Tuesday, September 23, 2008

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Minggu lepas dalam kalut2 sebab mama diserang CB dan muntah2 tu, telah ditetapkan keputusan kes yang mana kami kena ber'lawan' ngan seseorang yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam bidang kehakiman. Oleh kerana pada tarikh itu kebetulan Bos ada meeting, dan azwa pulak terpaksa EL, maka rakan azwa yang hadir untuk mendengar keputusan tersebut. The other side dah siap kata kat azwa few days sebelum tu,

" i rasa kes u tu kan, mesti yang arif tak bagi. Semalam i baru argue satu kes serupa depan judge. I guna otoriti yang sama. Judge tak bagi stay."

" Ye ker? Tak per la encik *****, at least we have done our best. Lagi pun, each case has to decided based on its own set of facts."


Bila azwa masuk kerja semula, first thing azwa tanya tentang result kes tu. Alhamdulillah, permohonan penangguhan perlaksanaan dibenarkan...rasa gembiraaaa sangat-sangat mendengar khabar tersebut. Kira berbaloi la azwa bersengkang mata menyiapkan hujahan dan menelaah nas2 sampai pukul dua pagi...Syukur Allah memperkenankan doa saya agar segala urusan dipermudahkan.

Pagi ini, sebentar tadi azwa baru balik dari mengambil keputusan satu lagi kes terhadap klien kami. Alhamdulillah, sekali lagi Allah memperkenankan doa agar kes ini dapat diselesaikan secara aman. Bos pun happy...less one headache dia kata. Tapi untuk kes ini memang bos yang handle dari mula, azwa sekadar tolong2 touch up sikit2 ajer.

Rasa letih ya amat la pulak...mata pun dah kuyu, sofa di sudut bilik itu melambai2 mesra dah. Maka kena stop ler kat sini, nak zzzzzz sokojap.....zzzzzzzzzzzzzz

Erkkk....tengah mata kuyuuuu nak titun...treeet...treeet...alahai tepon pulak berbunyi.

"Puannn...boss panggil..."
Dengan longlai menuju bilik bos.

"Mesyuarat *** nie u yang handle kan... nie ada surat baru sampai. Ada mesyuarat hari khamis di Putrajaya."

Boss pandang Azwa. PA boss pun pandang Azwa gak. Despatch clerk boss pun pandang Azwa. Azwa jeling kearah surat panggilan mesyuarat.

"Hmnnn...boleh la gi shopping..."

Semua orang tergelak. "Ingatkan bulan2 puasa nie you tak nak pergi." Kata Boss. " U boleh la gi awal sikit. Sempat shopping2. Either u go early tomorrow atau balik friday."

"Boleh ker pergi awal sikit Boss?"

"Besok takde kes kan. Takpe la."

Tengkiu boss...syukur Allah beri boss yang memahami. Semoga Allah murahkan rezeki boss dapat naik pangkat lagi...hahahaha

6 comments:

  1. Alhamdullillah...

    berkat doa dan kesabaran di bulan mulia ini

    ReplyDelete
  2. Zar,

    Betul tu, kalau kita bersabar dan bertenang, pasti Allah berikan idea2 yang ada ummph untuk menyelesaikan masalah dlm pekerjaan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Cool ler boss AZWA tuh...camni ler baguih...

    ReplyDelete
  4. pucuk di cita ulam mendatang hehe..boleh le soping sakan ya tak hehe..macam ni jadi bos baru anak buah suka hehe

    ReplyDelete
  5. NBK,

    Memang sporting abihh...hehehe

    PB,

    Alhamdulillah dapat boss yang baik.

    Zino,

    Ikutkan hati memang maleh gak nak gi meeting, tapi soping tu sebagai motivator la untuk pergi meeting hahahaha...

    ReplyDelete