Friday, December 7, 2012

JALAN JALAN KE KUANTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kenkawan Umi.

Tengok tu happynya Muaz.

Umi dah siap kerja. Semalam Umi bangun jam 2 pagi untuk baca fail dia. Katanya hari ni dia ada kes. Mudah2an Allah permudahkan tugasan Umi. Umi kalau dah mula buka fail tu tak toleh dah kiri kanan. Mujur Muaz dah kenyang, takdelah nak meragam hehehe. 



Umi nak bawa Muaz jalan jalan ke Kuantan.


Muaz dok tengok Umi packing untuk dibawa ke Kuantan.

Lepas tu Umi kata nak hantar Odu balik kampung..owwhhh seronoknya.

Semoga Allah melindungi perjalanan kami.

Ok..selamat berhujung minggu semua. 

Friday, November 30, 2012

READY. GET SET. GO!!




Salam semua.

Umi Muaz tengah busy.

Tengok tu, Muaz pun dia suh dok diam-diam jer.

Boleh tengok-tengok jer.

Tak boleh bising-bising.

Umi kata lepas dia siapkan kerja baru boleh manja-manja..




Kesian taya kan kan...


Thursday, November 29, 2012

HI HI BYE BYE

Salam kenkawan.


Lama tak update. Sampai dah bersawang pondok Azwa ni.


Sejak masuk kerja pertengahan bulan Oktober lalu hingga dah nak ke penghujung bulan November ini, memang tak menang tangan. Tambahan pula, dah nak menuju penghujung tahun, banyak urusan pentadbiran pejabat yang perlu diusaikan. Terlebih lagi, Azwa akan mulai bercuti rehat selama dua minggu tak berapa lama lagi [BACA: MEMPERABISKAN CUTI TAHUNAN :)] .
 
 
 
 
Last two weeks berturut2 Azwa mengendalikan tugasan di Istana Kehakiman.  Minggu ini perlu menyelesaikan laporan prestasi anak2 buah dan macam2 lagi yang perlu diisi. Minggu hadapan akan ke satu lagi persidangan yang sehingga kini tarikh dan tempat sebenar akan diadakan asyik berubah2...pening mokcik.  
 
 
Oleh itu, untuk menenangkan fikiran, biarkan gambar2 sahaja yang berkata-kata hehehe...
 


Sirih junjung, adat yang masih disanjung

 
 

Buah tangan yang dibawa balik dari USA oleh seorang rakan yang dapat peluang pergi berkursus ke sana selama dua minggu. Mujur kejadian itu selepas taufan Sandy melanda hehehe.. terima kasih kawan.
Adoiiii...jawab laa macam mana pun, hasilnya tetap tak memuaskan hati kan kan kan hahaha
Hadi dan Muaz..sayang adik, sayang abang
Sapa setuju angkat mouse...
Ok...nak sambung kerja semula. Semoga kenkawan semua dikurniakan kesihatan yang baik adanya, aminnn...

Thursday, November 1, 2012

WET NOVEMBER

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kenkawan.

Tu dia..lama benar tak berupdate sampai bersawang la pondok Azwa nie kan. Almaklumlah..payah nak bertenet la nie. Baharu sahaja nak online dah ada panggilan dari baby hahaha..

Azwa pun dah mula kerja minggu lepas. Masuk jer opis, kes di Istana Kehakiman sudah menunggu. Ini pun balik sedikit lewat nak menelaah hujahan untuk kes minggu hadapan. 

InsyaAllah bila dah tak berapa sibuk, nanti Azwa update lagi ya.

Ini cuma nak upload gambar terkini Baby Muaz. Pejam celik dah nak masuk tiga bulan usia si kecil..

Ummi cepattt..Muaz nak nyusu...hehehe
Baru lepas mandi, nampak segar la..cerah jer mata tu
Muaz dah kenyang, Muaz nak titon dah..Ummi sibuk lagi ambik gambar..
Yeah yeah..Ummi dah balik..Umi dah balik..Muaz nak nenen hahahaha
Oh ya tajuk tu saja jerr...almaklum la masuk jer hari pertama bulan November nie, hujan lebat kat Putrajaya. Kat tempat anda bagaimana pula?

Ok kenkawan, jumpa lagi insyaAllah. Take care all..Love you all muacchhhss....

