Assalamualaikum, ya ibu-ibu, bapak-bapak. Semoga sehat2 aje di hari baik bulan baik ini ya.
Ya, lama tidak berkesempatan menjenguk rumah sendirik. Sejak khamis lepas tiba2 roda kehidupan azwa berputar2. Benarlah bagai dikata orang, benda kalau nak jadi, dalam sekelip mata aje keadaan boleh berubah. Anyway, khamis lepas azwa memang bizi dengan kerja2 pejabat, in fact beberapa hari sebelum itu pun memang dah bizi seperti diceritakan dalam entry lepas ( apa patut saya buat). Azwa akui memang banyak bergantung pada mama untuk membantu meringankan hal-hal urusan kelancaran rumahtangga. Tiba-tiba pagi jumaat sewaktu hendak menyediakan makanan untuk bersahur, mama mengatakan dia mengalami c*r*tb*r*t (CB) sejak khamis lagi. Terkejut azwa, kerana sebelum itu azwa tengok mama ok ajer dan tak mengadu langsung dengan azwa.
Friday
Azwa katakan pada mama, biar azwa yang siapkan hidangan bersahur dan minta dia pergi berehat. Tanpa diduga, dari diserang CB, mama juga mula muntah-muntah. Azwa ajak dia ke klinik, tapi mama masih bertahan. By 12 noon, tengok dia dah melepek keletihan. Apa taknya, sekejap muntah, sekejap CB. Last2 minta asben bawa mama ke klinik. Doktor saspek kena keracunan makanan. Hmnn...baru azwa teringat mama memang suka makan left over foods. Orang tua2 baki makanan sayang hendak dibuang, membazir katanya. Kalau baki makanan semalam logik gak, tapi my mom nie kenkadang yang dah seminggu dok dlm peti pun dia sayang nak buang. Dah puas dinasihati pun dia still proceed dengan hobi dia juga. Doktor beri ubat CB dan suntik ubat tahan muntah.
Sabtu
By saturday, keadaan mama tak berubah. Masalahnya, dia nak makan, tapi semua benda yang dimakannya keluar balik termasuk ubat2an yang diberikan doktor. Masa nie mama cuma mampu berbaring di biliknya selain berulang alik ke toi*et. Azwa dan asben dah mula naik risau melihat keadaan mama. Dia still muntah2 walaupun dah disuntik ubat tahan muntah. Seolah2 takde kesan langsung ubat dari klinik I***n itu. Mama cuma mampu minum air biasa, malah air garam yang diberikan pun tak lalu ditelannya.
Ahad
Melihat keadaan mama yang masih muntah2 dan CB itu, azwa bawa dia jumpa doktor lain. Oleh kerana mama dah disuntik ubat thn muntah, doktor kali ini beri ubat tahan muntah yang dimasukkan ke tempat "sodomee". Agaknya doktor2 nie suka bergurau agaknya...dah tahu orang tu mengalami CB, kalau letak ubat kat situ...ish...Anyway, my mom did it. Luckily it works...lega sikit rasanya kerana sekurang2nya kalau muntah2 dah berhenti, boleh la makan ubat untuk Cb pulak.
However it didnt turn out that way. Mama dah tak muntah2 lagi, tapi mulutnya terasa pahit katanya. Langsung tak boleh terima makanan..air manis semua tak bleh ditelan nanti nak terkeluar semula.
melihat keadaan mama, azwa ambil cuti kecemasan. Asben pun sama. Kebetulan pula minggu ini memang banyak kes untuk dikendalikan. Syukur juga bos memahami dan dia benarkan azwa cuti.
