Tuesday, November 25, 2008

MENGHITUNG HARI

Esok azwa akan mula bercuti. Pagi gi court kejap, pehtu balik umah untuk buat finishing touch pada persiapan barang2 yang akan dibawa balik pada hari khamis.
Pagi ini dapat selesaikan 10 masalah negeri hasil dari memerah otak pada 18/11/2008 tempohari. Balik ofis, depa kata ada orang belanja makan hari nie...ropenya ada yang baru dapat claim transfer, so dia belanjer makan nasi kerabu...yummyyy...




Ni lah bekfes cum brunch cum lunch azwa tadi...yummylicious..


tima kasih bebanyak la pada member yang sudi memblanja makan hari ini, semoga rezeki bertambah murah...klu naik pangkat lagik jgn lupa blanja lagik ek...



Hok yang ning, kudapan yang azwa beli semalam kat seven eleven.

Wokey..nak sambung kerja semula ni daaa...

Monday, November 24, 2008

SO CUTE

Enjoy this...diterima melalui emel...i find it amusing and the cat look so cute...




New employee

You are listening to Stevie Wonder
(It's your first day at work and all is fine and great)





After 3 months...

You are listening to HOUSE music
(because you are so busy that you're not sure if you're coming or going)






After 6 months...

You are listening to Heavy Metal
(your days start at 0800 and end at 2000)







After 9 months...

You are listening to Hip Hop
(You become overweight due to stress and now you suffer from constipation)






After a year...

You are listening to GANGSTA RAP
(Your eyes start to twitch, you forget what a 'good hair day' feels like as you fall out of bed and live on caffeine!!)









And finally, after a second year...

You are listening to Techno
and have gone a bit... well... gaga!

Sunday, November 23, 2008

PAUSE

Pause...untuk seketika.

Tengah bizi menyiapkan kerja. Maklum la nak bercuti sebulan lamanya. Kena la tinggalkan kerja dalam keadaan sempurna ye tak.

wokey...bila dah up to date semua kerja..akan kembali berblogging. Untuk renungan, dikongsi bersama kiriman emel dari seorang kawan...


BALANCE SHEET OF LIFE

Our Birth is our Opening Balance!

Our Death is our Closing Balance!

Our Prejudiced Views are our Liabilities

Our Creative Ideas are our Assets

Heart is our Current Asset

Soul is our Fixed Asset

Brain is our Fixed Deposit

Thinking is our Current Account

Achievements are our Capital

Character & Morals, our Stock-in-Trade

Friends are our General Reserves

Values & Behaviour are our Goodwill

Patience is our Interest Earned

Love is our Dividend

Children are our Bonus Issues

Education is Brands / Patents

Knowledge is our Investment

Experience is our Premium Account

The Aim is to Tally the Balance Sheet Accurately.

The Goal is to get the Best Presented Accounts Award.

Some very Good and Very bad things ...


The most destructive habit.......................Worry

The greatest Joy................................Giving

The greatest loss.................Loss of self-respect

The most satisfying work...............Helping others

The ugliest personality trait.............Selfishness

The most endangered species..........Dedicated leaders

Our greatest natural resource...............Our youth

The greatest 'shot in the arm'..........Encouragement

The greatest problem to overcome..................Fear

The most effective sleeping pill........Peace of mind

The most crippling failure disease.............Excuses

The most powerful force in life..................Love

The most dangerous pariah...................A gossiper

The world's most incredible computer........The brain

The worst thing to be without................... Hope

The deadliest weapon........................The tongue

The two most power-filled words................'I Can'

The greatest asset...............................Faith

The most worthless emotion...................Self-pity

The most beautiful attire......................SMILE!

The most prized possession................Integrity

The most powerful channel of communication.....Prayer

The most contagious spirit.................Enthusiasm

The most important thing in life..................ALLAH

Wednesday, November 19, 2008

TAKDE IDEA PUNYA ENTRY

A

Pagi ini langsung takde idea untuk buat entry di blog ini.

