Thursday, November 19, 2009

MENCARI PENYELESAIAN

Assalamualaikum semua.


Semalam seawal jam 8.30 malam, mokcik buat panggilan ke hp cik abe. Cik abe tengah suapkan anak dara dua orang makan malam. Power rangers lain katanya tengah menghadap tv. Dengar saja mokcik menelefon, Hadi akan conquer telefon. Ntah apa butir dia celotehkan tak faham la mokcik, kecuali tiga perkataan.. "umi", "abah" dan "adi"...tapi sekurang2nya mendengar suara dia pun dah cukup untuk mengubat kerinduan padanya.


Dalam perbualan telefon, baik cik abe mahupun mokcik sengaja tak bercakap tentang pertukaran cik abe yang tak berjaya tu. Mokcik tak mahu rosakkan mood dia. Perbincangan tentang perkara ni sesuai dibincangkan bila face to face, mata bertentang mata sambil mokcik boleh membelai rambut cik abe hahahaha...


Memandangkan mokcik dok sensorang, dan minggu ni agak relaks sikit takde nak berkampung kat pejabat sampai larut malam, rakan 'setinggarden' kat rumah pulak outstation ke Taiping...maka terkebil2 le mokcik dok memikirkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Kat rumah mokcik ni, dapur pun takde lagi, tv pun takde...baca majalah jer la sambil menunggu mata terlelap. Sempat juga cik abe pesan, jangan lupa baca 5 ayat pertama, ayat 255 dan 3 ayat terakhir Surah Al Baqarah katanya.


Alhamdulillah, setakat ni tidur mokcik tetap lena tapi lampu depan, sisi dan belakang rumah memang sentiasa kena pasang. Kawasan perumahan mokcik ni kawasan baru, jadi agak sunyi, sebab perumahan bersebelahan belum dibuka lagi. Pihak polis pun sering buat rondaan, so rasa selamat la sikit.


ooo ada berita agak menggumbirakan baru diterima...kena ada tindakan susulan...byeeee
wassalam.

6 comments:

  1. salam kak..
    tetiba saya yg rasa sebak bila akak citer psl hadi conquer hp.
    mesti byk benda dia nak citer tp bhsnya agak terhad..:-(
    apa berita gembira tu?kongsilah yer

    ReplyDelete
  2. harap2 semua tu berita gembira yee...

    ReplyDelete
  3. macam cik saya kata, harap semuanya berita gembira

    i can imagine how hadi behave, sometime bila encik abah pergi outstation, damya akan conquer hp gak :)

    balik kg nanti belai2 ye rambut cik abang :)

    nothing to be upset, sure there will something good in future :)

    ReplyDelete
  4. apalah berita gembira tu yer..

    jangan jangan hadi nak beradik tak? va va va...

    ReplyDelete
  5. Irfa,

    hadi akan sentiasa conquer hp sehingga kakak2nya pulak merajuk tak dapat bercakap dgn umi huhuhu..

    saya,

    jap lagi nanti akak kongsikan okey..

    Ummi,

    yep..hidup mesti pandang ke depan kan.. and further, if we think we are having a problem, org lain lagi teruk masalahnya..

    en_me,

    gembira la sikit bila dapat berita ni..

    Zar,

    va va va...adoi...hehehe

    ReplyDelete