Wednesday, December 29, 2010

PUTERA KATAK, HE IS BEAUTIFUL DAN CHAK DE INDIA!

Salam kenkawan.


Kali ini entry lite lite sahaja.


Semenjak ada tv kat rumah ni, sebelum tidur sempat la menonton rancangan2 tv. Kebetulan masa bercuti panjang tempohari, banyak masa terluang, maka sempatlah melayan cerita2 kat tv terutamanya cerita Putera Katak dan baru-baru ini diperkenalkan kepada He is Beautiful oleh anak teruna no. 2 mokcik hahaha. 


Inikah si Putera Ammar yang disihir menjadi katak? Gambar Ihsan dari web yg digoogle..
Bilalah si Tina ni akan mencium putera katak supaya bertukar menjadi Putera Ammar....hahahha [foto kredit kepada yanmiconline.com]










Episod terakhir hari ini atau esok ya...so, kepada yang nak release tension petang2 tu bolehlah menonton drama ini di tv3 jam 4.30 atau siaran ulangan di tv9 jam 8.30 malam yachh...

Seterusnya drama Korea yang agak menarik juga di tv8, He is beautiful. Mokcik dengan Aman berebut channel...mokcik nak tengok Putera katak, Aman nak tengok He is Beautiful hahaha...kesudahannya, bila iklan, switch channel hahaha...



Menarik juga cerita ni, sungguhpun macam tak logik jer tak perasankan Mi Nam tu perempuan sebab nampak sangat keayuannya walaupun memakai baju lelaki. Tapi bila melihat heronya pakai celak..alahaiii...pelakon Korea ni sangat metroseksual... Setakat ini ada sorang pegawai kat pejabat mokcik yang fesyen rambutnya ala-ala pelakon Korea hahahaha...

Layan jer la kalau korang peminat tegar drama Korea mesti tertarik menonton drama He is beautiful ni...

Semalam pulak, dah nak tertidur dah. Pastu tangan gatal pulak tekan remote tukar ke channel tv2...tiba2 ku terlihat wajah pelakon yang nampak familiar...tapi agak lain sikit dari watak dia biasa berlakon. Lepas tu pelakon2 dalam filem tu takde yang pakai baju bertukar2 mcm citer Hindi. Sapa lagi kalau bukan Shah Rukh Khan...alahaiii...nampak sangat macho dalam filem ini...



Filem Chak De! India...

Something different...tiada adegan menyanyi2 yang meleret2, bertukar2 baju, atau bercintan cintun yang terover2. Sometimes winning is everything! itu la motto filem ini...filem yang cuba mengangkat martabat kaum wanita di India. Selain SRK dengan kemachoannya...hahaha...jalan cerita filem ini memang menambat kita untuk terus menonton hingga tamat cerita ini..


Nantikan Chak De! India part 2...hehehe

Wokay...mokcik dah lapar ni...nak makan apa lunch hour ni ek... tersangat malas nak keluar lunch..petang nanti ada acara makan-makan untuk meraikan pegawai2 yang akan bertukar dari Unit mokcik..maybe i shuld just eat my vanilla flavoured bread untuk alas perut hingga petang nanti hehehe...

Monday, December 27, 2010

ALHAMDULILLAH, THANK YOU ALLAH

Salam kenkawan


Semalam, sewaktu cik abe menghantar mokcik ke lapangan terbang, terasa sangat letih sekali. Letih menghadapi rutin kehidupan sejak dua tahun lepas. Setiap petang hari jumaat, berkejar ke KLIA atau LCCT dan pada malam isnin pula bersiap2 ke lapangan terbang Sultan Mahmud untuk balik ke Putrajaya. Kalau dikumpulkan perbelanjaan yang digunakan selama tempoh tersebut, barangkali sudah mencukupi untuk melunaskan hutang kereta mokcik.

Anyway, pagi tadi terlintas untuk cuba menghubungi rakan di Kementerian berkenaan namun beliau gagal dihubungi. Sebenarnya ingin bertanyakan unit mana yang perlu dihubungi untuk bertanyakan status permohonan cik abe. Cik abe kata, semasa rayuan tempohari, pihak berkenaan ada maklumkan akan memaklumkan keputusan rayuan melalui surat. Ini dah minggu terakhir tiada apa-apa maklumbalas diperolehi.  Mokcik pun sudah menyuarakan hasrat mokcik agar cik abe benarkan dua orang anak  berpindah bersekolah di Putrajaya untuk menemankan mokcik. Cik abe masih keberatan kerana isunya perbelanjaan untuk balik ke KT akan bertambah. Mokcik cadangkan mereka balik sebulan sekali sahaja sebab ada anak saudara cik abe di rumah yang boleh menjaga mereka. Jawapan cika abe, "Nantilah saya buat ishtikarah dahulu."

Pagi tadi cik abe kata nak turun ke Putrajaya untuk datang menyemak keputusan rayuan pertukarannya. Dia dah ke stesen bas untuk membeli tiket bas. Mokcik tiba-tiba tergerak hati menyemak status permohonan   cik abe yang dibuat secara online tempohari. Padahalnya, tempohari memang jelas ternyata, permohonan cik abe gagal dan tidak diluluskan. Dan pihak berkenaan sudah maklumkan akan memaklumkan keputusan rayuan secara surat ke sekolah asal cik abe.

Agak terkejut dan tidak percaya bila melihat status permohonan cik abe! Dua tiga kali mokcik log out dan log in kembali. Keputusan tetap sama. "TAHNIAH. Permohonan anda diluluskan untuk bertukar ke W. Persekutuan Putrajaya. "  Alhamdulillah! Cepat2 mokcik menelefon cik abe yang sudah berada di stesen bas untuk membeli tiket. Kini perancangan sudah berubah dan semuanya kena dibuat secara pantas kerana masa sudah suntuk! Mokcik pulak tidak dapat bercuti kerana cuti tahunan untuk tahun ini telah habis. Terletak beban pada cik abe untuk menguruskan proses pertukaran dan perpindahan sekolah anak2 dari KT ke Putrajaya. 

Kini mokcik sedang mengintai-intai, mana pulak hendak dihantar Hadi...sedang merisik-risik taska di sekitar Putrajaya. 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Tahun 2011 bermula fasa baru untuk kami sekeluarga. Rumah yang baru  setahun diduduki kini akan ditinggalkan sementara. Cik abe kata, jadikan homestay. Sayang sungguh, tapi takkan dibiarkan kosong pulak. Nanti la selepas masalah perpindahan diselesaikan, baru difikirkan tentang rumah di KT kelak.

Thursday, December 23, 2010

TOLONGGG.... I LEMAS...

Salam kenkawan...


Mokcik nak berjeda sokojap. Lemas...oksigen please!


