Tuesday, July 21, 2009

SPESIS YANG KIAN PUPUS?




Bila mesyuarat...semuanya wanita. Lelaki? Kalau guna sepuluh jari, tak sampai pun lima.




Unit mokcik, sorang jer pegawai lelaki. Lain2...semuanya wanita. Nasib baik staff lebih ramai lelaki.




Tak tahu di Jabatan lain tapi di Jabatan mokcik, lebih ramai pompuan dari lelaki. Kalau ada pegawai baru masuk, tercari2 spesis lelaki...tapi kemana mereka? Sampai bos pun buat remark.."extinct species".




Semalam mokcik gi makan malam kat Taman Warisan. Berasa kasihan pada seorang wanita yang tercari2 tempat duduk. Mokcik pelawa dia duduk di kerusi share meja dengan mokcik. Dia baru nak berbuka puasa. Walaupun baru bertemu petang itu, kami berbual banyak perkara. Salah satu yang dibangkitkan oleh wanita tersebut adalah mengapa ada trend sekarang yang mana orang lelaki lebih selesa berkerja 'kerja yang mudah'..diberinya contoh anaknya sendiri.







Katanya " Dimana silap i? I seorang guru, suami seorang guru. Suami tidak merokok, tapi anak i merokok since form 4. I beri pelajaran secukupnya, tapi akhirnya habis belajar sampai ke universiti, kelulusan tertinggi SPM sahaja. Luckily, dia dapat kerja dengan kelulusan itu di jabatan *toot*. Untuk kemudahan semua, i belikan kereta. Harapan i dapatlah dia membantu menghantar adik2 ke sekolah. Tapi nampaknya kereta itu jadi semacam miliknya seorang. Anak perempuan yang kena hantar adik2 ke sekolah. Sedangkan dia, selalu bangun lewat..mujur tak lewat ke pejabat."







" I dulu orang susah. Kereta pun tak ada. Pergi sekolah jalan kaki atau naik basikal saja. Mak bapa dulu tak pandai pun semak buku sekolah samaada kita buat kerja sekolah atau tidak. Yang penting pada mereka, asalkan kita lulus, jangan gagal. I cuma mampu beli kereta lepas dapat anak pertama, anak lelaki satu2nya ini. I bertekad tak mahu biarkan anak2 melalui kesusahan seperti i pernah alami. Tapi, ini yang terjadi. "




"Sekarang ini orang lelaki seolah-olah lebih selesa menjadi pekerja biasa. Dan macam menjadi trend isteri berpangkat lebih tinggi dari suami. Barangkali dimasa akan datang orang akan jadi pelik jika suami berpangkat lebih tinggi dari isteri. Ibu i pun pelik kenapa ini terjadi. Barangkali i sepatutnya mengikut cara ibu kita dulu2 membesarkan kita."




Mokcik terkedu. Teringat semasa mengikut Persidangan di Kemaman tempohari. Mengikut statistik di Malaysia masa kini tiada masalah diskriminasi gender. Tetapi memandangkan kekurangan kaum lelaki di IPTA/IPTS, dalam semua sektor pekerjaan termasuk perguruan... timbul ura-ura untuk 'menurunkan' kelayakan yang diperlukan untuk membolehkan lebih ramai lelaki dapat diterima masuk. Ini juga mendapat tentangan kerana jika dipraktikkan ianya menunjukkan adanya diskriminasi antara lelaki dan perempuan. Jika tidak dilakukan, masalah kekurangan pekerja/pelajar lelaki akan berterusan...pendek kata, jika semuanya ikut merit, perempuan lebih ramai yang melepasi merit yang ditetapkan berbanding lelaki.




Something has to be done..but what? how? Takkan kita hendak biarkan spesis lelaki ini pupus. Suka atau tidak, harus diakui ada kerja-kerja yang lebih sesuai ditangani oleh lelaki. Bincangkan.




Alamak macam soalan PTK pulak. But seriously, apa pendapat korang?

8 comments:

  1. soalan PTK ya?

    hehehe..Abah buat soalan PTK..syyhh..jgn khabar kat org makcik~

    ReplyDelete
  2. fullamakkk..bab ayat BINCANGKAN tu yang tak boleh tahan tu. whauhahahhaaa.... anyway saya rasa bukan salah mak bapak ke guru ke..diri sendiri tu yang perlu berpikir untukberubah. dan sebaiinya org2 mcm ni jgn ditolong..biorkan je. bior dia tau erti hidop susah camne susah sngnk dpt duit nk dpt kemudahan hidop.

    ReplyDelete
  3. Zara,

    ok..syhhh...syhhh...liam liam ebelibodi okay...

    Ni saja mokcik utarakan takde kaitan dengan soalan PTK atau yang sewaktu dengannya...hehehe

    Cik Saya,

    ekekeke...iyola..kakak yg baru beberapa minit mokcik kenali semalam itteww tersangat la seriusnya mendebatkan perkara ini. Mokcik nak juga berdebat sama, tapi kawan mokcik yang sorang lagi macam tak interested ajer..so diskusi tu tamat tanpa apa2 keputusan.

    ReplyDelete
  4. tepuk dada tanya selera larr tewww.. ahaks

    ReplyDelete
  5. anak lelaki terlalu dimanja.. kekonon tak macho kalau buat kerja mengemas dan memasak..

    so bila dah dididik cam tu, anak lelaki lemah jiwa. Byj bergantung pada mak, kakak, adik perempuan seterusnya isteri

    ReplyDelete
  6. Saya rasa cara didikan ibubapa yang perlu diperbetulkan...apapun lelaki dan perempuan berbeza dari kecil kalau tak dibentuk memang perbezaan tu makin luas....terbalik di tempat kerja saya plak, lelaki yg ramai perempuan pulak sikit...

    ReplyDelete
  7. ummi ada empat orang anak sedara lelaki yang dah dewasa,

    mereka ini termasuk dalam golongan yang kurang bernasib baik sebab semuanya mereka kena buat sendiri, dari basuh baju sendiri dan keluarga hingga ke masak untuk keluarga makan dan mengemas rumah

    kerja orang perempuan mereka jugak yang buat dan kerja orang lelaki mestilah kena buat

    sebenarnya didikan yang penting, jangan terlalu memanjakan dan dimanjakan

    nanti mereka yang merengek nak bermanja dengan isteri, semua isteri yang nak kena buat

    mungkin ada yang sanggup jadi mr mum dok kat rumah, lebih selesa :)

    isteri yang kena keluar bekerja :(

    ReplyDelete
  8. en_me,

    tepuk dada tanya selera..hmnn...hari ni teringin nak makan nasi ayam ihikss.

    Zar,

    Ada sesetengah orng memang berpendapat macam tu. For me, anak lelaki ke pompuan ker sepatutnya semua kerja dorang kena tahu supaya dah besar esok boleh berdikari..

    Salwa,

    betul tu...

    tempat salwa tu ramai ladies nak out sebab tak tahan dengan kerjanya...huhuhu

    p/s my hsemate kerja situ..sebut nama salwa dia kenal.

    Ummi,

    Bukan kurang bernasib baik tetapi beruntung kerana didedahkan dengan kerja2 sedemikian.

    beruntung wanita yang bersuamikan lelaki yang tak kekok ke dapur, membasuh kain etc...takla asyik nak mengharapkan kena balik kampung bila isteri bersalin. :)

    ReplyDelete