Monday, July 27, 2009

PERGINYA DALAM SEKELIP MATA

Al Fatihah buat Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Mokcik selalu melawat blog the storyteller dan baru2 ini the filmaker. Catatan terakhir salam blog Allahyarhamah ialah pada 22/7/2009. Malah masih sempat membalas komen2 yang ditinggalkan dalam blognya. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat hendaknya.

Noted: Cikgu Zara juga ada melawat dan meninggalkan komen dan dibalas oleh arwah.

Berbeza dengan kepergian Michael Jackson, walaupun sama2 dalam keadaan mengejut, tetapi kepergian Allahyarhamah Yasmin Ahmad amat mengesankan. At least, it is to me. Ianya seperti satu amaran daripada Allah SWT...jangan pernah lalai dalam kehidupan ini. Hari ini kita masih boleh bernafas, menjalankan aktiviti dan kerja2 seharian yang perlu kita lakukan. Tiba2 dalam sekelip mata keadaan berubah. So many things has yet to be done, yet the time for us to go and meet our Creator has come. Finally. Unannounced.
Life is too short to be messed and wasted. Memang benar...berusaha, berkerja seolah2 kita akan hidup seribu tahun lagi. Namun yang lebih utama, beribadat la kita seolah2 kita akan mati esok hari. Kerana kita tidak tahu bilakah ajal akan menjemput kita. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala kejahatan di dunia dan di akhirat.. semoga kita tidak tergelincir dari jalan kebenaran.
********
Baru menerima sms dari pengedar beautifultudung. Kiriman dalam perjalanan...tak sabar nak melihat tudung2 yang diorder tersebut...tapi kena tunggu sampai khamis la nampaknya. Esok akan berangkat ke Belum Rainforest. Mudah2an Allah SWT permudahkan perjalanan hambaMu ini dan selamat pergi serta selamat kembali kelak.

Wednesday, July 22, 2009

MEMANG SAH BUKAN WARIS HUHUHU

Semalam belek2 emel. Terjumpa emel ini. Memang menarik. Sayangnya jawapan tidak disertakan huhuhu...orang Nogori sepatutnya dapat jawabkan hehehe..

Sori pengeras takde tapi cuba la jawab...

SESAPA YG X DAPEK JAWAB TU JANGAN LA BUEK2 PANDAI……MEMANG SAH LA BUKAN WAGIKH

HELLO KENGKAWAN, KOK TERROR CUBOLAH JAWAB, NANTI ADOLAH PONGOREH EH!


Setelah dibelek-belek peta Negeri Sembilan...mokcik dapat beberapa jawaban. Tapi tang makna bahasa tu kena tanya orang jati Negeri Sembilan huhuhu...


Menguji kefahaman anda tentang Negeri Sembilan

1. N9 ado ompek undang, yg mano botul ?
( ) sg. ujong, rembau, jelobu, johol

2. susunan ketua adat N9 dari kocik sampai bosar
( ) menteri besar, buapak, lembago, undang, yamtuan
( ) penghulu, lembago, undang, menteri besar, yamtuan
( ) buapak, menteri besar, undang, yamtuan
( ) buapak, lembago, undang, yamtuan

3. ibu negeri N9
( ) sepang
(/ ) seremban
( ) sungai ujong
( ) rembau

4. ayat mana betul menggunakan perkataan "ghoman"
( ) ghoman bulu tongkuk den lalu dopan kubur tuh...
( ) cubo cormin ghoman tuh sikit...
( ) nak lontur buloh, kono ghoman lam sungai dulu...
( ) apo ghoman nak jadi den tak kisah... den ondak yo

5. bukit apo yang menghubungkan paroi dongan sri menanti
( ) bukit timah
( ) bukit putus
( ) bukit tanggo
( ) bukit omeh

6. tompek bernamo "Pantai" terlotak kek mano ?
( ) jln antaro rembau ngan senawang
( ) jln antaro kualo pilah ngan sri menanti
( ) jln antaro rasah dan pok dek sen
( ) jln antaro paroi dan bukit tanggo

7. apo makno "cenekel"
( ) aksi mencungkil lubang kecik
( ) main tipu
( ) aksi merotan
( ) cangkul batas

8. makno "hongeh"
( ) terlalu konyang
( ) terlalu suko
( ) terlalu ponek
( ) terlalu sodap

9. apo makno "pembongak"
( ) kaki tipu
( ) orang ygi bongkak
( ) kaki curi
( ) kaki pancing

10. Dari seremban sebelum sampai Sri Menanti, kito akan lalu satu tompek air terjun... apo namo ey ?
( ) Ulu Bondol
( ) Jeram Toi
( ) Air Terjun Klawang
( ) Jeram Besu

11.. Berikut pernah jadi menteri besar N9 : Isa Samad, Rais Yatim, Mohamad Hassan, Isa Bakar
( ) 4 betul
( ) 2 betul 2 salah
( ) 1 betul 3 salah
( ) 3 betul 1 salah

