Thursday, July 2, 2009

DIMANA PRIORITI ANDA?



Beberapa hari lepas rakan sejawat datang mencurahkan perasaannya.
Mokcik memang in the midst of preparing a very urgent opinion tapi mokcik memilih untuk mengenepikan kerja buat sementara waktu untuk memberi perhatian kepada apa yang dia ingin luahkan. And am glad that i did.

Rakan mokcik ini baru sahaja kehilangan ayah tercinta seminggu sebelum itu. Dia masih bersedih, tapi terpaksa kembali berkerja atas desakan kerja. Yang Arif2 yang juga mengakui rakan mokcik memang masih bersedih tapi atas desakan kerja memanggilnya untuk meneruskan kerja2nya segera. Tambahan lagi rakan mokcik itu, suaminya pula pada masa ini terlalu demanding ... menuntut pengesahan yang rakan itu tidak akan pernah meninggalkannya.

Pada masa sama, sebagai anak sulung, rakan mokcik juga terpaksa memikirkan ibunya. Apa tah lagi ibunya ada menyuarakan hasratnya untuk berada bersamanya buat beberapa ketika sehingga kesedihan ditinggalkan suami tercinta dapat diatasi. Biasanya akan timbul lah dilema.. siibu nak duduk dengan siapa? Masing2 berdalih menyuarakan alasan2 masing2...masing2 sibuk la, dan seribu satu macam alasan. Pernahkah kita terfikir apa akan jadi pada kita sekiranya suatu masa dulu,sewaktu kita baru dilahirkan, ibu kita juga menggunakan seribu dalih untuk tidak memperdulikan kita, tidak menyusukan kita, tidak membasuh berak kencing kita? Benarlah kata orang, seorang ibu berupaya menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Yang menjadi isu bagi rakan mokcik ialah bukan ibunya, tapi suaminya. Sikap suaminya yang dari dulu kurang pandai membawa diri dalam keluarganya memang menjadi dilema bagi rakan mokcik. Dan bila mendapat tahu tentang hasrat siibu, suami mengemukakan berbagai alasan mengapa rakan mokcik tidak sesuai mempelawa ibunya tinggal bersamanya... iaitu pasal kerja.

Dan sebenarnya yang paling rakan mokcik terkilan adalah kerana terlalu memberi tekanan kepada kerja, sehingga saat2 akhir arwah ayahnya, rakan mokcik masih lagi bergelumang dengan kerja. Menurutnya, dan mokcik masih ingat menerima panggilan telefonnya petang sabtu itu, hari sabtu itu dari pagi lagi dia telah menerima panggilan telefon dari arwah ayahnya untuk balik menjenguknya. Tapi dia berada dimana? DI PEJABAT! And it's a saturday! Dia berjanji akan balik ' sebentar lagi'.... sehingga jam 11 malam. Dia hanya tiba di hospital jam satu pagi, dan arwah ayahnya pada masa itu dalam koma akibat serangan sakit jantung.

Mokcik pun tidak dapat melafazkan kata2 lain selain .. " i think you need a break. Take a holiday from work... everyone of us need it to relook at our priorities in life."

Jawabnya.."That's the point. At this moment i cant afford to take a break. You tahu tak, even at my dad's dying moment, my officers are still calling me, sms-ing me, asking for guidance."

Long after she left...i was still thinking...in life, what is your priorities? Work? Family? Money? Wealth?

Mokcik merasa sangat kerdil...i take solace in reading Prof. MKI Travelog Haji.

15 comments:

  1. SALAM KAK AZWA..
    ye betul tu.kdg2 kita serba salah.
    sbb x tahu nak pilih.masa saya buat keputusan nak travel cuti2 ke paris..pakcik meninggal hari saya nak berlepas.everything dah ready.
    takkan saya nak kensel..dan saya teruskan juga plan asal iaitu pegi bercuti pdhal hati saya sungguh ralat sbb x dapat balik kg ari tu.
    dan sekarang saya sekali lagi dlm dilema..nantilah sampai masa saya tulis di blog(mgkin akak pening apa yg saya tulis..takpe,saya paham)..kita seolah mementingkan diri dan kerja.nak jenguk family pun susah.apalagi kalau duk jauh

    ReplyDelete
  2. kadang kala kita perlu membuat satu keputusan yg sukar.. dan berhadapan dengan dilema..

    akan lebih mudah kalau kita boleh set keutamaan dan dan ada kala perlu kepada tolak ansur.. perkara yg sama berlaku kepada keluarga mem .. masing masing dengan pelbagai alasan bila tak mau jaga mak sehingga lah dia meninggal.. dan meninggal masaalah masih tak habis..

    itu lah manusia..

    ReplyDelete
  3. azwa
    bila sebut keutamaan.. memang mulut berkata keluarga dan anak anak tapi amanah dan tanggungjawab dalam tugas jua tidak boleh diabaikan. Tak ada kerja yang mudah dan senang dalam dunia ni bila diiringi dengan amanah.

    Apa yg mampu kita lakukan, buat sehabis baik untuk kebaikan semua. Kadang kadang akal logik dan emosi juga perlu main peranan.

