Friday, August 28, 2009

TERRRDOUBLE KATANYA..


Semalam punya cerita.

********


Akibat terlalu tertekan, mokcik cepat pergi ke website airasia. Tempah tiket balik kampung. Biasalah time cuti sekolah cenggini, seat semua taken..yang tinggal seat mahal2 sajork. Lepas selesai semua bayaran, mokcik pun semak kat 'Mengurus Akaun Saya".

**********


Haiyooo...baru mokcik perasan. Rupanya sejak 20.8.2009 lagi mokcik sah tempah dah tiket untuk balik petang nie. Alamakkk camana nie? Dah ler bayaran untuk tempahan sebentar tadi lumayan juga.

***********


Cepat2 mokcik telefon ke booking centre. Surprisingly, terus sajork panggilan mokcik disambut. Orang dihujung talian mengenalkan dirinya John. Mokcik pun ceritakan masalah mokcik dengan penuh berhemah dan bersopan santun. Beberapa kali John put mokcik 'on hold' tapi mokcik tak kisah. Akhirnya John mengatakan dia akan menyambungkan panggilan mokcik ke satu unit lain yang akan menguruskan masalah mokcik.


********

Panggilan disambut oleh seseorang bernama Martin pulak. Tak lama kemudian Martin mengatakan " satu-satunya perkara yang kami dapat lakukan adalah saya akan batalkan tempahan hari ini. Bayaran yang puan telah buat saya akan masukkan dalam credit shell. Puan boleh semak dalam tempoh setengah jam selepas ini. Puan boleh menggunakan kredit tersebut untuk membayar mana2 penerbangan dengan airasia dalam tempoh 3 bulan dari tarikh hari ini."


*********


Alhamdulillah. Takde masalah kerana mokcik memang banyak travel dengan airasia. Apa yang penting kerjasamaaaa...erkkk...apa yang penting mokcik dapat semula duit mokcik ittewww.


*********


Al Fatihah untuk Allahyarham Prof. Ismail yang meninggal dalam penerbangan balik dari luar negara. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Bagi kita yang masih diberi peluang olehNya untuk terus bernafas ini, bersama-sama kita meningkatkan lagi mutu amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Jangan stress sangat uolsss....hehehe...

12 comments:

  1. maka, bila mokcik nak balik kampung?

    ReplyDelete
  2. Intan,

    Mokcik balik kampung petang nie yahuuu...

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah juga~


    yeah!

    balik kampung!

    jumpa anak!

    ReplyDelete
  4. memanjang dlm flight jelah akak yer.sib baik dapat balik duit tu kalau tidak..nanges xde lagu ;-)

    ReplyDelete
  5. tu diaa..stres2 terus balikkampong ni.. selamat balik kampungggggg.. selamat bergembiraaaa...

    ReplyDelete
  6. AlFatihah Buat Prof Ismail

    Selamat balik kampung buat makcik.. selamat duit makcik yer

    ReplyDelete
  7. mak cik mesti best minggu ini

    boleh buka puasa dengan family

    lama plak cuti kali ini :)

    ReplyDelete
  8. Irfa,

    tu la kalau dah tensen...lupa nak semak akaun. mungkin sebab mokcik call dan bercakap dengan sangat over bersopan santun kuttss...tu yang dorang tak banyak tanya, terus kasi kredit balik duit katanya...

    Saya,

    biasa la..nak balik kampung hilang stress, nak balik putrajaya stress semula ihikss

    Zue,

    Tengkiu..salam merdeka..

    Zar,

    Alhamdulillah selamat duit mokcik hehehe..

    ReplyDelete
  9. en_me,

    memang lega..

    Zara,

    yeayy...seronoknya balik kampung..

    Ummi,

    Stress pun hilang bila melihat wajah2 kesayangan hamba hehehe

    ReplyDelete
  10. nasib baik dapat bantuan (tiket airasia)

    ReplyDelete