Thursday, October 4, 2012

"ALLAHU AKBAR, BABY STUCK!!"

Dear friends,

Salam sayang and rindu to all my blogger friends!!

Been missing you all!!

After more than one month, only tonite Azwa got the opportunity to go anywhere near my own laptop huhuhu... everyday cik abe bring the laptop with him to school and at nite pulak, baru nak online, dah ada "panggilan" *wink* 
Not very long time ago, Lee in his comment said something about making an April Fool joke about "Mokcik pregnant with  twins."   I was chuckling to myself whilst reading it, wondering what would Lee's reaction be if only he realized that half of what he's saying is true.. hahaha..

Well, time to let the cat out of the bag, except of course for those  on facebook,  here is  the reason for the looonnggg break peeps hehehe...

Introducing Baby Ahmad Muaz. Here's how he look like at one day old.  Weight at birth is 2.78 kg 
  
I was ordered by the doctor to "menyerah diri kat wad" on the 9/8/2012 at 2.30 pm. My due date actually was supposedly  on the 24/8/2012. When i received the order hahaha, i rushed back to the office, isi borang permohonan cuti bersalin and sort out my files. 

Baby Muaz at day 3.  Punyalah tak ready lagi, tengok tu kena letak baby  beralaskan  tilam  atas lantai  jer... kesian kan..  Esoknya, baru cik abe berkesempatan keluar membeli baby cot..

Memandangkan belum sampai masa untuk bersalin, dan baharu cukup2 masuk 38 minggu, as usual doktor kata tak ada bukaan lagi. Azwa ada masalah tekanan darah tinggi dan gula dalam darah yang tinggi during this pregnancy, so doctor kata tak boleh induce guna ubat2an.  They inserted what they called  "D8" and waited for it to take effect.

On the 11/8/2012,  the "D8" dropped. Doktor periksa dan dapati ada bukaan 1cm.  Then she said, "Puan, i'll help u buka  jalan, sakit tapi i cuma nak tolong u percepatkan proses bersalin."  Well, what can mokcik say kan..just let her do her job lah. While she was in the process of doing whatever is necessary, suddenly she said, " hey, i cant find the baby's head!". 

Apabila di scan, doktor tak dapat mengesan kedudukan kepala baby, apa lagi kedudukan menjadi kelam kabut. Akhirnya baru dikesan kedudukan baby adalah melintang. Tiada pilihan melainkan PEMBEDAHAN! Disebabkan tindakan doktor untuk 'membuka jalan' telah dilakukan, Azwa pun mulai mengalami kontraksi. 

Pembedahan ditetapkan jam 1 pagi kerana Azwa telah mengambil makan malam yang heavy jam 7 malam. Yer la kan, mana nak sangka nak kena bedah pulak.. Another doctor came and check on me. 

" Ai*$@h!!.. she's Gravida 8, and she's having a contraction.. you cant wait till 1 am..set the ceaserean at 11 pm tonite!!  Puan, we have to perform emergency ceaserean on you.  Since you have taken heavy dinner at 7 pm this is going be a high risk operation bla bla bla .......... but we have no choice.  Nanti kalau air ketuban keluar, tak tahu apa berlaku nanti!!"

From then on everything happened so fast...i was wheeled to the operation room, signed all the papers, doctors explaining procedures etc... Semuanya macam dalam mimpi, tambahan pula in between Azwa mengalami contraction. Yang lucunya, bila  ada contraction, Azwa minta mereka berhenti, dan kebetulan dalam bilik bedah masa itu semuanya wanita, kecuali seorang lelaki. Jadi mereka amat memahami bila ada contraction, mereka berhenti bertanya itu ini dan tunggu hingga contraction subsided. Even masa nak masukkan epidural, doktor bius tunggu hingga contraction berhenti baru mulakan procedure. 

Sebaik epidural mulai berkesan, segala kesakitan hilang. 

Tetapi, Azwa dapat rasakan proses mengeluarkan baby mengambil masa yang lama berbanding sebelum ini.    I can feel the doctor  pulling something from my stomach... but she cant seem to find what she was looking for.  I was wondering why after so many minutes of opening my womb, i still haven't heard the sound of a baby crying.

