Tuesday, September 9, 2008

DEBARAN UPSR

Hari ini bermulanya peperiksaan UPSR. Pagi tadi Azwa luangkan masa menghantar Aman ke sekolah. Ropenya ramai juga ibubapa yang hadir beri sokongan moral sama. Exam jam 8.10 pagi tapi seawal jam 7 pagi kami sampai. Sekolah adakan bacaan Yasin dan solat hajat pagi itu sebelum anak2 diiringi masuk ke dewan peperiksaan oleh ibubapa masing2. Azwa pasti ramai rakan2 siber yang berkongsi debaran anak menghadapi UPSR ini. Bagi Azwa ini kali kedua menghadapinya.



Entah mengapa, sebelum ini anak2 bujang azwa ini nampaknya semua 'tumpul' matematik. Syukur juga Usop ada perkembangan walaupun agak terlewat dihantar ke tuisyen. Yang penting semua subjek lulus.

Benar kata orang lain padang lain belalang. Sebaik sahaja anak2 mula menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran yang dipraktikkan di Terengganu ini, Azwa gembira kerana kesemua anak2 menunjukkan peningkatan ketara terutama dalam subjek matematik. Sejak berpindah ke sini memang nampak perubahan ketara...mula-mula D, naik ke C dan baru-baru ini B. Nampaknya cara pengajaran yang "mendera" pelajar tetapi berkesan itu memang berbaloi. Yang seronok dengar, bila Aman mengakui dulu malas nak belajar matematik tapi sekarang seronok sebab dah faham formulanya.



Inilah gambar anak2 bujang Azwa. Usop yang baju kuning/oren. Tahun lepas giliran Usop menduduki UPSR. Alhamdulillah, walaupun result Usop tidak mencapai matlamat 5A tapi ianya juga tidak mengecewakan. Paling penting subjek matematik lulus. Part ni memang Azwa paling risau. Apa taknya, setiap kali report kad diterima, bahagian matematik sentiasa merah memanjang.

Aman berbaju merah sementara di tengah adalah Asan. Asan bakal menduduki UPSR tahun depan...alahai debaran lagi hehehehe. Budak kat belakang tu anak pada kawan asben. Gambor ni diambil masa depa gi mandi manda di Pulau Pangkor.

Good Luck Aman and to all children yang menduduki UPSR tahun ini.



4 comments:

  1. All the best to Aman, semoga yang merah tu menjadi A ler .. biar maknyer senyum simpul..

    ReplyDelete
  2. Zar,

    Tengkiu..insyaAllah kejayaan milik anak2 kita.

    ReplyDelete
  3. Wa bagusnyer..zaman/sek dulu takde pun buat gi2 i.e solat hajat & baca yassin the day nak exam tuh..

    ReplyDelete
  4. NBK,

    Sekolah my son alhamdulillah memang rajin la anjurkan aktiviti2 semacam ini...banyak kali gak gi seminar la, solat hajat baca Yasin. Ingat masa dulu2 takde dipraktikan macam ni.

    ReplyDelete