Jabatan mokcik baru sahaja melancarkan sistem baru.. dipanggil Integrated legal Management System atau singkatannya ILMS atau lebih dikenali sebagai I LeMaS! Sistem baru...manyak karaja kena buat lorr...klik sana klik sini...sebab dia masih baru, dok asyik hanggggggggggggggggggggggggggggggggggggg jer...alahaiii....


Oklah mokcik nak pi berguru dulu pasal ILeMaS nie....have a nice day all...

Monday, December 20, 2010

MAHA 2010 DAN PENGALAMAN MOKCIK DIMASUKKAN KE WAD HOSPITAL PUTRAJAYA


 Salam kenkawan.

Lama mokcik tak dapat mengakses ke dunia blog. Hanya dapat berfacebook melalui henpon. Benar bagai dikata, manusia hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Walaupun menggunakan perancang keluarga, belum tentu dijamin tidak akan menambah bilangan keluarga! ihiks..

Hari kedua terakhir pameran MAHA 2010, hari sabtu dua minggu lepas, kami sekeluarga merancang untuk ke MAHA 2010. anak-anak sangat teruja untuk melihat binatang2 yang dipamerkan terutama Hadi. Seawal jam 9.30 pagi kami bertolak dan dapatlah parking yang agak dekat dengan tram ke tapak pameran. Puas melihat bunga orkid dan pokok2, kami tercari2 tempat pameran haiwan. Cik abe kata kat atas nun...maka kami menapak memanjat bukit...Hadi merengek minta didukung. Mokcik pass kat abahnya, tapi hadi berkeras tak mahu dengan abah dia. So, terpaksalah mokcik mengagahkan diri mendukung budak kecik tu, panjat bukit dan turun bukit. Kami seterusnya naik bas untuk ke tapak pameran haiwan ternakan. Sekali lagi, Hadi minta digendong...dan pastinya jadi tugasan mokcik sebab dia enggan digendong oleh abahnya.


Jam 12 tengahari, Cik abe ajak balik. Ya Allah...barisan untuk giliran menaiki bas sejauh dua kilometer panjangnya. Cik abe dan dua orang hero pi berbaris, kami menunggu di tengah barisan. Sekali lagi, budak comel tu minta didukung, sambil menghisap susu pulak! kesian kat dia, mengantuk sebab penat tengok haiwan2 kat pameran tu sampai terlelap. Selepas menaiki bas, turun bas kena beratur untuk menaiki tram ke tempat letak kereta pulaks! Adoiii...serik mokcik nak ke MAHA lagi lain kali. 



Balik dari MAHA 2010...badan terasa amat letih sekali,   terus terlelap. Lepas asar baru terjaga.. Kemudian bersiap2 masak untuk hidangan makan malam...tengah goreng ikan, tiba2 terasa lain macam sahaja...bila diperiksa, habis basah lencun kain dengan darah!  Aduhai...cepat2  membersihkan diri...tapi darah semakin banyak keluar dengan ketulan2 darah berwarna merah pekat! Menjelang maghrib, mulai terasa sakit seluruh bahagian abdomen hingga ke kaki. Sakitnya seolah2 hendak bersalin! Berguling2 mokcik menahan sakit... kemudian sakit reda walaupun darah masih banyak keluar. Sangkaan mokcik, sengugut sahaja, yang mana sudah lama tak mengalaminya semenjak melahirkan anak sulung. Sempat melelapkan mata hingga jam 4 pagi, sakit mula terasa kembali. Kali ini mokcik dah lembek...tak bermaya. Mokcik bangun mengagahkan diri panaskan air dan minum air dengan gula. Baru badan terasa panas. 

Last2 bangunkan cik abe. Cik abe kata, "kita ke hospital, ni lain macam saja saya tengok ni.'

Pi hospital, doktor tanya itu ini, check urine, "positif" katanya. Masuk wad O & G, Doktor sahkan mokcik keguguran!  Set untuk ERPOC jam 8.30 pagi.  Berbeza pengalaman melahirkan Jaja secara c-section 8 tahun yang lalu, kali ini mokcik dapati doktor2 memang akan menerangkan dengan jelas segala risiko dan prosedur yang akan ditempuhi semasa pembedahan kelak.  Agaknya dengan bertambah saman terhadap doktor2, maka pihak Kementerian Kesihatan mengambil pendekatan sedemikian.  Bius separuh badan, alhamdulillah berjaya, maka mokcik boleh mendengar alunan nyanyian Maher Zain, sementara para doktor menjalankan tugasnya. Mujur juga mokcik rabun, tapi mokcik masih dapat melihat refleksi apa yang doktor lakukan melalui pantulan dari lampu spotlight di atas...huhuhu...not a very nice sight huhuhu..


Alhamdulillah, syukur  kepada Allah SWT, pembedahan berjalan lancar, sekejap sahaja lebihkurang dalam setengah jam. Mokcik dimasukkan ke wad untuk recovery. Salah seorang lagi patient dalam wad sama juga baru menjalani prosedur macam mokcik, cuma dia lagi kena operate sebab hamil luar rahim.  Doktor beri mc seminggu. memang kelam kabut juga kat opis, sebab tak sangka akan berlaku kejadian itu.  Mokcik bercadang untuk bercuti rehat minggu lepas...perancangan Allah, mokcik dapat extra cuti 7 hari. 

Cik abe cadangkan kami balik ke KT. Kat sana sekurang2nya dia boleh sambung kerja-kerja memasang tiles kat beranda rumah. Tambahan pula, dah rindu kat kucing2 dan ayam-ayam peliharaan dia lah tu agaknya. Kat Putrajaya, dia kebosanan kerana selain daripada kena menjaga mokcik dan anak2, dia cuma duduk sesaja.

Selepas dua minggu, keadaan kesihatan mokcik bertambah baik. Masih berpantang, Tapi kerana cuti sudah habis, mokcik kena masuk kerja semula mulai hari ini. Tapi mokcik masih 'slow and steady',  tak nak bergerak rancak2 sangat lagi kang lain pulak jadinya.  Aman menemankan mokcik kembali ke Putrajaya, sementara Cik abe dan anak2 yang lain masih di KT. Cik abe masih menunggu keputusan rayuan pertukaran tempohari yang dijadualkan keluar minggu ni. Harap2 ada berita yang menggembirakan kelak.

Untuk pengetahuan am bersama...hehehe

Symptoms of a miscarriage include:
It is not always easy to tell whether a miscarriage is taking place. A miscarriage often does not occur as a single event but as a chain of events over several days. One woman's physical experience of a miscarriage can be very different from another woman's experience.

Risk factors for miscarriage

Factors that may increase your risk of miscarriage include:
Other factors that may slightly raise miscarriage risk include:
It is normal to wonder whether you did something to cause your miscarriage. It may help to know that most miscarriages happen because the fertilized egg in the uterus does not develop normally, not because of something you did. A miscarriage is not caused by stress, exercise, or sex.

