. All because, according to my sister (Aunty's daughter), she cant stand they way aunty talked about her personal family life to other people.

"Now i understand why dad cant stand her. if only she's like your mom." She lamented one day.

Am so eager to know, what kind of affair she's having that totally changed her. The interesting part is that, the changes in her makes you love her more. So, when i stopped by to visit her last thursday i found out all about her affair, how it started and how it changed her.

I remember a few years back, aunty told me she's joining DCL . I can relate to her becoz during that time am also taking nu'age and bidadari. My mom and brother who's a religious Gano followers cannot be persuaded to join her. The reason why they taking Gano becoz it has been proven to help them eased their hypertension and 'sakit-sakit sendi' problem.

Well, needless to say, aunty religiously take nu'age, bidadari and Q'she. Aunty juga bermurah hati mendermakan produk2 DCL kepada kawan2 yang diketahui mengalami macam2 masalah kesihatan untuk membuktikan keberkesanan produk tersebut. Dalam tempoh beberapa bulan selepas dia mengadakan 'affair' dengan produk2 DCL, kesan produk2 tersebut telah dikesani oleh kawan2 dan ahli keluarga dekat dan jauh. Setiap kali aunty bertandang ke kampung keluarga jauh dan dekat, perkara pertama akan ditegur oleh mereka adalah berkenaan kulit mukanya yang tidak menunjukkan kedutan, malah kian halus ( memangnya kulit wajah aunty semulajadi licin, cuma sebelum ini ada tompok hitam yang biasanya muncul kepada wanita2 yang mengamalkan pil perancang. Tompok hitam tersebut kini telah hilang!).

"Dengan mengamalkan produk2 ini, di sini, dan di sini macam kembali jadi anak dara *oopsss* toooooooooot"


Q She


Nu' Age





Bidadari



Kami berdua tergelak. "kamu pun faham apa maksud saya kan." kata my aunty...haahaha..
Jangan tak tahu, affair dia ni memang dah peringkat serius. Dia bercita2 mencapai tahap jutawan tak lama lagi. Dan yang lebih membanggakan satu kampung bersedia menyokong dia untuk mencapai tahap jutawan. Masing2 teruja melihat perubahan pada aunty .

Mokcik suka melihat perubahan pada aunty. Paling gembira bila mendengar dia berkata "saya selalu mendoakan agar arwah bapa dirahmati dan dimasukkan dalam golongan orang2 yang beriman." Sebelum ini, yang selalu keluar dari mulutnya adalah keluhan tentang ketidakadilan giliran. Alhamdulillah, perubahan kearah positif ini selain telah menceriakan keluarga aunty juga mendatangkan hasil lumayan yang berbaloi2...


Monday, November 2, 2009

A FRUITFUL AFFAIR

Sometimes it pays to have an affair!

Provided the affair is not against the law...hehehe..

Well, selepas kes di Sandakan, mokcik meminta keizinan boss untuk menukar sektor penerbangan dari SDK-KUL ke BKI-KUL. Mokcik ambil dua hari cuti rehat. Mokcik juga berjaya, dengan izin Allah menukar flight 7 malam ke pukul 2 petang SDK-KK. Sekitar jam 3 petang mokcik selamat tiba di KK dan terus menuju ke tempat kerja lama. Berjumpa kawan2.

Soalan lazim mereka..."Puan pakai produk apa? Puan bukan bertambah tua, tapi nampak makin muda!"

wkakaka...

"Tengok bah si puan...slim kau puan. Apa rahsia puan? tengok la kami semua mengembang, tapi puan makin kecik."

wakaka...agaknya kalau bukan sebab hidung mokcik ni dah memang sedia kembang, bertambah2 la kembang agaknya hahahaha...

Macam mokcik katakan sebelum ini, selepas melahirkan anak ketiga, berat badan memang naik mencanak2. Series...masa tu berat mencapai 80 kg...from 59 kg before marriage.

Maka apakah rahsianya?

Sonang sajork jawapan mokcik.

"ooo..sanang bah itu. Cubalah duduk berjauhan dengan keluarga dan brisk walking dua kali setiap minggu atau kadang2 mungkin lebih. Tanpa disedari, berat badan mungkin masa sama, tapi somehow your body start to show some shape...hehehe"

Semua gelak mendengar jawapan mokcik. Mesti lah bah. Mereka ini la yang selalu menegur mokcik dulu supaya menjaga sikit penampilan mokcik yang from S to XXL hehehee. Sekarang sudah terbalik...though i havent reach the S size yet...hehehe.

One thing for sure...dont us be vain. Be happy with our size. As long as we are healthy. Mula2 dulu, mokcik memang mengeluh bila flight berhenti di pintu yang jauh ya amat nak berjalan kaki menujunya. Then, i learn a trick from those colleague of mine who used to travel a lot. Pakai sandal dan bawa bag pack...unless file are so thick have to bring along the james bond bag huhuhu.

Six months afterwards, all those brisk walking seems to have been showing result without me noticing them until other people pin point it to me. Nowadays, kalau flight berhenti di pintu jauh2 pun, mokcik tak merungut lagi dah. i guess it's the only time i can actually exercise without realising it.

So u see, it pays to have an affair...in my case my affair with MAS and Air Asia do have benefits...hehehehe

Next entry i'll talk about another affair...

Tuesday, October 27, 2009

TRIP TO SANDAKAN

Mokcik bertolak dari KLIA pukul 3.25 petang.

Sudah hampir setahun tidak menjejakkan kaki di negeri Bawah Bayu, tempat kelahiran Mokcik. Syukur alhamdulillah, walaupun cuaca agak mendung tapi penerbangan tenang tanpa banyak gegaran.

Touch down di Sandakan Airport, jam 6.30 petang. Or actually, already malam in Sandakan. Tried to find a hotel nearer to intended destination or at least near a place to go window shopping. Surprisingly, all are fully booked. Luckily i booked earlier..itupun dapat hotel yang agak jauh from everything wished for. However, the room are in good condition. New carpet, clean, spacious and friendly staffs. Oh not forgetting the wifi connection...am impressed.

owow...dinner is here. Jap, mokcik nak makan malam. Menunya Ekor lembu masak assam pedas! never try it before. Ntah kenapa malam ni tiba2 teringin nak mencuba hahaha...ok...break sokojap eberibodi....


Hmnnn...i'm a bit disappointed la with the assam pedas. It's not even pedas and assam at all. More like a rendang, it tasted...hey..alhamdulillah..at least you can affored to eat Mokcik..(sigh)

Just heard the news...tentang jambatan gantung runtuh sehingga menyebabkan tiga orang terkorban. Nampaknya tak lama lagi adalah kerja untuk jabatan Mokcik..takziah pada keluarga yang terkorban dan &%$#*&^% kepada kontraktor yang membina jambatan tersebut. Jambatan sebelum ni pun pernah runtuh...hmnnn...

Ok lah, will try to upload some pics later. Will be on leave for two days...yehaaa...will go balik kampung see my mama and will fly back to Kl on friday. InsyaAllah.

Take care all.

Thursday, October 22, 2009

MACAM MUSIM LA PULAK....

Baru sajork kejadian terserempak kawan lama jumaat lepas berlaku... tiba-tiba semalam berulang kejadian yang sama. Cuma tempatnya langsung tidak disangka. Kat mana? Hah...kat pejabat mokcik sendirik!





