Assalamualaikum kenkawan,
Tengah buat posting semalam, ternampak mesej.."u got mail". Bila disemak, ropenya itinery tiket untuk balik ke Sabah bulan disember nanti. Alhamdulillah...mudah sahaja urusannya..takde apa-apa persoalan ditanya. Bos yang meluluskan cuti mokcik pun sepatah pun tak cakap apa-apa. Pengalaman sebelum ini, setiap kali mokcik memohon untuk tambang percuma balik ke wilayah asal, mesti ada sahaja songehnya. Cuma satu sahaja yang setakat ini bos-bos tak pernah persoalkan...iaitu bila mokcik minta cuti sebulan! Yer la, tambang nak balik ke wilayah asal bukannya sedikit...boleh buat down payment beli kereta, malah boleh beli satu kancil second hand. Abih tu takkan nak baliknya sehari dua kan...sungguh tak berbaloi...
Tapi kali ini, mokcik cuma amik cuti 15 hari sajork...campur cuti hujung minggu dan cuti umum...jadi la tiga minggu. Yang lucunya, kali ini dia beri tiket untuk mokcik dan suami kelas bisnes, sementara anak2 kelas ekonomi. Camno nak atur tu?
Oh ya, semalam mokcik akhirnya berjaya membuka akaun dengan CIMB Islamic. Sejak beberapa bulan lepas nak buka masa di KT, asyik tertangguh sajork. Bila pi sana, ramainya umat nak buka akaun (agaknya nak mengejar peluang nak dapat hadiah tu kan.) Pehtu, macam2 la dia nak, nak salinan ic la, lesen la..sampai satu kali tu buka akaun tak dapat tapi kereta kena saman kerana park depan bank. Kat KT masalah parking memang lumrah..huhuhu..
So, semalam, mokcik pun berpusing la mencari parking. Very the easy, sebab memang ada parking lot disediakan...cumanya parking tu kat seberang jalan bertentangan dengan CIMB dan BSN cawangan Putrajaya. Ok sajork, mokcik takde masalah berjalan kaki nie kecuali masa hujan lorrr. Masuk sajork dalam bank CIMB tu, wah, very the friendly environment. Mokcik kabor nak buka akaun baru, dia beri borang dan tanya sama ada alamat sama tak dgn yang dalam ic. Borangnya very the sempoi, tak banyak mende pun isi. Pehtu tak minta pun salinan ic ker lesen ker. Dia nak yang ori. Sokojap sajork, dah siappp...alhamdulillah.
Mokcik rasa teruja la juga sebab ada satu bank tu, mokcik nak buka akaun, dah isi borang segala mak nenek, bila kat kaunter, sekali tengok kat ic mokcik terus dia kata..
"Kami tak boleh buka akaun cik kat sini. Cik kena buka kat negeri asal."
Gila ngko..takkan mokcik nak balik Sabah semata-mata nak buka akaun kansss.."Tapi saya kerja kat sini."
" Cik kena minta surat pengesahan yang cik berkerja kat negeri ni."
huhuhuhu.. balik pada citer buka buku akaun tadi...seperti biasa kena tukar pasword kans..
Lepas tukar pasword mokcik pun balik ofis dan kali ni pekena nasi kukus ayam berempah...hmnn not bad... sebab gerai yang ni baru beroperasi kat kantin pejabat mokcik.
Nasi Kukus Ayam Berempah..kredit kat SINI
Asyik pekena nasi kandar sajork, sesekali mencicip hidangan lain la pulak kan. Lagipun gerai nasi kandar semalam tutup ler pulakss...memang sedaps ler menambah kalori ditambah pulaks dengan minuman Coconut Shake hmnnn...
Coconut Shake kredit di SINI
Ok lah nak sambung kerja pulak...daaa...
Wasalam.
cocunut shake lama tak minum...payah nak carik kat seremban ni..jarang jumpa, kat PD pasar malam depan Poli jer dulu ada jumpa...bank mana lak yg suh buat akaun kat negeri asal tu????
ReplyDeletewow! susahnya nak buku bank...huhuhu
ReplyDeleteselamat bercuti :)
azwa
ReplyDeleteofis azwa dekat ngan highway ke expressway tu ker..
lately zar selalu ke putrajaya, manalah tahu bleh gather gather pekena nasi lemak ayam rempah plak
Salwa,
ReplyDeletemerasa coconut shake ni bila ad gerai baru opened kat kantin ofis mokcik.
ada la satu bank tu..huhuhu
maksu,
tu la pasal...
thanks..
Zar,
ofis mokcik kat parcel C...kalau ke pjaya koling2 la...klu kebetulan free...kita bleh pekena nasi kandar ker, nasi kukus atau teh tarik sajork pun kira oke dah hehehe
macam macam kisah hehe
ReplyDeletewahh..ini betol2 berita gembira bila dpt tau boleh dah dpt kelulusan untukbercuti balik kampong.. ole2 dari kampong jgn lupa yaaaaaaaaa!!!!!!
ReplyDeletepjgnya cuti...smpai 15 hari bestnya.
ReplyDeletesy tahu bank apa iteww...yg byk songgeh dan guna sistem lama.
Mokcik...betul tu...bila dpt balik sesekali tak berbaloilah balik sekejap je...
ReplyDeleteEh!! Akak pun heranlah kenapa eh...tak boleh pulak bukak akaun kat sini kalau kita orang sana...?
Rasa macam dah jawab dah komen2 nie...tapi mana hilangnya ek...huhuhu...takper mokcik jawab sekalik lagik..hehehe
ReplyDeleteZino,
banyak bank, banyak ragam hehehe
Saya,
memang gumbira dapat balik kampung ditaja lagi tu kannss..
zue,
hah..bank tu la...
Kak anie,
tak tahu la apa dalam fikiran manager dia yang buat polisi macam tu...huhuhu
lamanya cuti, hero dan heroin balik tak?
ReplyDeletenak ikut :)