Pembacaan lanjut di sini

Have a nice day all...kalau mokcik larat, mokcik akan meronda2 lah ke blog kenkawan nanti... 

Tuesday, November 30, 2010

SUP AYAM UNTUK ROH..

Salam kenkawan.

Pagi sabtu 27 November lepas, seawal jam 6.30 pagi mokcik bertolak ke KLIA. Flight ke KT jam 8.40 pagi. Sudah checked in, jadi tidak perlu tergocoh-gocoh. Flight pagi, nampaknya banyak tempat duduk kosong. Ada tiga orang anak beranak sudah mengambil seat mokcik. Tak apalah mokcik beralih ke seat sebelah...as long as mokcik masih boleh dapat seat di baris 5 yerr...mokcik mengisi masa lapang dengan membaca surat khabar 'The Star".

Terdapat satu artikel yang mokcik rasa amat bagus sekali untuk meningkatkan motivasi mereka-mereka yang sedang down.Pendek kata ianya makanan yang sesuai untuk roh kita...orang putih kata 'Chicken soup for the Soul".   Ianya berkenaan artikel seorang pendaki gunung...nama penuh mokcik tak ingat...yg mokcik ingat nama pendaki itu Jamie. Jamie seorang pendaki gunung yang mana semangatnya tidak pernah luntur dan beliau akan berusaha untuk merealisasikan hasrat dan cita-citanya. Ketabahan Jamie sangat mengagumkan kerana tidak seperti anda dan saya, Jamie tiada kedua2 belah kaki dan tangan! Jamie kehilangan kedua-dua belah kaki dan tangan dalam satu ekspedisi pendakian gunung yang mana mereka telah terperangkap dalam salji. Rakan karibnya meninggal dunia dalam kejadian itu, sementara kedua-dua belah kaki dan tangan Jamie terpaksa dipotong.

Jamie tidak menjadikan kecacatan ini sebagai penghalang sungguhpun pada awalnya dia memang down giler. 
Sebaliknya Jamie melawan dan menakluki halangan dihadapannya dengan membahagi2kan masalah itu kepada beberapa bahagian, dan beliau akan cuba mengatasi masalah itu bahagian demi bahagian.

Ini mengingatkan mokcik kepada kata-kata..."Anggaplah masalah besar kamu itu cuma satu masalah yang kecil sahaja. Dengan itu mudah bagi kamu untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah itu."

Yang paling menarik bagi mokcik ialah bahagian berkenaan pemerhatian tentang aliran sungai. Apabila air sungai bertemu dengan halangan dihadapan seperti batu besar, air sungai tidak berusaha menyingkirkan batu itu, tetapi sebaliknya mengalir melalui tepi batu tersebut. Begitu juga dalam hidup kita, sekiranya kita berasa kita berhadapan dengan dinding di hadapan kita...tidak perlu kita pecahkan dinding, sebaliknya berusaha melepasi dinding dengan melalui di kiri atau kanan atau memanjat dinding tersebut.

Ada banyak contoh2 yang menarik yang boleh membuat motivasi kita akan bertambah baik dalam artikel tersebut..Mokcik cadangkan untuk kawan2 membacanya dan semoga ia akan mengubah pandangan anda tentang apa-apa masalah dihadapan anda dan mungkin anda boleh beroleh jawapan keluar kepada masalah itu.




                            ********

Pada masa mula-mula mokcik berpindah ke Unit baru ini, anak2 buah pun masih tidak pasti bagaimana cara mokcik berkerja.  Malah ada seorang anak buah itu telah mengadu kepada bekas ketua unit terdahulu semata-mata kerana apabila dia datang untuk mencadangkan agar kes yang dia kendalikan diselesaikan di luar mahkamah, mokcik tidak bersetuju. Sebaliknya mokcik memanggil salah seorang anak buah yang lebih senior dari anak buah itu untuk berbincang bersama-sama berkenaan kes tersebut kot-kot ada jalan atau harapan untuk menang sekiranya kes diteruskan. Bagi mokcik, mokcik tak segan memanggil junior officer asalkan dia memang berpengalaman berkenaan sesuatu isu untuk berbincang bersama dan meminta pendapat dia. In the end, the decision is my discretion. 

Mokcik juga suka melibatkan junior officer, terutama yang 'bukan dalam buku' ketua terdahulu dalam persediaan kes mokcik. Mokcik ingin memberi mereka peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka. Ternyata percaturan mokcik berhasil kerana dengan penyelidikan yang dibuat oleh pegawai ini, mokcik berjaya dalam kes di Mahkamah Rayuan tempohari. Kes itu sepatutnya dikendalikan oleh pegawai lain. Dia terikat dengan kes bicara yang lain di Mahkamah Tinggi pada hari tersebut. Jadi bila boss bertanya siapa akan kendalikan kes di   Mahkamah Rayuan, mokcik jawab, "I'll do this case tuan." Masa tu tak tahu head and tail. Tapi mokcik tak nak dilihat sebagai ketua unit yang suka tolak2 kes pada orang lain. Boss kata, "One issue only right. Before you go, discuss with me first."  Well, that's exactly what i did and the well done research done by my junior officer help a lot too.

Mokcik juga perasan, sikap boss terhadap mokcik berbeza sedikit selepas kes tersebut. Lebih terbuka dan mesra alam berbanding sebelum ini hehehehe...Pandangan anak2 buah juga tidak dinafikan ada UP la sikit...hahaha.. Bagi mokcik, mokcik bersedia berbincang strategi untuk tackle satu-satu kes walaupun sampai larut malam..dengan syarat mereka pun harus bersedia untuk berbincang. Maksudnya, janganlah datang dengan tangan kosong. Mereka kena buat research juga dan beri input. No matter how stupid the idea seems to be...sometimes, bila kita boleh justify dan sokong dengan nas, hujahan itu boleh diketengahkan hahaha..

As for that junior officer who helped me, i can see she also changed, in a better way. I guess seeing and experiencing what transpired in the Court of Appeal boost her confidence. I believe in giving people a chance and given the right guidance and training they will bloom. Of course, they must have the right attitude too and willingness to learn, not to mention, stay back late sometimes hehehe.   








*******

Aiyooh...sound so serious lah this posting. Sebolehnya mokcik mengelak bercakap isu berat2...kalau nak baca isu berat2 silakan ke blog2 berkenaan huhuhu...bagi mokcik kerja kat opis pun dah cukup berat, bila di blog nak bersantai2 lah sikit...lalalalala




Friday, November 26, 2010

MAAF MOKCIK TAK SANGGUP JADI TUKANG MASAK ATAU MENTERI PENGANGKUTAN

Salam kenkawan.


Hari ini hari jumaat terakhir untuk bulan november 2010. Setiap hari jumaat terakhir setiap bulan akan ada gerai jualan kat anjung C6. Bukannya murah pun jualan dia. Tapi sekurang2nya ada kelainan sedikitlah pada hari jumaat ini. Bolehlah pi cuci2 mata, jalan2 melihat2, membelek2 dan kalau2 terberkenan, bolehlah membeli apa-apa yang diberkenankan itu. Macam2 ada kat anjung ini. Hanya pada hari jumaat terakhir setiap bulan ya.