Isnin
By monday, keadaan mama dah betul2 tak bermaya. Muka pun dah cengkung, mata terperosok ke dalam. Apa taknya by now dah nak masuk lima hari tak makan, cuma bergantung pada air. CB still berterusan walaupun dah makan ubat. Azwa dan asben ambil keputusan bawa mama ke klinik untuk masukkan air. Kami ke klinik I***n kerana disana ada kemudahan sedemikian. Masa ini memang azwa tensen sangat kerana doktor cuba memasang jarum untuk drip, tapi beberapa kali dicubanya tidak berjaya. Tekanan darah mama mendadak naik. Azwa mengurut2 kakinya dan memberi kata semangat untuk kuatkan dirinya. Akhirnya, doktor sarankan azwa bawa mama ke hospital besar sahaja.
Azwa dan asben berkejar bawa mama ke wad kecemasan hospital besar. Masa ini mama cuma mampu terbaring di tempat duduk penumpang. sesampai di hospital besar, syukur except for a few hiccup here n there, layanan yang diberikan memuaskan. Atendan yang ada segera membantu mengangkat mama duduk di kerusi roda dan terus dibawa masuk ke wad separa kritikal. Azwa pun ikut masuk sekali. Setelah ditanya sedikit sebanyak history pesakit, nurse memasang drip...alhamdulillah sekali cuba sahaja berjaya.
Asben dan azwa diminta menunggu di luar sementara menunggu keadaan lanjut mama. Lebihkurang 3 jam menunggu, azwa terkejut melihat tiba-tiba mama berjalan keluar dari wad dengan muka letih tetapi jauh lebih baik dari sebelum ini. Dua botol air yang dimasukkan nampaknya berjaya memberi tenaga kepada mama. Waktu kami berbuka, mama minta sedikit air kelapa yang dijadikan hidangan berbuka.
Selasa
Keadaan mama masih lemah, walaupun dah tak muntah2 kerana still CB. Malam itu mama demam pula. Mama minta azwa kerat dua panadol untuk membolehkan dia menelannya. Azwa sendiri tak dapat tidur lena kerana risau memikirkan keadaan mama. Paginya, azwa buatkan bubur untuk mama. mama minta air kelapa. katanya air kelapa rasa nyaman di tekaknya. Asben berjaya dapatkan kelapa mayang dari jiran sebelah rumah. Rasa gembira melihat mama makan bubur berulamkan air kelapa. Dah tak muntah2 tapi CB still ada namun kekerapannya berkurangan.
By maghrib, mama dah semakin kuat. Cuma dia mengadu pening kepala. Dalam pening2 pun, walau dilarang, mama sempat melipat kain lagi. Hmnn...masih tak makan saman juga la tu. Almaklum dia dah biasa buat kerja itu ini, bila duk diam dia tak betah. Masa ini memang azwa tak bagi lagi dia makan nasi, cuma bagi bubur dulu. Mama sendiri mengadu tekak tersa pahit dan sukar menelan.
Rabu
Pagi rabu mama dah mula berjalan2 sekeliling rumah dan mengemas2 rumah. Dilarang pun dia still nak buat juga. Azwa risaukan keadaannya yang still lemah itu. Yang lucunya, masa ini keadaan mama mengalahkan orang tengah mengidam pulak. Mama sendiri mengatakan demikian. Semua benda dia teringin nak makan. Mula2 dia nak makan limau manis, pehtu jambu batu la, coklat la, pisang k*l*ng la...hmnn...semua asben gi belikan. Tapi makan sikit pehtu tak lalu dah. Makanan yang paling serasi dengan tekaknya...air kelapa!
Khamis
Mama dah makin sembuh. hadi bagaimanapun kami hantar ke rumah adik ipar untuk dijaga sementara keadaan mama bertambah kuat. Dah kena CB dan muntah2 dekat seminggu, rasanya biarlah mama berehat panjang. Usop ditugaskan untuk menemani mama di rumah. Pagi ini dalam perjalanan ke tempat kerja, mama pesan dia teringin nak makan mangga manis pulak hehehehe...