12. Laluan kajang seremban, kita akan lalu sebuah pekan kecil iaitu
( ) nilai dan sepang
(/ ) mantin dan lenggeng
( ) pajam dan mambau
( ) bongek dan klawang

13. tompek yang popular kek pok den sen
(/ ) toluk komang
( ) salak tinggi
( ) toluk tinggi
( ) pantai klebang

14. kuala klawang dalam daerah mano ?
( ) rembau
( ) jelobu
( ) kualo linggi
( ) kualo pilah

15. semuo adolah tompek kek sempadan N9... yg mano satu bukan
( ) simpang ompek
( ) lubuk cino
( /) bongek
( ) tampin

16. apo makno "hongap"
( ) dengkur
( ) hinggap
( ) nafas
( ) gatal

17. Wisma apo yg paling glamour kek seremban sekitar awal tahun 90 an
( ) wisma emas
( ) wisma MPS
( ) wisma punca emas
( ) wisma dagang emas

18. Kg senaling kualo pilah terkonal dengan apo ?
( ) taik lombu yg banyak (den ghaso yg ni la...dh lamo tk ikut jln ni.....banyak piuk api)
( ) perusahaan telur itik
( ) tanaman buah nago
( ) pusat pemprosesan baja taik ayam

19. klau masak lomak cili api... bahan apo yg ponting skali
( ) lado api, bawang, kunyit, air
( /) lado api, kunyit, soghai, santan
( ) lado api, kunyit, halio, santan, limau purut
( ) lado api, daun kunyit, santan, sengkuang

20. namo salah satu undang N9 yg menanda tangani perjanji kemerdekaan malaysia
( ) Tengku Adnan Mansor - Tengku Besar Tampin
( ) Dato Lela Maharaja Hj Ipap
( ) Dato Paduka Demang Lebar Daun Hj Isap
( ) Dato' Kelana Kamaruddin kacha (Den agak yo)

21. stesen keretapi lama di bongek terletak di
( ) congkau (Ni pun den main agak yo)
( ) penajih
( ) miku
( ) tiroi

22. apo makno "menyanggau"
( ) lidah kelat kelat makan nenas
( ) memikat burung
( ) mengacau dodol
( ) pijar-pijar terkena lada (menyonggau ko?)

23. apo makno "menghungap"
( ) lari tercungap cungap
( ) menhendap ayam hutan
( ) penat kekenyangan
( ) menerkam makanan

24. apo makno "hunggeh"
( ) keadaan tersengih mcm kerang busuk
( ) proses mencabut ubi kayu
( ) teknik mengumpil daun pintu
( ) teknik menggigit buah jambu batu

25. tali air tepi sawah merujuk kepada
( ) lombok
( ) lompak
( ) bonda
( ) bendong

26. apo dah jadi kek tapak lamo stadium seremban
( ) Taman Botani
( ) Bangunan TNB Baru
( ) Term ina l One
( ) Seremban Parade

27. ayat mano yang botul pasal ghemah
( ) ghemah ghemah jugak, hutang den bilo nak bayar
( ) elok lah sikit makan tuh jgn sampai bersepah ghemah
( ) bawak keto tu biar ber-ghemah sikit
( ) apo yg ghemah ghemah kek luar tuh... suruh dio sonyap

28. apa makno "okap"
( ) otai
( ) tamak
( ) cekap
( ) lembab

29. apo makno "bosolumak"
( ) kusam
( ) suara lunak
( ) comot
( ) berlemak

30. ado satu skolah bersebolahan taman tasik seremban... skolah apo tuh ?
( ) SM Saint Paul
( ) SM King george V
( ) SM Convernt
( ) SM Seremban

31. Ado satu fast food dokek taman tasik seremban, dokek dongan bangunan TM
( ) ANW
( ) McD
( ) KFC
( ) Burger King

32. Dopan pagar utama istano yamtuan kek seremban ado satu round about, dopan tuh ado satu bangunan putih.... tompek apo tuh
( ) pejabat agama
( ) perpustakaan
( ) rumah MB
( ) balai polis

33. Ayat berikut, yg mano satu botul utk perkataan "ontok"
( ) sumo kojo den kono ontok-ontok, biar lah dio plak yg buek
( ) tak leh duduk diam, cuba lah ontok-ontok sikit...
( ) lopeh bakar lomang, ekau ontok-ontok lah lomang tu sikit
( ) ontok-ontok nie sodap klau makan paneh paneh

34. Sapo namo MB N9 skarang
( ) Isa Bakar
( ) Isa Samad
( /) Mat Hassan
( ) Rais Yatim

35. Nama yamtuan N9 yang baru
( /) Tengku Mukhriz
( ) Tengku Antah
( ) Tengku Jaafar
( ) Tengku Imran

Tuesday, July 21, 2009

SPESIS YANG KIAN PUPUS?