Memang sejak isnin, mokcik sibuk menyiapkan kertas kerja yang diarahkan. Semalam setelah sehari suntuk duduk dalam bilik mokcik menyiapkan kerja, mokcik decided to take a break la kejap. Mokcik keluar dari bilik. Masa itu mokcik terlihat kelibat seseorang sedang berjalan laju menuju ke bilik bos sambil mengekori seorang pegawai di pejabat mokcik. Eh...dalam hati kata...rasa macammm kenalll jer dia nie.






Mokcik pun terus kejar kawan tu sambil memanggil namanya...hahaha. Takmo jadik macam kat airport hari tu kannnss. Member tu terus terhenti dan berpusing menoleh ke arah mokcik.





"eh..puaannn.." beberapa saat juga dia cuba mengingati mokcik agaknya.





Saya nak jumpa tuan *toot*...lepas ni saya cari puan. kat mana bilik puan?"





Lepas beberapa minit, ternampak kelibat dia menuju ke bilik mokcik sambil diikuti oleh seorang pegawai lain. Dia perkenalkan kawan sekerjanya.





Memang lama betul la tak jumpa dia nie. Rakan lama masa mokcik masih anak dara dulu hahaha...dari mokcik selim melim, kepada gemuk gedempol dan kini ada sikittt kurus berbanding dulu ( statement tak mahu kalah tu hahaha) dan terputus hubungan sejak mokcik berpindah ke Perak...tup2 berjumpa di sini..memang unsangkarable betul. Lama juga berbual dan hopefully will keep in touch walaupun bizi dengan tugasan masing2.







gambar diambil dari sini


Tak cukup dengan itu, petangnya mokcik terima panggilan telefon dari kawan lama juga. Katanya mereka berada di KL. Hendak ke UM mendaftar untuk PJJ. Kawan ini asalnya bekas Jurubahasa yang selalu assist mokcik masa mokcik masih bertugas di mahkamah. Berkat kerajinan mereka mengambil part time belajar kat UITM, akhirnya berjaya dapat Diploma dan berpeluang naik pangkat. Kini dah jadi Pendaftar. Sekarang berusaha nak dapat degree pulak. Mokcik memang respek dengan semangat mereka nie. So, semalam mokcik belanja mereka makan kat Kenny Rogers di KL Sentral. Lama juga berborak2. Memang best, kecuali pelayan2 kat Kenny Rogers KL Sentral tu ajer yang kurenngg banyakk...eksen dan takde sense of humour langsung. Dah la tak sedap...nyesal makan kat situ. Tapi branch kat Alamanda tu ok pulak....






yang ini pulak dari sini


teringin nak makan yang nie, tapi member2 nak ke KR..ikutkan jer la...



Dari mereka mokcik dapat tahu salah seorang lagi rakan lama akan berada di KL esoknya ( hari ini). Tapi dia akan berada di sini atas urusan merujuk anaknya ke IJN. Pagi tadi sempat bersms dengannya. Kalau sempat nak juga berjumpa dia. Semoga dia bersabar menerima cabaran.

Nampaknya macam jadi musim bertemu rakan lama. Memang seronok, maklum la dah lama tak jumpa. Lepas ni siapa pulak dan di mana lokasinya??



Wednesday, October 21, 2009

KERTAS KERJA, HUJAHAN, LAPORAN

Akhirnya mokcik berjaya siapkan kertas justifikasi untuk Jabatan mokcik adakan bengkel latihan ke arah pensijilan ISO 9001:2008. Yeahaa...setelah bertungkus lumus sejak minggu lepas. Berulang alik jumpa boss...akhirnya diterima kertas itu. Baru selangkah. Langkah lebih berat menanti bila diluluskan oleh big boss. But i'll cross the bridge when i reach it. For now i want to take a break before i start to tackle another task...phewww...

Tarik nafas...hembusss....tarik nafas...hembuss ...hmnnn

Satu hujahan kena difailkan jumaat ini...diarahkan pula hadiri mesyuarat petang jumaat...satu lagi hari isnin nie. Dah la isnin ni kena ke Taiping...adusss...tapiii....takperr...mokcik kuatkan semangat untuk menghadapi semua. Macam ummibatriysia juga...pagi petang siang malam, selagi terdaya, siapkan semuanya. One thing, sebab mokcik bersendirian di Putrajaya, bila terlalu letih mokcik boleh tidur lena tanpa gangguan dan terjaga esoknya dengan penuh semangat. Mulai malam sabtu hingga ahad, mokcik takde masa memikirkan fasal kerja langsung. Those time sepenuhnya untuk keluarga. Amat singkat, tapi sangat bermakna untuk memberikan mokcik kekuatan dalam menghadapi cabaran2 mendatang.

Cerita lain pulak.

Hari jumaat lepas dalam flight ke KT. Mokcik ternampak kelibat rakan lama yang sudah hampir 20 tahun tidak bersua muka. Tapi mokcik yakin itu memang dia. Baru sajork mokcik nak menegur, terlihat pula seseorang menemani dia. Hmnn...ok la tunggu sampai touch down di KT.

Tiba di KT, belum sempat mengejarnya, dia sudah hilang dari pandangan. Mokcik hidupkan hp yang dimatikan dalam flight.

"Salam. I macam ternampak u kat KT. u ker atau i silap orang?"

Lama tak berjawab. Mokcik dah sampai rumah baru sms masuk.

"Ye. U katne?"

Tak sempat jawab, dia dah call.

" U katne? "

"Kat rumah la. tadi i nampak u kat dalam flight. i dok seat ***, u dok seat ***."

"Ala..camna ni u kenal i, i tak kenal u."

"Hahaha...buat per kat sini?"

"Ada kerja."

"Bila balik? Kalau tak boleh kita jumpa, have dinner ker? Tapi i nampak kat sebelah tu ada somebody. takut segan pulak.."

"Hmnn..i balik esok. Tengoklah...nanti i call ker sms u."

Mokcik keberatan nak jemput dia ke rumah. Maklum la, rumah mokcik macam tongkang pecah huhuhu. Bukan sebab tak sudi, faham2 jer la bila rumah kena tinggal lima hari hehehe. Lagipun, mokcik dapat merasakan si dia pun kurang selesa. Kebetulan mokcik ternampak dia dan mokcik boleh nyatakan dia dok seat mana dlm flight dan dengan sapa. That's why dia tak boleh mengelak. Mokcik pun mulanya cuak juga nak sms dia, tapi better i pastikan dengan dia sendiri ye tak dari tertanya2 siapakah gerangan pelanduk dua serupa.

Sebenarnya kawan mokcik ni dah bercerai dengan suaminya. Kawan kami juga. Mokcik takde pulak dengar dia dah kahwin lagi but she is seeing somebody, according to ex-hubbynya. Most probably orang yang mokcik lihat bersamanya adalah orang itu. Barangkali mereka sudah bernikah dan berbulan madu di KT kan....mana kita tahu. Lagipun time tu cuti deepavali maa...memang sesuai la untuk datang bercuti. Takper, tak sempat jumpa kali ini, tapi bila mokcik turun ke *toot* boleh la jumpa dia dan mendapatkan citer sebenar....

Ok...nak sambung buat hujahan pulak...daaa...