Suddenly i heard her shouting, "ALLAHU AKBAR, BABY STUCK!! CALL DOCTOR L*$@"

And, " I GOT HIM!!"

And, "CALL PAED!!"

Suddenly the operation room become so quiet, while the doctors kept on working. I can feel everybody in the room is tense.

I started praying. Praying very hard. I prayed to Allah to have mercy and pleaded with HIM to save my baby.

After what seems to be ages, suddenly, from a distanced, i heard a baby cried. The moment the baby cried, the atmosphere in the operation room changed. Mood tension sebentar tadi berubah. Baharulah kedengaran suara berbual2 diantara doktor dan misi yang berada dalam bilik bedah.





I heard the doctor saying, " dua tiga kali i cuba tarik baby keluar tapi i dapat tangan".  I guess the need to get the feet to enable them to pull baby out kot..

One of the nurses then brought the baby near me and showed me the face and the genital hahaha... Hubby waiting outside also was shown the same thing. Apparently they wanted to make sure it will be the same baby..  



Baby Ahmad Muaz..syukur kepada Allah SWT !!

Oh dear it is 1.30 am already. I better go and get some beauty sleep now before my baby calls me hehehe...

Till then, take care dear friends. I am still on leave until 1 November 2012.. and i might not be able to visit your pondok so soon but my thoughts are with all of you and till we meet again, take care all.

 

Thursday, August 9, 2012

MOKCIK TAKING A LONG BREAK...

DEAR ALL,

STARTING FROM 2.30 PM TODAY, MOKCIK WILL BE TAKING A LONG BREAK FROM WORK. HOWEVER, I WILL BE BACK AS SOON AS I CAN IN THE BLOGGERS' WORLD AND TRY TO UPDATE FROM TIME TO TIME, IF TIME PERMITS.

TO ALL MY MUSLIM FRIENDS, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

DOAKAN AGAR SEGALA URUSAN MOKCIK DIPERMUDAHKAN, INSYAALLAH BERTEMU KEMBALI SETELAH SEGALA URUSAN SELESAI.

TILL THEN, TAKE CARE ALL AND REMEMBER THAT I LOVE YOU ALL... 

Monday, August 6, 2012

MOKCIK KE SANA KE MARI LAGI

Dear friends,

Last week was a hectic week for mokcik again. After coming back from KK, Mokcik have a another case in POJ.

POJ courtesy of izlanruslanphotography.com.

While waiting for the case to start, i noticed an old friend of mine. Tapi tak sempat nak menegur coz she's busy talking with he colleagues.. so i just sat and read my files.

Tak lama kemudian, she came to me and said.."haiiii...i saw your name but i have to come nearer to make sure it is you. Why look so young?? And you lost weight too..look at your face... why look so young aaa?"

hahahaha..memang dia pandai ambil hati ini kawan lama kan. we were classmate more than 20 years ago. We read our law together in UM. Memang seronok jumpa kawan lama sesekali dalam mahkamah. Coz that will be our chance to catch up with each other. Unfortunately jumpa masa bulan puasa, kalau tidak mesti boleh pergi makan2 together heheehehe..

on friday pulak, ada mesyuarat dengan big boss. It's about some new development which will affect us in the near future...there will be changes. That's why he wanted us to be prepared to it...

Saturday... cik abe bawa the whole family  shopping for raya.  Mokcik berdasarkan pengalaman dua tahun lalu dah serik ke jualan mega Metrojaya di PICC tu..but my hubby nak pergi pulak. So, turutkan dia. Jualan bermula jam 11 pagi tapi Ya Allah memang ramai manusia membanjirinya sehingga teramat sesak dalam tu. Cik abe la kena beratur membayar sebab kebanyakan yang dibelinya adalah barang cik abe..kami semua keluar ikut pintu exit secepat mungkin dan duduk melepak kat luar dewan menunggu cik abe.  Mujur tak la lama sangat menunggu..

Petang dah penat, tak larat nak ke mana-mana. Melepek kesemuanya depan tv. Lepas solat asar baru menjenguk dapur, tapi yang bestnya cik abe dah start memasak sup tulangnya. Katanya dah jerang sejak dua jam yang lepas tapi daging masih liat lagik. Tiba2 teringat petua yang diberi biras Mokcik. Minta cik abe masukkan sebiji kurma ke dalam sup yang sedang mengelegak itu. Alhamdulillah, memang sekejap saja daging dah menjadi lembut dan sedap di makan.