    ReplyDelete
  4. maklang tak kira...kalau nak cuti..cuti aje

    kalau kita sakit sebab kerja, keluarga yang susah, kompeni bila2 boleh carik ganti kan..

    tapi mmg betul mak boleh jaga 10 anak, tapi anak nak jaga 1 mak, payahnya laa...harap kita tak tergolong dalam yang itu, InsyaAllaj..

    moga kawan azwa dah jumpa jalan penyelesaian..Insyaallah

    ReplyDelete
  5. itulah yang kita perlu selalu fikir, macam ofismate ummi selalu cakap, family mesti no 1, tak kira apa pun yang terjadi

    keje boleh cari kan, esok kita berhenti, 10 orang dtg interview :(

    mak cik tak jadi datang ipoh ke?

    hari ini mak cik ummi ada kelas dari pukul 2 hingga 5

    5 break untul 6.30 dan sambung pulak 6.30 to 9.30

    kalau nak jumpa just give me a call :)

    ReplyDelete
  6. Dalam pada kita menjalani kehidupan kita...kita pasti akan melalui saat2 dimana kita sukar untuk membuat keputusan...bak kata orang ditelan mati mak diluah mati bapak. Walau bagaimana susah pun keputusan yang perlu dibuat...ianya terpaksa juga kita lakukan...tapi dgn berbuat begitu kita kenalah berani menghadapi apa jua yang mendatang...kerana tiap langkah yang kita ambil ada sebab dan musababnya...jadi...kita kenalah bijak mencari yang mana perlu diutamakan...

    ReplyDelete
  7. chantekkk pic bunga tulip ittewww..

    ReplyDelete
  8. aduh..kwn mokcik tu sama le situasai dengan saya. semau pon dok mengharapkan saya dalam apa juga perkara kadang2 jadi lemah rimas malas dan menyakitkan hati. diluah mati mak ditelan mati bapak. kadang2 sampai ckp sendirian agaknya kalo saya mati baru orang2 tu akan sedar betapa bla masa hak saya pula akan didengar. chewahh.. termasok lah luahan emosi sendiri. anyway..miss your writing mokcik. peace!!!

    ReplyDelete
  9. Irfa,

    Itulah..kita ni seolah2 asyik dengan kerja kerja dan kerja sampai kadangkala mengkesampingkan keluarga...memang dilema sungguh kan.

    Zino,

    Betul tu Zino..membuat keputusan itu yang sukar..pasti ada sahaja yang akan terluka.

    berbahagialah anak2 yang sedia berkorban utk ibubapa..semoga anak2 kita juga akan melayani kita sedemikian rupa.

    Zar,

    antara kerjaya dan keluarga...ianya adalah amanah yang perlu kita lunaskan..sememangnya kedua-duanya memerlukan tahap pengorbanan dan pengertian yang tinggi.

    mudah2an kita berjaya mengemudi kedua2nya supaya bila kita dijemput Pencipta tiada kekesalan dihati kita.

    ReplyDelete
  10. Maklang,

    Betul tu..biasanya bila dah terkena baru kita sedar dimana sebenarnya keutamaan kita. Apa orang putih kata ' wake up call'..as long as kita buat kerja kita betul2, kita boleh rasa lega bila kita pergi bercuti.

    Ummi,

    Seharusnya family is first kan...sebab bila kita sakit mereka yang akan berada bersama kita. Tapi on the other hand, kerja pun sama juga pentingnya...aduh...

    memang kenkadang sukar membuat pilihan..huhuhu

    Kak Anie,

    Setuju sangat..bila ada persimpangan, kita kena membuat keputusan dan berani menghadapi kesan pilihan tersebut.

    En_me,

    bunga tulip memang cantik kannss...gambar dicilok dari pc kawan huhu

    Saya,

    u anak sulung juga ker??

    takper...luahkan di blog segala emosi itu, agar lega sekejap segala permasalahan.

    ReplyDelete
  11. Salam Azwa,
    kakcik pernah berada di tempat kawan Azwa, betul2 dalam kasut dia.
    First - istikharah, minta petunjuk. Tahajjud, mohon kekuatan. Hajat - mohon Allah lembutkan hati suami agar sama-sama mengharung waktu getir kita.Dhuha - mohon rezeki. Yakinlah, doa adalah senjata yang paling ampuh.

    Second - draw line with boss(es). I used to say, If I die tomorrow, you can find replacemnt by a click of fingers, but not my family. Boss diam tak terkata. Hatta,pada hari pengkebumian aruah mak, my collegue call bertanya satu benda.I tengking her right away - rupanya my boss tak bagi tau orang lain that my absence was due to my mother passed away.
    Kakcik yakin, Yang Arif2 tu lagi bijaksana dari kita :)

    Antara suami dan emak...mmg buntu, doa.. doa.. doa...

    ReplyDelete
  12. Memilih yg mana prioriti memang sukar. tapi saya selalu buat keputusan ikut kata hati jer mana satu yg lebih berat [selalunya ke arah kerjalah] tapi yg lebih berat ialah bila nak menanggung emosi kesan daripada keputusan tu....khususnya melibatkan orang2 terdekat...apapun sebagai perempuan sampai tua tetap kita juga dalam dilemma, hanya sabar dan doa pengubat jiwa...

    ReplyDelete
  13. Ya Allah, kenapa officer dia tidak memahami..... :(

    ReplyDelete
  14. Zara,

    Nampaknya dia memang tabah.

    CikMilah,

    Aaa..sangat benar kata2 CikMilah tersebut. Mokcik berharap dia sudah mendapat jalan keluar dari permasalahannya.

    Tentang suaminya memang sudah lama jadi masalah kepadanya...kami semua memang tabik dengan kesabarannya menghadapi karenah suaminya...

    Salwa,

    Mokcik pun berasa mokcik banyak melebihkan kerja juga..memang kenkadang rasa bersalah sangat. Itu yg kalau seboleh2nya weekend akan mokcik gunakan sepenuhnya utk family.

    Maksu,

    Itulah...ramai lagi pegawai lain yg boleh dihubungi. Tapi mungkin mereka berasa selesa dengan rakan mokcik..sebab tu la kut mereka tetap cari dia.

    ReplyDelete