Monday, September 29, 2008

SALAM LEBARAN UNTUK SEMUA

DENGAN UCAPAN:

DALAM SUASANA MERIAH MENYAMBUT AIDIL FITRI, SAMBUTLAH SALAM KEMAAFAN SEANDAINYA ADA TERKASAR BAHASA, TERLANJUR PERKATAAN DAN SEMOGA PERSAHABATAN YANG TERJALIN AKAN BERKEKALAN.


Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit al-habib.tripod.com for more greeting cards like this!
Islamic Greeting Cards by Alhabib

DARIPADA:

AZWA & KELUARGA


Sunday, September 28, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Salam semua rakan blogger. Hari ini ramai yang dah bercuti dan berangkat ke destinasi cinta, erkkk...destinasi kampung halaman sendiri/suami/isteri masing2. Azwa masih kerja sehingga hari terakhir Ramadhan. Rasanya hari raya kali ini Azwa seperti tahun lepas tidak perlu terkocoh2 memikirkan persiapan untuk bertolak balik ke kampung. Tahun lepas memangnya tengah sarat pregnant dengan Baby Hadi, so beraya di kuarters ajer la kami. Tahun ini memandangkan kami sekeluarga sudah berpindah ke Terengganu, maka beraya di sini lah kami. Tahun ini rasanya masuk tahun ke empat Azwa beraya di perantauan, tapi tidak lah terasa sangat coz tahun ini my beloved mom julung kalinya akan beraya bersama Azwa di perantauan.

Anyway, ini la ceritanya trip Azwa ke Putrajaya minggu lepas.



RABU

Azwa tiba di KLIA pada jam lebihkurang 11 hours. Check in time kat hotel paling awal pun pukul 12. So, i just tried my luck sms-ing Irfa, kut2 she's still working that day. Tup2 Irfa terus call tanya kat mana lokasi Azwa. And the rest is history hahaha...mudah ajer ropenya mengenal Irfa berdasarkan rupa parasnya yang seiras dengan wajah2 dua orang putera puterinya yang kerap Azwa lihat di blog Irfa. Orangnya kecik molek sahaja dan sangat comel macam wajah anak2nya juga. Punya seronok berbual sampai lupa nak tangkap gambar ler pulak. Next time kita gi makan-minum la pulak Irfa ek...akak nak sambar henbeg sebuah kat sembonia ittew hahahaha...Terima kasih sudi jumpa akak.

Selepas berhai hai bye bye ngan Irfa, Azwa meneruskan perjalanan ke Renaissance Palm Garden Hotel. Lebihkurang 12.30 hrs Azwa selamat tiba di sana. Seperti dijangka, kena menunggu sebentar...tapi tak lama. About 1.15 pm, Azwa dah boleh masuk bilik. Yehaooooo seronoknya, sebab taim posa besa la mata pun layuuuuuu jerrr....hehehe. Kali ini Azwa dapat bilik di tingkat 7 ler pulak. A bit smaller dari bilik Azwa biasa stay di tingkat 4, tapi kali ini ada pulak welcoming fruits. Setelah happily snapping pictures sana sini, apa lagi agenda seterusnya ialah bummmmm....zzzzzzzzzz




Ni gambor2 dalam bilik...tv dekat entrance...




Welcome fruits which consist of three bananas and two apples...pengganti welcome drinks kut since bulan posa kan...



Dua buah katil besar yang cukup selesa. Dah banyak kali stay kat hotel nie, w/p i sorang dia sentiasa beri bilik yang berkatil besar dua buah hehehe...



Ini adalah pemandangan dari bilik hotel. Everytime stay kat hotel nie, Azwa selalu dapat view ke arah IOI Marriot. Tapi kira ok la view nie..



Sambil duduk menikmati pemandangan di luar ini, boleh juga melihat aktiviti di IOI marriot dan juga laluan trafik kat bawah nun.

