Tuesday, July 14, 2009

DARI ALLAH KITA DATANG


Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.




The second time the same announcement was made. Semalam lewat petang, ada diumumkan kepulangan ke rahmatullah ibu kepada seorang staff. Pagi tadi juga diumumkan kepulangan ke rahmatullah ibu kepada seorang pegawai di bahagian mokcik. Baru semalam mokcik melihat dia beria2 berkemas dan menyusun atur perabut di unit mokcik. Langsung tidak nampak riak diwajahnya ibunya sedang sakit. Tiba2 pagi ini kami dimaklumkan kepergian ibunya jam 12 malam tadi.

Al Fatihah kepada yang kembali menghadap Pencipta. Semoga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya. Kita yang masih hidup ini, entah bila pula giliran kita. Tiba2 teringat coretan saudara Pahrol Mohd Juoi dalam majalah Anis keluaran terbaru...kita bertemu untuk berpisah..adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi perpisahan itu..

********


Semalam dari pagi hingga ke malam mokcik cuma makan biskut ajer. Ntah la tiba2 ajer malas nak singgah mana2 atau turun ke kantin untuk membeli makanan. Bukan pulak mokcik sudah mengikut jejak Cikgu Zara yang tak mahu makan nasi kerana dia pencinta sawah...diet pun tidak jugak kerana mokcik melantak juga makan biskut, cumanya malas nak makan heavy2. Malam tadi terasa juga sedikit lapar tapi bila mendengar rakan serumah meninggikan suara meleteri karenah anak2nya terus selera mokcik pun terbantut huhuhu. Mokcik tak jadi turun, terus mokcik panaskan air dan makan biskut sajork la malam tadi.


Aman dan Hadi...

Tak lama lepas tu nampak bibik naik ke atas. Mokcik tanya kenapa? jawabnya kerana anak sulung kawan mokcik tu telah mendermakan jam-jam kepunyaannya dan adik2nya kepada kawan sekolah sedangkan jam-jam tersebut baru ajer dibelinya. Patut la pun kena leter...aiyoo...mokcik terus terkenang kepada Aman suatu masa dulu...juga berperangai sebegini. Budak2 ni nak disukai kawan2nya. Oleh itu mereka akan berbuat sesuatu sama ada beri barang atau duit supaya kawan2 suka kat dia. Dalam kes Aman bayangkan betapa terkujat mokcik bila tengok2 duit RM1,000 yang baru dikeluarkan lesap. Selidik punya selidik, Aman dah ambil duit tu dan distribute kat kenkawannya. Apa lagi cik abe mengamuk...maka malam itu Aman adik beradik diarahkan pergi mengutip semula duit2 tu dari kawan2nya. Nasib baik semua dok satu kuarters dan belum kena belanja lagik...dapat lah balik duit mokcik tu. Memang bertuah betoi anak mokcik tu. Alhamdulillah, dah besar ni dah berubah perangai Aman.




Begitu juga Aini dan Azza...bila nak ke sekolah beria2 minta dibekalkan dengan makanan...Nak minta sosej la, nuget la...kalau dioffer nasi lemak atau mee goreng minta mahap tak nak. Ropenya sebab dia nak bagi2 dengan kawan2 dia kat sekolah. Katanya " kesian dia mi, mak dia tak masak sosej atau nuget." Pernah sekali tu waktu petang, tiba2 datang mokcik yang selalu ajar mama mengaji. Dia kembalikan wang RM50. Katanya dia dengar cucunya bercerita sesama sendiri nak beli mainan dan makanan. Bila diselidik, dapat tahu cucunya ada duit RM50. Ditanya anaknya, si cucu mengakui wang tersebut diberikan oleh Azza. Aduhai...nasib baik dapat ketangan mokcik tu...kalau orang lain tak tahu la.. Budak2 bukannya dia faham bezanya duit warna biru, merah atau hijau...Alahai anak umi...rindu pulak kat anak dara dua orang tu.





Sempat lagik berposing kat tempat gelonsor, tengok ada budak tengak menyelit nak kuar tu hehehe..outing bersama cik abe, hadi n anak2 dara ni hari sabtu lepas.

12 comments:

  1. hehehe~

    mokcik..jom lah jadi pencinta sawah cam daku~

    ReplyDelete
  2. takziah kepada kwn2 mokcik tu.. taktau nak cakap apa. entah la.. tapi bab bdk2 tu menderma dgn sng hati tu yang payah sikit. hehehe... niatnya baik tapi tak paham konsep lagi. huhuhuhu...apapon.. la ni baru blh masok blog mokcik..setelah digodek2

    ReplyDelete
  3. Zara,

    mokcik pencinta sawah tapi masih makan nasi hehehe

    en_me,

    Jelita katanye..ihikss..

    Cik Saya,

    iye ker...sama la problemnya bila masuk blog kenkawan lain. asyik kuar mesej error...last2 mokcik buat pa tau...mokcik klik link blog tu berulang2 kali..last2 dapat juga masuk hehehe

    budak2 nie memang tak faham lagik konsep nak menderma nie..bleh bankrap jadiknya kalau tak berhati2 hehehe

    ReplyDelete
  4. aduh susah tul nak masuk blog mokcik asyik2 cannot open jer...

    saya ingat anak saya jer yang pemurah cam tu..duit belanja tak nak, bagi jer kat kawan ...adushh..dia ingat makpak dia cop duit agaknya...

    ReplyDelete
  5. Ijah,

    patutlah mokcik tengok blog mokcik sunyi sepi ajer huhuhu

    ReplyDelete
  6. BP,

    lama menghilang tiba2 muncul dengan senyuman ..

    ReplyDelete
  7. alahai, pemurah sungguh anak-anak mok cik ye

    kuarters bercham ke? nasib baik batrisya tak termasuk dalam group yang agih-agihkan duit itu ye :)

    diet ke?

    ReplyDelete
  8. Ummi,

    A'a kat kuarters kita tu ler huhuhu...pemurah yang tak kena tempat ihikss.

    Klu Batrisyia lelaki agaknya dah jadik geng dorang dah tu..

    Tak diet pun. otomatik kurang berselera..agaknya rindu kat anak kut...huhuhu

    ReplyDelete
  9. byk nya akak bg dorg pegang duit...

    ReplyDelete
  10. Luna,

    Tu la problemnya..bukannya bagi pegang..tapi dorang gi korek dari beg kita. tu yg kena sembunyikan beg bagai tu..

    ReplyDelete