Tuesday, February 25, 2014

BIARKAN GAMBAR BERCERITA..


Salam dan selamat sejahtera kenkawan.

Pagi ini berkesempatan menjenguk blog. Namun cuma sempat memuat naik gambar2 ini sahaja. Nanti bila ada masa senggang Azwa akan update blog ini..




Muaz, masa baru lahir 18 bulan yang lalu






Muaz beberapa hari selepas menyambut hari ulang tahun kelahiran yang pertama


Sebelum ini Azwa pasang baby carseatnya di depan sebelah pemandu.. pagi- pagi masa nak ke taska, kadang2 ambil gambar dia..


kadang-kadang ada kawan2 tumpang kereta. Agak leceh nak mengalihkan dan memasang semula  car seat ini..akhirnya Azwa cuba pasang di tempat duduk belakang sebelah kiri. Nampaknya, Muaz tak banyak karenah, elok jer dia duduk dalam car seat tu. Sekali sekala bila Azwa menoleh kearahnya, dia memberikan senyuman manisnya hehehe 


Hari sabtu dua minggu lepas, 15 Februari 2014. Kawan sekelas masa di kampus dulu mengadakan majlis Reunion kecil2an...sebelum itu pada 14 Januari 2014 Reunion besar2an kami telah adakan di Kelang. Kali ini, mungkin kerana masih dalam suasana CNY, tak ramai yang datang. Kami cuma 12 orang sahaja. Namun, sangat meriah dan puas bersembang dari jam 1 hingga 5 petang. Makanan yang disajikan juga memang tersangat istimewa dan sedapppppppp sangat sangat...

Lihatlah udang ni...

Nasi minyak beras panjang yang teramat sedap. Kari kepala ikan yang istimewa, gulai kambing dan acar..udang itu nak makan dua tiga ekor pun boleh... namun Azwa cuma berani makan dua ekor jer. Tu pun kongsi dengan anak2..takut BP naik hehehe


Ini pula kari atau gulai ketam..sedap sedap
Air yang dihidangkan air nanas. Dan selain buah2an, dihidangkan juga ais krim sorbet ini dalam kulit buah..yang ini perisa nanas dalam kulit nanas


Yang ini ais krim kelapa dalam tempurung kelapa

Terima kasih pada rakan kami itu. Lain kali belanja kami makan lagi ya...hehehhe

Oh ya. Venue makan2 ini ialah di Restoran Tom Yam Kung di Presint Diplomatik (15) Putrajaya. Bersetentang dengan Restoran Darus Salam, dekat area MYDIN Putrajaya.


Untuk pengetahuan bersama...semoga memberi manfaat kepada kawan2



Walau macammana pun elok belajar dengan guru yang boleh dipercayai

Dah kenyang..sedap nak tidur hehehe

Ok kenkawan..itu ajerlah update terkini dari Azwa. Semoga kita berjumpa lagi...jaga diri dan tingkatkan iman kita (macam Ustaz kat radio la pulak hehehe)

12 comments:

  1. 1. Muaz makin comel dan tak banyak kerenah duduk belakang pun no problem kan sayang:)
    2. Re-union dgn anak-anak walau 12 org tapi mesti meriah. Makan pun sedap
    3. Belajar agama ni sampai mati pun tak habis Azwa. Apalagi tajwid memang kena belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie..dah biasa duduk dalam carseatnya, elok pulak dia behave kakzakie. Kalau dipegang, mulalah dia nak merayap dalam kereta. Lebih baik didudukkan dalam car seat, dia pun duduk diam2 hehehe

      Reunion dengan kawa2 lama bersama anak masing2 memang seronok tambah2 kalau makanan yang dihidangkan amat lazat sekali..alhamdulillah

      Betul tu Kakzakie..kena belajar dan belajar dan belajar sampai pandai, insyaAllah. Teringat Ustaz Don kata, mukzijat Al Quran walau tak pandai baca, tapi kalau dipelajari lama2 pasti pandai baca..

      Delete
  2. Kakak dtg lagi tengok gambar muaz yg comel:)

    ReplyDelete
  3. salam kenal dan join
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete
  4. uh uh, broadbandku lemau. tak dapat tgk gambar .. uwaaaa

    ReplyDelete
  5. salam akak..muaz da besau da kak..kejap aje kan kak..ensem muaz....bestnye tgk mkn2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cikceria..anak awak pun tentu dah besar jugak..lebih kurang dgn Muaz umurnya kan..

      Delete
  6. Hi my dear, how you doing? I took short break from blogging, now baru start blogwalking. Wow... sekelip mata aje baby sudah besar.... how time flies. He look so cute and adorable. The ice cream kelapa look so refreshing. :))

    Have a wonderful week ahead,regards.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear..i'v been missing from blogging for quite some time..busy with work..have a nice weekend dear.

      Delete