About 3 pm Azwa terjaga dari tidur, lepas solat Azwa dapat sms dari seorang rakan sekolej yang dah bertahun2 tak dengar khabar berita. Memandangkan kebetulan Azwa berada di Putrajaya, dia pula di Klang, kami pun bersetuju bertemu untuk berbuka puasa bersama-sama petang itu. Ha...mulanya plan break fast di PJ Hilton. Azwa setuju ajer. Terlupa pulak taim bulan posa nie payah nak dapat teksi. Azwa pulak sudah plan cantekk punya ke arah PKNS Shah Alam. Dah seronok2 meronda dalam PKNS tu terlupa tentang teksi. Oh lupa plak, masa tu ada persembahan artis di PKNS Shah Alam. Ina Naim dengan suaminya Suhaimi Saad buat persembahan live. Azwa tak sempat menonton persembahan Ina, cuma sempat melihat Suhaimi mendendangkan dua lagu. Asyik sangat sampai lupa ambik gambar hahahaha...

Nak dijadikan cerita, keluar2 dari PKNS, tengok2 teksi yang tadinya beratur panjang, sebijik pun tarak. Lantas Azwa call kawan bertanyakan lokasinya. Hmnn...last2 kami kensel PJ Hilton, berpindah ke Concorde Hotel yang kebetulan berdekatan dengan PKNS. Kawan Azwa belanja makan Japanaese Food. Kira first time la Azwa merasa makanan Jepun, untuk berbuka pulak tu huhuhuhu...Member order macam2, tapi yang paling Azwa suka jeng...jeng...





Grilled Belut...nama Jepunnya Azwa tak hengat. Masa makan kat Restoran Jepun tu segan pulak nak snappy2 depan kawan tu. Tapi makanan banyak berbaki, so my friend minta dorang tapaukan untuk Azwa buat sahur. Tu pasal dalam gambar makanan dalam bekas plastik hahahaha. Tengok la belut tu tinggal kulitnya ajer dengan mende sampingan tu apa kebendenya...macam sengkuang parut ajer.



Ini ialah Tempura...antara banyak2 tu, ini paling sodap sekalik..




Hok ning, hmnn...sushi kut. Yang ni Azwa rasa kena makan masa panas2. Sebabnya bila Azwa cuba makan taim kat Hotel tu, bau seaweed dia ajer dah cukup membuat tekak Azwa "menangis" hehehe...sayang betul, tapi apa nak buat.



Ha...nie la ropenya makanan berbuka dan bersahur Azwa kat bilik Hotel...sesuwai sangat la, Japanese food ngan buah2an..

KHAMIS

Khamis pagi sempat gi shopping di Alamanda. Belikan baju melaju anak2 teruna barang sehelai seorang. Petangnya gi meeting dan terus ke KLIA selepas meeting. First time juga berbuka posa kat Airport...huhuhuhu. Kebetulan ada sorang kakak baru balik dari Mekah, maka dia berikan kami coklat dan kurma untuk berbuka. Kurmanya amat lembut dan manis, memang sesuwai sangat dengan tekak Azwa.

JUMAAT

Jumaat pagi, anak2 request Azwa buat kuih makmur. Hmnnn...dah bertahun2 rasanya tak buat kuih raya. Tahun nie, Azwa tak banyak pun tempah kuih raya. Ada la dua jenis ajer. Adik ipar beri dua balang kuih sarang semut dan biskut dahlia. So, Azwa dan kompeni sepanjang hari jumaat itu memulakan projek memasak kuih makmur. Untuk mempelbagaikan rasanya, Azwa try bubuh badam serbuk, instead of kacang tumbuk. Hasilnya....hmnnn...boleh tahan... Dapat la membalas kuih diberi adik ipar dan sebalang untuk mak mertua Azwa.



Malamnya, kami mencuba biskut cashew pulak. Hmnnn...tersilap canai, agak tebal, so biskut pun jadik gebu2 belaka hahaha...