Agaknya otak dah tepu. Semalam telah digunakan ke tahap maksimum. Sampai dah naik juling biji mata azwa melihat angka. Kaedahnya, semalam azwa handle mesyuarat untuk selesaikan 'masalah negeri' hehehehe...bab kira mengira tu dibuat oleh mereka yang pakar dalam bab nilai menilai, tapi yang buat keputusan bagi pihak bos besar, azwa ler kononnya. Kena baca fakta, rujuk angka yang dinilai oleh penilai, angka yang dipohon oleh pemohon, dan angka yang azwa diberi mandat untuk membolehkan satu keputusan muktamad diberikan. Waduh2 memang mencabar minda juga, terpaksa menggunakan segala kepakaran untuk berhujah. By the end of the day, otak azwa pun dah penat dah doing all the thinking huhuhuhu...

So today...apa azwa buat? Hari ini buat mende2 yang tak berapa nak mencabar minda. Buat mende ringan2 ajer...clearkan fail yang cuma perlu diendorsekan dulu, yang perlukan research letak tepi dulu. Sambil tu for breakfast ngan lunch, azwa makan nasi minyak.


Menikmati nasi minyak yang dibekalkan oleh MIL. Bertuahkan i, setiap pagi tak payah masak, cuma singgah gerai MIL, pilihla apa makanan yang ada untuk dibawa sebagai bekalan...tengkiu mak, love u muaaachhhsss...


Lepas makan, azwa ambil pemandangan dari pejabat ke luar sana. Ha... ni gambar stadium Sultan Nasaruddin, tempat dorang main bola dulu sebelum ada stadium besar tu.


Sesekali kalau ada persembahan artis, boleh juga nampak dari pejabat ni dorang berlatih kat padang tu. Nampak sangat tengah di landa penyakit "M" kan...hehehehe


Hehehehe...boring tahap gaban punya pasal diagram nie yg ditepek depan pc pun bleh jadik hiburan hahaha ..

B

Semalam henpon buat hal. Bila nak jawab mesej, dia hang. Aisey...macam tahu2 jer time bulan2 tua cam ni ler dia nak meragam. Cik abe salahkan azwa sebab suka bagi Hadi main ngan henpon tu. Ye la..bila Hadi meragam, cara paling mudah nak bagi dia diam ialah bagi main henpon hehehe. Anyway, pagi ini dah cadang nak hantar henpon ke kedai nak direpair. Tetiba, terlintas hati nak offkan henpon dan tarik baterinya keluar. Pehtu, pasang dan onkan semula.




Zam zam ala kazam...yippieeee....dah boleh guna semula... huh...sib baik tak tergesa2 gi hantar repair kannns...

C

Yippieee again... kerani kewangan kata waran untuk tiket tambang balik ke Sabah dah diterima...yippieee....jadi juga la plan untuk balik next week. Maknanya kena la i siapkan semua kerja2 sebelum azwa gi bercoti2 mesia nie kannn. OOO...ok... i better go and do my work now...lalalala


gambar takde kene mengene...hehe sajer nak tepek gambar kurma yg diberi oleh gomen masa bulan posa dulu ihikss...untuk dapat feel raya haji katanya...

Monday, November 17, 2008

MAJLIS IHTIFAL 2008

Pada hari jumaat lepas tadika Pasti Aini dan Azza telah mengadakan Majlis Ihtifal 2008. Oleh kerana ianya depan rumah sahaja, maka very convenient for us to attend. Cik Abe dan azwa sama-sama mengiringi Aini dan Azza menghadiri majlis tersebut. Majlis dirasmikan dan dimulai dengan persembahan kanak2 Pasti. Memang seronok melihat keletah anak2 ini. Terima kasih kepada ustazah yang sanggup membimbing mereka walaupun menerima bayaran ciput sahaja. Salah sorang ustazah ini bawa keta merc siri sama ngan keta kerajaan Ganu pakai uollsss...tapi tak heran la sebab asben dia kerja ngan petronas gaji paling kurang pun RM20K sebulan. Ustazah nie kira buat kerja sukarela kat Pasti nie sebab ianya pun betoi2 bertentangan dengan rumah dia.



Ini gambar kelas Tahun 6 (2) (umur 6 tahun) memberikan persembahan mereka. Aini salah seorang dari mereka. Kerana ambil gambar guna henpon ( kamera still ngan adik ipar di KL) dan azwa pulak duduk kat bahagian belakang, dapat ambik gambar dari jauh aja la.


Ini Aini sedang menerima sijil tamat persekolahan Pasti. Tahun depan Aini masuk Tahun 1, insyaAllah. Masih belum buat keputusan walaupun dah daftarkan dia di sekolah kerajaan, sama ada nak sekolah gomen atau masuk sekolah agama yang cuma selang dua tiga buah rumah dari rumah MIL.



Yang ini pula giliran kelas Azza menerima sijil. Tahun depan Azza masih akan meneruskan persekolahan di Pasti yang sama. Kata ustazah, dia ini pemalu sikit. kalau disuruh mengaji, suara kecik, tak dengar pun. Tapi kalau kat rumah dia paling bising sekali huhuhuhu.


Azza, lepas terima sijil terus cari uminya. Dapatlah ambil gambar close up. Gambar Aini tak menjadik pulak..


Next,...haaa...ini gambar Aman dengan Hadi. Alahai Hadi...naper tutup mata pulak tu?? ngantuk ker??


Aman...tahniah kerana mendapat keputusan yang di luar jangkaan masa UPSR tempohari. Semalam cikgunya cadangkan beberapa sekolah elit/premier kat KT nie. Tapi azwa sebolehnya tak nak aman masuk sekolah berasrama lagi. Azwa harap aman dapat diterima masuk sekolah agama dekat sekolah lamanya. Kira salah satu sekolah top juga di kawasan KT, tapi kat sana boleh ulang alik ke rumah hehehehe.

Aman ni manja sangat dengan azwa. masa kecik dulu sanggup tidur depan pintu bilik air menunggu azwa keluar. Kalau nak minum susu, dia takmo abahnya yang buat, nak umi jugggaaaa buatkan. kalau menangis, tak sah kalau tak muntah dulu baru boleh berhenti menangis. Dia juga panas baran, suka mengusik orang, tapi dia tak boleh diusik...bila dah start perangainya tu, memang poning nak melayan karenahnya. kena banyak2 bersabar. Tapi aman paling rajin sekali antara tiga orang anak teruna tu. kalau kita suruh dia buatkan air milo ker, masukkan kain dlm mesin basuh ker, mesti dia buat...tapi suara kena slow2 la hehehehe. Abahnya kalau pening kepala, aman lah akan kena panggil untuk picitkan kepala sebab tangan dia paling best memicit kepala pasal tembam2 ekekeke.

Semoga Aman akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dalam pelajaran dan kehidupan di masa hadapan.

Sunday, November 16, 2008

PERKEMBANGAN PROJEK

Minggu lepas diramalkan negeri2 Kelantan, Terengganu dan Pahang akan dilanda hujan lebat selama 4 hari 15 till 17 november. Memang risau jugak dibuatnya memandangkan few days sebelum ini hujan turun tak berhenti2. Bagaimanapun, on friday the 14th tu cuaca terang benderang pulak. Selalunya jumaat, tukang buat rumah akan bercuti. Tapi hari tu disebabkan beberapa hari sebelum tu dah bercuti kerana hujan lebat, jumaat lepas mereka datang berkerja.

Alhamdulillah, semalam pun cuaca cerah sekali. Tak hujan langsung hingga ke malam. Pagi ini pun cuaca baik cuma redup ajer la. Hah...di bawah ini gambar2 perkembangan projek kitaorang tu. Bahagian bawah dah siap dalam 40 peratus. Semalam siap pasang beam di bahagian atas, so hari ni tukang akan start pasang lantai bahagian atas. Semoga cuaca akan berkekalan cerah supaya projek ini dapat berjalan lancar, insyaAllah.

Pemandangan dari hadapan projek...bahagian depan ini dicadangkan akan dipasang pintu sliding



Pemandangan dari sisi rumah menghala ke bahagian belakang dimana dicadangkan bahagian beranda dan porch

pemandangan dari arah cadangan pintu depan ke arah bahagian dapur rumah


Dari arah pintu hadapan gambar pertama tadi, sebaik masuk dapat dilihat pintu masuk ke arah dua buah bilik bahagian bawah. Untuk keselesaan, azwa minta cik abe agar bina bilik air untuk kedua2 bilik ini.

Ini cadangan pintu masuk dari sisi rumah menuju ke porch. Dari pintu ini dapat dilihat pintu menghala ke bahagian dapur




Pemandangan pintu masuk ke arah dapur kering


Yang ini adalah bersebelahan dengan pintu menghala ke dapur basah kelak. Dinding bahagian dapur basah belum dibina lagi. Ini adalah last minute idea utk asingkan dapur kering dan basah, so bahagian luar tu kena ditambun dahulu.

Wednesday, November 12, 2008

ANUGERAH

Hari ini hari Penyampaian Anugerah Cemerlang sekolah Aman. Cik Abe ambik coti hari ini semata2 untuk menghadiri majlis tersebut. Azwa pun dah minta kebenaran boss untuk masuk kerja lewat hari ini untuk sama-sama meraikan kejayaan Aman dapat tempat kedua dalam kelasnya. Cik Abe masa nak ambil gambar nie tengah sibuk berbual dengan orang yang dok sebelahnya. So, Azwa minta Asan untuk tangkap gambar Aman terima hadiahnya. Hasilnya...eiehhh you all tengok la sendirik...geram betoi i tau...


Aman sedang menerima hadiah dari seorang penyampai hadiah. Sedey betul la nengok gambor nie...huhuhuhuhu


Untuk menghilangkan kesedihan i tu, i pun tangkap la gambar Azza yang tengah kelaparan ittew hehehee..



Hadi...Hadi...meh pandang kamera nie sayang....auntie zareda dah pesan dah sila pandang kamera ekekekeke...


Berkali2 dipujuk, dipanggil nama pun hero kenit nie buat derkkk ajer tau...


hadiii...ooo... hadiii...pandang sini ...


Aha...dapat pun...nah kannn comel gittew... sila abaikan seluar kembang dia ittew. sebenarnya seluar untuk budak pompuan, tapi my mom kata belasah jerr hehehee


Ewahhh kan main lagii senyuman dia tengah posing ittew..cheersss...





Tuesday, November 11, 2008

GAMBAR LAGI

Minggu ni suka plak tepek gambar2 yang ada dalam henpon i...mentang2 ler baru jumpa usb cable tu hehehe



Hadi...ntah apa yang menarik sangat minat dia kat luar beranda tu?



Sebenarnya masa nie hujan lebat...air memercik ke beranda, tapi Hadi seronok merenung air hujan mencurah2 kat luar tu.


Cik abe i suka melukis, so gambar2 diambil pun untuk lukisan dia...ni gambar pokok kelapa dekat rumah my mama. Taken looong time ago. Lukisan cik abe untuk pokok kelapa ini mendapat hadiah from somewhere tak hengat dah..


Pemandangan Telaga Tujuh dari cable car Langkawi


Pemandangan jambatan dimana Shah Rukh Khan buat penggambaran filem. Nak ke jambatan tu kena naik cable car dan jalan kaki menuruni bukit tu. Turun ok ler...time nak naik semula...bercinta mokcik dek non oiii...

Monday, November 10, 2008

GAMBAR PULAK LAH


Hadi, sound asleep lepas makan ubat selsema, cian dia...



The birthday girl...alahai blurr plak gambar dia


The birthday cake



Bahan-bahan membuat nasi telur...telur goreng hangit hehehe yang digoreng secara menitiskannya melalui daun pisang (untuk demo sahaja, sebab tu dlm gambar sikit jer...)



proses mencampurkan telur goreng dan daging cincang goreng ke dalam nasi





untuk demo azwa masukkan dalam pinggan supaya lebih jelas konon hehehe



End result cenggini la ropenya nasi telur dimakan ngan gulai ayam dan acar


Sunday, November 9, 2008

KARTUN SAJORK...