Sunday..sambung sessi shopping.. kena perabiskan shopping minggu ni juga atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan  *wink* hehehehe...biarlah rahsia dulu.... Kami menuju ke warta seawal jam 9.30 pagi...pusing2 dari aras bawah sampai ke atas ...selesai membeli segala barang keperluan anak2 dan cik abe. Mokcik sehelai baju raya pun tak sentuh dan tak beli.. pakai jer la mana2 baju yang sesuai nanti ehehehe...

Malamnya, bawa anak dara dua orang ke PKNS BBB..dapatlah dua helai baju raya untuk anak2 dara. Sambil shopping tu, telinga dok dipasang sebab pihak PKNS BBB pasang tv berhampiran escalator bagi pengunjung, terutama yang lelakinya menonton perlawanan akhir antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan... TAHNIAH Lee Chong Wei..walaupun kalah tetapi kalah dengan bergaya..semoga akan berjaya di masa hadapan menewaskan Lin Dan...

Hari ini, berusaha menyelesaikan tugasan2 sebelum akan bercuti panjang mulai minggu depan...

Have a  nice day all.... daaaa...

Monday, July 30, 2012

MOKCIK KE SANA KE MARI LAGI

Dear all,

How's everyone getting on?  Selamat berpuasa to all yang berpuasa. Pejam celik pejam celik dah masuk hari kesepuluh kita berpuasa kan... another 20 day to go..insyaAllah. Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa kita..aminnnn

Been a while since i last updated my blog. Been busy and been travelling, that's why tak sempat nak duduk dan update blog ini. 

Mokcik juz came back from Kota Kinabalu...yesss...againnn...hehehhe. My case was on friday. Terbang ke KK thursday afternoon. Flight at 3.30pm, reached KK at 6 pm. Took a taxi to the hotel which took us about half an hour..so, kena berbuka dalam teksi. My colleague brought with her some dates, so we berbuka with kurma first. 





Check in at Le Meridien, our favourite hotel over there in KK. Then went down jalan-jalan near the beach in front of the Hotel to cari makan. Found a restaurant yang boleh diyakini kehalalan dan kebersihannya..so we ordered our dinner. So hungry, dah gulped down everything baru teringat nak ambil gambar tapi ikan sweet sour pun tinggal pinggan dengan sudu so no point la hehehehe...  







Came back to Hotel around 9 pm...baru start menelaah fail untuk kes esok.  OOO ya.. kat KK kan sahur awal, so my sahur came at 3.30 am...hehehe..I choose the nasi lemak set..while my colleagues both choose congee. I thank God that i choose the nasi lemak set..the nasi is not that lemak, just nice. The fruit selection pun ok, the curry ayam too pun sedap, the dry types, bukan kari ayam yang banyak kuah tu. 

Around 8.15 am we went to court and finished around 12 pm. My brother picked me up at 1 pm and baru balik rumah my mom...Home sweet home again..

to be continued...hehehe
    

Thursday, July 12, 2012

DESTINASI MAKAN MALAM

Memandangkan ianya sudah keluar dalam media massa, maka boleh la reveal semalam kami menghadiri Majlis Makan Malam bersama YAB PM di KLCC.

Perjalanan ke KLCC adalah dengan menaiki bas yang disediakan oleh Jabatan.  Syukur perjalanan tidak menempuh kesesakan jalanraya yang teruk. Dalam tempoh sejam kami tiba ke destinasi. Bergegas mencari surau untuk menunaikan solat asar. Seterusnya meninjau2 tempat makan malam yang ditetapkan. Ramai yang mengisi perut dahulu kerana masih awal iaitu jam 6 petang.  Kami terus naik ke tingkat atas dan selepas menikmati welcome drink [fresh orange yang masam, rasanya guna sunquick kot], kami memasang strategi mencari lokasi surau terdekat untuk solat maghrib.