Tuesday, October 20, 2009

BERATNYA NAK MELANGKAH

Semalam mokcik baru balik dari KT. Dapat extra day sebab kebetulan ada kerja kat sana. Masa nak siap2 nak ke airport semalam, Hadi dah meragam. Dia macam tahu2 ajer mokcik dah nak balik ke Putrajaya. Mana mokcik pi dia akan mengekor. Mokcik dapat meloloskan diri ke bilik air untuk mandi manda. Tak lama kemudian dia datang, menangis2 kat depan pintu bilik air sambil memanggil "umi...umii...umii..".

Alahaiii...

Lama juga la dia melalak depan pintu bilik air baru abah dia datang pujuk. Masa mokcik keluar dari bilik air, abahnya tengah tukar pampers Hadi. Sebaik sahaja Hadi nampak kelibat mokcik, dia pun start menangis sambil menghulurkan tangan kearah mokcik..."umiii...umiii...umiii". Sedihnya la nak tinggalkan Hadi. Macam tahu2 ajer dia untuk empat hari hingga hujung minggu baru la dia dapat jumpa umi semula, insyaAllah.

Biasanya, terutama sejak H1N1 ni, kami tak bawa Hadi ke airport. Tapi semalam rasa kasihan sangat tengok dia melalak. Cik abe keberatan nak bawa. Mokcik kata, tak aper la, lagipun nampaknya dia dah mengantuk dah. Dalam perjalanan ke airport bukan main seronok lagi dia. Dah dekat nak sampai, kepala Hadi pun dah melentok dah...dah nak tidor dah la tu. Dah sampai airport, mokcik bawa dia keluar sekali. Ingatkan dia akan tidor terus...ropenya...hmnn...terus dia terjaga! Dah terjaga tu, takmo pulak kena dukung atau naik troli. Dia nak berlari2an!

Cik abe kata, " lain kali abah tak mahu bawa Hadi dah..." hahhaha... memang Hadi ni hiperaktif laa...sabor jer la.

Jam 11 malam, mokcik tiba di rumah. Cik abe sms, " Hadi dah tidor. Baru lepas makan ubat batuk. Kesian dia.. saya peluk dia untuk awak."

Huhuhuhu...

Thursday, October 15, 2009

KISAH SEMALAM


Semalam mokcik sepatutnya ada kes di Jalan Duta. Terlewat sikit bersiap2, so by the time mokcik reached erl station dah terlepas erl dah. Have to wait for the next one yang akan tiba kira2 jam 7.50 pagi. Dah bayar tiket, dah turun ke bawah tinggal tunggu erl mai. Mokcik tiba2 teringat sms kat kawan yang sama2 buat kes ni. Tup2 dia called.

"Puannnn...kes tu hari ni ker?"
"A'a."
"Takde dalam list saya pun. Puan nak saya pergi ker?"
"U katne"
"Saya tengah makan kat Wisma Tani."
"Tak payah la kot. mention jer."
"OK."

Erl akan sampai dalam masa dua minit.

Kringg..kringg...
"Hello.."
"Puannn...tak payah naik erl. Puan ikut saya. Saya on the way ke stesen erl ambil puan."

Semua orang pun pelik. Erl sampai, mokcik naik lif bukan naik erl.... hehehee

"Kitaorang tak refund tiket yang dah dibeli ni cik." Kata gadis kat kaunter tiket kala mokcik minta dia buka gate untuk mokcik keluar.

"Takper...terima kasih."

Maka, mokcik dan kawan mokcik pun bergerak mengikut MEX highway ke arah KL. Nak jadi cerita, tiap kali mokcik naik kereta ke Jalan Duta, mesti ada2 ajer lerr kejadiannya. Tempohari, kes yang sama, terlewat dua jam. Puncanya driver tersilap ambil jalan Sg. Besi. Kebetulan ada kemalangan kat depan dan kereta memang tak bergerak langsung. Mujurlah Hakim yang mendengar kes tak cakap banyak. Semalam , keadaan sama. Konon ikut MEX, nak elak jem...tapi jemmm jugakkk. On the way, kawan call lawyer. Lawyer kata dia pun baru sampai setelah terperangkap dua jam dalam jem. Katanya ada trak merempuh divider kat depan.

Patut la jemmm.

Dalam 9.30, lawyer called. Katanya kes ditunda ke hari jumaat. Hakim kurang sihat katanya.

"Camna puan?"
"Camna lagi...kalau ada jalan kata depan tu kita balik jer la."
"Ok kat depan ada u turn...kita balik opis. On the way kita singgah makan nasi lemak puan."

Sampai opis, mokcik sempat semak surat2 dan beri arahan apa yang patut. Terasa melayang2. Mokcik terus isi borang cuti dan vroommmm balik rumah. Makan panadol soluble sebijik terus mokcik landing kat ruang tamu .... zzzzzzzzzz


Tuesday, October 13, 2009

TIRED OR BURNED OUT?

Hari ini mokcik mengakui...mokcik penat dengan cara kehidupan semacam ini.

Tak sabar rasanya menanti 20/11/2009. Hari bermulanya cuti sekolah. Cuti sekolah bermakna kesemua rakyat jelata mokcik boleh datang ke Putrajaya dan sekurang2nya kami boleh bersama-sama seperti sebuah keluarga yang normal. Memang letih terkejar2 masa. Ianya tidak terasa sangat kalau hari isninnya mokcik cuma perlu berada di pejabat sahaja. Tapi bila mokcik kena bertugas luar daerah...aduh! memang letih sangat terkejar2 ke sana ke mari.

Nak balik awal sedikit hari ahad tu terasa bersalah. Anak2 akan menyoal, "kenapa umi kena balik awal?". Sudahnya masing2 menangis. Kasihan pulak pada abah mereka yang terpaksa memujuk tiga orang anak kecil itu. Bagi tiga orang yang dah besar sikit tu, mereka dah faham. Kalau mereka terasa sedih pun, mereka sudah pandai menyembunyikan perasaan mereka. Maka mokcik terpaksa berkorban untuk menjaga emosi tiga kanak2 kecil itu. Am not complaining. But i guess my body is. Semalam, seawal jam 5 pagi sudah terjaga dan bersiap2 ke airport. Rasanya keletihan menaiki pesawat baru beberapa jam sebelum itu belum hilang lagi. Kini perlu terbang ke Alor Star pulak. Pagi tu masih steady lagi. Masuk jam 3 petang semasa menunggu flight berlepas kembali ke KLIA, mokcik sudah betul2 mahu terlelap. Rasa nak demam pun ada.

Dalam flight, mokcik cuba melelapkan mata. Terlihat kelibat seseorang meletakkan beg di kerusi sebelah mokcik. Mokcik menoleh dan mengangkat muka melihat seseorang yang biasa dilihat dalam suratkhabar dan berita. Mokcik cuma mampu tersenyum, dan dia membalas senyuman mokcik. Sepanjang perjalanan, mokcik melelapkan mata dan dia membaca surat khabar. Sesekali mokcik perasan dia pun menguap juga. Mokcik terlalu penat untuk cuba memulakan apa-apa perbualan, walaupun mokcik teringin sangat nak bertanya kenapa setelah beliau sanggup masuk ke penjara untuk mempertahankan seseorang, kini terbalik pulak perjuangannya? Oh, and he is also as good looking in real life as in the picture...hahahaha... Kalau mokcik seorang wartawan, mesti boss dah ketuk2 kepala mokcik sebab gagal mengambil kesempatan sebegini untuk bertanya pada the person himself kan. Though am not sure how he's gonna take the situation if i really do ask him that question. Tentu korang semua kenal dengannya atau sekurang2nya pernah mendengar namanya kan...*hint* Dia pernah rapat dengan seseorang yang kini sekali lagi menghadapi dakwaan 'melakukannya dari belakang'.

