Sunday, September 28, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Salam semua rakan blogger. Hari ini ramai yang dah bercuti dan berangkat ke destinasi cinta, erkkk...destinasi kampung halaman sendiri/suami/isteri masing2. Azwa masih kerja sehingga hari terakhir Ramadhan. Rasanya hari raya kali ini Azwa seperti tahun lepas tidak perlu terkocoh2 memikirkan persiapan untuk bertolak balik ke kampung. Tahun lepas memangnya tengah sarat pregnant dengan Baby Hadi, so beraya di kuarters ajer la kami. Tahun ini memandangkan kami sekeluarga sudah berpindah ke Terengganu, maka beraya di sini lah kami. Tahun ini rasanya masuk tahun ke empat Azwa beraya di perantauan, tapi tidak lah terasa sangat coz tahun ini my beloved mom julung kalinya akan beraya bersama Azwa di perantauan.

Anyway, ini la ceritanya trip Azwa ke Putrajaya minggu lepas.



RABU

Azwa tiba di KLIA pada jam lebihkurang 11 hours. Check in time kat hotel paling awal pun pukul 12. So, i just tried my luck sms-ing Irfa, kut2 she's still working that day. Tup2 Irfa terus call tanya kat mana lokasi Azwa. And the rest is history hahaha...mudah ajer ropenya mengenal Irfa berdasarkan rupa parasnya yang seiras dengan wajah2 dua orang putera puterinya yang kerap Azwa lihat di blog Irfa. Orangnya kecik molek sahaja dan sangat comel macam wajah anak2nya juga. Punya seronok berbual sampai lupa nak tangkap gambar ler pulak. Next time kita gi makan-minum la pulak Irfa ek...akak nak sambar henbeg sebuah kat sembonia ittew hahahaha...Terima kasih sudi jumpa akak.

Selepas berhai hai bye bye ngan Irfa, Azwa meneruskan perjalanan ke Renaissance Palm Garden Hotel. Lebihkurang 12.30 hrs Azwa selamat tiba di sana. Seperti dijangka, kena menunggu sebentar...tapi tak lama. About 1.15 pm, Azwa dah boleh masuk bilik. Yehaooooo seronoknya, sebab taim posa besa la mata pun layuuuuuu jerrr....hehehe. Kali ini Azwa dapat bilik di tingkat 7 ler pulak. A bit smaller dari bilik Azwa biasa stay di tingkat 4, tapi kali ini ada pulak welcoming fruits. Setelah happily snapping pictures sana sini, apa lagi agenda seterusnya ialah bummmmm....zzzzzzzzzz




Ni gambor2 dalam bilik...tv dekat entrance...




Welcome fruits which consist of three bananas and two apples...pengganti welcome drinks kut since bulan posa kan...



Dua buah katil besar yang cukup selesa. Dah banyak kali stay kat hotel nie, w/p i sorang dia sentiasa beri bilik yang berkatil besar dua buah hehehe...



Ini adalah pemandangan dari bilik hotel. Everytime stay kat hotel nie, Azwa selalu dapat view ke arah IOI Marriot. Tapi kira ok la view nie..



Sambil duduk menikmati pemandangan di luar ini, boleh juga melihat aktiviti di IOI marriot dan juga laluan trafik kat bawah nun.

About 3 pm Azwa terjaga dari tidur, lepas solat Azwa dapat sms dari seorang rakan sekolej yang dah bertahun2 tak dengar khabar berita. Memandangkan kebetulan Azwa berada di Putrajaya, dia pula di Klang, kami pun bersetuju bertemu untuk berbuka puasa bersama-sama petang itu. Ha...mulanya plan break fast di PJ Hilton. Azwa setuju ajer. Terlupa pulak taim bulan posa nie payah nak dapat teksi. Azwa pulak sudah plan cantekk punya ke arah PKNS Shah Alam. Dah seronok2 meronda dalam PKNS tu terlupa tentang teksi. Oh lupa plak, masa tu ada persembahan artis di PKNS Shah Alam. Ina Naim dengan suaminya Suhaimi Saad buat persembahan live. Azwa tak sempat menonton persembahan Ina, cuma sempat melihat Suhaimi mendendangkan dua lagu. Asyik sangat sampai lupa ambik gambar hahahaha...

