Showing posts with label projek. Show all posts
Showing posts with label projek. Show all posts

Sunday, January 11, 2009

HUJAN LAGIII...

Nampaknya musim hujan belum berakhir di KT.

Hujan sudah mulai turun sejak semalam dan semakin lebat awal pagi tadi. jam 1.28 pagi, azwa terjaga apabila mendengar rengekan hadi. Biasa la nak minta dibuatkan susu la tu. Malas nak bangun, tapi kena bangun juga huhuhu. Kipas sejak dua tiga hari nie pasang di kelajuan 3 atau 2 sahaja...tapi angin dari luar subuh tadi yang menyusup masuk melalui celah2 dinding kayu tersangat la sejuknya hingga ke tulang sum sum kata orang tua2. Menggeletar azwa dibuatnya. Cepat2 azwa betulkan selimut aini dan azza. azwa sendiri sambil membancuh susu membalut badan dengan selimut...sejuk giler uolsss...



Lepas hantar hadi ke rumah babysitter, azwa bergegas ke pejabat. Kena gi pejabat sebab tak bawa balik fail untuk kes hari ini. Elok jer lepas round about di batu 6 dah mula jem..alahaiii...apsal la jem teruk sangat, sampai tak bergerak kenderaan nie... Kena plak tepon opis, minta driver opis hantar fail ke court terus. Takut lewat kalau azwa masuk opis lagik. Ingatkan pasal hari hujan yang jadik jem, tapi taim hujan pun slelau tak gak jem camni. Tiba di atas jambatan Sultan Mahmud...lerrr....ropenya pekerja TNB...ntah aper yg dorang repair..tu yg menyebabkan jem giler sepanjang jalan dekat sejam. Dulu pekerja DBKT dah kena komplen buat kerja atas jambatan masa orang berasak2 nak pergi kerja, sedangkan dah tahu jalan menuju ke bandar di KT nie klu dari arah KB hanya ada dua sahaja...dan dua2 pun jem...adusss.. sabarrr je la.

Dah ler dengan hujannya, dengan jemnya...seolah2 seluruh kenderaan di Malaysia nie bertumpu di KT...tu yg jem giler tu..cepat2 lah semua ini berlalu huhuhu

oh ya, minggu lepas ramai gak yang buat acara masak bubur assyura...keluarga asben pun tidak terkecuali. Kami dibekalkan se tupperware besar bubur assyura...lahaii...takut terbuang begitu sahaja, azwa bawa ke pejabat. Tengok tadi, masih banyak lagi bakinya, mungkin staff lebih teruja turun makan free kerana TPM ada acara di dewan besar tadi kabarnya.


Gara2 hujan turun lebat hampir setiap hari, proses pembinaan projek kami pun asyik terganggu. Bekalan pasir dan batu sering terputus bila hujan lebat...hmnn...syukur juga bahagian tangga sudah disiapkan. So semalam dapatla naik ke tingkat atas meninjau2 keadaan. InsyaAllah, dengan izinNya, mudah2an dipermudahkan urusan agar cepat siap projek kami ini. Kalau dah siap dan berpindah, bleh dah jimat duit sewa rumah Rm400 sebulan. Dalam pada hujan2, sempat juga asben dan adik beradiknya mengecat (undercoat) rumah di bahagian atas. Nampak la comel sket lepas kena cat hehehe.

ok gotta go prepare utk bicara esok pulak...daaa

Sunday, November 16, 2008

PERKEMBANGAN PROJEK

Minggu lepas diramalkan negeri2 Kelantan, Terengganu dan Pahang akan dilanda hujan lebat selama 4 hari 15 till 17 november. Memang risau jugak dibuatnya memandangkan few days sebelum ini hujan turun tak berhenti2. Bagaimanapun, on friday the 14th tu cuaca terang benderang pulak. Selalunya jumaat, tukang buat rumah akan bercuti. Tapi hari tu disebabkan beberapa hari sebelum tu dah bercuti kerana hujan lebat, jumaat lepas mereka datang berkerja.

Alhamdulillah, semalam pun cuaca cerah sekali. Tak hujan langsung hingga ke malam. Pagi ini pun cuaca baik cuma redup ajer la. Hah...di bawah ini gambar2 perkembangan projek kitaorang tu. Bahagian bawah dah siap dalam 40 peratus. Semalam siap pasang beam di bahagian atas, so hari ni tukang akan start pasang lantai bahagian atas. Semoga cuaca akan berkekalan cerah supaya projek ini dapat berjalan lancar, insyaAllah.

Pemandangan dari hadapan projek...bahagian depan ini dicadangkan akan dipasang pintu sliding



Pemandangan dari sisi rumah menghala ke bahagian belakang dimana dicadangkan bahagian beranda dan porch

pemandangan dari arah cadangan pintu depan ke arah bahagian dapur rumah


Dari arah pintu hadapan gambar pertama tadi, sebaik masuk dapat dilihat pintu masuk ke arah dua buah bilik bahagian bawah. Untuk keselesaan, azwa minta cik abe agar bina bilik air untuk kedua2 bilik ini.

Ini cadangan pintu masuk dari sisi rumah menuju ke porch. Dari pintu ini dapat dilihat pintu menghala ke bahagian dapur




Pemandangan pintu masuk ke arah dapur kering


Yang ini adalah bersebelahan dengan pintu menghala ke dapur basah kelak. Dinding bahagian dapur basah belum dibina lagi. Ini adalah last minute idea utk asingkan dapur kering dan basah, so bahagian luar tu kena ditambun dahulu.