CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

24 November, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum semua.

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua kenkawan. Mokcik akan mula bercuti mulai esok. Akan kembali bersiaran pada 30 November, insyaAllah.

Kepada semua, selamat berhari raya korban...ada sapa2 buat korban tahun nie? FIL mokcik join jemaah kat kampung berkorban kat nun Kemboja sana. Dia tak la gi sama tapi kira yakin la ianya akan sampai ke matlamatnya memandangkan wakil2 jemaah akan pergi sendiri ke sana untuk melakukan ibadah korban tersebut. Mereka buat camni untuk elakkan penyelewengan pihak2 yang suka mengambil kesempatan.

Kepada yang melakukan ibadah korban, semoga ianya diterima Allah SWT.

Jumpa lagi di minggu depan...daaa...

Wassalam.

23 November, 2009

GARA-GARA HUJAN NON STOP

Assalamualaikum.

Jumaat lepas mokcik balik ke KT. Cuaca disana memang mendung dan hujan sepanjang hari yang sekejap lebat, sekejap renyai2 disertai dengan angin kencang.

Untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan anak big boss kami, hari ahad iaitu semalam mokcik balik awal ke Putrajaya. Jam 11.30 mokcik selamat sampai di Putrajaya. Kebetulan adik mokcik juga terbang ke sini atas urusan majlis graduasi cikgu2 J-Qaf, Kursus Dalam Cuti etc. Mokcik balik dari kenduri kawen tu jam 7.30 malam. Mokcik dan adik tak dinner la kononnya nak tunggu cik abe dan 4 orang anak datang dari KT. Mereka dijangka tiba jam 11 malam di Putrajaya Sentral. Dalam pukul 9, cik abe called. Katanya sebab hujan lebat, kapal terbang MAS tak bleh nak landing, so terpaksa balik ke KLIA. Mereka dijangka bertolak jam 11.30 malam pulak.

Sempat la mokcik melelapkan mata sokojap. Around 12.30 am, cik abe called katakan dah sampai KLIA. By then, erl services dah tamat untuk hari itu. Cik abe pun cadangkan ambil teksi sahaja. Tak lama kemudian dia call semula;

"Kat kaunter ni kata, sebab ada lima orang dia suruh ambil dua teksi. Kalau tak pun ambik van, tambang RM249.00"

"Aik, kan dua orang tu kanak-kanak jer. Takkan satu teksi tak muat?"

"Itu kata kita, dia kata macam tu."

"Hmnn...tak per la. Abang tunggu kat airport, nanti saya datang ambil."

Kebetulan adik ada, jadi berani ler mokcik driving ke KLIA waktu pagi2 buta tu. Tapi save banyak ler daripada kena bayar RM249...ayoyo...So pagi ni memang kepala agak ting tong sikit sampai solat subuh pun hampir terlalai...alahaiii. Tambahan pulak, pagi ni mokcik kena sertai bengkel kat Mahkamah Syariah POJ. Mokcik decided untuk makan lima kapsul 4life Transfer Factor Advanced Formula. Alhamdulillah dalam sesi bengkel tadi berjaya juga menyumbangkan idea2 untuk memperbaiki dan memantapkan lagi manual yang dicadangkan oleh mereka.

By 2 pm tadi, perasaan mengantuk memang menguasai huhuhu...tapi mokcik gagahkan juga diri membuka mata hehehe. Lepas solat zuhur, baru la rasa segar sikit. Kena siapkan kerja sebelum bercuti Raya Haji mulai 25 November nie..

ok..daaa...gotta go sambung my work uolsss...wassalam.

20 November, 2009

BERITA GUMBIRA YANG BIASA-BIASA SAHAJA



Assalamualaikum kenkawan,


Tengah buat posting semalam, ternampak mesej.."u got mail". Bila disemak, ropenya itinery tiket untuk balik ke Sabah bulan disember nanti. Alhamdulillah...mudah sahaja urusannya..takde apa-apa persoalan ditanya. Bos yang meluluskan cuti mokcik pun sepatah pun tak cakap apa-apa. Pengalaman sebelum ini, setiap kali mokcik memohon untuk tambang percuma balik ke wilayah asal, mesti ada sahaja songehnya. Cuma satu sahaja yang setakat ini bos-bos tak pernah persoalkan...iaitu bila mokcik minta cuti sebulan! Yer la, tambang nak balik ke wilayah asal bukannya sedikit...boleh buat down payment beli kereta, malah boleh beli satu kancil second hand. Abih tu takkan nak baliknya sehari dua kan...sungguh tak berbaloi...





Tapi kali ini, mokcik cuma amik cuti 15 hari sajork...campur cuti hujung minggu dan cuti umum...jadi la tiga minggu. Yang lucunya, kali ini dia beri tiket untuk mokcik dan suami kelas bisnes, sementara anak2 kelas ekonomi. Camno nak atur tu?





Oh ya, semalam mokcik akhirnya berjaya membuka akaun dengan CIMB Islamic. Sejak beberapa bulan lepas nak buka masa di KT, asyik tertangguh sajork. Bila pi sana, ramainya umat nak buka akaun (agaknya nak mengejar peluang nak dapat hadiah tu kan.) Pehtu, macam2 la dia nak, nak salinan ic la, lesen la..sampai satu kali tu buka akaun tak dapat tapi kereta kena saman kerana park depan bank. Kat KT masalah parking memang lumrah..huhuhu..






So, semalam, mokcik pun berpusing la mencari parking. Very the easy, sebab memang ada parking lot disediakan...cumanya parking tu kat seberang jalan bertentangan dengan CIMB dan BSN cawangan Putrajaya. Ok sajork, mokcik takde masalah berjalan kaki nie kecuali masa hujan lorrr. Masuk sajork dalam bank CIMB tu, wah, very the friendly environment. Mokcik kabor nak buka akaun baru, dia beri borang dan tanya sama ada alamat sama tak dgn yang dalam ic. Borangnya very the sempoi, tak banyak mende pun isi. Pehtu tak minta pun salinan ic ker lesen ker. Dia nak yang ori. Sokojap sajork, dah siappp...alhamdulillah.






Mokcik rasa teruja la juga sebab ada satu bank tu, mokcik nak buka akaun, dah isi borang segala mak nenek, bila kat kaunter, sekali tengok kat ic mokcik terus dia kata..





"Kami tak boleh buka akaun cik kat sini. Cik kena buka kat negeri asal."





Gila ngko..takkan mokcik nak balik Sabah semata-mata nak buka akaun kansss.."Tapi saya kerja kat sini."




" Cik kena minta surat pengesahan yang cik berkerja kat negeri ni."






huhuhuhu.. balik pada citer buka buku akaun tadi...seperti biasa kena tukar pasword kans..







Lepas tukar pasword mokcik pun balik ofis dan kali ni pekena nasi kukus ayam berempah...hmnn not bad... sebab gerai yang ni baru beroperasi kat kantin pejabat mokcik.





Nasi Kukus Ayam Berempah..kredit kat SINI


Asyik pekena nasi kandar sajork, sesekali mencicip hidangan lain la pulak kan. Lagipun gerai nasi kandar semalam tutup ler pulakss...memang sedaps ler menambah kalori ditambah pulaks dengan minuman Coconut Shake hmnnn...





Coconut Shake kredit di SINI

Ok lah nak sambung kerja pulak...daaa...

Wasalam.