Ada sorang tu gatal tangan nak membantu kononnya, tapi ini la hasil keras tangannya hahahaha...bertuah betul asben aku nie ...biskut dinosour kata dia.

Untuk semua rakan-rakan blogger yang sudi bertandang ke rumah Azwa ini, sila la jamu selera, jangan malu2, sambil bersalam2an dan bermaaf2an...dengan ucapan tulus ikhlas SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI AZWA SEKELUARGA. Semoga selamat menuju arah tujuan masing2 dan selamat kembali bertugas minggu depan. Berhati2 di jalan raya dan amalkan pemanduan berhemah.


Tuesday, September 23, 2008

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Minggu lepas dalam kalut2 sebab mama diserang CB dan muntah2 tu, telah ditetapkan keputusan kes yang mana kami kena ber'lawan' ngan seseorang yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam bidang kehakiman. Oleh kerana pada tarikh itu kebetulan Bos ada meeting, dan azwa pulak terpaksa EL, maka rakan azwa yang hadir untuk mendengar keputusan tersebut. The other side dah siap kata kat azwa few days sebelum tu,

" i rasa kes u tu kan, mesti yang arif tak bagi. Semalam i baru argue satu kes serupa depan judge. I guna otoriti yang sama. Judge tak bagi stay."

" Ye ker? Tak per la encik *****, at least we have done our best. Lagi pun, each case has to decided based on its own set of facts."


Bila azwa masuk kerja semula, first thing azwa tanya tentang result kes tu. Alhamdulillah, permohonan penangguhan perlaksanaan dibenarkan...rasa gembiraaaa sangat-sangat mendengar khabar tersebut. Kira berbaloi la azwa bersengkang mata menyiapkan hujahan dan menelaah nas2 sampai pukul dua pagi...Syukur Allah memperkenankan doa saya agar segala urusan dipermudahkan.

Pagi ini, sebentar tadi azwa baru balik dari mengambil keputusan satu lagi kes terhadap klien kami. Alhamdulillah, sekali lagi Allah memperkenankan doa agar kes ini dapat diselesaikan secara aman. Bos pun happy...less one headache dia kata. Tapi untuk kes ini memang bos yang handle dari mula, azwa sekadar tolong2 touch up sikit2 ajer.

Rasa letih ya amat la pulak...mata pun dah kuyu, sofa di sudut bilik itu melambai2 mesra dah. Maka kena stop ler kat sini, nak zzzzzz sokojap.....zzzzzzzzzzzzzz

Erkkk....tengah mata kuyuuuu nak titun...treeet...treeet...alahai tepon pulak berbunyi.

"Puannn...boss panggil..."
Dengan longlai menuju bilik bos.

"Mesyuarat *** nie u yang handle kan... nie ada surat baru sampai. Ada mesyuarat hari khamis di Putrajaya."

Boss pandang Azwa. PA boss pun pandang Azwa gak. Despatch clerk boss pun pandang Azwa. Azwa jeling kearah surat panggilan mesyuarat.

"Hmnnn...boleh la gi shopping..."

Semua orang tergelak. "Ingatkan bulan2 puasa nie you tak nak pergi." Kata Boss. " U boleh la gi awal sikit. Sempat shopping2. Either u go early tomorrow atau balik friday."

"Boleh ker pergi awal sikit Boss?"

"Besok takde kes kan. Takpe la."

Tengkiu boss...syukur Allah beri boss yang memahami. Semoga Allah murahkan rezeki boss dapat naik pangkat lagi...hahahaha

Sunday, September 21, 2008

AKHIRNYA KITA AKAN PERGI JUA....


Pejam celik, pejam celik, tinggal sepuluh hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Seandainya dipanjangkan umur kita untuk bertemu syawal tahun ini, bersyukurlah kita kerana ada insan yang tidak berkesempatan untuk menyambut syawal tahun ini, apatah lagi untuk menghayati Ramadan pun tidak berupaya.