Bila mesyuarat...semuanya wanita. Lelaki? Kalau guna sepuluh jari, tak sampai pun lima.




Unit mokcik, sorang jer pegawai lelaki. Lain2...semuanya wanita. Nasib baik staff lebih ramai lelaki.




Tak tahu di Jabatan lain tapi di Jabatan mokcik, lebih ramai pompuan dari lelaki. Kalau ada pegawai baru masuk, tercari2 spesis lelaki...tapi kemana mereka? Sampai bos pun buat remark.."extinct species".




Semalam mokcik gi makan malam kat Taman Warisan. Berasa kasihan pada seorang wanita yang tercari2 tempat duduk. Mokcik pelawa dia duduk di kerusi share meja dengan mokcik. Dia baru nak berbuka puasa. Walaupun baru bertemu petang itu, kami berbual banyak perkara. Salah satu yang dibangkitkan oleh wanita tersebut adalah mengapa ada trend sekarang yang mana orang lelaki lebih selesa berkerja 'kerja yang mudah'..diberinya contoh anaknya sendiri.







Katanya " Dimana silap i? I seorang guru, suami seorang guru. Suami tidak merokok, tapi anak i merokok since form 4. I beri pelajaran secukupnya, tapi akhirnya habis belajar sampai ke universiti, kelulusan tertinggi SPM sahaja. Luckily, dia dapat kerja dengan kelulusan itu di jabatan *toot*. Untuk kemudahan semua, i belikan kereta. Harapan i dapatlah dia membantu menghantar adik2 ke sekolah. Tapi nampaknya kereta itu jadi semacam miliknya seorang. Anak perempuan yang kena hantar adik2 ke sekolah. Sedangkan dia, selalu bangun lewat..mujur tak lewat ke pejabat."







" I dulu orang susah. Kereta pun tak ada. Pergi sekolah jalan kaki atau naik basikal saja. Mak bapa dulu tak pandai pun semak buku sekolah samaada kita buat kerja sekolah atau tidak. Yang penting pada mereka, asalkan kita lulus, jangan gagal. I cuma mampu beli kereta lepas dapat anak pertama, anak lelaki satu2nya ini. I bertekad tak mahu biarkan anak2 melalui kesusahan seperti i pernah alami. Tapi, ini yang terjadi. "




"Sekarang ini orang lelaki seolah-olah lebih selesa menjadi pekerja biasa. Dan macam menjadi trend isteri berpangkat lebih tinggi dari suami. Barangkali dimasa akan datang orang akan jadi pelik jika suami berpangkat lebih tinggi dari isteri. Ibu i pun pelik kenapa ini terjadi. Barangkali i sepatutnya mengikut cara ibu kita dulu2 membesarkan kita."




Mokcik terkedu. Teringat semasa mengikut Persidangan di Kemaman tempohari. Mengikut statistik di Malaysia masa kini tiada masalah diskriminasi gender. Tetapi memandangkan kekurangan kaum lelaki di IPTA/IPTS, dalam semua sektor pekerjaan termasuk perguruan... timbul ura-ura untuk 'menurunkan' kelayakan yang diperlukan untuk membolehkan lebih ramai lelaki dapat diterima masuk. Ini juga mendapat tentangan kerana jika dipraktikkan ianya menunjukkan adanya diskriminasi antara lelaki dan perempuan. Jika tidak dilakukan, masalah kekurangan pekerja/pelajar lelaki akan berterusan...pendek kata, jika semuanya ikut merit, perempuan lebih ramai yang melepasi merit yang ditetapkan berbanding lelaki.




Something has to be done..but what? how? Takkan kita hendak biarkan spesis lelaki ini pupus. Suka atau tidak, harus diakui ada kerja-kerja yang lebih sesuai ditangani oleh lelaki. Bincangkan.




Alamak macam soalan PTK pulak. But seriously, apa pendapat korang?

Monday, July 20, 2009

RAJIN PULAK UPDATE


Hari ini rajin pulak mokcik mengupdate blog.





Sama macam makan juga. Minggu lepas tak berselera nak makan. Sejak balik kampung jumaat lepas, mokcik asyik makannnn ajer hehehe.




Sabtu tu, mokcik dan mama terover rajin. Mama bersemangat buat roti jala. Mokcik pula tiba2 ajer teringin sediakan cili boh sendiri...maka mokcik pun merebus cili kering yang dah siap digunting. Pehtu kupas kulit bawang merah, bawang putih dan halia siap2. Dah sedia semua, mokcik pun blend semua sekali. Dah siap...seronoknya dapat turun ke dapur. Maklum la sejak dok rumah kawan nie tak bebas pulak nak gi dapurnya. Hari tu mokcik masak sambal bilis petai...hmn...yummyy...tak sampai ke petang dah licin dah sambal. Mungkin cik abe dan anak2 pun dah rindukan masakan mokcik, tu yang beria2 makan tu..hehehe



Pagi tadi mokcik ke Jalan Duta. Lepas selesai kes, mokcik pun naik teksi ke KL Sentral. masih awal lagi, so mokcik pun ambik keputusan breakfast kat satu kedai makan..Restoran Deli ke apa ke nama tak hengat...mokcik makan nasi lemak...hmnn...nasinya ok..tapi tang sambalnya..ermnn..terus mokcik terkenang sambal bilis petai kat opis...yep...siap bawa bekal balik ke Putrajaya hehehe.