Yang bestnya, bukan jauh sangat dari pejabat mokcik. Dekat sangat. Jalan kaki pun tak penat. Boleh juga dianggap senaman yang tak sampai pun berpeluh dibuatnya hehehe. Memang meriah jugaklah kakak2, adik2, mokcik2 membeli belah kat anjung setiap hari jumaat terakhir setiap bulan ini hahaha. Tapi yang agak sakit mata memandangnya, ada jugak kaum lelaki...yang menjual dan yang membeli yang turut sama menyibukkan diri pada jam yang sepatutnya waktu untuk menunaikan solat jumaat. Mokcik bersangka baik, agaknya hari itu mereka datang bulan agaknya. Barangkali. Kalau tak, apa pulak alasan mereka berada di anjung pada masa material itu kan...Tak apalah...kalau kita tegur karang, dia jawab, "kubur masing-masing."  Memanglah kubur masing-masing, kecuali kalau ada kes tertentu, dimana dikuburkan didalam satu liang lahad yang sama, betul tak.

Jam baru pukul 11.45 pagi. Ada setengah jam lagi sebelum boleh keluar. Tapi jam 12 tengahari ada pulak jamuan makan untuk meraikan kenaikan pangkat salah seorang pegawai kat pejabat mokcik ni. Beliau itu akan berpindah ke pejabat lain mulai bulan depan.  

Tak apalah. Hari ini hari jumaat. Masa lunch agak panjang sikit. Lepas makan2, bolehlah merayau ke anjung sokojap...hehehe..

Anda pula kemana arah tujuan tengahari ini?  

Updated:

Aiyakk...pada pukul 12.00 dapat panggilan telefon. Untuk menghadiri makan2 rakan kami itu. Dah abes makan, boss masuk...so, takkan nak keluar pulak, kena duduk2, berbasa-basi...cerita punya cerita sampai pukul 2 petang.. Tak ke anjunglah mokcik jawabnya. 


Tajuk takde kena mengena dengan entry...hehehe...

Thursday, November 25, 2010

KERANA CINTA ATAU NAFSU?

Salam Kenkawan.


Baru-baru ini ada disiarkan dalam akhbar berkenaan ramai wanita yang sanggup berhijrah ke luar negara dan murtad akibat tidak tahan digantung tidak bertali oleh suami yang tidak berhati perut!


Agak menyedihkan. Perkara begini sepatutnya tidak berlaku. Bila membaca berita ini, terkenang kepada salah seorang yang pernah rapat dengan mokcik dulu. 

Kesahnya, A , berkahwin di usia muda dan  mempunyai dua orang anak.  Bahagia rumahtangga sekejap cuma bila suaminya buat hal dengan perempuan lain. Sebagai seorang yang masih muda dan cantik pula, adalah lelaki yang menunjukkan minat kepada A. Malangnya, suami A, walaupun kini tidak memperdulikan A dan anak-anaknya, enggan melepaskan A secara baik.  Setiap kali bila bercerita tentang suaminya, A akan mengatakan, "Dia yang berdosa sebab enggan menceraikan saya".

Setiap kali bila mengikut mokcik ke luar daerah, mokcik perasan A akan sering kali menerima panggilan telefon dari seseorang. A akan merungut-rungut setiap kali ada 'gangguan' tersebut. Pada masa yang sama, mokcik perasan cara berpakaian A juga mula berubah...dari agak seksi kepada bertudung dan berpakaian labuh. Bersimpati kepada A, mokcik pun minta kerjasama staff di pejabat yang mana kami bertugas luar daerah agar tidak melayan panggilan daripada seseorang yang didakwa A ini mengganggu dirinya.

Beberapa bulan kemudian, kami dikejutkan dengan perkhabaran bahawa A sudah melahirkan! Tambah terkejut beruk mokcik bila diberitahu lelaki yang menemani A ke klinik dan ayah kepada anak yang dilahirkan itu ialah....seseorang yang didakwanya sering mengganggu dirinya tersebut! Memang mantopsss sungguh lakonan A. Apa yang kami kesalkan adalah lakonan A yang bertukar perwatakan bertudung, memakai pakaian labuh, sebenarnya untuk menutup perut yang semakin membesar!  Status perkahwinan A dengan suami belum diselesaikan di mahkamah Syariah, tapi A sudah tinggal serumah dengan lelaki lain.

Kini, mokcik tidak tahu apa kesudahan cerita A kerana selepas itu A telah ditukarkan tempat kerja. Mungkin A juga bersalah kerana tidak dapat mengawal diri dari terjebak dengan suami orang tersebut, tetapi sekiranya suaminya tidak mementingkan diri dan bersetuju melepaskan A, mungkin perkara ini tidak berlaku.

Peranan mahkamah Syariah pula bagaimana? Berapa kalikah waran tangkap patut dikeluarkan terhadap suami yang enggan hadir mahkamah untuk mendengar kes2 seperti ini? Takkanlah mereka diberi peluang lepas begitu sahaja. Seharusnya ada guidelines....mungkin peluang tidak lebih daripada tiga kali...jika tidak hadir juga, mahkamah boleh membuat keputusan berdasarkan fakta yang ada dihadapan mereka.

Cerita lain pula, ni kisah B. B seorang isteri yang sangat baik. Kecil molek sahaja orangnya. Tiba-tiba suaminya buat hal dengan perempuan lain. B yang berdendam dengan sikap suaminya kini bertukar sikap. Dia merasa bangga dapat tidur dengan seberapa ramai lelaki yang berlain-lainan bangsa. Katanya sudah lebih 60 orang lelaki jadi mangsanya. Kami bergurau kepadanya, kami katakan mengapa bagi secara percuma, kenapa tidak mendapatkan sesuatu daripada teman-teman lelakinya itu. B cuma tersenyum.

Beberapa tahun kemudian, kami mendapat tahu B telah 'berkahwin' dengan seseorang. Lelaki itu memang mokcik kenal benar orangnya. Setakat yang mokcik tahu, B mendapat dua orang anak dengan lelaki ini. Selain daripada itu, B juga mulai mampu memakai kereta mewah, memakai baju berjenama dan mekap berjenama. B akhirnya "bersara" daripada aktiviti lama setelah bertemu dengan suaminya itu :)


Hendak disalahkan wanita-wanita ini 100% pun tidak boleh juga kerana perkara-perkara yang mereka lakukan tidak sepatutnya berlaku sekiranya lelaki yang diharapkan dapat menjaga dan membela mereka berhati perut dan tidak mementingkan nafsu sendiri sahaja. Mahkamah Syariah juga harus melakukan sesuatu dan mempermudahkan proses sedia ada agar ketidakadilan tidak berlaku kepada wanita-wanita yang teraniaya.

