Thursday, October 15, 2009

KISAH SEMALAM


Semalam mokcik sepatutnya ada kes di Jalan Duta. Terlewat sikit bersiap2, so by the time mokcik reached erl station dah terlepas erl dah. Have to wait for the next one yang akan tiba kira2 jam 7.50 pagi. Dah bayar tiket, dah turun ke bawah tinggal tunggu erl mai. Mokcik tiba2 teringat sms kat kawan yang sama2 buat kes ni. Tup2 dia called.

"Puannnn...kes tu hari ni ker?"
"A'a."
"Takde dalam list saya pun. Puan nak saya pergi ker?"
"U katne"
"Saya tengah makan kat Wisma Tani."
"Tak payah la kot. mention jer."
"OK."

Erl akan sampai dalam masa dua minit.

Kringg..kringg...
"Hello.."
"Puannn...tak payah naik erl. Puan ikut saya. Saya on the way ke stesen erl ambil puan."

Semua orang pun pelik. Erl sampai, mokcik naik lif bukan naik erl.... hehehee

"Kitaorang tak refund tiket yang dah dibeli ni cik." Kata gadis kat kaunter tiket kala mokcik minta dia buka gate untuk mokcik keluar.

"Takper...terima kasih."

Maka, mokcik dan kawan mokcik pun bergerak mengikut MEX highway ke arah KL. Nak jadi cerita, tiap kali mokcik naik kereta ke Jalan Duta, mesti ada2 ajer lerr kejadiannya. Tempohari, kes yang sama, terlewat dua jam. Puncanya driver tersilap ambil jalan Sg. Besi. Kebetulan ada kemalangan kat depan dan kereta memang tak bergerak langsung. Mujurlah Hakim yang mendengar kes tak cakap banyak. Semalam , keadaan sama. Konon ikut MEX, nak elak jem...tapi jemmm jugakkk. On the way, kawan call lawyer. Lawyer kata dia pun baru sampai setelah terperangkap dua jam dalam jem. Katanya ada trak merempuh divider kat depan.

Patut la jemmm.

Dalam 9.30, lawyer called. Katanya kes ditunda ke hari jumaat. Hakim kurang sihat katanya.

"Camna puan?"
"Camna lagi...kalau ada jalan kata depan tu kita balik jer la."
"Ok kat depan ada u turn...kita balik opis. On the way kita singgah makan nasi lemak puan."

Sampai opis, mokcik sempat semak surat2 dan beri arahan apa yang patut. Terasa melayang2. Mokcik terus isi borang cuti dan vroommmm balik rumah. Makan panadol soluble sebijik terus mokcik landing kat ruang tamu .... zzzzzzzzzz


9 comments:

  1. azwa

    letisnya kalau gitu kan, dah on de way, tetiba tangguh.. sabo ajelah

    ReplyDelete
  2. fonin ke mokcik..ke flu....take care!

    ReplyDelete
  3. Zara,

    perkara biasa ..at least ini dekat jer..hari tu..sampai ke Taiping mokcik dibuatnya huhuhu

    Zar,

    Nasib baik mokcik pun kurang sehat jugak, jadi tak ler bengang sangat

    Intan,

    Mokcik diserang selsema..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Saya pun terperangkap hampir dua jam nak ke kelas di Kalan duta...7.30 dari seremban, jam 10 baru sampai kelas...3 class mate terperangkap dalam jem...mujur kelas tak start tunggu kami bertiga...

    Dah tak pelik kenapa selalu sangat tangguh kes...last week dua hari tangguh...bazir minyak ke court..dah nak sampai baru dapat tau tangguh...sudahnya dah ke cour menyimpang ke Jakel...hehehe, tapi apa nak baut dah tugas...

    ReplyDelete
  5. Salwa,

    kannnsss...apa nak buat dah tugas kan...cuma yang tak sedapnya, klu court tangguh kes takper...klu kita minta tangguh tak boleh!

    sabooo jer la...

    len kali klu kena cenggini lagi kita sama2 pakat ke jakel hehehe

    ReplyDelete
  6. kdg2 saya rasa seronok keje mcm akak.travel je kejenya,tp bila baca blog akak,saya jd kesian dgn anak2 dan cik abe akak.

    semoga bersabar tunggu nov nanti

    ReplyDelete
  7. alala siannya dia.. melayang2 tu penangan nasi lemak ke penangan jem ke penangan letih? hwauhahahaha... mokcik punya pasal, lump sum semua sekali la. hehehhee... take a good rest..

    ReplyDelete
  8. Irfa,

    travelling cuma best bila mokcik perlu berada di putrajaya hehehe...klu mokcik balik kampung...malasnya nak travelling

    Saya,

    melayang sebab mokcik exceli ada selsema hari tu. Tak makan nasi lemak pong, makan soto jer hehehe..

    ReplyDelete