Sambal bilis petai dibubuh ikan masin...yummy...



ikan masin kerapu diperah air limau nipis dengan hirisan bawang dan cili padi...aaa...makanan kampung yang sudah cukup sedap bagi tekak mokcik nie..




Lambatnya umi balik...mi...mi..mi..rindu kat umi..


yeay umi dah balik...yeay..yeay..

BIBIK DAH LARI

Bibik kawan merangkap landlady mokcik dah melarikan diri bersama jantan semalam!

Semalam mokcik tiba di rumah dalam pukul 12 malam. Seperti biasa mokcik keluarkan kunci rumah...tiba2 mokcik terkejut melihat pintu grill rumah. Aik...sejak bila pulak grill ni bermangga pulak? Terdengar dari dalam orang membuka pintu. Mokcik expect to see Bibik.. yang datang membuka pintu ialah ibu kepada rakan mokcik. Sekadar berbasa basi dengan siibu, mokcik terus ke dapur simpan keropok lekor dalam peti sejuk dan terus naik ke atas.
Awal pagi esoknya, mokcik pun pelik melihat rakan mokcik sedang menyiap2kan anak2nya untuk ke sekolah. Kedengaran dia tengah berbual dengan seorang lagi rakan yang baru sampai subuh tadi dari Penang. Mokcik yang sedang berkemas2 dalam bilik tiba2 terkejut melihat sebentuk cincin dalam bekas mekap mokcik...cincin lelaki pulak tu. Mokcik ambil cincin tersebut dan bawa ke ruang tamu dimana kedua rakan sedang berbual2.
Masing2 tercengang bila mokcik tunjukkan cincin tersebut. Sebabnya kat rumah rakan mokcik tu takde orang lelaki (kecuali anak2 lelaki rakan tadi yang kedua2nya baru berumur bawah 10 tahun) dan mokcik pun sangat pasti cincin itu tidak ada sebelum ini dalam bekas mekap tersebut.
"Mana bibik?" Soal mokcik
"Laa..u pun tak tahu? u balik bila?" Tanya rakan dari Penang.
"Bibik dah lari semalam. Sebaik sahaja mak saya sampai, anak2 beritahu bibik lari keluar ikut pintu dapur." Citer landlady mokcik.
Astaghfirullahilazim...sungguh tak sangka pulak. Sebabnya setahu mokcik bibik ni ada suami dan dua orang anak di Indonesia sana. Baru2 ini cerita rakan dari Penang, bibik ada meminjam telefonnya. Katanya untuk menelefon suaminya...tapi sembunyi2 berbual dan tak mahu landlady tahu. Sebelum mokcik balik kampung hari jumaat lepas pun dia ada mengatakan dia cuba menelefon suaminya tapi enggak dapat katanya.
Tak tahu nak cakap apa dah. Dah la kawan mokcik memang dah janji nak bagi dia balik masa cuti sekolah nanti dan wang gajinya memang disimpan oleh kawan mokcik tu untuk dibawa balik ke Indon kelak. Larinya pulak sehelai sepinggang sajork sebab barang2nya tak diusik pun. Rasanya ini mesti kes lari ikut jantan nie...tengok lah sehari dua lagi kut2 dia akan balik ke rumah semula.
Sebab itu lah rakan mokcik tukar kunci baru, takut kut2 bibik itu berpakat dengan rakan lelakinya untuk merompak ke apa ker ke rumahnya nanti.
Terus tawar hati mokcik nak cari maid huhuhuhu

Thursday, July 16, 2009

TRAVELLING AND GRUMBLING

Am travelling again. Tomorrow. Going back to Terengganu. As usual when weekend comes.




But tomorrow am travelling via AirAsia. Not MAS.





Pemandangan ni mokcik tangkap dalam perjalanan ke Limbang. Mokcik perasan awan akan berkumpul atas bahagian darat sahaja..Atas bahagian laut, tak pula berawan. Jika diamati, awan akan terbentuk mengikut struktur rupabumi bahagian daratan..macam dalam gambar kat atas ni...kalau daratan terbahagi oleh air kat muara tu, begitu juga bentuk awan kat atasnya.







Kenapa ek? Am sure masa belajar geografi dulu ada pelajari benda nie...tapi either masa cikgu ajar tu mokcik tengah tidur2 ayam, ataupun tak hadir kelas hehehe.