What say you?

   

Wednesday, November 24, 2010

APA YANG DICARI..

Semalam lebih tiga kali membuat pusingan turun naik tempat letak kereta di alamanda.


Bukan kerana tiada tempat letak kereta. Mokcik sebenarnya mencari tempat basuh kereta! 


Seingat mokcik pernah terlihat beberapa kali tempat basuh kereta tu di alamanda, tapi di mana ya.

Dah la mokcik selalu parking di bahagian selatan...memang tak jumpa la.  Dah tak jumpa jugak, mokcik give up...terus parking  di P5 dan berjalan2 mencari makan. Semalam tiba2 teringin makan yong tau foo dan aiskrem Baskin Robbins...ngada2 sungguh selera mokcik ni kannss..


Dah beli apa dihajati, mokcik pun balik rumah la. Dalam perjalanan keluar dari alamanda, turun di P2 baru la ternamapk tempat basuh kereta. Betul2 masa tu takde orang...tukang basuh kereta tengah duduk bersantai2...tapiiii..alahaiii...dah bayar parking...nak keluar dah pownnn..


So, hari ini, dah set nak hantar kereta untuk dibasuh dan dipolish kat alamanda. Kasihan kat kereta tu yang dah berbulan2 tak dibasuh! Serius...hehehe...Agaknya sesiapa yang melihat keadaan kereta tu mesti berasa kasihan sebab dapat tuan macam mokcik ni hahaha. Mokcik pulak, ada aku kesah korang nak cakap apa pun pasal betapa kelabunya kelihatan kereta mokcik ni...hahahaha. Tak apa, lepas ni mesti berkilat2 la kereta mokcik...heheheh


wokay kena pergi ke alamanda segera...byeeeee

Tuesday, November 23, 2010

MOKCIK NAK REHAT BARANG SEKEJAP

Salam kenkawan.


Menjelang jam 3 petang tadi baru terasa teramat penat dan letih sekali.


Pagi tadi menghadap the three stooges   Judges kat Mahkamah Rayuan. Kecut perut bila pertama kali menghadap salah seorang Hakim tersebut. Nampaknya sangat agresif....matilah akuuu... Yang dua lagi pernahlah juga mokcik menghadap panel mereka. Kecut juga tapi taklah tensen sangat sebab dah tahu mereka itu baik2 belaka.

Awal2 lagi hujahan rakan lawan yang terpelajar sudah dipersoalkan....hmnnn...nampaknya macam petanda baik. Panel ini sudah tahu apa yang mereka mahukan. Mokcik cuma kena membaca arah mereka. Bila tiba giliran mokcik, mokcik manfaatkan sepenuhnya apa yang telah kami buat research sejak dua minggu lepas. Nampak gayanya berhasil. Alhamdulillah...

Gumbira kerana usaha sejak tiga minggu lepas berjaya. Balik pejabat rasa lega. Dan petang ini baru kepenatan mulai terasa. Mata mulai kuyu hehehe...mokcik rasa nak rehat la barang sekejap sebelum menyambung kerja-kerja lain pulak.
Terima kasih atas doa kawan-kawan juga.


Friday, November 19, 2010

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Salam kenkawan.


Syukur alhamdulillah! Berjaya selesaikan misi yang perlu diselesaikan. Today can concentrate on a different matters which is coming up next week.  Wish Lee could come over and we can main wayang together in court hahaha!  Appearing before a three panel men on the bench is always nerve racking no matter how prepared we are. You can only sleep and eat well after the session is over huhuhu..wish me luck everybody!
This evening am finally going back to KT as usual after giving it a miss last week. Miss my children very much and their daddy too hahahha!!

Saturday, yang telah dirancang adalah untuk menjalankan ibadah korban..alhamdulillah ada sedikit rezeki, tahun ini mokcik berniat buat korban bagi pihak arwah bapa, untuk mama dan diri sendiri. Untuk arwah bapa, cik abe cadangkan ikut program korban yang FIL selalu ikut, buat di Kemboja. Tahun ini khabarnya di Filifina. Alhamdulillah telahpun dilaksanakan. InsyaAllah rancangan hari sabtu berjalan lancar.
Ok..i better go and do some more research...have a nice weekend all...
 

Monday, November 15, 2010

NASIHAT KEPADA KAWAN DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Salam Kenkawan.

Pagi tadi dapat panggilan dari kawan setugas. Katanya pagi ini kaki kiri dia terasa kebas. Hingga terpaksa dipapah oleh anaknya ke Mahkamah.Dia minta arahan  Mokcik, sama ada nak tunggu peguam yang tak muncul2 sedangkan arahan untuk hadir jam 8.30 pagi. Katanya dia dah tak tahan sakit. Mokcik cadangkan dia berjumpa dengan pegawai berkenaan dan failkan sahaja hujahan kepada Mahkamah. Dia ada perbincangan kes pagi ini juga katanya. Mokcik kata pada dia.."Your health is more important. just go and see the doctor. Someone else will look after the case."

Kawan ini dulunya bertugas di Penang. Kerja disana memang agak banyak dan dia terpaksa menarik dan mengangkat beg-beg yang berat untuk urusan kerja. Akibatnya, beliau menghidap HERNIA! Baru sahaja beberapa minggu lepas dia menjalani pembedahan.

Mokcik katakan kepadanya, dia sepatutnya berehat sehingga betul2 sembuh. Tapi katanya, bosan duduk dirumah.  Hari sabtu lepas, dia pulak terlupa dia baru sembuh dari pembedahan. Dia pulak terover rajin ikut mengangkat kotak2 fail untuk proses pelupusan fail.  Hah..akibatnya, kaki kirinya jadi kebas dan tak boleh bangun. Terus Doktor beri MC dua hari.


Definisi Hernia dari SINI

Definition

A hernia is usually a sac formed by the lining of the abdominal cavity (peritoneum). The sac comes through a hole or weak area in the fascia, the strong layer of the abdominal wall that surrounds the muscle.
The types of hernias are based on where they occur:
  • Inguinal hernia appears as a bulge in the groin. This type is more common in men than women. The bulge may go all the way down into the scrotum.
  • Femoral hernia appears as a bulge in the upper thigh. This type is more common in women than men.
  • Incisional hernia can occur through a scar if you have had abdominal surgery in the past.
  • Umbilical hernia appears as a bulge around the belly button. It occurs when the muscle around the navel doesn't close completely.



Sama-samalah kita menjaga kesihatan kita bersama. Kita mungkin merasa sihat, tapi selepas pembedahan perlu masa untuk sembuh sepenuhnya. Mokcik pun tak mahu bebankan dia dengan kerja yang teruk2 dahulu, walaupun dia sanggup. Mokcik pernah mengalami saat pembedahan C-section anak ke lima...alahai...kerana tidak terasa sakit, selepas seminggu pembedahan...seolah2 terlupa kita ini baru bersalin. Tiba di rumah, mokcik terlihat sampah di atas lantai. Secara spontan, mokcik membongkok mengutip sampah tersebut.