Pukul 11.37 malam tadi, Azwa menerima panggilan telefon dari asben. Asben pergi menziarahi suami sepupunya yang sudah lama terlantar di hospital besar kerana sakit. Kata asben "Al**s dah tak ada." Seakan sudah tertulis, sehari sebelum itu asben menziarahi Arwah, dan isterinya iaitu sepupu asben memberitahu bahawa pihak hospital telah memaklumkan bahawa tiada apa yang boleh dilakukan lagi dan meminta sepupu asben membawa arwah balik ke rumah. Sepatutnya hari ini arwah akan dibawa balik ke rumah tetapi arwah telah menghembuskan nafas terakhir di hospital sebelum sempat di bawa kembali ke rumah. Namun demikian, isteri, semua anak2, ibu dan adik beradik arwah berada disisinya ketika arwah pergi menghadap Penciptanya.


Asben memang rapat dengan sepupunya kerana semasa kecil dahulu asben dijaga oleh Umi, adik kepada bapa mertua azwa merangkap ibu kepada sepupu asben. Malah dengan sepupunya itulah asben akan menaiki basikal bersama-sama ke sekolah. Setiap kali jika kami balik ke kampung asben, pasti asben akan mengajak menziarahi Umi dan rumah sepupunya. Kebetulan arwah Al**s pula seorang yang peramah dan dalam ramai2 saudara mara asben, rumah mereka antara yang Azwa berasa selesa untuk berkunjung.

Sejak bulan April lalu arwah mulai diserang penyakit yang menyebabkannya berulang alik ke hospital hingga dua bulan lepas doktor mendapati apendiks arwah telah pecah dan dijangkiti kuman. Pembedahan telah dijalankan dan didapati kuman telah merebak hingga merosakkan buah pinggang dan jantung arwah juga semakin hari semakin lemah. Sememangnya keadaan fizikal arwah benar2 berubah pada akhir2 hayatnya kerana menderita sakit.

Semasa menziarahi jenazah arwah pagi tadi, ahli keluarga sedang menyiapkan peralatan untuk memandikan jenazah arwah. Untungnya, adik bongsu arwah memiliki perkhidmatan pengurusan jenazah. Makanya segala urusan menyediakan kelengkapan memandikan, mengkafankan sehingga van yang membawa keranda arwah ke tanah perkuburan juga dikendalikan oleh adiknya. Alhamdulillah, selesai dimandikan, jam 10 pagi jenazah disembahyangkan dan terus dibawa untuk dikebumikan bersebelahan kubur ayah arwah. Jam lebihkurang 11.30 pagi semuanya selesai.

Isteri dan anak2 tabah menerima dugaan dalam keadaan beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal. Mungkin mereka juga sudah tidak sanggup melihat arwah terus menderita sakit yang doktor sendiri sudah tidak mampu mengubatinya. Al Fatihah untuk arwah Al**s, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Sebagai renungan kita bersama, petikan dari emel yang Azwa terima:

Hanya Ingin Mengingatkan .... Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S..A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.



Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:


Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang lalai.



Thursday, September 18, 2008

SAKIT

Assalamualaikum, ya ibu-ibu, bapak-bapak. Semoga sehat2 aje di hari baik bulan baik ini ya.

Ya, lama tidak berkesempatan menjenguk rumah sendirik. Sejak khamis lepas tiba2 roda kehidupan azwa berputar2. Benarlah bagai dikata orang, benda kalau nak jadi, dalam sekelip mata aje keadaan boleh berubah. Anyway, khamis lepas azwa memang bizi dengan kerja2 pejabat, in fact beberapa hari sebelum itu pun memang dah bizi seperti diceritakan dalam entry lepas ( apa patut saya buat). Azwa akui memang banyak bergantung pada mama untuk membantu meringankan hal-hal urusan kelancaran rumahtangga. Tiba-tiba pagi jumaat sewaktu hendak menyediakan makanan untuk bersahur, mama mengatakan dia mengalami c*r*tb*r*t (CB) sejak khamis lagi. Terkejut azwa, kerana sebelum itu azwa tengok mama ok ajer dan tak mengadu langsung dengan azwa.

