Wednesday, October 21, 2009

KERTAS KERJA, HUJAHAN, LAPORAN

Akhirnya mokcik berjaya siapkan kertas justifikasi untuk Jabatan mokcik adakan bengkel latihan ke arah pensijilan ISO 9001:2008. Yeahaa...setelah bertungkus lumus sejak minggu lepas. Berulang alik jumpa boss...akhirnya diterima kertas itu. Baru selangkah. Langkah lebih berat menanti bila diluluskan oleh big boss. But i'll cross the bridge when i reach it. For now i want to take a break before i start to tackle another task...phewww...

Tarik nafas...hembusss....tarik nafas...hembuss ...hmnnn

Satu hujahan kena difailkan jumaat ini...diarahkan pula hadiri mesyuarat petang jumaat...satu lagi hari isnin nie. Dah la isnin ni kena ke Taiping...adusss...tapiii....takperr...mokcik kuatkan semangat untuk menghadapi semua. Macam ummibatriysia juga...pagi petang siang malam, selagi terdaya, siapkan semuanya. One thing, sebab mokcik bersendirian di Putrajaya, bila terlalu letih mokcik boleh tidur lena tanpa gangguan dan terjaga esoknya dengan penuh semangat. Mulai malam sabtu hingga ahad, mokcik takde masa memikirkan fasal kerja langsung. Those time sepenuhnya untuk keluarga. Amat singkat, tapi sangat bermakna untuk memberikan mokcik kekuatan dalam menghadapi cabaran2 mendatang.

Cerita lain pulak.

Hari jumaat lepas dalam flight ke KT. Mokcik ternampak kelibat rakan lama yang sudah hampir 20 tahun tidak bersua muka. Tapi mokcik yakin itu memang dia. Baru sajork mokcik nak menegur, terlihat pula seseorang menemani dia. Hmnn...ok la tunggu sampai touch down di KT.

Tiba di KT, belum sempat mengejarnya, dia sudah hilang dari pandangan. Mokcik hidupkan hp yang dimatikan dalam flight.

"Salam. I macam ternampak u kat KT. u ker atau i silap orang?"

Lama tak berjawab. Mokcik dah sampai rumah baru sms masuk.

"Ye. U katne?"

Tak sempat jawab, dia dah call.

" U katne? "

"Kat rumah la. tadi i nampak u kat dalam flight. i dok seat ***, u dok seat ***."

"Ala..camna ni u kenal i, i tak kenal u."

"Hahaha...buat per kat sini?"

"Ada kerja."

"Bila balik? Kalau tak boleh kita jumpa, have dinner ker? Tapi i nampak kat sebelah tu ada somebody. takut segan pulak.."

"Hmnn..i balik esok. Tengoklah...nanti i call ker sms u."

Mokcik keberatan nak jemput dia ke rumah. Maklum la, rumah mokcik macam tongkang pecah huhuhu. Bukan sebab tak sudi, faham2 jer la bila rumah kena tinggal lima hari hehehe. Lagipun, mokcik dapat merasakan si dia pun kurang selesa. Kebetulan mokcik ternampak dia dan mokcik boleh nyatakan dia dok seat mana dlm flight dan dengan sapa. That's why dia tak boleh mengelak. Mokcik pun mulanya cuak juga nak sms dia, tapi better i pastikan dengan dia sendiri ye tak dari tertanya2 siapakah gerangan pelanduk dua serupa.

Sebenarnya kawan mokcik ni dah bercerai dengan suaminya. Kawan kami juga. Mokcik takde pulak dengar dia dah kahwin lagi but she is seeing somebody, according to ex-hubbynya. Most probably orang yang mokcik lihat bersamanya adalah orang itu. Barangkali mereka sudah bernikah dan berbulan madu di KT kan....mana kita tahu. Lagipun time tu cuti deepavali maa...memang sesuai la untuk datang bercuti. Takper, tak sempat jumpa kali ini, tapi bila mokcik turun ke *toot* boleh la jumpa dia dan mendapatkan citer sebenar....

Ok...nak sambung buat hujahan pulak...daaa...

2 comments: