Monday, November 17, 2008

MAJLIS IHTIFAL 2008

Pada hari jumaat lepas tadika Pasti Aini dan Azza telah mengadakan Majlis Ihtifal 2008. Oleh kerana ianya depan rumah sahaja, maka very convenient for us to attend. Cik Abe dan azwa sama-sama mengiringi Aini dan Azza menghadiri majlis tersebut. Majlis dirasmikan dan dimulai dengan persembahan kanak2 Pasti. Memang seronok melihat keletah anak2 ini. Terima kasih kepada ustazah yang sanggup membimbing mereka walaupun menerima bayaran ciput sahaja. Salah sorang ustazah ini bawa keta merc siri sama ngan keta kerajaan Ganu pakai uollsss...tapi tak heran la sebab asben dia kerja ngan petronas gaji paling kurang pun RM20K sebulan. Ustazah nie kira buat kerja sukarela kat Pasti nie sebab ianya pun betoi2 bertentangan dengan rumah dia.



Ini gambar kelas Tahun 6 (2) (umur 6 tahun) memberikan persembahan mereka. Aini salah seorang dari mereka. Kerana ambil gambar guna henpon ( kamera still ngan adik ipar di KL) dan azwa pulak duduk kat bahagian belakang, dapat ambik gambar dari jauh aja la.


Ini Aini sedang menerima sijil tamat persekolahan Pasti. Tahun depan Aini masuk Tahun 1, insyaAllah. Masih belum buat keputusan walaupun dah daftarkan dia di sekolah kerajaan, sama ada nak sekolah gomen atau masuk sekolah agama yang cuma selang dua tiga buah rumah dari rumah MIL.



Yang ini pula giliran kelas Azza menerima sijil. Tahun depan Azza masih akan meneruskan persekolahan di Pasti yang sama. Kata ustazah, dia ini pemalu sikit. kalau disuruh mengaji, suara kecik, tak dengar pun. Tapi kalau kat rumah dia paling bising sekali huhuhuhu.


Azza, lepas terima sijil terus cari uminya. Dapatlah ambil gambar close up. Gambar Aini tak menjadik pulak..


Next,...haaa...ini gambar Aman dengan Hadi. Alahai Hadi...naper tutup mata pulak tu?? ngantuk ker??


Aman...tahniah kerana mendapat keputusan yang di luar jangkaan masa UPSR tempohari. Semalam cikgunya cadangkan beberapa sekolah elit/premier kat KT nie. Tapi azwa sebolehnya tak nak aman masuk sekolah berasrama lagi. Azwa harap aman dapat diterima masuk sekolah agama dekat sekolah lamanya. Kira salah satu sekolah top juga di kawasan KT, tapi kat sana boleh ulang alik ke rumah hehehehe.

Aman ni manja sangat dengan azwa. masa kecik dulu sanggup tidur depan pintu bilik air menunggu azwa keluar. Kalau nak minum susu, dia takmo abahnya yang buat, nak umi jugggaaaa buatkan. kalau menangis, tak sah kalau tak muntah dulu baru boleh berhenti menangis. Dia juga panas baran, suka mengusik orang, tapi dia tak boleh diusik...bila dah start perangainya tu, memang poning nak melayan karenahnya. kena banyak2 bersabar. Tapi aman paling rajin sekali antara tiga orang anak teruna tu. kalau kita suruh dia buatkan air milo ker, masukkan kain dlm mesin basuh ker, mesti dia buat...tapi suara kena slow2 la hehehehe. Abahnya kalau pening kepala, aman lah akan kena panggil untuk picitkan kepala sebab tangan dia paling best memicit kepala pasal tembam2 ekekeke.

Semoga Aman akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dalam pelajaran dan kehidupan di masa hadapan.

9 comments:

  1. "kerja ngan petronas gaji paling kurang pun RM20K sebulan" - tau takperr.. ehehe

    ReplyDelete
  2. tahniah untuk aman...angah punya result tak sebaik aman, tapi alhamdulillah...dia pun tak mau kemana2 nak duduk rumah aje..takut makanan asrama tak sedap..suka hatilaa..

    ReplyDelete
  3. azwa

    hensemnya Aman, cop buat menantu bleh tak? hahhaha

    Tahniah untuk mama aman juga.

    wah projek berjalan lancar ek

    ReplyDelete
  4. fuiyooo... ada majlis graduation gitu.. to aman, congratulations to you!!!! dok rumah pon takpe. tak bermakna if pergi sekolah berasrama penuh tu jadi bagus. dok kat rumah lagi bagus ada depan mata mak ayah.

    p/s : ada lagikah calon2 suami bekerja petronas bergaji 20k sebulan? huhuhu... kasi distribute sikitttt.. hahahhahaa

    ReplyDelete
  5. tahniah utk aman... dia nak ikut jejak ibu dia lah tu.. nak masuk asrama tunggu form 3 dulu kot.. ibu dia tak habis lagi nak manjakan aman tu hehe

    ReplyDelete
  6. tahniah kak atas kejayaan anak2..


    kalo masuk sekolah asrama baru lah Aman jd macho...hehe

    ReplyDelete
  7. en_me,

    kannn...klu asben i gaji gittew, i pun nak berhenti kerja uolss..

    maklang,

    result aman biasa jer, tak dpt 5A pun tapi, jika dibandingkan dengan keputusannya sebelum2 ini, kira unsangkarable la juga hehehe. sama la anak2 kita takmo gi jauh2.

    zar,

    hensem ker?? hahaha...masa dia kecik2 dulu org selalu refer dia "hensem boy". tapi dah besar ni, abah dia kata mana ada hensem, sebab tembam huhuhuhu.

    alhamdulillah projek berjalan mengikut plan setakat ini.

    saya,

    hehehe..a'a...budak2 tadika la ni pun dah ada majlis graduasi katanya.

    nanti akak tanya ustazah kot ada lagi calon2 suami cam asben dia hahahaha

    ReplyDelete
  8. zino,

    hehehe...takper la bagi dia besar skett baru masuk asrama. budak2 nie pejam celik sekejap jer dah dewasa, nanti tak puas nak manja2kan dia hahaha

    luna,

    macam tu la aman kata kat azwa hehehe

    ReplyDelete
  9. salam kak..
    bagus cikgu tu sambil mengisi mas alapang buat amal jariah..drpd goyang kaki kat umah..gulp'gaji rm20k..huhu

    ReplyDelete