Nak dijadikan cerita, keluar2 dari PKNS, tengok2 teksi yang tadinya beratur panjang, sebijik pun tarak. Lantas Azwa call kawan bertanyakan lokasinya. Hmnn...last2 kami kensel PJ Hilton, berpindah ke Concorde Hotel yang kebetulan berdekatan dengan PKNS. Kawan Azwa belanja makan Japanaese Food. Kira first time la Azwa merasa makanan Jepun, untuk berbuka pulak tu huhuhuhu...Member order macam2, tapi yang paling Azwa suka jeng...jeng...





Grilled Belut...nama Jepunnya Azwa tak hengat. Masa makan kat Restoran Jepun tu segan pulak nak snappy2 depan kawan tu. Tapi makanan banyak berbaki, so my friend minta dorang tapaukan untuk Azwa buat sahur. Tu pasal dalam gambar makanan dalam bekas plastik hahahaha. Tengok la belut tu tinggal kulitnya ajer dengan mende sampingan tu apa kebendenya...macam sengkuang parut ajer.



Ini ialah Tempura...antara banyak2 tu, ini paling sodap sekalik..




Hok ning, hmnn...sushi kut. Yang ni Azwa rasa kena makan masa panas2. Sebabnya bila Azwa cuba makan taim kat Hotel tu, bau seaweed dia ajer dah cukup membuat tekak Azwa "menangis" hehehe...sayang betul, tapi apa nak buat.



Ha...nie la ropenya makanan berbuka dan bersahur Azwa kat bilik Hotel...sesuwai sangat la, Japanese food ngan buah2an..

KHAMIS

Khamis pagi sempat gi shopping di Alamanda. Belikan baju melaju anak2 teruna barang sehelai seorang. Petangnya gi meeting dan terus ke KLIA selepas meeting. First time juga berbuka posa kat Airport...huhuhuhu. Kebetulan ada sorang kakak baru balik dari Mekah, maka dia berikan kami coklat dan kurma untuk berbuka. Kurmanya amat lembut dan manis, memang sesuwai sangat dengan tekak Azwa.

JUMAAT

Jumaat pagi, anak2 request Azwa buat kuih makmur. Hmnnn...dah bertahun2 rasanya tak buat kuih raya. Tahun nie, Azwa tak banyak pun tempah kuih raya. Ada la dua jenis ajer. Adik ipar beri dua balang kuih sarang semut dan biskut dahlia. So, Azwa dan kompeni sepanjang hari jumaat itu memulakan projek memasak kuih makmur. Untuk mempelbagaikan rasanya, Azwa try bubuh badam serbuk, instead of kacang tumbuk. Hasilnya....hmnnn...boleh tahan... Dapat la membalas kuih diberi adik ipar dan sebalang untuk mak mertua Azwa.



Malamnya, kami mencuba biskut cashew pulak. Hmnnn...tersilap canai, agak tebal, so biskut pun jadik gebu2 belaka hahaha...



Ada sorang tu gatal tangan nak membantu kononnya, tapi ini la hasil keras tangannya hahahaha...bertuah betul asben aku nie ...biskut dinosour kata dia.

Untuk semua rakan-rakan blogger yang sudi bertandang ke rumah Azwa ini, sila la jamu selera, jangan malu2, sambil bersalam2an dan bermaaf2an...dengan ucapan tulus ikhlas SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI AZWA SEKELUARGA. Semoga selamat menuju arah tujuan masing2 dan selamat kembali bertugas minggu depan. Berhati2 di jalan raya dan amalkan pemanduan berhemah.


2 comments:

  1. seronok ya jalan jalan sambil meeting hehe

    macam mana resepi kueh dinasor tu hehe..

    ReplyDelete
  2. Sambil menyelam minum air hahaha...sempat lagik minta di kirim kekacang dari perak tu..bagus gak buat meeting dekat2 nak raya nie muahahaha

    kuih dinasour tu kata asben, resepi dia hantam saja laaa hehehehe

    ReplyDelete