Ok..tiba di rumah dekat jam 5 petang. Terlalu penat. Malas rasanya nak singgah mana2. Sampai di rumah terus masak nasi, masak telur rebus dan panaskan sambal jambi masakan MIL. Sebelum melelapkan mata, terus call rakyat jelata di KT. Asben tengah masak nasi goreng. Kesian dia. Mokcik borak dengan anak2 dulu dan lepas tu baru la berbual dengan asben yang sambil bercakap menyuap tiga kanak2 ribena makan nasi goreng. Sedeyyy pulak rasanya. Pehtu mokcik terus terlelap sampai pukul 2 pagi. Mujur hari ini tiada kes. Cuma perlu berada di pejabat sahaja.

Cik abe pun sudah bersuara. Tahun depan kena pindah juga la ke Putrajaya katanya. Kasihan kat anak2. Kasihan kat kita semua, katanya. Anak2 pun tiap hari menghitung hari. Bila cuti sekolah tiba...supaya dapat bersama umi kata mereka. InsyaAllah, mokcik akan bertahan sampai 20 november ini tiba.

Friday, October 9, 2009

KURSUS

Minta mahap kenkawan yerr...sejak dua menjak ni jarang bebenor mokcik dapat mengupdate ataupun berziarah ke rumah kenkawan.

Sejak hari rabu lepas, mokcik kena berkursus. In house training ajer..tapi makan masa dari pagi hingga ke petang. Dan tidak seperti sebelum ini, sejak ada rumah sendiri nie, pukul 5.30 petang sajork terus tak sabar2 nak balik rumah. Semangant nak hias rumah sampai sanggup mokcik mengangkut set meja solid wood yang comel dari Ipoh hehehe...

Kisahnya macam nie...

Hari ahad lepas, flight mokcik untuk balik ke Putrajaya tertunda. Biasalah AA kannss...sepatutnya jam 9.30 malam...tunda ke jam 10.30 malam. Sampai di LCCT dah dekat jam 12. Kena tunggu shuttle bas nak ke Salak Tinggi yang cuma akan bertolak jam 12.35 pagi. Last erl jam 1.10 pagi. ( Nota: Lepas ini, mokcik takmo ambik dah pakej terus ke LCCT...menakutkan..better go to KLIA, take a bus from there and go to LCCT). Mokcik tiba di rumah jam 2 pagi uolss.

And the next morning mokcik has to rush to Taiping! Have to go to office first to pick my files first. ( Notes: Dont dare to leave the file at home, kang hilang, naya mokcik! Could have taken it the nite before, if only AA's flight was not delayed...huhu). At about 6 a.m., mokcik bangun , solat, dan terus ke pejabat. Pick up my files and off i go. Masa dalam perjalanan di area Bukit Beruntung, mokcik call pembantu mokcik. Minta dia call Taiping, inform them, i'll be late. Dalam 10.30 am mokcik akan sampai.


Huhuhu...dalam rushing2 tu, kena stop kat Simpang Pulai sebab kena top up kad touch n go. And i manage to reach Taiping around 10.30 a.m. Sampai di mahkamah, baru mokcik sedar, alamak court shoes tertinggal. Pakai sandal ajer ler mokcik...ihiksss...Sampai2, mokcik dah perasan pintu ke bilik pegawai berkenaan berkunci grillnya. Mokcik masuk ke pejabat pendaftaran and i was told that the officer concerned was on leave! WTH! Hai...baru jer pukul 8.30 pagi tadi pembantu i called, and the clerk in charge never said anything about the officer on leave! i could have just turn back to Putrajaya if they have told me so...


Mokcik took a deep breath and drove to the nearest KFC! Saw a beautiful curtain being displayed at the shop in front of KFC. Went to inquire, and feel sooo sad that it was just for display. We have to order if we want to have it....baru jer berangan nak pasang kat rumah...sob sob



I was driving back to Putrajaya but i found it difficult to concentrate on the road. Am sleepy! I decided to stop at Ipoh and found myself in my favourite beauty salon. It's 12 noon, am dead sleepy and my face is need of a facial. No one was around except the beautician...so, she persuaded me to do a facial treatment. Ok lah, i said. She asked me," Akak tak rushing kan?". "Tak" ...so i happily let her do her job, and fell asleep. When i woke up it was nearly 3 pm! Wahhh...and the girl has just finished the treatment...tak mahal pun...tak sampai RM50 pun harga facialnya


On my way back, i stopped at one of the shops yang jual bunga2 dan pasu2 along Jalan Kuala Kangsar. Found a tikar buluh that i like, but no flowers. Saw one shop next door that's selling furniture and an advertisement showing this cute side table ker coffee table for only less than RM300. I pun apa lagi..terus la masuk dan melihat2. Akhirnya mokcik pilih satu set yang sedang2 sajork harganya, tapi teguh buatannya. Paling penting, ianya muat dalam kereta ku....hahahaha...


Reach home at nearly maghrib dan terus angkat meja masuk dalam rumah. ( Takkan nak letak luar pulak kannss...hehehhe) So far, itu ajer la perabot yang ada dalam rumah mokcik...jauh pulak datangnya tu...dari Ipoh ahakss. Tetiba ajer mokcik sangat2 berminat dengan perabot kayu...dan housemate mokcik sedang bersusah hati takut2 kalau mokcik memilih membeli set kerusi kayu kerana dia sedang berkira2 hendak melepak atas sofa yang empuk sambil menonton televisyen....hahaha

p/s.. mokcik tukar kaler font sebab rasa silau dengan font asal. If anyone have a problem with this color, please inform me okes...

Wednesday, October 7, 2009

SALAH DRESSING?


Pagi ini of all the people, mokcik terserempak dengan salah seorang bos semasa nak masuk dlam lif. Mokcik melemparkan senyuman paling manis dan menegur bos. Bos cuma menganggukkan kepala. Dalam lif, selepas semua orang keluar dan tinggal kami berdua, bos itu menegur mokcik.

"U kat unit *toot* kan?"
"Saya datuk."
"I nak tegur cara u dressing nie salah. U tak boleh pakai macam ni. u cuba baca circular."
"Ye ke datuk?" *baca* mokcik dunno how to respond exceli...
"U baca balik circular tu tentang cara dressing u ni...." Bos tu masih nak bercakap tapi mokcik dah sampai di floor mokcik.
"Terima kasih datuk"

Mokcik pun keluar dari lif dengan bengangnya. Mokcik baru ajer nak masuk ke dalam bilik bila salah seorang anak buah menegur.

"Puan, cantik baju puan. Puan tempah ker?"
"Cantik?? I baru ajer kena tegur dengan bos kata i berpakaian menyalahi circular. Salah ker cara i berpakaian nie?"

