Sunday, September 21, 2008
AKHIRNYA KITA AKAN PERGI JUA....
Pejam celik, pejam celik, tinggal sepuluh hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Seandainya dipanjangkan umur kita untuk bertemu syawal tahun ini, bersyukurlah kita kerana ada insan yang tidak berkesempatan untuk menyambut syawal tahun ini, apatah lagi untuk menghayati Ramadan pun tidak berupaya.
Pukul 11.37 malam tadi, Azwa menerima panggilan telefon dari asben. Asben pergi menziarahi suami sepupunya yang sudah lama terlantar di hospital besar kerana sakit. Kata asben "Al**s dah tak ada." Seakan sudah tertulis, sehari sebelum itu asben menziarahi Arwah, dan isterinya iaitu sepupu asben memberitahu bahawa pihak hospital telah memaklumkan bahawa tiada apa yang boleh dilakukan lagi dan meminta sepupu asben membawa arwah balik ke rumah. Sepatutnya hari ini arwah akan dibawa balik ke rumah tetapi arwah telah menghembuskan nafas terakhir di hospital sebelum sempat di bawa kembali ke rumah. Namun demikian, isteri, semua anak2, ibu dan adik beradik arwah berada disisinya ketika arwah pergi menghadap Penciptanya.
Asben memang rapat dengan sepupunya kerana semasa kecil dahulu asben dijaga oleh Umi, adik kepada bapa mertua azwa merangkap ibu kepada sepupu asben. Malah dengan sepupunya itulah asben akan menaiki basikal bersama-sama ke sekolah. Setiap kali jika kami balik ke kampung asben, pasti asben akan mengajak menziarahi Umi dan rumah sepupunya. Kebetulan arwah Al**s pula seorang yang peramah dan dalam ramai2 saudara mara asben, rumah mereka antara yang Azwa berasa selesa untuk berkunjung.
Sejak bulan April lalu arwah mulai diserang penyakit yang menyebabkannya berulang alik ke hospital hingga dua bulan lepas doktor mendapati apendiks arwah telah pecah dan dijangkiti kuman. Pembedahan telah dijalankan dan didapati kuman telah merebak hingga merosakkan buah pinggang dan jantung arwah juga semakin hari semakin lemah. Sememangnya keadaan fizikal arwah benar2 berubah pada akhir2 hayatnya kerana menderita sakit.
Semasa menziarahi jenazah arwah pagi tadi, ahli keluarga sedang menyiapkan peralatan untuk memandikan jenazah arwah. Untungnya, adik bongsu arwah memiliki perkhidmatan pengurusan jenazah. Makanya segala urusan menyediakan kelengkapan memandikan, mengkafankan sehingga van yang membawa keranda arwah ke tanah perkuburan juga dikendalikan oleh adiknya. Alhamdulillah, selesai dimandikan, jam 10 pagi jenazah disembahyangkan dan terus dibawa untuk dikebumikan bersebelahan kubur ayah arwah. Jam lebihkurang 11.30 pagi semuanya selesai.
Isteri dan anak2 tabah menerima dugaan dalam keadaan beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal. Mungkin mereka juga sudah tidak sanggup melihat arwah terus menderita sakit yang doktor sendiri sudah tidak mampu mengubatinya. Al Fatihah untuk arwah Al**s, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Sebagai renungan kita bersama, petikan dari emel yang Azwa terima:
Hanya Ingin Mengingatkan .... Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S..A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang lalai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Al-Fatihah buat Arwah.
ReplyDeleteYang pergi sudah tertulis pemergiannya, kita yang tinggal, amik iktibar. Tingkatkan amalan dan iman kerana satu hari nanti kita juga akan menyusul
salam takziah dari kami utk keluarga arwah ..
ReplyDeleteal-fatihah...
Zar,
ReplyDeleteArwah sendiri seakan dapat merasai pemergiannya. Beberapa hari sebelum itu arwah kerap berkata ingin ke kubur dan sering juga berkata "tak sempat beraya dah aku nie".
Zino,
Terima kasih. Sesama kita berdoa semoga roh mereka yang telah pergi dicucuri rahmat hendaknya.
salam
ReplyDeleteAL Fatihah
Moga rohnya dicucuri rahmat
Besar dugaan isteri dan anak anaknya.
Moga mereka akan kuat semangat
salam
ReplyDeleteAL Fatihah
Moga rohnya dicucuri rahmat
Besar dugaan isteri dan anak anaknya.
Moga mereka akan kuat semangat