Hujung bulan ini mokcik sepatutnya pergi kursus. Dekat ajer..kat Bandar Baru Bangi. Tup-tup pagi tadi boss arahkan mokcik menyertai persidangan bagi salah satu lagi bahagian jabatan kami. Jauh tu...kat Belum Rainforest..haiyooo...masuk hutan la nampak gayanya mokcik nie. So, kensel gi kursus. Bagi kat budak2 baru join boss kata...huhuhu...



Tadi pun baru wakili boss pergi mesyuarat. Wah mentang2 la bukan big boss yang pengerusikan mesyuarat ni, semua bosses pun hantar wakil2 sajork. Nasib juga yang mempengerusikannya boss yang straight to the point..makanya mesyuarat pun tamat awal. Mula pukul 2.15 pukul 3 dah abesss.

Balik opis, perut dah mula grumbling. Tak makan nasi sejak dua hari lepas. Asyik makan mee goreng dan biskut sajork. Silapnya pagi ini minum susu dutchlady perisa strawberry...ha..mana perut tak grumbling...hehehe.. jangan meragam pulak lepas ni dah la.



Tiba-tiba ajer terasa nak titon pulak. Sambil menghadap pc ni pun tersenguk2..time balik lambat lagik sebab mokcik pilih masuk kerja pukul 8.30 pagi. huhuhu...sabor jer la...

Tuesday, July 14, 2009

DARI ALLAH KITA DATANG


Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.




The second time the same announcement was made. Semalam lewat petang, ada diumumkan kepulangan ke rahmatullah ibu kepada seorang staff. Pagi tadi juga diumumkan kepulangan ke rahmatullah ibu kepada seorang pegawai di bahagian mokcik. Baru semalam mokcik melihat dia beria2 berkemas dan menyusun atur perabut di unit mokcik. Langsung tidak nampak riak diwajahnya ibunya sedang sakit. Tiba2 pagi ini kami dimaklumkan kepergian ibunya jam 12 malam tadi.

Al Fatihah kepada yang kembali menghadap Pencipta. Semoga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya. Kita yang masih hidup ini, entah bila pula giliran kita. Tiba2 teringat coretan saudara Pahrol Mohd Juoi dalam majalah Anis keluaran terbaru...kita bertemu untuk berpisah..adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi perpisahan itu..

********


Semalam dari pagi hingga ke malam mokcik cuma makan biskut ajer. Ntah la tiba2 ajer malas nak singgah mana2 atau turun ke kantin untuk membeli makanan. Bukan pulak mokcik sudah mengikut jejak Cikgu Zara yang tak mahu makan nasi kerana dia pencinta sawah...diet pun tidak jugak kerana mokcik melantak juga makan biskut, cumanya malas nak makan heavy2. Malam tadi terasa juga sedikit lapar tapi bila mendengar rakan serumah meninggikan suara meleteri karenah anak2nya terus selera mokcik pun terbantut huhuhu. Mokcik tak jadi turun, terus mokcik panaskan air dan makan biskut sajork la malam tadi.


Aman dan Hadi...

Tak lama lepas tu nampak bibik naik ke atas. Mokcik tanya kenapa? jawabnya kerana anak sulung kawan mokcik tu telah mendermakan jam-jam kepunyaannya dan adik2nya kepada kawan sekolah sedangkan jam-jam tersebut baru ajer dibelinya. Patut la pun kena leter...aiyoo...mokcik terus terkenang kepada Aman suatu masa dulu...juga berperangai sebegini. Budak2 ni nak disukai kawan2nya. Oleh itu mereka akan berbuat sesuatu sama ada beri barang atau duit supaya kawan2 suka kat dia. Dalam kes Aman bayangkan betapa terkujat mokcik bila tengok2 duit RM1,000 yang baru dikeluarkan lesap. Selidik punya selidik, Aman dah ambil duit tu dan distribute kat kenkawannya. Apa lagi cik abe mengamuk...maka malam itu Aman adik beradik diarahkan pergi mengutip semula duit2 tu dari kawan2nya. Nasib baik semua dok satu kuarters dan belum kena belanja lagik...dapat lah balik duit mokcik tu. Memang bertuah betoi anak mokcik tu. Alhamdulillah, dah besar ni dah berubah perangai Aman.




Begitu juga Aini dan Azza...bila nak ke sekolah beria2 minta dibekalkan dengan makanan...Nak minta sosej la, nuget la...kalau dioffer nasi lemak atau mee goreng minta mahap tak nak. Ropenya sebab dia nak bagi2 dengan kawan2 dia kat sekolah. Katanya " kesian dia mi, mak dia tak masak sosej atau nuget." Pernah sekali tu waktu petang, tiba2 datang mokcik yang selalu ajar mama mengaji. Dia kembalikan wang RM50. Katanya dia dengar cucunya bercerita sesama sendiri nak beli mainan dan makanan. Bila diselidik, dapat tahu cucunya ada duit RM50. Ditanya anaknya, si cucu mengakui wang tersebut diberikan oleh Azza. Aduhai...nasib baik dapat ketangan mokcik tu...kalau orang lain tak tahu la.. Budak2 bukannya dia faham bezanya duit warna biru, merah atau hijau...Alahai anak umi...rindu pulak kat anak dara dua orang tu.