Mokcik hari ini memakai loose pants dengan baju berwarna grey yang labuh menutupi punggung. i tot that's how the circular says...mokcik nampak orang lain lagi pakai pants dan kemeja ketat2 takdak sapa pulak kata dressing depa salah.

"Ye ker?? Saya hari tu kena tegur kerana pakai jubah. Saya pun fikir, pakai elok2 pun kena tegur."

" maknanya kita kena pakai baju kurung ajer la puan." Celah salah seorang pegawai lain.

Mokcik terfikir aku salah dressing ker sebab aku tak pi courtesy call kat bos tu...hmnnn...mokcik ni memang jenis pendiam kan. Dan tak pandai nak buat small talk...not the ampu2 type one. And mokcik tak suka buat jokes tak tentu pasal kecuali bila bersama rakan2 yang betul2 rapat. Ini kali kedua mokcik merasa sengaja dikenakan kerana tak pay courtesy call...hmnn...mokcik memang tak berkenan budaya courtesy call ni menjadi satu kemestian...klu tak gi seolah2 kita berdosa besar. ntah lerr...memang salah mokcik sebab menentang budaya ampu mengampu ihikss...

Friday, October 2, 2009

PINDAH!


Alhamdulillah, syukur. Melalui emel mokcik panjangkan rayuan ke bahagian berkenaan dan minggu lepas permohonan kuarters mokcik telah dibenarkan. Dah sibuk dengan cuti raya, baru hari selasa lepas mokcik berkesempatan menguruskan berkenaan kuarters - urusan api, air dan deposit. Kebetulan semalam 1/10/2009 perasmian pembukaan kuarters Presint 17. Maka meriah lah Kedai Tenaga, Syabas dan Bahagian Pengurusan Hartanah dengan bakal2 penghuni yang menguruskan urusan masing2. Yang seronoknya, kat situ la dapat berkenal2an dengan bakal penghuni lain. Cumanya mokcik dapat rumah kat Presint 11...huhuhuhu...rumah baru tapi jauh bebenor lerr.
***************************
Selasa, seharian menguruskan hal api, air dan pengambilan kunci lepas bayar deposit.
Rabu, mokcik ada kes kat Jalan Duta. Duduk menunggu kes dipanggil dah pukul 12.30. Lunch hour, so mokcik menuju ke Jalan TAR. Ke Kamdar mencari langsir. Rumah ni fesyen rumah banyak tingkap. Mujur la masa raya tempoh hari memang mokcik buat secara ala kadar sahaja. Maklum la rumah di kampung pun dah hampir nak siap. Perlu duit juga. Tup tup dapat kuarters...kena juga ada benda2 basic kan. Bolehlah guna wang yang disimpan itu untuk membeli barang2 keperluan di rumah baru ini.
********************
Malam pertama kami bermalam di rumah baru, rumah sendiri...err...rumah kerajaan yang disewakan atas nama mokcik sendiri....wahhh...sooooo legaaa...sooo freee to do anything i want...well not everything la hahahha. Tapi bebas nak ke dapur ker, nak tergolek kat ruang tamu ker harharhar. Rumahnya luas, lima bilik, 4 bilik air, dapur yang luas....cumanya kawasan baru buka...so still agak sunyi walaupun sekeliling ada jiran la juga.
*******************
Mokcik masih dalam proses berkemas. Tu pasal lama tak sempat nak update. Lagipun sejak balik raya ni talian tenet kat sini asyik downnnn ajer.
*********************
Ok la...mokcik rasa macam ada buat entry ucapan selamat hari raya maaf zahir batin tempohari...hmmnn...ke mana menghilang entry tu tak tahu la.
********************
Anyway, selamat hari raya maaf zahir batin buat semua. Bila dah cukup settle down duduk kat rumah baru nie...nanti mokcik buat housewarming party. Ada ker kenkawan yang sudi nak datang?? hehehe..

Thursday, September 10, 2009

DARI PUTRAJAYA KE MUAR




Pagi semalam selepas sahur mokcik bertolak ke Muar. Keluar rumah jam 6.30 pagi. Alhamdulillah selamat tiba di Muar pada jam 9 pagi.

**************

Perjalanan mengambil masa panjang, tapi pendengaran kesnya sokojap sajork... Kebetulan bertemu kawan lama masa di kampus dulu di sana. Dah 18 tahun tak jumpa. Cuma sesekala berhubung melalui telefon. Dia jemput ke rumahnya...pejabatnya bersebelahan rumah. Wow...bestnya..working from home. Not far away from the court too. Bahagia hidup katanya, walaupun bisnes kurang mashyuk kalau kat bandar kecil macam Muar ni. Suaminya juga sama profesyen dan kebetulan kawan2nya juga kawan2 mokcik...maka rancak la kami bercerita. Sangat seronok bercerita kisah2 lama masa di kampus dulu. Memang dia rakan rapat mokcik susah dan senang masa di kampus dulu. Cuma bila masing-masing dah tamat belajar, berkerja, berkeluarga, dan jarak antara Laut China Selatan memisahkan .
***************
Masa bertolak balik jam 1 tengahari, dia bekalkan mokcik dengan sebalang kuih tart nanas yang sungguh yummylicious...
*********
Mokcik selamat tiba di Putrajaya jam dekat pukul 4 petang. Alhamdulillah.
****************
Petang ini bertolak balik ke kampung. Sedikit sedey kerana minggu ini mama akan balik ke Sabah. Hari ahad 13 September mokcik akan hantar dia balik ke KLIA dimana mama akan balik ke Sabah lewat petang bersama adik mokcik yang berkerja di Seremban. Lepas tu, petang itu juga mokcik terbang balik ke 'Ganu kerana ada kes di sana pada hari isnin.
**************
Oklah, nak uruskan all these things sebelum berangkat balik..take care all..selamat berpuasa ya.

Wednesday, September 9, 2009

OK LOOHHH

Assalamualaikum semua...semua apa khabar?? Ok kerr???

Mokcik? Ok loohhhhh....

Wah apa kena mokcik nie ek...tetiba ajer...hehehe

Petang semalam baru balik outstation dari satu lokasi yang dirahsiakan...wakaka..Lepas abes kes, still very early, so mokcik pun sambung lepak2 sambil menonton tv. Kat hotel nie banyak jugak channel so, kira ok loohhh... Sempatlah mokcik menonton rancangan buat pertama kalinya program Kelab Pop ker aper ker bendernyer...memang sakit perut jugaklah gelak bab peserta kena menyanyi ikut lagu popular tapi lirik ciptaan sendirik berdasarkan objek yang diberi. Hari tu peserta kumpulan 'meletop' diberikan petai untuk dinyanyikan ikut lagu asmaradana, sementara kumpulan 'ok lohh' diberikan selipar jepun dinyanyikan ikut lagu smooth...wakaka...memang kelakar gilerr..
******************
By 12 pm baru mokcik gerak balik dan sampai ke pejabat jam 4.15 petang, and stayed till 7.45 pm. Agak2 orang kat rumah dah abess buka posa baru mokcik gerak balik...huhuhu.
**********
Sebelum balik tu mokcik singgah Alamanda sokojap pi membeli apa-apa yang patut. Mokcik singgah di MPH membeli beberapa buah buku untuk santapan minda. Salah satunya buku animasi kisah hidup Tunku dan juga Lat and the Gang. Masuk bilik, mokcik pun bersantai2 membaca buku ni sampai tertidurrr...zzzzzz...
************
Setakat ini life is ok loohhh...ok lohhh nak buat kerja nie...selamat berpuasa uolsss..