Kononnya nak mengelak surau terdekat yang mestinya akan sesak kerana ramai tertumpu ke situ, kami memilih surau yang agak jauh sikit lokasinya. Suraunya agak sempit, tapi masa kami sampai sempat mendapat tempat untuk menunaikan solat maghrib. Seelok jer melabuhkan punggung atas sejadah sementara menunggu azan maghrib, tiba2 surau tersebut sudah dipenuhi dengan pegawai2 dari Jabatan yang sama. Syukur kami datang awal, maka seelok jer waktu maghrib masuk, terus masing2 menunaikan solat untuk memberikan ruang pada orang lain mengerjakan solat pulak.

Seperti biasa orang perempuan kan... lepas solat semua berduyun2 ke toilet untuk bermekap2 pulak hahahha...

Meja kami kebetulan di bahagian belakang, agak jauh daripada meja utama. Elok juga, mudah nak bersembang dan menghilangkan diri lebih awal, jika mahu. Walaubagaimanapun, di meja kami semua menunggu sehingga guest of honour berangkat balik. Tambahan pulak kebanyakan kami datang ke situ menaiki bas, maka kena la menunggu kan hahahaha...

Mari kita lihat juadah yang disajikan...gambar2 kurang memuaskan kerana mokcik mengambil gambar menggunakan kamera henpon sajork..


Dihidangkan orange jus yg sama dgn welcome drink..ramai tak dapat menghabiskan segelas jus pun..rasanya pekat dan agak masam..






Appetizer pertama.. sepit ketam dengan sotong dan kerabu mangga..weird taste, i should say.. 





Sup yang boleh tahan la rasanya

Main coursenya..


Makanan yang dihidangkan boleh tahan la rasanya. Untuk tempat yang berprestij seperti KLCC, bagi Mokcik they could have done better. Otherwise service is good.   And we did enjoyed ourselves though, sebab kebetulan yang duduk semeja semua satu kepala hahahaha..
Itu sahaja laporan hari ini, mokcik akan respon kepada komen2 di entry terdahulu selepas ini ya...

have a great day all...


Wednesday, July 11, 2012

DESTINASI MAKAN MALAM INI

We were ahemmmm....required to attend a certain dinner tonight with a certain personality somewhere in KL.

Memandangkan sudah agak lama tidak membeli kasut dan beg sebagai hadiah kepada diri sendiri, maka masa senggang tengahari tadi Mokcik memanjang2kan langkah ke pusat membeli belah terdekat sekalik..ke mana lagi.. hehehe...

Inilah hasil terapi minda Mokcik hari ini...

henbeg comel yang sempoiii
 




kasut sempoi yang harganya pun sesuai poket ku hehehe




Wokeh kenkawan.. Mokcik gotta go now..nak pi bermekap2 untuk ke destinasi makan malam paksa rela malam ini...lalalalla... [walaupun terpaksa tapi kena menggumbirakan hati sendiri hehehhe]

Have a great day all....




Friday, July 6, 2012

MONDAY, TUESDAY, WEDNESDAY KU MENANTI MU...


Dear all,

Lamanya Mokcik berchuti-chuti dari membuat entry...*sigh*

Selepas balik daripada Sabah Tanah AirKu hehehe... kerja menunggu berderet2.

I have to attack a very urgent file, wasiat from my colleague yang telah dipindahkan tanpa pengganti. Being a senior officer, his files boleh dikatakan 'tough' belaka. Semua melibatkan isu yang hangat dan hangit. And when the case is fixed at the court below...there were only four of us left who are given the mandate to appear there in my Unit.  The other officers' hands are  also full, so Mokcik got to take the challenge.  

I prayed hard to Allah, to make it easier for me. I dont mind losing, based from the facts, we will know, whether it is a good or bad case for us. And sometimes it depends on the corum sitting that particular day. 

Well, unfortunately for me...the chairman of the corum is a very well known man of certain temper...However, I thank God for my lucky star, for that particular day, he did not say much [ read 'TIDAK BERLETER']. In fact, he only smiled and let me submit my point. 

"anything else you want to submit counsel?"
"I have nothing else to say, my Lord"
"Wise decision, the lesser said the better, isn't  it?"  *Smile*

The decision? As expected... sigh... again..

My boss reaction?

"Never mind Mokcik, at least you have tried your best" 




POJ... PIC CREDIT TO THE OWNER, TAKEN FROM GOOGLE




I was there again last tuesday.  My case was only called up at 12 pm. While waiting, i was soooo sleepy, there were times i sampai tersengguk2, terlelap seketika hahahaha.
I thought it was only a simple  case and would not take long to argue. Win or lose does not really matter. We want a decision, and all parties can continue from there. 