Sempat lagik berposing kat tempat gelonsor, tengok ada budak tengak menyelit nak kuar tu hehehe..outing bersama cik abe, hadi n anak2 dara ni hari sabtu lepas.

Monday, July 13, 2009

SEMALAM DAN HARI INI



Semalam mokcik balik awal dari KT. Flight mokcik jam 10.05 pagi. Jam 11.15 pagi mokcik dah sampai pejabat. Mokcik balik awal sebab mulanya plan nak outsteseng ke Ipoh. Dah duduk kat pejabat, mokcik belek2 fail, mokcik berpendapat kehadiran mokcik tak diperlukan buat masa ini. Mencukupi dengan seseorang menyebut bagi pihak mokcik. Mokcik koling2 rakan sekerja di Ipoh untuk handle perkara ini. Sekurang2nya jimat juga duit kerajaan nak bayar kos mokcik ke luar daerah hehehe...




Dah duduk2 di pejabat sensorang..dah la seluruh pejabat sunyi sepi ( kecuali di sayap sebelah yang mokcik ketahui ada dua tiga rakan juga sedang tekun bersedia untuk kes hari ini)..mokcik pun ambil keputusan untuk ubahsuai kedudukan perabut dalam bilik mokcik nie. Ni memang dah jadi satu hobi mokcik..cumanya mokcik ni tak berapa suka kepada hiasan bunga2an, kecuali terpaksa hehehe.







Oleh kerana sejak pindah bilik nie dan unit mokcik menduduki sebahagian besar sayap sebelah bangunan ini, maka tanggungjawab menghias unit ni dah jatuh kepada mokcik la pulak. Beberapa hari lalu bos dah sound2 meja sofa kat luar tu kosong ajer. Lepas berkemas bagai, mokcik pun berlepas ke W*rt*. Jumpa satu kedai menjual hiasan dalaman yang kira munasabah la harganya berbanding kedai2 kat P*KN* tu. Mokcik pun dapat la membeli tiga hiasan bunga dan tiga alas meja. Maka pagi ini bila bos datang round2, dia tak cakap apa bila melihat meja sofa kat luar dan dalam bilik mokcik pun dah ada gubahan bunga...legaaa...


By next year, the whole family will move to Putrajaya. Look like i have to get the services of a maid...klu boleh memang mengelak nak guna maid nie. Malas nak berurusan dan tak berapa nak percaya dengan maid tambahan pulak banyak kisah2 kurang enak didengar tentang maid sekarang ni. Walaubagaimanapun, tak dinafikan ada juga majikan yang bertindak diluar batasan. Either a maid or have to send Hadi to a nursery..tapi problemonya kerja mokcik skang ni banyak sangat involve keluar daerah...tu yang agak payah kalau hantar Hadi ke nursery...





pendapat korang camana ya?


Thursday, July 9, 2009

KISAH MOKCIK



Memang la kisah mokcik kan...ni kan blog mokcik hehehe

Ni kisah orang macam mokcik yang jarang2 dapat dok kat kelas bisnes bila naik kapalterbang ihiksss..


Dolu2 pernah la sesekali tersesat dok kat kelas bisnes tu. I dont know now but dolu2 kalau kita ambil flight siang, harga tiketnya mahal giler kan. Kalau ambik flight tengah2 malam buta taim orang lain nak tidur, harga tiketnya murah pulak. So, secara tak sengaja ada sekali tu masa datang kursus di KL, instead of balik siang, mokcik teringin pulak nak balik malam2. Bila deal dengan MAS..depa kata boleh tapi sebab tiket malam murah maka dorang tak bleh refund balance tiket mokcik tu. Apa dorang buat ialah upgradekan mokcik ke kelas bisnes...hoho seronotnya. Memang dilayan baek punya hehehe...


Lepas dapat tahu kisah mokcik ini, maka ramai la kenkawan yang belum layak dan tak mampu dok kat kelas bisnes sengaja mengambil flight tengah malam buta agar dapat diupgradekan ke kelas bisnes. Maka ramai la junior2 yang dapat merasa naik dan dok di kelas bisnes. Hendak dijadikan cerita, ada la senior2 yang PHD kerana budak junior dah dapat dok kelas bisnes...maka tak lama selepas itu dorang pun tukar peraturan... tak boleh tukar penerbangan tanpa kebenaran dan kalau tukar pun tak boleh nak upgradekan ke kelas bisnes.


Alasan mereka " Ini untuk mengelakkan budak junior duduk kat kelas bisnes." Memang busuk hati betul kan..