Thursday, September 3, 2009

BILA KORANG TENSEN, APA KORANG BUAT?


Lain orang lain caranya kan.

Jadi, kalau korang tensen, apa agaknya korang akan buat untuk release kan ketensenan korang tu?

Mokcik pulak kalau tensen2...walaupun banyak kerja tapi untuk release tensen...ni la kerja mokcik. Menggodek sana sini..tukar perabut rumah ini...hehehe. Tu pasal sejak minggu lepas beberapa kali blogger template berubah2. Dah puas menggodek sana sini, baru la boleh concentrate dengan kerja. Kalau dah mula buat kerja pula, obssessi melanda...sambil buka posa mokcik still baca fail. Itu kalau mokcik kena berbuka sendiri2 la.. Kalau ada kawan, lain la ceritanya hahaha.

Malam kelmarin, mokcik stayed back kat office. Tapi mokcik malas nak inform pada guard kat bawah. Pasalnya, mokcik yakin ada beberapa officer lagi yang biasa stay back sampai malam kat office nie. Dorang ni selalunya dah inform guard awal2. However, hari tu takdok siapa inform guard kutss..

Nak jadi cerita, lepas berbuka dengan secawan milo, mokcik pun keluar untuk ambil wuduk. Masa nak masuk balik tu, mokcik dah perasan dari celah bawah pintu ke unit mokcik dah gelap. Bila buka pintu memang sah...lampu di aras/bahagian mokcik dah ditutup. Alahai ...terbantut niat nak solat maghrib kat bilik. Teraba-raba mokcik menuju ke bilik mokcik dan menggunakan cahaya dari henpon sebagai sumber cahaya. Mokcik angkat beg dan cepat2 meraba-raba ke tempat punch card. mokcik perasan ada satu bilik kawan mokcik ada cahaya...ohoo..masih ada yang tak balik, tapi kenapa bilik dia boleh ada lampu, sedangkan bilik mokcik gelap gulita.

Turun ke bawah mokcik singgah kat surau untuk solat dulu. Lepas solat, baru teringat tertinggal dompet dalam bilik. Mokcik pun menuju ke tempat guard dan minta lampu dipasang semula untuk ambil dompet.

"Eh...baru tadi ada permintaan dah untuk buka lampu aras *toot*. Puan baru naik ker?"

"Tak saya baru turun."

Patutla masa ambil wuduk tadi mokcik ada terdengar derap bunyi kasut tinggi dalam keadaan tergesa-gesa menuju ke lif.

Pak guard call bahagian berkenaan dan confirmkan lampu dah dibuka semula. Mokcik pun naik semula ke bilik dan ambil dompet. Lega....

So moral of the story...jangan biasakan diri buat andaian semata-mata, kadang2 andaian kita tak betul, dan kita mungkin akan membuat kesilapan jika bertindak atas andaian tersebut...

selamat berbuka semua...nak keluar pi cari makan dah ni...daaaa..

ISTANA BUDAYA


  • Semalam mokcik berbuka puasa di Istana Budaya.
  • Buka posa bersama dua orang teman dan seorang bayi. We have a great time, tak hengat nak balik sampai baby dah mengantuk hehehe. Sesekali rushing untuk sampai ke tempat berbuka bersama kawan2 seronok juga...rushing bukan kerana driving..rushing dari satu tren ke satu tren hahaha. Balik mokcik menumpang kereta teman yang dok somewhere kat Selangor...kena ler dia hantar mokcik ke erl station sebab kereta mokcik tinggalkan kat sana.
  • So, anybody interested to have breaking fast session together? Last nite proved that we still can have fun on weekdays. Even after a long, tiring, difficult day... :)
  • So seronok makan-makan sampai lupa nak snappy2 gambar makanan. Pilihan makanan kat kafe tu boleh tahan juga. Rasanya pun boleh dikatakan sedap. Cuma laksanya ajer terlebih masin sikit tapi still sedap juga la sebab kuahnya pekat. I loved the otak2... and of coz, the company...hehehe
**************
  • Mokcik tiba di rumah jam 10 malam. Terus turun basuh kain. Masa mokcik memasukkan pakaian dalam mesin basuh, ibu landlady masuk dapur membasuh pinggan. Mokcik terus sapa dia.
  • " Saya ada bawa keropok lekor. Ada dalam peti. Nanti minta la bibik masak. Budak2 kan suka makan keropok lekor."
  • Ibu landlady senyum sajork.
  • Dalam pukul 11.30 mokcik turun semula. Nampak ibu landlady sedang duduk dalam gelap di ruang tamu sambil menggosok lututnya ( siibu sakit lutut).
  • "Tak tidur lagi opah?"
  • "Belum..tengah gosok minyak kat lutut nie."
  • Hmnn...cucian tak siap lagi. Mokcik masuk semula ke dalam. Baru nak naik, siibu menegur.
  • " Suami puan dulu mengajar kat sekolah dot dot kan?"
  • "Saya, opah."
  • " Kenal tak dengan dot dot dot? Tu adik makcik tu. Nie ( sambil menunjuk ke arah bilik bawah) anak dia la ni."
  • "Oh ye ker? Memang kenal dengan dot dot dot. Ada jumpa dia masa gi beraya rumah landlady kat Ipoh dulu. "
  • "Adik makcik tu pendiam jer. Bukan macam makcik nie"
  • Mokcik senyum.
  • "Anak dia ni baru dapat kerja. Sementara ni la katanya duduk di Putrajaya ni. Tak tahu lagi kena posting ke mana nanti."
  • "Oh gitu. kat mana dia kerja tu opah?"
  • "Tak pasti la pulak...JPJ, SPRM..ke gitu."
  • "SPRM? sama ofis dengan dot dot ( kawan sorang lagi)"
  • "Tak tahu lerr..makcik bukannya faham sangat. Ni anak dia la. Mak dia tu kerja bahagian rumahtangga kat sekolah dot dot tu. Pengetua sekolah tu pula kawin dengan kakak landlady."
  • "Oo..nanti saya ceritakan kat suami..saya naik dulu opah."
(perbualan yang berwarna hijau hendaklah digayakan dengan loghat orang Perak bercakap...hehehe)
**********
  • Cik abe kata " Kak dot dot tu baik sangat orangnya. Kira dah ok la awak kat situ tu? Saya tahu awak boleh handle keadaan ni. Awak tu kan sentiasa cool jer. Tapi yang tak ok sebab awak jauh dari saya. "
  • wakakaka...kesitu pulak dia... tapi ada juga benarnya kata2 cik abe. Lagipun keadaan tak setegang minggu lepas. I can feel the changes, though they still dont pelawa me to join them makan sahur or berbuka hahaha. But, mokcik pun dah tak kesah dah. Mungkin mokcik akan tensen semula kalau berlaku keadaan macam hari tu dimana tinggal sepupu landlady dgn mokcik ada kat rumah....maunya tak tensen.. Tapi for the time being, things slowly beginning to get better and am thankful for that.