So, dekat seminggu jugalah Azwa mengambil alih semua tugas2 yang selama ini mama bantu azwa buat. Jaga hadi, kemas rumah, masak hmnnn kesian mama...kang orang kata azwa dera mak sendiri pulak. Sedangkan sebenarnya nak suruh mama berehat dok umah sambil belajar agama. Kebetulan ada yang sudi datang rumah mengajar mama setiap petang. hadi asalnya memang dihantar ke rumah cousin asben untuk dijaga, tapi mama sendiri mahu menjaganya. alasannya, nanti dia rasa sunyi dok sorang2 kat rumah. Selepas ini kena consider la hantar hadi ke rumah baby sitter kut. La ni, Hadi dah semakin lasak. Maklum dah pandai memanjat sana sini dan dah start melangkah dua tiga langkah. Memang letih juga menjaganya.
Apa pun azwa bersyukur kerana kini kesihatan mama kian pulih. Pagi ini azwa ke tempat kerja dengan rasa seribu kesyukuran. Rasa lebih menghargai kesihatan yang Allah SWT beri kepada kita. Bila2 pun Allah SWT boleh tarik kurniaannya...oleh itu sama-sama la kita menggunakan kesempatan yang diberikan dengan sebaik2nya.
Panjang pulak posting nie. Gambar2 yang dijanjikan di posting terdahulu, insyaAllah azwa akan uploadkan bila mak bawang merah kembalikan negatif filem gambar karang okey ....
Masya Allah Azwa
ReplyDeletepayah kalau orang tua sakit. Even tho CB jer , tapi merbahaya. Sebab kurang air ....
Alhamdulillah , dah sihat dah mama .
Tok Ma kat umah tu pun , dok mengadu sakit bahu. pB pun dah tak tau nak buat macam mana lagi ...
Doakan agar Tok Ma sembuh nyer...
Azwa
ReplyDeleteorang tua memang macam tu, tak larat pun dia nak buat jugak. Bila kita tetringgi suara sikit, dha merajuk. Memang kena sabar berbanyak jaga orang tua ni.
Aniway, Alhamdullillah, mama azwa dah sihats emula. Mungkin dia lemah sebab dah hydrated tu
PB,
ReplyDeleteMemang kurang air la punca dia lemah tu..kesian sungguh. Alhamdulillah dah beransur sembuh.
semoga tok ma cepat sembuh ya.
Zar,
ReplyDeleteTu la pasal...mana taknya, setiap hari CB n muntah2, memang kurus kering jadiknya mama. Syukur la kini dah kian sembuh.
hopefully pasni dia serik la nak makan left over yang dia dok sayang sangat tu.
syukur alhamdullilah mama dah ok..memang risau di buat nya bila dia sakit..
ReplyDeletezino pun baru baru ni bawa mak duduk KL dan mendapatkan rawatan Dr pakar bila mak sakit dan tak larat nak bergerak kesana sini..
sekarang alhamdullilah dia dah kembali sihat dan dah boleh ke jemputan kenduri dan sebagainya.. kalau tak duduk rumah je..
kena cb memang seksa... dengan dehidrasi sekali... alhamdulillah dah sihat pun dia...
ReplyDeletesas pun tak berapa sihat... bulan posa ni boleh kira berapa hari je masuk ofis, selebihnya mc...
Zino,
ReplyDeleteAlhamdulillah mama dah sihat dah. Selera makan pun dah bertambah. Tapi hobi suka makan left over foods tu memang payah nak overturn..hehehe
Syukur la mak Zino dah sehat..bertuah la dapat anak2 prihatin kan. Semoga anak2 kita esok2 pun begitu hendaknya melayan kita bila dah tua sok.. insyaAllah
Sas,
ReplyDeletethanks. ALahai time posa nie mudah benar kena penyakit pulak..maklum la cuaca sekarang tak menentu...sekejap panas terik ya amat..sekejap hujan..harap2 masa raya nanti dah sembuh la ya.