Friday

Azwa katakan pada mama, biar azwa yang siapkan hidangan bersahur dan minta dia pergi berehat. Tanpa diduga, dari diserang CB, mama juga mula muntah-muntah. Azwa ajak dia ke klinik, tapi mama masih bertahan. By 12 noon, tengok dia dah melepek keletihan. Apa taknya, sekejap muntah, sekejap CB. Last2 minta asben bawa mama ke klinik. Doktor saspek kena keracunan makanan. Hmnn...baru azwa teringat mama memang suka makan left over foods. Orang tua2 baki makanan sayang hendak dibuang, membazir katanya. Kalau baki makanan semalam logik gak, tapi my mom nie kenkadang yang dah seminggu dok dlm peti pun dia sayang nak buang. Dah puas dinasihati pun dia still proceed dengan hobi dia juga. Doktor beri ubat CB dan suntik ubat tahan muntah.

Sabtu

By saturday, keadaan mama tak berubah. Masalahnya, dia nak makan, tapi semua benda yang dimakannya keluar balik termasuk ubat2an yang diberikan doktor. Masa nie mama cuma mampu berbaring di biliknya selain berulang alik ke toi*et. Azwa dan asben dah mula naik risau melihat keadaan mama. Dia still muntah2 walaupun dah disuntik ubat tahan muntah. Seolah2 takde kesan langsung ubat dari klinik I***n itu. Mama cuma mampu minum air biasa, malah air garam yang diberikan pun tak lalu ditelannya.

Ahad

Melihat keadaan mama yang masih muntah2 dan CB itu, azwa bawa dia jumpa doktor lain. Oleh kerana mama dah disuntik ubat thn muntah, doktor kali ini beri ubat tahan muntah yang dimasukkan ke tempat "sodomee". Agaknya doktor2 nie suka bergurau agaknya...dah tahu orang tu mengalami CB, kalau letak ubat kat situ...ish...Anyway, my mom did it. Luckily it works...lega sikit rasanya kerana sekurang2nya kalau muntah2 dah berhenti, boleh la makan ubat untuk Cb pulak.

However it didnt turn out that way. Mama dah tak muntah2 lagi, tapi mulutnya terasa pahit katanya. Langsung tak boleh terima makanan..air manis semua tak bleh ditelan nanti nak terkeluar semula.

melihat keadaan mama, azwa ambil cuti kecemasan. Asben pun sama. Kebetulan pula minggu ini memang banyak kes untuk dikendalikan. Syukur juga bos memahami dan dia benarkan azwa cuti.

Isnin

By monday, keadaan mama dah betul2 tak bermaya. Muka pun dah cengkung, mata terperosok ke dalam. Apa taknya by now dah nak masuk lima hari tak makan, cuma bergantung pada air. CB still berterusan walaupun dah makan ubat. Azwa dan asben ambil keputusan bawa mama ke klinik untuk masukkan air. Kami ke klinik I***n kerana disana ada kemudahan sedemikian. Masa ini memang azwa tensen sangat kerana doktor cuba memasang jarum untuk drip, tapi beberapa kali dicubanya tidak berjaya. Tekanan darah mama mendadak naik. Azwa mengurut2 kakinya dan memberi kata semangat untuk kuatkan dirinya. Akhirnya, doktor sarankan azwa bawa mama ke hospital besar sahaja.

Azwa dan asben berkejar bawa mama ke wad kecemasan hospital besar. Masa ini mama cuma mampu terbaring di tempat duduk penumpang. sesampai di hospital besar, syukur except for a few hiccup here n there, layanan yang diberikan memuaskan. Atendan yang ada segera membantu mengangkat mama duduk di kerusi roda dan terus dibawa masuk ke wad separa kritikal. Azwa pun ikut masuk sekali. Setelah ditanya sedikit sebanyak history pesakit, nurse memasang drip...alhamdulillah sekali cuba sahaja berjaya.

Asben dan azwa diminta menunggu di luar sementara menunggu keadaan lanjut mama. Lebihkurang 3 jam menunggu, azwa terkejut melihat tiba-tiba mama berjalan keluar dari wad dengan muka letih tetapi jauh lebih baik dari sebelum ini. Dua botol air yang dimasukkan nampaknya berjaya memberi tenaga kepada mama. Waktu kami berbuka, mama minta sedikit air kelapa yang dijadikan hidangan berbuka.

Selasa

Keadaan mama masih lemah, walaupun dah tak muntah2 kerana still CB. Malam itu mama demam pula. Mama minta azwa kerat dua panadol untuk membolehkan dia menelannya. Azwa sendiri tak dapat tidur lena kerana risau memikirkan keadaan mama. Paginya, azwa buatkan bubur untuk mama. mama minta air kelapa. katanya air kelapa rasa nyaman di tekaknya. Asben berjaya dapatkan kelapa mayang dari jiran sebelah rumah. Rasa gembira melihat mama makan bubur berulamkan air kelapa. Dah tak muntah2 tapi CB still ada namun kekerapannya berkurangan.

By maghrib, mama dah semakin kuat. Cuma dia mengadu pening kepala. Dalam pening2 pun, walau dilarang, mama sempat melipat kain lagi. Hmnn...masih tak makan saman juga la tu. Almaklum dia dah biasa buat kerja itu ini, bila duk diam dia tak betah. Masa ini memang azwa tak bagi lagi dia makan nasi, cuma bagi bubur dulu. Mama sendiri mengadu tekak tersa pahit dan sukar menelan.

Rabu

Pagi rabu mama dah mula berjalan2 sekeliling rumah dan mengemas2 rumah. Dilarang pun dia still nak buat juga. Azwa risaukan keadaannya yang still lemah itu. Yang lucunya, masa ini keadaan mama mengalahkan orang tengah mengidam pulak. Mama sendiri mengatakan demikian. Semua benda dia teringin nak makan. Mula2 dia nak makan limau manis, pehtu jambu batu la, coklat la, pisang k*l*ng la...hmnn...semua asben gi belikan. Tapi makan sikit pehtu tak lalu dah. Makanan yang paling serasi dengan tekaknya...air kelapa!

Khamis

Mama dah makin sembuh. hadi bagaimanapun kami hantar ke rumah adik ipar untuk dijaga sementara keadaan mama bertambah kuat. Dah kena CB dan muntah2 dekat seminggu, rasanya biarlah mama berehat panjang. Usop ditugaskan untuk menemani mama di rumah. Pagi ini dalam perjalanan ke tempat kerja, mama pesan dia teringin nak makan mangga manis pulak hehehehe...

So, dekat seminggu jugalah Azwa mengambil alih semua tugas2 yang selama ini mama bantu azwa buat. Jaga hadi, kemas rumah, masak hmnnn kesian mama...kang orang kata azwa dera mak sendiri pulak. Sedangkan sebenarnya nak suruh mama berehat dok umah sambil belajar agama. Kebetulan ada yang sudi datang rumah mengajar mama setiap petang. hadi asalnya memang dihantar ke rumah cousin asben untuk dijaga, tapi mama sendiri mahu menjaganya. alasannya, nanti dia rasa sunyi dok sorang2 kat rumah. Selepas ini kena consider la hantar hadi ke rumah baby sitter kut. La ni, Hadi dah semakin lasak. Maklum dah pandai memanjat sana sini dan dah start melangkah dua tiga langkah. Memang letih juga menjaganya.

