Friday, July 3, 2009

HELLO..


Semalam rasa letih, walaupun balik awal berbanding hari biasa.

Sempat jugalah menghabiskan membaca beberapa muka surat buku Travelog Haji.
Mata dah tak tahan..akhirnya mokcik menutup lampu dan bum...zzzzzzz.

Tiba-tiba... mokcik terjaga dan mata enggan mahu terlelap kembali. Mokcik menyemak alarm kat tepi. Baru pukul 3 .20 pagi...waktu yang sesuai untuk solat tahajud. Sayangnya, bendera Jepun sedang berkibar. Mokcik pun ambil keputusan meneruskan membaca Travelog Haji. Sambil itu sempat juga mengirimkan sms ucapan selamat hari lahir kepada seorang kawan lama. Dalam hati berkata mesti kawan ni terkejut beruk menerima ucapan di pagi2 buta macam ni.

Tiba-tiba henfon berbunyiiii...(macam lagu kartun 'apa yang penting kerjaaasamaaa..')

Mokcik semak nombor tertera...nombor Aman. Aik ape ke halnya? Jam baru pukul 5 pagi..

"Hello?"
Talian disebelah sana sunyiiii jerrr...terdengar bunyi macam nombor ditekan2...
"Ellooo...aa...ooo..aa...mi...mi"
"Laaa...Hadiiii...awalnya bangunn...Hadi buat apa tu?"

Mokcik terdengar suara mama sayup-sayup...

Ropenya, dak Hadi dah bangun. Dia tido dengan mama, tapi bila bangun terus masuk bilik cik abe dan ambil henfon. Kebetulan pulak tertekan nombor mokcik...aduhh...tetiba terasa sayu sangat...mungkin Hadi merindui umminya yang jauh ini.

"Hadi, malam nanti ummi balik ya.."

Tak sabar rasanya menunggu jam 5 petang...

12 comments:

  1. selamat puilang ke family tersayang azwa.

    ReplyDelete
  2. pandai hadi picit no azwa ya.. hehe selamat balik ganu..

    ReplyDelete
  3. aduhh..rindunya ya.. selamat bergembiraaa...mujur hadi terkekan no umminya, kalo tertekan no lain hehehe...harus terkejut2 orang yang menjawabnya nanti.

    ReplyDelete
  4. alahai sedih umminya :(

    cepat-cepat pukul 5 ptg, balik kg :)

    ReplyDelete
  5. Kak Elle,

    Dah balik kampung dan balik putrjaya semula dah..hehehe

    Zara,

    ohoo..besday mokcik belum sampai lagik hehehe..

    Zino,

    Yang pelik tu pandai pulak lagi dia picit kasi mode speaker on..

    ReplyDelete
  6. Zar,

    Memang dia tengah rindu banget la tu agaknya..sepanjang berada di kampung dia asyik mengekor mokcik ajer..

    Cik Saya,

    Tu la pasal..siap pesan kat cik abe..pastikan last no kena didail adalah nombor mokcik..

    Ummi,

    hehehe..mengejar masa balik, naik erl, naik bas ke lcct dah menjadi kelaziman pula skang nie..

    ReplyDelete
  7. Maksu,

    memang kesian sungguh...sayu betul bila tengok muka masing2 down ajer bila hantar uminya balik putrajaya.

    ReplyDelete
  8. tak tahu le sy mcm mana lah klu sy berjauhan dgn anak2.
    menangung rindu dibuatnya.

    ReplyDelete
  9. Zue,

    makan hati berulam jantung la agaknya huhuhu..

    ReplyDelete