Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Tuesday, November 11, 2008

GAMBAR LAGI

Minggu ni suka plak tepek gambar2 yang ada dalam henpon i...mentang2 ler baru jumpa usb cable tu hehehe



Hadi...ntah apa yang menarik sangat minat dia kat luar beranda tu?



Sebenarnya masa nie hujan lebat...air memercik ke beranda, tapi Hadi seronok merenung air hujan mencurah2 kat luar tu.


Cik abe i suka melukis, so gambar2 diambil pun untuk lukisan dia...ni gambar pokok kelapa dekat rumah my mama. Taken looong time ago. Lukisan cik abe untuk pokok kelapa ini mendapat hadiah from somewhere tak hengat dah..


Pemandangan Telaga Tujuh dari cable car Langkawi


Pemandangan jambatan dimana Shah Rukh Khan buat penggambaran filem. Nak ke jambatan tu kena naik cable car dan jalan kaki menuruni bukit tu. Turun ok ler...time nak naik semula...bercinta mokcik dek non oiii...

Thursday, June 19, 2008

CORAT CORET







Tengok gambar-gambar dulu... Well... gambar pertama adalah gambar2 my 4 children plus a niece. Baby Hadi dalam pelukan big brother, my eldest son Along Usop. Pejam celik pejam celik, Baby Hadi dah nak masuk 8 bulan...dah laju merangkak, skang nie dah pandai memanjat dah. Memang penat ler my mom menjaga dia nie la nie. Tengah lasak sangat, tak bleh tinggal sensorang, bahaya.. takut jatuh terantuk sebab dia tengah seronok nak berdiri ihiksss..

The rest of the gambar2 adalah Pasir Belanda Resort yang kami gi dok masa coti2 mesia tempohari. Well, exceli, Azwa cuma sempat melihat dan meninjau2 dalam chalet2 dan keadaan sekeliling jer. Pasalnya, the whole week tu Azwa kena berkursus, so Azwa dok kat Renaissance, my family dok kat PBR. PBR ni cantik juga la dan betul2 dapat merasa suasana kampung. Ada gambar interiornya, nanti i uploadkan.

Renaissance, of coz memang comey la. the only 5 star hotel in Kota Bharu katakan. Bilik pun besar, cuma agak jauh sket dari main town. Sungguhpun begitu, ianya betul2 bersebelahan Billion yang kebetulan tengah mengadakan salenya. Maka apalagi kesitu la tujuan lepas kursus.
Pada malam Jumaatnya, bos ajak Azwa gi ke pasar malam Wakaf Che Yeh...amboiiii...rambang biji mata melihat segala macam jualan terutamanya tudung2 yang berbagai jenis dan harga...Azwa sambar dua helai tudung manjalara yang tengah femes kononnya tu...dengan harga yang amat murah dan berbaloi la dengan kualitinya hehehhee..

Am going to Kota Bharu again next week...hmnnn...tengah berkira2 untuk ke WCY sekali lagi. Kalau tak pun ke Pasar Siti Khadijah pun sudah okey. Tapi tengah fikir2 kali ni nak dok kat mana ek??? Ingatkan malas la pulak nak dok dekat hotel near the court tu...jauh dari market, ke i yang tak tahu jalan huhuhu??

New Pacific Hotel, dorang kata walking distance to PSK, tapi i tengok2 hari tu macammmm jauuuhhh gak tuuu. Renaissance tu, out of my entitlement dan jauh gak dari main town. i dok tengok map ada dua budget hotel yang nampak menarik dalam iklan ( tak tahu ler plak in realiti) iaitu Suria Hotel dan Temenggong Hotel. Any ideas guys??

Thanks fren for all your comments kat post PAUSE tu...hehehe. Hari nie boleh la masuk bertenet setelah sejak minggu lepas bertungkus lumus nak clearkan table i nie. Lagi pun hari nie a miracle happened...tetiba ajer kuar icon bleh post gambar2 dalam entry nie. Selalunya kuar tempat utk title ngan posting ajer... certain blog pulak macam Zino n NBK, bila nak komen dia kuar mesej " error"...tu pasal selalunya Azwa tinggal komen kat chat box. NBK takde chatbox, tak dapek ler nak meninggalkan jejak hehhehe, tapi selalu gi ronda2 sana tu. Good luck kat tempat kerja baru ek bro NBK. Kalau dah kayo tu banjer2 ler kita makan ahakssss.

To Zar, tak dapek kirim doreyan, kirim2kan ler bau tempoyak hehhehehe. Kerabu betik ek...boleh cuba tu.

To Irfa, alhamdulillah dah bleh mengaktifkan diri berblogging selepas sessi membzkan diri.

To Sastri, takut napenya perkataan bz tu? p/s kim salam kat budak Jowo pepel tu ek...

Have a nice weekend eberibodi...