Salam dan selamat sejahtera kenkawan.
Lama tak berkesempatan mengupdate blog ini.
Ingatkan lepas berpindah tempat kerja, akan ada banyak masa berblogging. Rupanya, jangkaan mokcik meleset. Walaupun dari segi nature kerja ini tidak memerlukan banyak masa keluar atau deal dengan public, namun, banyak mesyuarat perlu dihadiri dan yang lebih haru biru mata hitamku..kena mempengerusikan pulak mesyuarat2 itu..hadoiii...so jawabnya..bye bye blogging, bye bye fb dan wasap for a while..
Ini agak berbeza dengan kerja sebelum ini. Kerja yang agak gila..sibuk memanjang. Sabtu dan ahad perkara biasa berada di pejabat untuk menyiapkan tugasan. Balik kerja, kalau tepat2 jam 5.30 petang itu memang boleh dibilang dengan jari. Setiap hari, anak buah berderet menunggu giliran untuk berjumpa dan berbincang serta mendapatkan arahan. Selepas itu, mokcik pulak kena berbaris menunggu giliran berjumpa dengan boss untuk mendapatkan arahan selanjutnya.
Namun, kerja itu agak istimewa. Walaupun sibuk, namun, bila berada di bilik bicara, menunggu giliran kes dipanggil..kita ada banyak masa untuk membelek emel, membuka fb dan berwasap... hehehe. Ye lah, dalam mahkamah mana boleh berbual2, kang kena jeling dengan hakim kat atas tu. telefon bimbitlah jadi peneman, penghubung dengan kawan2.
Kadang-kadang, mokcik merindui kesibukan itu.
Kerja sekarang, sibuk juga tetapi jarang melibatkan orang luar. Dan bukannya mengatakan kerjanya tidak penting. OOOoo..ianya tugas yang sangat penting juga, cuma sangat2 low profile.
Pun begitu, kena banyak berfikir dan berfikir dan berfikir bagaimana, mengapa dan di mana...
Itu sahajalah yang dapat mokcik share buat masa ini. di fb pun sesekali ada juga mokcik buat kemunculan. Blogwalking agak kurang aktivitinya buat masa ini..semoga kawan2 semua berbahagia dan dilindungi Allah SWT hendaknya..
HAVE A NICE, NO...HAVE A GREAT, WONDERFUL WEEKEND EVERYONE!
Hi my dear, how you doing? Long time no see, short time no talk. hahaha...
ReplyDeleteGood to see you update once a while even thou busy... :))
Take care and don't over work. Have a beautiful weekend. Regards.
Hello dear Amelia..ya lorr...long time no hear, no see, no talk hehehe..miss the time when i can spent time to peruse thru my friends blogs..sigh...
DeleteYou have abeautiful day ahead too sis..take care
Jadi pengerusi mesyuarat jena banyak cakap jugak kan azwa
ReplyDeleteKena la Kak Erna..sesekali azwa buli kawan sebelah, cuit dia suh dia pulak bercakap, control orang yang banyak songeh dan sebagainya hehehhe..
DeleteAzwa tukar kerjaya atau still in the same line cuma tak ke court lagi..
ReplyDeleteTapi bunyi kena chair meeting, sounds ada promotion kat situ tu.
Apa pun kerja memang tak boleh habis. Lebih sana kurang sini, sikit sana lebih sini. Gitulah..
Salam Kakzakie..azwa masih di Jabatan yang sama, cuma kena transfer ke Bahagian lain yang buat kerja totally opposite dgn kerja dulu. Azwa dah gantung jubah dan bib ke mahkamah kat penyangkut baju hehehe..ada promotion sikiiittt jer..:)
Deletebetul tu kerja tak pernah habis..dan seronok sebenarnya ada sesuatu untuk dilakukan..kalau duduk diam tak buat apa pun tak seronok juga kan hehehe