Wednesday, November 5, 2008

SELAMAT HARI LAHIR PUTERI KU AZZA

4 November 2008.


Azza berposing kat sungai dekat rumah mama azwa


Semalam adalah hari lahir anak azwa yang no. lima, puteri azwa yang kedua Sharifah Fatimah Azzahraa. Boleh plak tu hampir2 umminya terlupa semalam adalah hari lahir Azza. Syukur juga semasa dalam perjalanan balik tiba2 teringat special occasion tersebut. Lalu azwa pun melencong arah perjalanan ke secret recipe. Hajat hati nak beli kek white chocolate macademia. Hampa. Ada sebijik, tapi dah ditempah katanya. Hmnn...last2 azwa pilih kek durian durian.



white chocolate macademia...yummy...



durian durian pun jadi la...yummy juga if u like durian flavour



Tapii...tak aperla...durian durian pun durian la...yang penting sedap dimakan...hehehe. Cuma yang tak bestnya sampai la ni azwa tak jumpa la plak usb port bikin sambung pc ke henpon nie. Mana la azwa simpan ek...so, nampaknya gambar2 still tak dapat diuploadkan. So, azwa tepek jer la gambar2 lama kat sini untuk pengganti.

Sharifah Fatimah Azzahraa...genap umur anak ummi yang ke 6 tahun. Kalau tengok muka Azza ni, ada kawan azwa kata macam muka innocent jer...hehehhe...tapi kalau gaduh ngan kakaknya si Aini, tak terlawan dibuatnya. Dia ni kira brutal gak nie. Perkara pertama dia akan buat bila bangun tidur adalah mengacau baby Hadi. Memang selalu kena jentik ngan abahnya especially bila weekend...yer la, elok2 Hadi tidur, dia kacau. Hah kalau Hadi dah bangun, kompom la ummi dan abah kena bangun gak, tak de can nak menyambung membuta hahahaha...




hadi sure terbangun awal punya bila kak azza kacau dia

Pengalaman melahirkan Azza, memang tak boleh azwa lupakan. Pada hari sepatutnya azwa masuk wad kat klinik bersalin Arridzuan, doktor dapati kedudukan baby melintang. Masa tu klinik tersebut belum ada kemudahan 'caesarian'. Daripada mengelak nak bersalin di hospital gomen, last2 azwa terpaksa pilih hospital gomen. Nak jimat punya pasal. Maklum kemungkinan besar akan kena bedah. Doc kata kalau songsang, bleh lagik try bersalin normal. Tapi since baby melintang, terpaksa la bedah.

Masuk spital gomen guna GL. Dapat la masuk wad kelas pertama dok sensorang. Biliknya selesa, tapi boring pulak sebab dok sensorang kan...scan punya scan, doktor kata bleh try bersalin normal. Pehtu depa pun sorong la azwa masuk wad bersalin...part paling tak best kena induce huhuhu. Tapi dari pagi sampai ke malam, langsung takde rasa sakit. Azwa siap gaduh ngan doktor lagi sebab dia insist nak inject ubat tahan sakit.

" Tapi saya tak sakit doktor"

"Ini bukan pertandingan menahan sakit. Kalau i inject u ubat tahan sakit, u bleh rest."

"Huh...tak faham2 org kata tak rasa sakit pun. suka hati doktor la."

Lupa nak kabor, masa nak bersalin tu kebetulan ramadan yang pertama. Pagi tu kononnya nak posa, so tak makan apa ler dari pagi hingga ke malam. Last2 azwa dah lembik dah. Sakit bersalin tak terasa pun lagi. nak minta makanan dia tak beri plak. Akhirnya peh discuss ngan cik abe, azwa opt untuk caesarian. Maka dekat tengah malam 4/11/2003, lahirlah Azza ke dunia ini. First experience juga azwa kena bedah.

Doktor pun kata, " baby nie kecik jer. maybe should have tried normal delivery. ni baby nakal sikit, nak keluar ikut tingkap". hehehehe...memang pun, sampai la nie perangai dia memang ada nakal sikit banding yang lain.


Aini dan Azza, masa ni besday Aini last year. posing di rumah lama di perak dulu.


Untuk Azza, semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, jadi anak solehah dan dijauhkan dari segala kejahatan di dunia dan akhirat. Aminnn.