Apa pun azwa bersyukur kerana kini kesihatan mama kian pulih. Pagi ini azwa ke tempat kerja dengan rasa seribu kesyukuran. Rasa lebih menghargai kesihatan yang Allah SWT beri kepada kita. Bila2 pun Allah SWT boleh tarik kurniaannya...oleh itu sama-sama la kita menggunakan kesempatan yang diberikan dengan sebaik2nya.

Panjang pulak posting nie. Gambar2 yang dijanjikan di posting terdahulu, insyaAllah azwa akan uploadkan bila mak bawang merah kembalikan negatif filem gambar karang okey ....

Thursday, September 11, 2008

ENTRY CACA MARBA

Untuk entry kali ini, azwa postkan kat sini gambar2 Astana Dugang Country Resort, trip ke Langkawi dan gambar2 lain2 gambar yang sewaktu dengannya...

Huh...blogger uploading image nie tak nak berkerjasama pulok pagi nie. KIV dulu deh... :D

Dailog berikut dibaca ikutin gaya mak tiri si bawang putih...

Ya...ibu-ibu, bapak-bapak, maafin ya...ini upload images nggak mau nolongin gue...eh...udah dapat...ya...udah bisa mengepost...hehehe permisi, permisi..
liat gambarnya ya...




aduhhhh...ya udah...cepatan sikit mo upload itu gambarnya..gue mau pamit udah nie dong...adehhh...KIV lagik yang selebihnya...

Tuesday, September 9, 2008

DEBARAN UPSR

Hari ini bermulanya peperiksaan UPSR. Pagi tadi Azwa luangkan masa menghantar Aman ke sekolah. Ropenya ramai juga ibubapa yang hadir beri sokongan moral sama. Exam jam 8.10 pagi tapi seawal jam 7 pagi kami sampai. Sekolah adakan bacaan Yasin dan solat hajat pagi itu sebelum anak2 diiringi masuk ke dewan peperiksaan oleh ibubapa masing2. Azwa pasti ramai rakan2 siber yang berkongsi debaran anak menghadapi UPSR ini. Bagi Azwa ini kali kedua menghadapinya.



Entah mengapa, sebelum ini anak2 bujang azwa ini nampaknya semua 'tumpul' matematik. Syukur juga Usop ada perkembangan walaupun agak terlewat dihantar ke tuisyen. Yang penting semua subjek lulus.

Benar kata orang lain padang lain belalang. Sebaik sahaja anak2 mula menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran yang dipraktikkan di Terengganu ini, Azwa gembira kerana kesemua anak2 menunjukkan peningkatan ketara terutama dalam subjek matematik. Sejak berpindah ke sini memang nampak perubahan ketara...mula-mula D, naik ke C dan baru-baru ini B. Nampaknya cara pengajaran yang "mendera" pelajar tetapi berkesan itu memang berbaloi. Yang seronok dengar, bila Aman mengakui dulu malas nak belajar matematik tapi sekarang seronok sebab dah faham formulanya.



Inilah gambar anak2 bujang Azwa. Usop yang baju kuning/oren. Tahun lepas giliran Usop menduduki UPSR. Alhamdulillah, walaupun result Usop tidak mencapai matlamat 5A tapi ianya juga tidak mengecewakan. Paling penting subjek matematik lulus. Part ni memang Azwa paling risau. Apa taknya, setiap kali report kad diterima, bahagian matematik sentiasa merah memanjang.

Aman berbaju merah sementara di tengah adalah Asan. Asan bakal menduduki UPSR tahun depan...alahai debaran lagi hehehehe. Budak kat belakang tu anak pada kawan asben. Gambor ni diambil masa depa gi mandi manda di Pulau Pangkor.

Good Luck Aman and to all children yang menduduki UPSR tahun ini.



Sunday, September 7, 2008

APA PATUT SAYA BUAT ....

