Friday, November 30, 2012

READY. GET SET. GO!!




Salam semua.

Umi Muaz tengah busy.

Tengok tu, Muaz pun dia suh dok diam-diam jer.

Boleh tengok-tengok jer.

Tak boleh bising-bising.

Umi kata lepas dia siapkan kerja baru boleh manja-manja..




Kesian taya kan kan...


Thursday, November 29, 2012

HI HI BYE BYE

Salam kenkawan.


Lama tak update. Sampai dah bersawang pondok Azwa ni.


Sejak masuk kerja pertengahan bulan Oktober lalu hingga dah nak ke penghujung bulan November ini, memang tak menang tangan. Tambahan pula, dah nak menuju penghujung tahun, banyak urusan pentadbiran pejabat yang perlu diusaikan. Terlebih lagi, Azwa akan mulai bercuti rehat selama dua minggu tak berapa lama lagi [BACA: MEMPERABISKAN CUTI TAHUNAN :)] .
 
 
 
 
Last two weeks berturut2 Azwa mengendalikan tugasan di Istana Kehakiman.  Minggu ini perlu menyelesaikan laporan prestasi anak2 buah dan macam2 lagi yang perlu diisi. Minggu hadapan akan ke satu lagi persidangan yang sehingga kini tarikh dan tempat sebenar akan diadakan asyik berubah2...pening mokcik.  
 
 
Oleh itu, untuk menenangkan fikiran, biarkan gambar2 sahaja yang berkata-kata hehehe...
 


Sirih junjung, adat yang masih disanjung

 
 

Buah tangan yang dibawa balik dari USA oleh seorang rakan yang dapat peluang pergi berkursus ke sana selama dua minggu. Mujur kejadian itu selepas taufan Sandy melanda hehehe.. terima kasih kawan.
Adoiiii...jawab laa macam mana pun, hasilnya tetap tak memuaskan hati kan kan kan hahaha
Hadi dan Muaz..sayang adik, sayang abang
Sapa setuju angkat mouse...
Ok...nak sambung kerja semula. Semoga kenkawan semua dikurniakan kesihatan yang baik adanya, aminnn...

Thursday, November 1, 2012

WET NOVEMBER

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kenkawan.

Tu dia..lama benar tak berupdate sampai bersawang la pondok Azwa nie kan. Almaklumlah..payah nak bertenet la nie. Baharu sahaja nak online dah ada panggilan dari baby hahaha..

Azwa pun dah mula kerja minggu lepas. Masuk jer opis, kes di Istana Kehakiman sudah menunggu. Ini pun balik sedikit lewat nak menelaah hujahan untuk kes minggu hadapan. 

InsyaAllah bila dah tak berapa sibuk, nanti Azwa update lagi ya.

Ini cuma nak upload gambar terkini Baby Muaz. Pejam celik dah nak masuk tiga bulan usia si kecil..

Ummi cepattt..Muaz nak nyusu...hehehe
Baru lepas mandi, nampak segar la..cerah jer mata tu
Muaz dah kenyang, Muaz nak titon dah..Ummi sibuk lagi ambik gambar..
Yeah yeah..Ummi dah balik..Umi dah balik..Muaz nak nenen hahahaha
Oh ya tajuk tu saja jerr...almaklum la masuk jer hari pertama bulan November nie, hujan lebat kat Putrajaya. Kat tempat anda bagaimana pula?

Ok kenkawan, jumpa lagi insyaAllah. Take care all..Love you all muacchhhss....