Monday, July 13, 2009

SEMALAM DAN HARI INI



Semalam mokcik balik awal dari KT. Flight mokcik jam 10.05 pagi. Jam 11.15 pagi mokcik dah sampai pejabat. Mokcik balik awal sebab mulanya plan nak outsteseng ke Ipoh. Dah duduk kat pejabat, mokcik belek2 fail, mokcik berpendapat kehadiran mokcik tak diperlukan buat masa ini. Mencukupi dengan seseorang menyebut bagi pihak mokcik. Mokcik koling2 rakan sekerja di Ipoh untuk handle perkara ini. Sekurang2nya jimat juga duit kerajaan nak bayar kos mokcik ke luar daerah hehehe...




Dah duduk2 di pejabat sensorang..dah la seluruh pejabat sunyi sepi ( kecuali di sayap sebelah yang mokcik ketahui ada dua tiga rakan juga sedang tekun bersedia untuk kes hari ini)..mokcik pun ambil keputusan untuk ubahsuai kedudukan perabut dalam bilik mokcik nie. Ni memang dah jadi satu hobi mokcik..cumanya mokcik ni tak berapa suka kepada hiasan bunga2an, kecuali terpaksa hehehe.







Oleh kerana sejak pindah bilik nie dan unit mokcik menduduki sebahagian besar sayap sebelah bangunan ini, maka tanggungjawab menghias unit ni dah jatuh kepada mokcik la pulak. Beberapa hari lalu bos dah sound2 meja sofa kat luar tu kosong ajer. Lepas berkemas bagai, mokcik pun berlepas ke W*rt*. Jumpa satu kedai menjual hiasan dalaman yang kira munasabah la harganya berbanding kedai2 kat P*KN* tu. Mokcik pun dapat la membeli tiga hiasan bunga dan tiga alas meja. Maka pagi ini bila bos datang round2, dia tak cakap apa bila melihat meja sofa kat luar dan dalam bilik mokcik pun dah ada gubahan bunga...legaaa...


By next year, the whole family will move to Putrajaya. Look like i have to get the services of a maid...klu boleh memang mengelak nak guna maid nie. Malas nak berurusan dan tak berapa nak percaya dengan maid tambahan pulak banyak kisah2 kurang enak didengar tentang maid sekarang ni. Walaubagaimanapun, tak dinafikan ada juga majikan yang bertindak diluar batasan. Either a maid or have to send Hadi to a nursery..tapi problemonya kerja mokcik skang ni banyak sangat involve keluar daerah...tu yang agak payah kalau hantar Hadi ke nursery...





pendapat korang camana ya?


7 comments:

  1. makcik nak pasang maid?

    hati2 mok cik~

    bahaya la ni~

    ReplyDelete
  2. makcik

    dengan gaya dan cara kerja cam mamkcik ni, eloklah amik maid tapi tawakal ajelah.. kena doa berbanyak agar maid tu boleh bantu kita dalam urusan rumahtangga

    ReplyDelete
  3. Zara,

    Tak hendak tapi nampak gayanya terpaksa...huhuhu

    Zar,

    Itu la pasal...cik abe pun tak berapa setuju nak ambik maid. Semua babysitter sebelum ni yg datang pagi balik petang dan local punya..jadi tak la terasa sangat takde privacy kat rumah sendiri.

    Ya..hopefully maid yang akan datang ini boleh membantu menjaga hadi..

    ReplyDelete
  4. Maid tu kengkadang bergantung pd nasib. Ada dapat yg very d best dan tak kurang gak yg sebaliknyer... Syusyah nak citer laaa .. Terai dulu laaa ... Good luck!

    Precious

    ReplyDelete
  5. mok cik,

    nak ambil maid, macam tak setujulah :(

    tahu ajelah, kita jarang ada kat rumah.

    ummi ada experience pasal maid masa ummi kecik2 lagi,

    sampai skrg ummi macam tak boleh terima kenyataan dan tak nak maid sampai bila-bila :)

    mak ummi selalu pesan no maid :(

    ReplyDelete
  6. en_me,

    biasa la bizi yang bermusim ..ada masa bizi giler...ada masa bizi round2 blog kenkawan muahahaha..

    lili,

    Betoi tu..nak menerai tu yang malehnyerrr la huhuhu

    Ummi,

    my sentiment exactly..

    psst..next month mokcik ada banyak outstesen ke Ipoh...see how first la yer..klu dapat kita dating ya.

    ReplyDelete