However, as it happened, the panel disagree with one authority that i cited and i was grilled for one full hour..  and after the grilling, they couldnt or more like they already made up their mind but do not want to go against the binding precedent on them, they adjourned the case to another date..aiyooooo........



ARRGHHHH...TENSIOOONNNN

My boss reaction?

"What's wrong with them? You tell them, no matter how much they dislike it, they are bound by the highest court decision. Just make a decision and we will take it up from there.."


ANOTHER VIEW OF POJ - CREDIT TO OWNER TAKEN FROM GOOGLE


Again on Wednesday I was here.  I spent the whole night fine tuning my submission. I decided that since they dislike my approach so much the previous day on the issue, i  will try a different strategy this time around.  Well, as it happened, this time, i was infront of a different corum.  What a blessing! With this corum, all i have to do is straight to the point, try to persuade them to accept our argument that the other side failed to established his case against us.

Unfortunately, it was found out that the papers of the Appellant was not in order. the record is not in the court's file..shessshhhhh....  i thought i could at least close one file that day.  The case was adjourned to another date.... aduhhhh.....dah la i spent the whole night 'beramas mesra' with the file and my submission..and tiba2 kes tak jalan...argghhhhhhhhhhhh.....

Thursday and today pun digunakan sepenuhnya untuk membuat persediaan bagi tugasan2 minggu hadapan.... really looking forward for a good break during this weekend.   Dah berapa hari asyik balik lewat. Mujur cik abe tak bising. Syukur bila balik rumah makanan dah siap terhidang, am not too worried about myself but for the children..kesian dorang.

Have a nice weekend everybody... i nak cari coconut shake hujung minggu nie....:)


Sunday, June 17, 2012

BALIK KAMPUNG HATI GIRANG

Salam semua kenkawan

Lama Mokcik tak update.

Been busy lately. Was forced to attend a 4 days course, which was broken into 2 series. As a result i missed my brother in law's wedding in Kota Bharu. Hubby and children all went back to KT except my third son who is going to sit for his PMR this year stayed back coz he was having extra classes during the last school holiday. 

Coconut shake..dunno whether it is good or bad for the BP but am enjoying it anyway..


the course was actually not that bad, it was just the timing and the expectation that comes with it that makes us all so tense. By the fourth day, i was so stressed up, my bp actually shoot up the doctor immediately asked me to go to the hospital. And i got myself warded for two days! After taking medication,my bp turun la pulak..so doctor benarkan i keluar ward, but i have to go to the nearest clinic to monitor my bp, every day! Hiayooo...,..

the good news is that my bp have been normal for the past two weeks after being discharged from hospital.

While i was still on MC after being discharged, one of the officer under my supervision sms-ed me.." Puan, saya kena transfer, effective 15.6.2012".  Aduhhh...lemahnya. dah la he got transferred without pengganti. And being one of the asset in my Unit, he is really going to be missed. So for the past one week, been busy making arrangement for the other officer to take over his cases.


So, that's how i ended up in my office at this sunday afternoon. Trying to finish my submission for next tuesday case in Kota Kinabalu. However, am not complaining coz, having a case there mean that i got chance to see my mom..so, see, am smiling and very motivated to finish my submission hehehe...


Gate to mom's house


okay all...have a nice weekend everybody..wish me luck ya..

 

Sunday, May 27, 2012

BERJEDA LAGI DAN LAGI

Dear friends,

After the Conference in Kuala Terengganu, back to work again. This month is the busiest month for us. So many things to be done and due to the Courts' KPI nowadays, so short time is given to us to do whatever we have to do.

Briefly about the sketsa that we have to present during one of the dinner in KT (There were two Dinners, one formal with THE BIG BOSS, the other one santai one..with boss of the division). We only have a short time to prepare. We chose Celine Dion's song 'My Heart will go on" performed by two beautiful ladies from our group who have the voice to carry that song hahahaha... Mokcik and another friend as background singers..the rest of the girls dancing to the P.Ramlee song of "Ayo Kazambo" from the film Panggilan Pulau. There were only two gentlemen in our groups.

