Thursday, May 8, 2014

AKHIRNYA SAMPAI JUGA KE SAIGON CITY





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kawan-kawan kesayangan Mokcik..

Agak lama Mokcik menyepikan diri dari memuat naik apa-apa entry kat pondok ini.  Setiap kali mahu memulakan cerita, ada2 sahaja batu penghalangnya hehehehe...kadang kala, kemalasan melanda, lebih teruja untuk melelapkan mata barang sekejap daripada menghadap komputer ini... hehehe..


Baiklah. Kali ini Mokcik ingin berkongsi pengalaman jalan jalan kena makan ke Saigon Atau Ho Chi Minh City.  Perjalanan adalah mengikut rombongan Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan.



Makanan dalam kapal terbang..sedaplah juga..memandangkan tengah lapar hehehe

 Kami bertolak dari KLIA jam lebihkurang  2.45 petang 30 April 2014 menaiki Vietnam Air.  Alhamdulillah kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa di sana jam lebih kurang 3.30 petang waktu tempatan. Setelah melalui pemeriksaan Imigresen yang sangat tidak friendly, kami disambut oleh Tour guide, Ms. Christine.





Ms Christine, our tour guide
                                         
Asalnya hotel yang diwar-warkan kepada kami ialah Blessing 1 Hotel. Namun apabila tiba di sana kami di bawa ke Hotel Mifuki yang agak jauh juga daripada Ben Tanh Market. Kami difahamkan ini adalah atas permintaan ketua rombongan cik kiah kami atas alasan mahu hotel yang lebih baik untuk ahli rombongan tambahan pula ada 'boss-boss' yang turut serta.

 [ Komen : Ehemm...I would have been happy to have stayed at Blessing 1 Hotel coz it is nearer to Ben Tanh Market and all those Halal Restaurants]


Sampai-sampai jer ke bandar Saigon, kami di bawa ke masjid untuk menunaikan solat.






Menunaikan solat di sini.  Kat sini, ok lagi lah. Ada tempat wuduk yang tidak bercampur dengan orang lelaki. Ruang solat pun selesa. Ada dua orang makcik menjaganya dan siap mengemaskan tempat serta menyediakan telekung. Seorang lagi siap menghidangkan buah-buahan yang sedap. Kami tak faham apa dia perkatakan, namun, rasanya dia meminta 'gratis'. Memandangkan ini hari pertama, kami tak faham lagi trend di sini, jadi seperti kebiasaan kita di negara sendiri, kami memasukkan sumbangan ke dalam kotak masjid yang disediakan.




Central Post Office. Masa kami sampai ianya telah ditutup. Hanya dapat mengambil gambar dari luar sahaja.



Walaupun ada pengawal di luar pintu, namun mereka tidak menghalang mengambil gambar pemandangan dalam Central Post Office tersebut. Cantiknya.

  



Notre Dame Cathedral bersebelahan denga Central Post Office. 
makan malam di Warung Restoran.

Selepas makan malam. Kami mula membiasakan diri dengan pasar malam di sekitar Ben Tanh. Kelihatan bangunan dalam gambar ialah pasar Ben Tanh.



Lihat itu buah ciku yang besar2 dan manis sangat.




                                                                           Pink guava.. comelnya..




Selepas puas survey pasar malam tanpa membeli apa-apa malam itu kecuali buah2an, kami singgah di Restoran Hajjah Basiroh untuk menikmati Kopi Ais Vietnam yang tersohor itu.. Hmmmnnnn...memang sodap..

[Komen : sepanjang berada di Saigon, kami telah menikmati kopi ais Vietnam di beberapa restoran dan mendapati bahawa Kopi Ais Vietnam di Kedai Makan Hajjah Basiroh yang paling tersedap sekali. Begitu juga Vietnamese Noodles a.k.a Pho - paling sedap di resotran Hajjah Basiroh juga.


oh ya..not to mention, antara tempat makan yang paling murah :) ]



 
                                                                Setelah menikmati kopi Ais Vietnam di restoran Hajjah Basiroh dan makan buah2an, kami balik ke Hotel untuk beristirehat.  Keesokan harinya kami di bawa ke War Museum.


War Museum



Kapal terbang perang Amerika



Mokcik rasa sebak sangat melihat gambar2 kekejaman tentera Amerika terhadap civilian Vietnam. Kejam sangat.. membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata dan berupaya mempertahankan diri mereka.



tugu peringatan dalam war museum



senjata yang digunakan semasa perang






Ironinya, walaupun ramai orang Vietnam yang telah dibunuh dan diseksa oleh tentera Amerika, sekarang ini kebanyakan wanita Vietnam memilih untuk berkahwin dengan orang luar termasuk orang Amerika dan memulakan kehidupan baru di sana.

Sejujurnya, sebelum pergi ke Saigon, Mokcik telah membaca banyak blog yang menceritakan pengalaman dan tips untuk ke sana. Walaubagaimanapun, akhirnya Mokcik sedari, tidak semua pengalaman itu membantu kerana apa yang akan kita alami di sana adalah berdasarkan keadaan semasa. Misalannya, ramai yang memberi saranan membeli telekung di kedai itu, kedai ini..namun bila kami pergi ke kedai tersebut, hasilnya agak mengecewakan dan layanan yang diberikan tidak seperti yang digambarkan. Terdapat deretan kedai menjual baju kurung, jubah dan telekung sekitar Ben Tanh..maka terpulang kepada kita untuk memilih tempat yang betul2 sesuai dengan kehendak kita. Jangan terkejut jika nama kedai yang kita masuki dan mendapat harga serta layanan baik itu tidak pernah mendapat review daripada mana2 blog yang anda baca.


Namun, ada antara tips yang sangat membantu antara lainnya:



oopppss.... bersambung...daaaaaaaaaaa



5 comments:

  1. mokcik, sekali sedut boleh kering kopi ais dia ...

    ReplyDelete
  2. Amboi..azwa dah pandai nak buat suspen..hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak kasi saspenkan kenkawan yang bertandang ke sini kan kak hehehe

      Delete
  3. blessing hotel kot yg sebelah ngan hotel saya duduk tu hari
    apapun, kali pertama adalah pengalaman ;)

    ReplyDelete