APA PATUT SAYA BUAT 1

Apa patut saya buat jika dah lebih seminggu tak update blog ini? Well...firstly, Salam Ramadan buat semua kenkawan. Pejam celik pejam celik dah nak masuk 7 hari kita berpuasa di bulan yang mulia ini. Setakat ini adakah puasa anda semua selamat?? :D




Adakah anda semua masih bisa menunjukkan wajah ceria seperti dua anak dara ini?


Atau adakah mood anda seperti jejaka disebelah ini? muahahaha....(Hadi tengah monyok kerana abang2nya tengah mendandan rambutnya...hehehe)

Semoga anda ceria2 hendaknya walaupun cuaca di Kuala Terengganu pada pagi ini agak mendung, serupa nak hujan. Sejak hari jumaat, setiap petang akan hujan dengan agak lebat di sini.



APA PATUT SAYA BUAT 2

Apa patut saya buat jika ianya adalah besday seseorang yang sangat besar jasanya pada diri ini? Hmnnn...on the 3rd of September, my sis yang dok kat Gombak sms minta address rumah Azwa. Bila ditanya kenapa...jawapannya " Ada la...heheheh". Hmnnn...apa ya? On the 4th September sebelah petang, Azwa terima panggilan telefon dari nombor yang langsung tidak familiar.

"Hello...itu A***e kah?" Dalam loghat Chinese yang agak pekat..
"Hello...A***e..A***e sapa itu?"
"Bukan A***e G******* ka itu?"
"OOOO...ya..ya...kenapa cari dia?"
"Kami mau hantar barang tapi tak tahu mana itu rumah dia."
"Ooo...rumah dia....bla bla bla..."
"Oooo ok...saya cuba cari. Kalau tidak jumpa, saya call u balik ooo"
"Kenapa?"
"Ada la..." Sambil tergelak kecil.

Suddenly..*poof*...baru Azwa teringat, hari itu 4/9/08 adalah hari lahir orang yang paling istimewa, iaitu Mama. Suspecting that my sis will be sending flowers, Azwa bergegas pergi membeli kek di secret recipe. Guess what happen when i reached home?
Well...i guess both of us love our mom so very much...my mom sampai keluar airmata diraikan. Happy birthday Mama...we all love u soooooo muchhhhh...



Kek dihantar oleh my sister



My Beloved Mama dengan Asan (with Hadi at the background) berposing dengan flowers dan kek yang dikirim oleh my sis



Yang ini kek Chocolate Banana specially for Mama from my family

APA PATUT SAYA BUAT 3

Kalau ikut kronologi, yang ini berlaku pada pagi 4/9/08. Apa patut saya buat jika peguamcara dalam kes lawan saya adalah bekas pemegang jawatan paling tinggi dalam sistem kehakiman negara ini sebelum ini? Well...it's an uphill task trying to argue your case when even the person whose hearing the case pun segan dengan beliau...with due respect. However, somebody has got to do the job, and we tried our best. Let the court decide the outcome. After all, there's always an option of appealing if we dont succeed rite...

Azwa sangat menghormati beliau, but the only reason why am complaining was becoz..i feel like his presence was being used by certain people to influence the outcome of the case. I personally believe that beliau patut menjadikan dirinya exclusive, sesuai dengan kedudukan yang pernah dikecapinya.

APA PATUT SAYA BUAT 4

Apa patut saya buat jika PC saya diserang virus? I called the technician of coz! But even he cannot "cure" my PC. So...on the 4/9/08, PC Azwa terpaksa kena re format...and thus i lost soooo many data. Luckily, sebahagiannya Azwa simpan dlam thumbdrive. So, pagi tadi, bertungkus lumus memasukkan semula data2 yang diperlukan.

APA PATUT SAYA BUAT 5

Ya Allah...dah pukul 2 petang ropenya...huhuhu...apa patut saya buat sekarang ek?? Hmnn...i should be stopping here and continue with work then hehehehe...ok jumpa lagi...tatatititutu