Tuesday, November 23, 2010

MOKCIK NAK REHAT BARANG SEKEJAP

Salam kenkawan.


Menjelang jam 3 petang tadi baru terasa teramat penat dan letih sekali.


Pagi tadi menghadap the three stooges   Judges kat Mahkamah Rayuan. Kecut perut bila pertama kali menghadap salah seorang Hakim tersebut. Nampaknya sangat agresif....matilah akuuu... Yang dua lagi pernahlah juga mokcik menghadap panel mereka. Kecut juga tapi taklah tensen sangat sebab dah tahu mereka itu baik2 belaka.

Awal2 lagi hujahan rakan lawan yang terpelajar sudah dipersoalkan....hmnnn...nampaknya macam petanda baik. Panel ini sudah tahu apa yang mereka mahukan. Mokcik cuma kena membaca arah mereka. Bila tiba giliran mokcik, mokcik manfaatkan sepenuhnya apa yang telah kami buat research sejak dua minggu lepas. Nampak gayanya berhasil. Alhamdulillah...

Gumbira kerana usaha sejak tiga minggu lepas berjaya. Balik pejabat rasa lega. Dan petang ini baru kepenatan mulai terasa. Mata mulai kuyu hehehe...mokcik rasa nak rehat la barang sekejap sebelum menyambung kerja-kerja lain pulak.
Terima kasih atas doa kawan-kawan juga.


12 comments:

  1. azwa..tahniah..rehat la.dan boleh la..bercuti bersama anak2 dan suami..

    ReplyDelete
  2. Boleh bayangkan kelegaan tu...alhamdulillah dipermudahkan....kak azwa bila boleh jumpa makan2 ni, saya pun cuti sekolah ni dah solo dah, takde geng nak makan2...sedih...roger2 lah saya kalau free yer...after office hour lah...

    ReplyDelete
  3. wahh..hebat ye kerjaya mokcik..kalo saya angkat tangan dulu la bab2 nak berhujah ni. sebab tu tak dapat jdi loyer ye tak. hehehehe.. bagus mokcik.. bravo!!!

    ReplyDelete
  4. Zar,

    Terima kasih...berkat doa kawan2 juga tu dipermudahkan hehehe

    ReplyDelete
  5. Kak erna,

    Alhamdulillah berkat doa kawan2 kak..

    ReplyDelete
  6. Salwa,

    hehehe..memang lega sangat2 lepas satu beban.

    makan2...teringin makan kat penang village...sapa-sapa nak ikot, jom dating kat sana....hehehe

    ReplyDelete
  7. en_me...memang rehat sepuasnya petang semalam...balik awal, siap makan eskerem baskin robbin lagik

    ReplyDelete
  8. Leeya,

    kerjaya yang gila babas sebenarnya hehe...memanjang tensen, tapi tak juga kaya2 huhuhu...cuma kepuasan terasa bila berjaya pertahankan duit gomen dari mengalir ke poket seorang individu...kadang2 kita kalah, tapi kalah menang itu adatlah kan..

    Kalau diasah bakat berhujah mesti akan muncul...benda ni boleh dipelajari dan diasah dengan sedikit usaha, insyaAllah semua boleh jadi.

    ReplyDelete