Memang la kisah mokcik kan...ni kan blog mokcik hehehe
Ni kisah orang macam mokcik yang jarang2 dapat dok kat kelas bisnes bila naik kapalterbang ihiksss..
Dolu2 pernah la sesekali tersesat dok kat kelas bisnes tu. I dont know now but dolu2 kalau kita ambil flight siang, harga tiketnya mahal giler kan. Kalau ambik flight tengah2 malam buta taim orang lain nak tidur, harga tiketnya murah pulak. So, secara tak sengaja ada sekali tu masa datang kursus di KL, instead of balik siang, mokcik teringin pulak nak balik malam2. Bila deal dengan MAS..depa kata boleh tapi sebab tiket malam murah maka dorang tak bleh refund balance tiket mokcik tu. Apa dorang buat ialah upgradekan mokcik ke kelas bisnes...hoho seronotnya. Memang dilayan baek punya hehehe...
Lepas dapat tahu kisah mokcik ini, maka ramai la kenkawan yang belum layak dan tak mampu dok kat kelas bisnes sengaja mengambil flight tengah malam buta agar dapat diupgradekan ke kelas bisnes. Maka ramai la junior2 yang dapat merasa naik dan dok di kelas bisnes. Hendak dijadikan cerita, ada la senior2 yang PHD kerana budak junior dah dapat dok kelas bisnes...maka tak lama selepas itu dorang pun tukar peraturan... tak boleh tukar penerbangan tanpa kebenaran dan kalau tukar pun tak boleh nak upgradekan ke kelas bisnes.
Alasan mereka " Ini untuk mengelakkan budak junior duduk kat kelas bisnes." Memang busuk hati betul kan..
Anyway, selepas beberapa lama tak berpeluang, maka pertama kali mokcik fly business class baru2 nie memang berlaku beberapa kelucuan hehehe...Pertama kali tu bila pramugari tu offer nak makan 'sandwich'..mokcik pun setuju la. Tup tup bila dia hidang..terkujat mokcik dibuatnya sebab 'sandwich'nya bukan macam 'sandwich' dua keping roti kita boh inti pehtu tepek yang biasa dipanggil 'sandwich' bagi mokcik la. Ropenya ianya adalah dua keping hirisan roti Perancis yang dibubuh cheese dan tuna diatasnya.
Mokcik...pun termenung merenung 'sandwich' tersebut. Ambil la konon garpu dan pisau..alamakkk..kerasnya roti...camno nak makan nie??? Mokcik tekan tekan sikit pisau tu tapi still tak bleh potong roti tu. Last2 mokcik cuma makan buah2an ajer la dan ambik coklat yang diberikan. Hahaha...
Tapi dalam hati tu kata tak bleh jadi nie...mesti ada cara nak makan 'sandwich' tu kan...flight seterusnya... ropenya makanan dorang ni memang standard ... ingatkan dorang akan serve mende lain, ropenya the same 'sandwich' cuma topping dia kenkadang berbeza. Masih bodoh lagi nie..second time pun still gatai nak makan dengan garpu dan pisau. Mokcik makan topping dia ajer dgn buah2an...huhuhu. Tengah makan itu mokcik pun jeling Datuk kat kerusi sebelah...dia selamba sajork kuiskan segala topping atas roti Perancis itu, lalu patah2kan roti dan makan dengan nikmatnya. Aisey...a'a kan...mokcik tersengih sorang2...now i know how to eat this weird looking so called 'sandwich'...hehehe...bukan setakat dalam iklan syampu rambut ajer gunakan tangan pun boleh...haha...makan guna tangan ajer lagi la nikmat makan 'sandwich' itteww hahaha.
Mari kita tengok makanan yang dihidangkan dalam flight...ni dapat dari emel..kalau emel ni tipu, kita semua pun sama-sama la tertipu ekekeke...
Canada Air
China Air
Iran Air ..mosykil mokcik...mesti ada tak kena ni apa ke hainya pulak Iran Air serve makan pakai chopstick huhuhu...nanti mokcik semak semula hehehe
Jamaica Air
Saudi Air
AirAsia
Tapi kan jahat tau dorang ni...rasanya Airasia skang nie ok dah..seat pun dah bleh pilih..tak berebut2 lagi dah. Makanan pun kira ok la juga...mokcik suka Nasi Lemak Pak Nasser ataupun Nasi Ayamnya...anak2 pulak..hmnn...hatta dalam flight pun nak makan mee maggi hotcup...
azwa...
ReplyDeleteada satu kali first time ke states saya dapat upgrade ke biz class adoi teruja ... air di bagi dlm glass kejap2 dia dtg tanya nak chocolates dah bagi bukan satu packet tapi sati small bowl assorted...dan dinner pulak steak yg panas2 di potong atas trolley tapi saya tak makan sebab sampai nanti my sister dah siapkan dinner di rumah....hahaha
Kak Elle,
ReplyDeletesesekali dapat upgrade biz class memang teruja kannn..hehehe
teringat pertama kali dihulur hot towel..tak tahu nak buat apa hahaha
hahaha~
ReplyDeleteapakah?!
Hahaha...tak menahan tengok food untuk Air Asia tu...tak baik diorang kan...sekarang dengar kabar air asia dah okay dah...
ReplyDeletemakcik
ReplyDeleteyg chopstick tu Japan Airlines tapi masa zar naik japan airlines ke jepun dulu, tak de nya berchopstick bagai.. hehehhe
air asia tu euuww tak baik woo.. zar tak pernah naik air asia lagi tapi kawan zar kata AA bes dah sekarang siap ada maggie cup bagai..
Zara,
ReplyDeletememang dengki dorang ni ngan AA kan cikgu hehehe
Kak Anie,
AA bagi mokcik getting better than before..sejak ada pembahagian seat nie takla cam dulu berebut giler..la ni klu nak aman, pilih jer hotseat hehehe
Zar,
Nasi lemak dan nasi ayam AA sedap jugak hehehe. Mokcik dah naik AA banyak kali dan tengok ada improvement. Yang sukanya skang bleh pilih seat so takyah nak gaduh2 berebut tempat duduk huhuhu
sodapp maggie mee itewww.. kannns
ReplyDeleteen_me,
ReplyDeletemee megi cepat dimasak, sedap dimakan..