Anyway, selepas beberapa lama tak berpeluang, maka pertama kali mokcik fly business class baru2 nie memang berlaku beberapa kelucuan hehehe...Pertama kali tu bila pramugari tu offer nak makan 'sandwich'..mokcik pun setuju la. Tup tup bila dia hidang..terkujat mokcik dibuatnya sebab 'sandwich'nya bukan macam 'sandwich' dua keping roti kita boh inti pehtu tepek yang biasa dipanggil 'sandwich' bagi mokcik la. Ropenya ianya adalah dua keping hirisan roti Perancis yang dibubuh cheese dan tuna diatasnya.


Mokcik...pun termenung merenung 'sandwich' tersebut. Ambil la konon garpu dan pisau..alamakkk..kerasnya roti...camno nak makan nie??? Mokcik tekan tekan sikit pisau tu tapi still tak bleh potong roti tu. Last2 mokcik cuma makan buah2an ajer la dan ambik coklat yang diberikan. Hahaha...


Tapi dalam hati tu kata tak bleh jadi nie...mesti ada cara nak makan 'sandwich' tu kan...flight seterusnya... ropenya makanan dorang ni memang standard ... ingatkan dorang akan serve mende lain, ropenya the same 'sandwich' cuma topping dia kenkadang berbeza. Masih bodoh lagi nie..second time pun still gatai nak makan dengan garpu dan pisau. Mokcik makan topping dia ajer dgn buah2an...huhuhu. Tengah makan itu mokcik pun jeling Datuk kat kerusi sebelah...dia selamba sajork kuiskan segala topping atas roti Perancis itu, lalu patah2kan roti dan makan dengan nikmatnya. Aisey...a'a kan...mokcik tersengih sorang2...now i know how to eat this weird looking so called 'sandwich'...hehehe...bukan setakat dalam iklan syampu rambut ajer gunakan tangan pun boleh...haha...makan guna tangan ajer lagi la nikmat makan 'sandwich' itteww hahaha.



Mari kita tengok makanan yang dihidangkan dalam flight...ni dapat dari emel..kalau emel ni tipu, kita semua pun sama-sama la tertipu ekekeke...








Canada Air



China Air




Iran Air ..mosykil mokcik...mesti ada tak kena ni apa ke hainya pulak Iran Air serve makan pakai chopstick huhuhu...nanti mokcik semak semula hehehe




Jamaica Air



Saudi Air




AirAsia

Tapi kan jahat tau dorang ni...rasanya Airasia skang nie ok dah..seat pun dah bleh pilih..tak berebut2 lagi dah. Makanan pun kira ok la juga...mokcik suka Nasi Lemak Pak Nasser ataupun Nasi Ayamnya...anak2 pulak..hmnn...hatta dalam flight pun nak makan mee maggi hotcup...

Tuesday, July 7, 2009

I DONT UNDERSTAND


I dont understand.

Fulamak...ayat pertama ajer dah speaking omputih mokcik nie ek.

Sebenarnya tadi mokcik baru ajer hantar report kat bos mokcik. Skang ni semua report kena thru email. Mokcik pun hantar la siap dengan penerangan. Tup tup tadi dapat jawaban dari bos.."i dont understand"...ahemmm... Nampaknya kena hantar report dalam bahasa Inggeris la gamaknya baru dia bleh faham huhuhuhu..

Ok bos lepas ni mokcik akan hantar laporan dalam bahasa omputih..roger and out.




Banyak benda nak dikongsi, tapi banyak gangguan ketika nak mengarang untuk dijadikan entry blog. Bila nak bermula semula, idea2 semua dah berterbangan entah kemana. Ini mokcik tengah menyiapkan satu laporan kepada bos.. urgent katanya. Wokay bos...jap lagik saya emelkan.

Ada sesiapa jadi member Enrich? Best ker jadik member Enrich Club nie? Share la pengalaman korang dengan mokcik ya.



Oh ya...ada satu lagi nak khabar...ada blog2 kenkawan yang bila mokcik nak masuk ajer keluar mesej "error"...tensen betoi mokcik dibuatnya. Ada juga yang boleh dibaca ajer tapi nak komen tak bleh pulak...i dont understand. Tapi problem ni baru2 ni ajer berlaku, yakni sejak berpindah randah nie. Hopefully lepas ni semuanya ok.

Ok la nak kena siapkan laporan ni dulu...petang ni nak fly fly balik kampung...

Friday, July 3, 2009

HELLO..


Semalam rasa letih, walaupun balik awal berbanding hari biasa.

Sempat jugalah menghabiskan membaca beberapa muka surat buku Travelog Haji.
Mata dah tak tahan..akhirnya mokcik menutup lampu dan bum...zzzzzzz.