Tuesday, September 1, 2009

SEPTEMBER


Pejam celik sudah masuk 1 september 2009 hari ini.
************
Rasa macam baru sahaja masuk ke tahun 2009, tup tup sudah nak hampir sampai ke akhir tahun.
************
Salam merdeka semua. Kalau di Sabah, keraian ini sampai 16 september sempena memperingati kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Di Terengganu semalam, mendung sepanjang hari. Sudahnya kami anak beranak menghadap tv sajork la. Yang mokcik perasan iklan yang dok asyik keluar kat tv sekarang ni ialah iklan pasal PLKN yang ada pelakon cilik yang baru sajork mendapat anugerah dalam pesta filem baru-baru ini. Tak tahu la itu untuk bulan kemerdekaan atau untuk promote PLKN. Tapi memang tak boleh lawan lagi iklan2 untuk kemerdekaan buah tangan arwah Yasmin Ahmad. Di bulan ramadhan ini juga terasa juga kehilangannya bila mendengar alunan suara arwah Ustaz Asri. Semoga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya.
***************
Berada di kampung selama tiga hari terasa amat bahagia sekali. Sempat meraikan secara amat sederhana hari lahir Yusuf, putera sulung mokcik yang jatuh pada 30/8/2009. Sekejap sajork dah berumur 14 tahun anak umi nie. Umi doakan semoga Yusuf akan jadi anak yang soleh dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Semoga sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala kejahatan di dunia dan akhirat serta menjadi manusia yang berguna kepada Agama dan negara. Untuk Yusuf sempat mokcik masak mee goreng basah kegemaran sekeluarga dan kari ayam versi mokcik hehehe...Hassan request untuk ayam masak merah versi mokcik juga. Yang ni punya request kena adjourn ke minggu depan. Ni penting juga untuk menaikkan moral Hassan yang akan menduduki UPSR minggu depan. Umi wish Hassan all the best dalam peperiksaan kelak.
************
Mokcik kembali ke Putrajaya semalam dengan bekalan bersahur masakan mama...paru goreng dan ikan masin hehehhe. Mokcik tiba di rumah jam 12 malam. Tengok semua orang dah tidor...kat ruang tamu! Ibu landlady, bibik dan anak sulung landlady. Di luar nampak kereta cousin landlady.. so he must be sleeping in the room below. Somehow, mokcik tak rasa tertekan sangat buat masa ini. Sekurang2nya ada orang lain di rumah..cuma rasa guilty melihat ibu landlady tidur di ruang tamu ( walaupun memang biasanya dia dan anak2 landlady memang tido kat situ...sejuk kata mereka, dlm bilik panas).
*************
Sebentar tadi terima panggilan dari cik abe. Katanya Aini tak ke sekolah hari ini. Puas dipujuk, dia enggan. Hmnnn...memang agak manja skett anak dara sulung mokcik nie. Hari ahad lepas masa cik abe nak angkat dia ke bilik air dia protes! Mula2 mokcik pujuk2 dia masih membatukan siri. Akhirnya mokcik buat2 merajuk....maka keluarla kata2 berbaur ugutan..."ok kalau aini tak nak gi sekolah takper...petang nanti umi bawa azza jer gi beliii kek Yusuf."
*********
Diam.
**********
Beberapa minit kemudian mokcik pergi ke tempat dia berbaring. Cium dahinya dan ajaknya gi mandi. Alhamdulillah dia mengikut. Cik abe yang baru keluar dari kamar mandi tersenyum kambing melihat Aini mahu pula mengikut kata mokcik.
********
"Nanti petang nanti awak telefon dia suruh gi sekolah. Tak kuasa dah nak pujuk dia."
*********
Kesian cik abe. Ye la dah la pepagi nak berkejar nak ke sekolah dia yang jauh ya amat tu...anak dara ni pulak buat perangai.
*********
Kalau la mokcik ada bersama mereka kan senang...hmnn...nak buat camana...gini la keadaan buat waktu ini. Kena la bersabar banyak2...

Friday, August 28, 2009

TERRRDOUBLE KATANYA..


Semalam punya cerita.

********


Akibat terlalu tertekan, mokcik cepat pergi ke website airasia. Tempah tiket balik kampung. Biasalah time cuti sekolah cenggini, seat semua taken..yang tinggal seat mahal2 sajork. Lepas selesai semua bayaran, mokcik pun semak kat 'Mengurus Akaun Saya".

**********


Haiyooo...baru mokcik perasan. Rupanya sejak 20.8.2009 lagi mokcik sah tempah dah tiket untuk balik petang nie. Alamakkk camana nie? Dah ler bayaran untuk tempahan sebentar tadi lumayan juga.

***********


Cepat2 mokcik telefon ke booking centre. Surprisingly, terus sajork panggilan mokcik disambut. Orang dihujung talian mengenalkan dirinya John. Mokcik pun ceritakan masalah mokcik dengan penuh berhemah dan bersopan santun. Beberapa kali John put mokcik 'on hold' tapi mokcik tak kisah. Akhirnya John mengatakan dia akan menyambungkan panggilan mokcik ke satu unit lain yang akan menguruskan masalah mokcik.


********

Panggilan disambut oleh seseorang bernama Martin pulak. Tak lama kemudian Martin mengatakan " satu-satunya perkara yang kami dapat lakukan adalah saya akan batalkan tempahan hari ini. Bayaran yang puan telah buat saya akan masukkan dalam credit shell. Puan boleh semak dalam tempoh setengah jam selepas ini. Puan boleh menggunakan kredit tersebut untuk membayar mana2 penerbangan dengan airasia dalam tempoh 3 bulan dari tarikh hari ini."


*********


Alhamdulillah. Takde masalah kerana mokcik memang banyak travel dengan airasia. Apa yang penting kerjasamaaaa...erkkk...apa yang penting mokcik dapat semula duit mokcik ittewww.


*********


Al Fatihah untuk Allahyarham Prof. Ismail yang meninggal dalam penerbangan balik dari luar negara. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Bagi kita yang masih diberi peluang olehNya untuk terus bernafas ini, bersama-sama kita meningkatkan lagi mutu amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Jangan stress sangat uolsss....hehehe...

Thursday, August 27, 2009

NASIB BAIK DIA BALIK





Mokcik stress!




Semalam kawan mokcik ada kes kat kampung dia. So dia balik petang semalam. Memandangkan mokcik dah keseorangan, maka on the way balik dari Jalan Duta semalam. mokcik beli makanan siap2. Mokcik dok ofis sampai maghrib. Dah siap berbuka dan solat segala, agak2 manusia kat alamanda dah reda sikit...mokcik pun bertolak balik. Singgah jap kat alamanda beli makanan untuk sahur.




Tiba di rumah, lampu di luar menyala. Tapi kereta landlady dan adiknya takde. Mungkin mereka keluar berbuka kat luar atau pergi tarawih agaknya, kata hati mokcik. Mokcik terus naik ke bilik dan sementara takde sapa kat rumah, mokcik sempat la basuh kain. Sambil duduk2 berehat dalam bilik, mokcik dengar bunyi kereta dan pintu rumah dibuka. Tapi mokcik tak rasa apa2. Sangkaan mokcik, landlady baru balik la tu. Tapi bunyi sunyi sepi sajork...biasanya kalau dorang balik mesti riuhlah dengan suara budak2 tu. Still mokcik relak seperti biasa. Mungkin, landlady lambat balik sebab ada mesyuarat. Most probably budak2 dan bibik ikut mak landlady balik kampung kut. Maklumla cuti sekolah kan.