So, we started our performance with the rendition of the song My Heart will go on...then keluar asap2 berkepul2... then Jack Dawson and Rose keluar ke pentas menaiki troli hahahaha...ditolak oleh seorang lagi gentleman dalam group kami. This part memang the highlight of the night..hahaha.. sedikit drama antara Jack dengan Rose, konon2nya Rose kecewa kerana di 'transfer'kan daripada jawatan sekarang.. maka Jack kata kalau Rose nak 'jump' dia pun nak 'jump' sama..mereka pun 'jump' dari atas troli ke atas pentas..konon2nya tercampak ke pulau Kazambo dan disambut oleh Ratu Kazambo dan gadis2nya...

Jangan tak tahu, dalam pada preparation yang sangat singkat, kumpulan kami berjaya mendapat tempat Naib Johan...so unsangkarable jugak...hahahaha

Balik ke pejabat..kerja sudah menunggu..itu ini, on Thursday tiba2 Mokcik kena ke POJ membantu kawan katanya...Alhamdulillah..kes yang mulanya kami merasa tak ada harapan untuk menang dan kami pun dah pujuk boss untuk tarik balik rayuan, tiba2 boleh menang pulak..sangat2 syukur...

"Puan, saya nak peluk puan. Thanks a lot sebab sudi buat kes ini." hahahha mujur yang nak peluk tu pompuan ya...hahaha..

Esok pulak, Mokcik kena paksa rela menghadiri kursus...sebab itu tak dapat balik ke KT menghadiri majlis perkahwinan adik ipar. 

OK lah , nak siapkan dua kerja yang perlu difilekan esok...

Selamat malam semua...
  

Monday, May 14, 2012

COLORS OF THE SEA

DEAR ALL...

ANY IDEAS TAK..UNTUK PERSEMBAHAN MAKAN MALAM..SKETSA PENDEK  KER..YANG TEMANYA 'COLORS OF THE SEA'..ANY SONGS ABOUT THE SEA ETC..

TOLONGGG..TOLONGGG...

AND THANK YOU IN ADVANCE...

p/s ..komen di posting sebelum ini akan dijawab bila Mokcik siapkan tugasan yer ...

Thursday, May 10, 2012

MOKCIK SANA SITU SINI

Salam kenkawan.

Wokay..since dah beberapa posting asyik stress ajer..maka kali ini kita relak2kan minda la pulak ya kenkawan...

Dont feel guilty..enjoy this treat...forget about dieting for a day heehehe


... Love this one..taken from a friend's FB ..





Ooo...how very true.......





Alahaiii kesiannya kan ...





My favorite!!!...thanks Sis Dolphin for sharing this...




Life has an expiry date, so better live it to the fullest...

Ok kenkawan..meh sambung balik kerja heehehehe


Tuesday, May 8, 2012

IF ONLY I CAN AFFORD TO RETIRE EARLY...*SIGH*

Salam kenkawan.

Perkembangan yang berlaku sejak akhir2 ini sungguh memenatkan!

Sungguh! Letih dah menghadapi semua ini.



Yang memberi kekuatan untuk terus meneruskan rutin seharian adalah cik abe dan anak-anak.

Surprisingly, today i got to knew that I am not the only one having the same feeling. Look like others too are sharing the same sentiments. And everyone too have been thinking about retiring..

Sixteen years ago, when i was asked by hubby whether i would consider quitting work after we got married, without hesistance, i answered, "unless you are a millionare."

Nowadays, I wish am brave enough like some of my friends to venture into new water.. but the truth is that, keberanian itu belum ada...kerana itu Mokcik masih bertahan untuk terus berada di sini. 



Actually, i have no issue with my core job...for me itu yang kena didahulukan.  Tapi nampaknya,  "tugasan2 dan kerja2 lain" yang lebih dipandang dan menjadi asas untuk menilai kelayakan seseorang. 

Bahagian itu yang sangat meletihkan!  




Bak kata nasihat yang kenkawan berikan.. Mokcik kena terus bertahan dan bersabar untuk menghadapi semua cabaran ini...


Semoga Allah SWT akan terus memberikan kesihatan dan kekuatan kepada mokcik untuk menghadapi cabaran yang mendatang.. aminnnn