Nah engkau...bila mokcik kembali bangun, tiba2 mokcik nampak bintang2! Mujur tidak pitam!

Kerja boleh didelegate kepada pegawai lain, tapi kesihatan kita...sakit pening kita, kitalah menanggung sendiri.

Semoga kawan mokcik cepat sembuh!

DAN SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA ESOK, MOKCIK INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERHARI RAYA AIDIL ADHA, SELAMAT MENJALANKAN IBADAH KORBAN PADA YANG  BERKORBAN TAHUN INI.
HATI-HATI DALAM PERJALANAN. BIAR HANYA KAMBING, UNTA ATAU LEMBU SAHAJA YANG DIKORBANKAN, BUKAN NYAWA ATAU HARGA DIRI KITA.

JUMPA HARI KHAMIS, INSYAALLAH.

Sunday, November 14, 2010

CORAT CORET HARI AHAD

Salam kenkawan.


Kembali dari KK lewat petang semalam. Mula-mula seronok gak sebab naik Airbus. Tak ada lah kecut perut sangat sebab tak terasa sangat gegaran bila ada turbulence.

Tapi bila sampai di KLIA..alahaiii..since aero train sedang diupgradekan hingga tahun depan, terpaksa menaiki shuttle bus. Maaf, tapi MAS please do something about the shuttle bus.

Kalau dpt bus berasingan lagi selesa. Dah la selagi ada ruang disuruh semua org masuk hingga macam sardin. Org lelaki yg gagah2 ok jugala kot. Tapi yg dah veteran2 camna pulak? Dah la tempat berpegang (read: bergayut) tu tinggi amat, yg rendang2 mcm mokcik memang tak tercapai tangan.

Komen ini untuk kebaikan imej MAS juga..biarla Malaysian Hospitality tu tidak tercemar dek shuttle bus.


Citer lain pulak. Mokcik tak sempat ke reunion dinner kerana by the time sampai d main terminal, usai solat segala, jam sudah dekat pukul 8 malam.

Mokcik pun terus balik rumah, lepas membersihkan diri teruss zzzzzz.

Jam 9 pagi, Cik abe sms. Katanya dia demam. Kesiannya. Mujur ada Aini dan Jaja tolong picit kepala abahnya.

Sekolah cik abe dan anak2 hari selasa ni dah mula cuti, nampaknya anak2 pun dah takda mood nak pi sekolah dah.

Bila uminya takde, bergilir2 pulalah dorang ni demam...Hadi dah sembuh, abahnya pulak demam.

Mokcik pulak..lepas usai membasuh kain ni, kena keluar isi minyak kereta. Tayar kena pam dan kena cari tempat basuh kereta.

Oklah..selamat berhari minggu semua..

Wednesday, November 10, 2010

KEJAMKAH AKU?

Salam kenkawan.

Esok, insyaAllah mokcik terbang ke KK. Balik KL hari sabtu, mokcik ambil flight petang. Petang tu ada reunion setelah 20 tahun kelas mokcik masa di kampus dulu. Nampaknya tak baliklah mokcik minggu ni ke KT. 

Semalam cik abe called. Katanya, Hadi demam panas. Aduhaiii...


Mokcik jadi serbasalah. Dah dapat balik KK, takkan terus nak balik petang jumaat tu jugak. Nak jugak manja2 dengan mama, jumpa adik beradik. Kalau bukan kerana ada reunion petang sabtu tu, nak stay sampai ahad.


Tapi Hadi pulak demam. Rasa ralat la pulak. 

Cuti Raya Haji, sebab jatuh hari rabu, mokcik memang dah bincang dengan cik abe tak balik KT. Mokcik cuma akan balik hari jumaat seperti biasa. Nak save cuti untuk Disember nanti sebab cuti mokcik pun tinggal 6 hari untuk tahun ini.  Lepas itu cadangnya nak bawa anak-anak balik KL terus. Tapi cik abe pulak  nak pergi ikut rombongan ke Tasik Kenyir. Dah hobi dia memancing.  Kalau dia tak ikut sekali ke KL, sapa pulak nak jaga Hadi... 

Mokcik can forgo la reunion tu. Walaupun sayang juga sebab bukan senang nak berkumpul after all these years. Tak apa la. Should i forgo my chances to be with mama and adik beradik for a few hours too?
Tiba-tiba mokcik rasa mokcik ni seorang ibu yang kejam....

Tuesday, November 9, 2010

TERUS MOKCIK SPEECHLESS

Salam kenkawan.


Alhamdulillah kerja berjaya disiapkan mengikut jadual. Sedikit persiapan lagi untuk kerja di KK hari jumaat ini.

Ni citer pasal kejadian yang membuat mokcik tak tahu nak cakap apa.

Dua minggu lepas, mokcik dapati sinki dapur kering di kuarters mokcik macam agak slowwww jer air mengalir.

"Aik, naper nie?" Mokcik bertanya kerana sebelum ini orait jer air mengalir keluar dari sinki.


"Air tu lambat sikit.." Jawab anak sedara cik abe.


Hmnn...tak per la...guna sinki sebelah. Mujur sinki kembar. Sejak dua minggu lepas mokcik pun jarang menjenguk dapur. Selalu balik lambat. Jadinya makan kat luar la atau kalau malas, mokcik masak megi mee cepat dimasak sedap dimakan di dalam bilik sajork.

Pagi tadi dalam pukul 6.30, mokcik terlalu la kat dapur sebab nak membasuh kain yang tertangguh sejak minggu lepas. Mokcik perasan kain alas kaki berdekatan sinki basah lenjun.  Alahaiii...bocor ker sinki? Mokcik periksa ok sahaja. 


Tak per la...mokcik pun perah la alas kaki tu, basuh2 sikit dan sidaikan. 


Lepas tu mokcik tergerak hati nak cuba try test tengok sinki tu dah ok ker tak.. air nampaknya langsung tak nak mengalir keluar, dok bertakung dalam sinki. Mokcik pun ambillah pam yang mokcik nampak ada kat luar. Pam2 tak ada respon. Air sikit tak mengalir kluar.

*toinggg*...dapat idea!  Buka pintu kabinet dan menjenguk bawah sinki. Ok...mari mokcik cuba try test buka bahagian bawah saluran sinki. Ambil besen untuk menadah air...air bertakung dalam sinki, lojiknya kalau buka bahagian bawah mesti air mengalir keluar kan..


Mokcik pun feeling ala-ala plumber berusaha memusing bahagian bawah sinki. Alhamdulillah mudah dibuka. Sebaik dibuka, bau beras basi menusuk hidung. Tapi sedikit air tiada mengalir turun. Hanya dalam segenggam beras berjatuhan ke dalam besen. Mokcik bawa ke tandas penutup bahagian bawah sinki dan dapati didalamnya di penuhi beras...adalah dalam setengah genggam. 