Tak lama lepas tu mokcik terdengar bunyi orang batuk2. Suara lelaki! Alamak...agaknya sepupu landlady yang balik tadi... Mokcik tengok jam. Dah dekat pukul 11.30 malam. Landlady tak balik lagi...yang ada kat rumah mokcik dan sepupu landlady...




Ya Allah! Tensennya mokcikkk. Mokcik pun terus tutup rapat2 dan kunci pintu. Hoh...kang tak pasal2 kena tuduhan khalwat karang...




Jam 4.30 mokcik terbangun. Mokcik bersahur sensorang dalam bilik. Terdengar juga bunyi2an pinggan mangkuk berlaga dari bawah. Masa mokcik masuk ke dalam bilik air, ternampak kelibat landlady di tangga. Legaaaa....Alhamdulillah. Mokcik pun tak sedar bila landlady balik, tapi at least dia ada balik malam semalam.




Pagi tadi mokcik dah minta rumah transit. Ikutkan hati nak keluar petang ni jugak...tapi kalau mokcik keluar, tinggal la landlady berdua dengan sepupu dia...




Mokcik call cik abe. Cik abe kata keluar ajer la dari rumah tu. Mokcik call kawan mokcik...dia pulak kata.."sabar la. I akan balik rabu depan. u nak buat apa dok rumah transit sensorang, lagipun esok kan u balik. by next week bibik dan anak2 dia dah balik dah". Hohoho...senangla bagi dia, dia ada kat kampung masa ini. At this time, all i need is a little place to call my own...





Wednesday, August 26, 2009

CERITA BERADA DALAM "BUAH DELIMA"



To be fair to my landlady, mokcik have to write this entry. Lagipun, mokcik rasa antara kami, dia yang betul2 berada dalam "buah delima"...
********
Ada yang pelik sebab mokcik ceritakan duduk kuarters, tapi menumpang. Ehem...memang kami dok kuarters, tapi kuarters tu atas nama landlady, ala kawan kitaorang juga. She's a single mother and that's the reason why in the first place we chose her place. Senang nak bersantai2 dalam rumah dia sebab takde orang lelaki, kecuali dua orang anak dia lerr hehehe. Dia juga menerima kehadiran kami kerana sekurang2nya kami dapat membantu meringankan beban dia ( we pay rent tau bukan setakat menumpang duduk semata2). Tambahan pula dengan kehadiran kami, dia tak perlu bersusah payah menjemput ibunya datang untuk menemankan anak2 setiap kali dia kena pergi out station.
*********
Sesekali bila ada family members dia datang pun tak jadi masalah kerana rumah ada empat bilik. She's occupying the master bedroom dan one room downstair. Mokcik and my fren masing2 sewa sorang satu bilik. In terms of food...we contribute to her ration...basuh kain atau bersihkan bilik air yang kami gunakan, kami minta tolong bibik buat dengan upah yang berpatutan hehehe..
*******
Things goes well...kami pun jarang ada kat rumah. Selalunya outstation dan hujung minggu balik kampung.
*****
Then, bibik melarikan diri. Her mother came to help her. Maka bermulalah perasaan 'tidak selesa' kami.

*****

Initially, we didnt really realise it. Until lately, especially now. Yang mokcik perasan, both of us will stay back at the office sehingga pukul 8 malam. Dah siap2 makan kat luar, balik terus masuk bilik, mandi manda dan bummm tido..dulu2 landlady atau bibik akan ajak kitaorang join makan breakfast atau dinner. Biasanya kami tak join la sebab memang dah makan siap2 kat luar. Tapi duduk juga di meja makan minum milo ker , nescafe ker sambil berbual2. Sesekali kalau terasa lapar memalam tu turun juga ke dapur masak megi hehehe.
******
Eversince her mother came, pergerakan kitaorang pun jadi terhad. Mula2 tu sebab adik lelaki landlady ada dan dia tido di ruang tamu. Secara otomatik kami pun memang tak turun bawah la untuk bersantai2 di ruang tamu. Pasal makan tu memang tak jadi masalah pada kami sebab memang kami lebih banyak makan kat luar, tapi kini even landlady pun tak pernah pelawa kitaorang makan walaupun masa kitaorang sampai tu dorang tengah makan kat meja makan...huhuhu
******
Yang paling terasa kawan mokcik la. Ye la, hari pertama puasa, dia baru sampai dari kampung jam 4.30 pagi. Masa itu landlady sekeluarga tengah bersahur. Kata kawan tu dia duduk2 la juga kat sofa sebentar, tapi mereka langsung tak pelawanya join sahur. Mokcik pun terasa juga bila petang itu kebetulan masa kami nak keluar berbuka, mereka sedang menyiapkan juadah berbuka tapi langsung tak pelawa pun kitaorang join. Bukanlah kami nak join sangat pun, tapi kan apa salahnya sekadar ajak-ajak ayam pun...Ataupun kami ker yang sensitif?
******
Kini masalah lain pulak muncul. Bibik baru dah sampai. Bibik yang lepas memang tido di bilik bawah, tapi most of the time dia memang tido di ruang tamu dengan anak2 landlady. Bibik yang baru sampai ni nampaknya takde bilik, sebab bilik bawah occupied by ibu landlady dan her brother. Jadi bibik kena tido di ruangan lapang di tingkat atas. Tup2 datang pulak seorang sepupu landlady yang baru dapat kerja di Putrajaya nie. Budak lelaki. Atas permintaan mak saudara landlady, sepupunya akan duduk dengan landlady. Buat masa ini, sepupu ini kena tido luar sebab takde bilik kosong. Tambahan lagi seorang lagi sepupu akan coming soon. Juga lelaki.
*****
Landlady mengadu kepada kawan mokcik dia pun berada dalam keadaan serba salah. Memahami kedudukan landlady, kawan mokcik terus mengatakan kami memang tak akan duduk lama kat rumahnya...sekurang2nya till november. Tapi takkan kami nak keluar pulak dalam masa singkat ini...nak dapat kuarters pun sekurang2nya sebulan. Tu pun kalau ada orang dalam. Mokcik pun faham juga masalah landlady. Kami ni walaupun kawan, tapi orang luar. Yang itu sepupu dia. Tapi walaupun sepupu, lelaki dan landlady pulak takde suami.
******
Kesian kan...ini betul2 dilema la...poning mokcik dibuatnya. Anyway, mokcik tak salahkan sesiapa dalam kes ini cuma baru mokcik dapat jawapan mengapa bila berada di sini mokcik akan mengalami simptom2 yang membuat mokcik terpaksa menjalani MRI dan mengapa bila mokcik balik kampung simptom2 itu tak muncul pulak ...
******

Mokcik dah nekad akan keluar dari rumah tu end of this month. Apapun mokcik sangat berterima kasih atas kesudian rakan mokcik menerima kehadiran kami di rumahnya selama ini dan berharap lepas ini kami semua takde la tensen2 lagi...lalalalala
******
Luahan ini untuk menjelaskan keadaan sahaja dan tiada niat langsung untuk memburuk2kan mana2 pihak... peaceee..