Tiba-tiba... mokcik terjaga dan mata enggan mahu terlelap kembali. Mokcik menyemak alarm kat tepi. Baru pukul 3 .20 pagi...waktu yang sesuai untuk solat tahajud. Sayangnya, bendera Jepun sedang berkibar. Mokcik pun ambil keputusan meneruskan membaca Travelog Haji. Sambil itu sempat juga mengirimkan sms ucapan selamat hari lahir kepada seorang kawan lama. Dalam hati berkata mesti kawan ni terkejut beruk menerima ucapan di pagi2 buta macam ni.

Tiba-tiba henfon berbunyiiii...(macam lagu kartun 'apa yang penting kerjaaasamaaa..')

Mokcik semak nombor tertera...nombor Aman. Aik ape ke halnya? Jam baru pukul 5 pagi..

"Hello?"
Talian disebelah sana sunyiiii jerrr...terdengar bunyi macam nombor ditekan2...
"Ellooo...aa...ooo..aa...mi...mi"
"Laaa...Hadiiii...awalnya bangunn...Hadi buat apa tu?"

Mokcik terdengar suara mama sayup-sayup...

Ropenya, dak Hadi dah bangun. Dia tido dengan mama, tapi bila bangun terus masuk bilik cik abe dan ambil henfon. Kebetulan pulak tertekan nombor mokcik...aduhh...tetiba terasa sayu sangat...mungkin Hadi merindui umminya yang jauh ini.

"Hadi, malam nanti ummi balik ya.."

Tak sabar rasanya menunggu jam 5 petang...

Thursday, July 2, 2009

DIMANA PRIORITI ANDA?



Beberapa hari lepas rakan sejawat datang mencurahkan perasaannya.
Mokcik memang in the midst of preparing a very urgent opinion tapi mokcik memilih untuk mengenepikan kerja buat sementara waktu untuk memberi perhatian kepada apa yang dia ingin luahkan. And am glad that i did.

Rakan mokcik ini baru sahaja kehilangan ayah tercinta seminggu sebelum itu. Dia masih bersedih, tapi terpaksa kembali berkerja atas desakan kerja. Yang Arif2 yang juga mengakui rakan mokcik memang masih bersedih tapi atas desakan kerja memanggilnya untuk meneruskan kerja2nya segera. Tambahan lagi rakan mokcik itu, suaminya pula pada masa ini terlalu demanding ... menuntut pengesahan yang rakan itu tidak akan pernah meninggalkannya.

Pada masa sama, sebagai anak sulung, rakan mokcik juga terpaksa memikirkan ibunya. Apa tah lagi ibunya ada menyuarakan hasratnya untuk berada bersamanya buat beberapa ketika sehingga kesedihan ditinggalkan suami tercinta dapat diatasi. Biasanya akan timbul lah dilema.. siibu nak duduk dengan siapa? Masing2 berdalih menyuarakan alasan2 masing2...masing2 sibuk la, dan seribu satu macam alasan. Pernahkah kita terfikir apa akan jadi pada kita sekiranya suatu masa dulu,sewaktu kita baru dilahirkan, ibu kita juga menggunakan seribu dalih untuk tidak memperdulikan kita, tidak menyusukan kita, tidak membasuh berak kencing kita? Benarlah kata orang, seorang ibu berupaya menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Yang menjadi isu bagi rakan mokcik ialah bukan ibunya, tapi suaminya. Sikap suaminya yang dari dulu kurang pandai membawa diri dalam keluarganya memang menjadi dilema bagi rakan mokcik. Dan bila mendapat tahu tentang hasrat siibu, suami mengemukakan berbagai alasan mengapa rakan mokcik tidak sesuai mempelawa ibunya tinggal bersamanya... iaitu pasal kerja.

Dan sebenarnya yang paling rakan mokcik terkilan adalah kerana terlalu memberi tekanan kepada kerja, sehingga saat2 akhir arwah ayahnya, rakan mokcik masih lagi bergelumang dengan kerja. Menurutnya, dan mokcik masih ingat menerima panggilan telefonnya petang sabtu itu, hari sabtu itu dari pagi lagi dia telah menerima panggilan telefon dari arwah ayahnya untuk balik menjenguknya. Tapi dia berada dimana? DI PEJABAT! And it's a saturday! Dia berjanji akan balik ' sebentar lagi'.... sehingga jam 11 malam. Dia hanya tiba di hospital jam satu pagi, dan arwah ayahnya pada masa itu dalam koma akibat serangan sakit jantung.

Mokcik pun tidak dapat melafazkan kata2 lain selain .. " i think you need a break. Take a holiday from work... everyone of us need it to relook at our priorities in life."

Jawabnya.."That's the point. At this moment i cant afford to take a break. You tahu tak, even at my dad's dying moment, my officers are still calling me, sms-ing me, asking for guidance."

Long after she left...i was still thinking...in life, what is your priorities? Work? Family? Money? Wealth?

Mokcik merasa sangat kerdil...i take solace in reading Prof. MKI Travelog Haji.