Lepas tu mokcik kembali membelek bahagian bawah sinki. Pelik...kenapa air tak mengalir juga? mokcik pun memandai2 lagi feeling ala2 plumber meraba2 bahagian dalam saluran paip sinki tersebut. Agak terkejut bila mendapati keseluruhan bahagian saluran paip keluar itu dipenuhi dengan beras basi!  Mokcik terpaksa mengorek2 dengan agak bergaya jugak sebelum tiba2...zasss....air mengalir turun.

Pada pengamatan mokcik, beras yang dikeluarkan daripada bahagian bawah saluran sinki itu mencukupi untuk seorang makan.


Tapi persoalannya, kenapa buang beras dalam kuantiti begitu banyak?


Keduanya, kenapa pulak dibuang di sinki? Tidakkah kamu terfikir akibatnya apabila kamu membuang beras atau nasi yang begitu banyak ke dalam sinki akan menyebabkan sinki tersumbat?


Soalan macam ini, budak darjah enam yang dah pandai masak nasi pun boleh jawab. 


Lepas itu bila ditanya, jawaban pula ala-ala innocent.


Mokcik tak tahu nak kata apa dah.  Mokcik speechless!

Monday, November 8, 2010

BERJEDA 2

Salam kenkawan.


Mokcik berjeda dari membuat entry barang sokojap.



Ada kerja yang perlu diberi tumpuan, walaupun konsentrasi seratus persen terganggu oleh nyanyian dari luar. Ada rehearsal kat ruang legar di luar bangunan. Aduss...masa inilah dia nak beraerobik...aduhaiii.





Hari khamis, perlu terbang ke Kota Kinabalu.

Have a nice day all. 

Thursday, November 4, 2010

"AWAK KAT MANA? BETUL KE TENGAH MESYUARAT?"

Salam kenkawan.


Semalam, seperti biasa mokcik balik selepas maghrib. Dalam pukul 6.45 macam tu, dua orang pegawai, A dan B di bawah unit mokcik datang berbincang dengan mokcik. Sambil  kami berbincang tentang strategi pengendalian kes, tiba-tiba telefon A berbunyi. 

"Ye, ye..kejap lagi abang balik. Abang kat bilik puan ni bincang pasal kes."

Mokcik tak salahkan A. Memang sudah habis waktu pejabat pun. Cuma yang mokcik perasan, beberapa kali kami tengah dalam perbincangan, semasa waktu pejabat, selalu benar isterinya menelefon. Dulu, masa dia pregnant dan ada masalah kesihatan, kami taklah kesah sangat. Mungkin ada benda urgent ke nak cakap kan. Tapi la ni dah bersalin pun, kerap sangat dia menelefon A. Mokcik pun tak kesah pegawai2 ni  balik awal [read : balik ikut masa pejabat dorang!], tapi kadang-kadang bila dah berbincang tu lagi banyak idea dapat disumbangkan. Tu yang kadang-kadang ada yang terlajak balik tu. Beban kerja A pun mokcik dah cadangkan padanya untuk dilepaskan kepada orang lain, tapi sebagai seorang yang memang rajin dan berdedikasi kepada tugasnya, A agak sayang melepaskan fail-failnya.

Mokcik memang bersyukur tiada masalah seperti ini. Cuma kadang-kadang jikalau cik abe called dan mendapati mokcik masih kat pejabat, dia akan kata..."Baliklah, dah malam ni." Dia risau kita balik malam2. Tapi mokcik terangkan kat dia, mokcik stay back sebab mokcik rasa balik rumah pun tak ada benda yang penting untuk dikejar juga. Lainlah kalau suami dan anak-anak ada kat rumah...hehehe.  Lagipun, mokcik akan stay back kalau ada officer lain yang stay back...sebabnya ada juga cerita2 seram berlaku kat pejabat ni huhuhu

Tadi berbual dengan seorang staf mokcik yang baru berkahwin lepas raya tempohari. Katanya, ada  kawan dia  yang juga baru berkahwin lepas raya baru-baru ni. Suaminya dapat kerja lecturer, sementara isteri belum ada rezeki, tak dapat kerja lagi. Yang pening tu, siisteri tak berkerja, tapi tak nak duduk dengan suami di KL ni. Dia dok kat kampung. So suami la kena berulang setiap minggu. Isterinya pulak, setiap jam akan menelefon bertanyakan gerak geri suaminya sampai suami naik rimas. Bila suami kata ada kelas, siisteri tak percaya. Kalau suami tengah mesyuarat, kerjanya asyik membalas mesej isteri yang dok curiga kat lakinya.
Nak jadi cerita, as a lecturer, beberapa minggu lalu adalah kerja, maka suami tak dapat balik. Minggu lepas tu tak balik juga, sebab konvokesyen. Minggu lepas tak balik sebab kena kerja luar. Yang harunya, jadi isu la pulak. Isteri mengadu kat ibubapanya...yang ibubapa boleh pulak pi sound kat besannya, bertanya kenapa menantunya tak balik!  Sampai keluarlah kata-kata, tempat isteri ialah disisi suami....alahaiii....tu yg kami pelik...heloooo...yang isteri tu tak kerja, apa alasannya tak mahu ikut suami di KL? Dan kalau suami tak dapat balik, apa salahnya engkau pulak turun ke mari kan? Yang makbapa pula nak babitkan besan apa hal? Sepatutnya nasihatkanlah anak tu...memang tak faham...




Yang ini pulak cerita suami yang terlampau sayang atau terlampau over mengongkong isteri. Ada kawan mokcik ni yang kebetulan suaminya berkerja di pejabat yang bersebelahan bangunan dengan pejabat kami ni. Yang kami pelik, si suami tu takde kerja ker? Setiap jam kami akan nampak suami itu datang ke pejabat kami, membawa makanan lah, minuman lah untuk isterinya. Kalau dia nampak isterinya tengah berbincang dan dalam perbincangan itu ada pegawai lelaki, walaupun yang jauh lebihhh mudaaaa dari isterinya, dia akan terus datang dan MEMELUK ISTERINYA DIKHALAYAK RAMAI DAN MENARIK ISTERINYA KE BILIKNYA!  Semua orang pun terpinga2...maklumlah tengah berbincang, bukannya tengah menggatal. Dah tu isterinya itu ketua unit, maka memang patutlah semua orang nak berjumpa dan berbincang untuk mendapat keputusan dari isterinya kan...

akhirnya siisteri jadi kera sumbang...bukan apa, tak ada siapa larat nak berkawan dengannya kerana, diajak keluar makan, suaminya akan bawa makanan atau diapun nak ikut sama. Kemana-mana isteri nak pergi dia tak beri isteri driving sendiri, dia akan hantar dan mencari alasan [misalannya: buat2 membasuh kereta dari pagi hingga ke petang] supaya isteri terlambat atau tak jadi pergi. Mokcik memang simpati dengan kawan mokcik tu, dan kagum kerana dia masih boleh menghasilkan kerja yang bagus, sungguhpun dikongkong suami sedemikian rupa. Kalau mokcik ditempatnya, dah lama agaknya mokcik memberontak!  Isteri nak ke tandas wanita ambil air wuduk pun dia akan ikut sambil memegang selipar isterinya...alahaiii...

Pada mokcik, sebagai suami isteri perlu ada sikap saling percaya mempercayai. Takkanlah beri ruang langsung pada pasangan untuk menjalankan tugasnya...selepas waktu pejabat lainlah citernya. Selagi pasangan balik pada masa yang munasabah, dan memang kita ketahui dia berada di pejabat, jangan pula kita ini menambah lagi kepenatan pasangan dengan mempamerkan muka masam kelat pulak. 

Sesekali menelefon pasangan di pejabat tak salah, tapi jangan melenting kalau panggilan tak berbalas. Mungkin dia tengah bermesyuarat, mungkin tengah menghadap bos, mungkin juga berada di tandas! Kecuali kalau perkara penting sangat yang perlu mendapat keputusan segera, barulah menelefon pasangan.  Sesekali  menelefon dibolehkan tapi bukanlah macam pegawai penyiasat yang bertanyakan segala pergerakan kita.  
Kan seronok kalau pasangan tiba-tiba menelefon,  "Heloo"

"Hellooo...assalamualaikum. Ada kes ker?"
"Takde. Kat opis. Naper?"
"Tak de ape. Saja. Rindu."




Owchhh...mesti tak sabar nak tunggu jam menunjukkan pukul 5.30 petang sebab nak balik cepat...hehehehe

Have a nice weekend semua.

Wednesday, November 3, 2010

MOKCIK BENGANG!

Inilah manusia ni. Baru jadi boss dah berlagak! Lagak melayan kita seolah-olah tak pernah kenal. Mokcik tahulah engkau tu dah confirm JUSA C! Tapi, perlu ker berlagak kekwat? Helloooo...kami ni menjalankan tugas kami. Yang nak kena bagi keputusan pihak engkau sama ada ya atau tidak. Kalau dari awal lagi pihak korang tu boleh membuat keputusan, tak perlu lah pihak ketiga sampai kena memfailkan permohonan ke Mahkamah. Bila ada permohonan ke mahkamah, bukan korang yang kena handle, tapi kami. Kami kena kejar deadline untuk failkan afidavit balasan...untuk membela korang jugak! Yang nak kena fikir alasan nak membela korang, kami! 

Ya Allah sakit hati betul dengan lagak sombong dia berkata-kata melayan kami sebentar tadi. Dengan lagak mengalahkan kami ni banduan. Sedangkan bukan tidak kenal. Dulu sama2 juga kita ni berada di bawah... cuma rezeki engkau tu dapat naik pangkat laju sikit dari orang lain. 

Astagfirullahilazim... ampunkanlah aku ya Allah...tapi memang sakit hati sangat nie dengan orang yang berlagak ! 

Tuesday, November 2, 2010

SAMA TAK SERUPA

Salam kenkawan.


MOKCIK STRESS!

I dislikes meetings. I wouldnt call for meetings unnecessarily, UNLESS, there is an URGENT PROBLEM to be solved. Ada pulak sorang officer ni, setiap bulan, kalau jumpa mokcik pertanyaan dia.."BILA NAK BUAT MEETING?". So, few times asyik tertangguh sebab orang-orang yang penting yang mokcik nak ada dalam mesyuarat tu perlu ada, berada di luar kawasan.

"Tunggulah bila ada keperluan. Lagipun, selalunya ramai yang tak ada."

'MEMANGLAH KALAU NAK TUNGGU SEMUA ADA, RAMAI YANG TAK ADA.."

If there is problems, you come and see me. We can discuss it together and find solution. I dont want to have meeting for the sake of having meetings. So...mokcik dah masuk bad book la nie..ketua yang tak prihatin kehendak anak buah yang nak bermesyuarat. tApi setakat ini, seorang itu sahaja yang dok push for meetings. Sebabnya, pintu bilik mokcik walaupun tertutup tapi sentiasa terbuka untuk mereka datang berbincang dari jam 8.30 pagi hingga 8 malam.

Elok2 mokcik tak stress terus jadik stress!

"OK lah, kita adakan meeting minggu depan, hari khamis pukul 3 petang. Siapkan status kes sebelum 8/11/2010. Hantar pada PA saya. Bawa semua jadual anda dan apa-apa masalah berbangkit boleh disuarakan dalam mesyuarat kelak."

Perlukah ada mesyuarat unit setiap bulan? Mesyuarat pengurusan aset yang mokcik kena pi selalu pun cuma 4 kali setahun. Mesyuarat bahagian pun as and when is necessary...ini agaknya budaya yang telah diterapkan oleh ketua terdahulu. Doesnt mean i have to follow right?

Ok lah untuk menghilangkan stress...mari kita belajar mengenali buah-buahan tempatan..

Ekoran daripada posting terdahulu dimana mokcik telah bercerita mengenai buah Tarap yang menurut Wikipedia adalah native to Borneo, also known as Marang or Madang. Wow...saya tak tahu pulak buah tarap juga dipanggil Marang tapi dalam bahasa ibunda mokcik memang tarap dipanggil timadang..so, hampir2 dengan Madang...hehehe

Ok lah mari kita lihat gambar-gambar ehsan dari Wikipedia dan Google ini untuk melihat perbezaan dan persamaan buah-buahan ini..



Mula-mula sekali... Buah Durian!... Semua orang kenal kan..
Durian ada banyak jenis dan rasanya berbeza mengikut kaler...yang kuning tu nampak lemak berkrim hehehe
Ini pulak..Durian Belanda! Lama tak makan. Cik abe paling gemar makan buah ni..
Begini rupa isinya...rasa masam manis...sebab tu dapat nama soursop kot. Kata orang sedap kalau buat iceblended
Next one, Nangka! Nangka masak lemak ikan masin...yummy... Tapi tak bleh makan banyak2 karang angin...hehehe
Nangka yang telah masak...enak dimakan begitu sahaja, atau dikomersilkan menjadi kerepek.
Ini pulak...hmnn Cempedak!  Duludalam perjalanan balik ke KT dari Perak atau vice versa, sepanjang jalan bila musim buah cempedak, berlambak-lambak buah cempedak
Dimakan begitu saja pun sodap. Goreng pon sodap!
Last, but not least...my buah hati buah Tarap!
Look at that white flesh...hmnn...am drooling oredi..miss buah Tarap, coz only in Sabah and during it's season can this fruit be found...