Friday, May 16, 2014

SAIGON MOKCIK DATANG PART # 4




 Assalamualaikum dan Selamat Hari Guru buat kawan2 yang bertugas sebagai Pendidik.

Kalau tak bosan lagi, marilah bersama mengenang perjalanan ke Saigon lebih seminggu yang lepas hehehe..

Selepas melihat proses membuat coconut candy, perjalanan akan menempuhi sebuah gerai menjual produk berasaskan madu lebah asli. Minuman yang dihidangkan dalam gelas comel itu adalah campuran bee pollen, madu, limau nipis dan air suam. Untuk promote health being katanya. Azwa dapat idea bagaimana untuk perabiskan bee pollen yang Azwa beli beberapa bulan lalu. Gigih katanya nak ikut jejak langkah Uncle Lee untuk awet muda...namun, tekak tak dapek nak menerima rasa bee pollen itteww..hehehe.. 


Sambil menikmati minuman ini, amoi2 itu akan datang promote hasil produk berasaskan madu lebah antaranya bee pollen, madu asli, sabun dan yang kaler kuning tu Azwa lupa namana.  Tunggu Zareda update dalam blognya bagaimana hasil produk itu *hehehe..jgn maree.. Zar*  Dia akan gosokkan kat tangan kita, katanya untuk menghaluskan kulit segala. Seorang kawan kami terus borong sepaket..lelaki tu uolss...mengenangkan Azwa gagal menghabiskan bee pollen yang ada kat rumah, Azwa memilih untuk tidak tergoda dengan promosi amoi2 tersebut hehehe..
 Selepas gerai madu lebah ini, kami meneruskan perjalanan.  Entah kenapa, sebab kepenatan atau sebab lain, sepanjang perjalanan selepas ini, Azwa langsung tidak mengambil apa-apa gambar. Gambar yang ada pun adalah yang diambil oleh kawan2 lain...so since sehingga tarikh entry ini diuploadkan mereka tak hantar lagi gambar2 itu kat Azwa, maka tak ader la gambar2 kat sini hehehe..

Kat sini sekali lagi rombongan cik kiah semua kena 'kencing'.  Azwa perasan, semua tour agent akan bawa rombongan cik kiah ke tempat/gerai yang sama. Disebabkan itulah hampir pada setiap masa kami akan bertembung dengan rombongan cik kiah lain yang sama... malah akan masuk restoran yang sama, hotel jer berlainan hehehe..

Kesahnya, guide tu berkata.."want to buy leather bags at cheap price? come i show you"..apa lagi rombongan cik kiah semua pun beramai2 ler serbu kedai yang ditunjukkannya. Paling kelakar beg dari kulit burung unta...harga kat gerai yang pertama ini diletaknya selepas tawar menawar, RM120. Ramailah kawan-kawan yang membelinya. Mengenangkan mokcik dah memborong kat cotton house tu kan, dan kami belum masuk ke Ben Tanh lagi, Mokcik berjaya menahan diri daripada meleburkan RM, Dong ataupun USD kat sini. Tapi dalam pada tu sempat gak beli dompet kecil sebagai souvenir..

Member2 memang semua gumbira membelek beg dari kulit burung unta masing2...ada macam2 kaler, merah, hijau dan biru. Dalam beg besar itu ada dua beg kecik lagi...

Kami pun meneruskan perjalanan... kat sini sebab leka melihat gerai2 sepanjang perjalanan hampir2 mokcik kena langgar dengan motorsikal..memang dah kena pun tangan mokcik dengan handle motor..sakit uols namun mokcik buat2 tak sakit..mokcik gosok2 tangan makcik yang bawa motor itu untuk minta maaf..huhuhu.. kat situ tempat orang lalu lalang kat situ jugak dorang nak bawa motor. 

Pada masa ini ahli rombongan lain heboh2..rupanya mereka nampak kat satu gerai seseorang sedang bergambar dengan ular sawa..masing2 menyerbu nak bergambar..masa ini mokcik memilih untuk berjalan terus ke depan hehehhe

Tiba-tiba datang seorang makcik menghulurkan beg dari kulit burung unta.."RM80 only" katanya...

Member2 tadi semua berpandangan sesama sendiri..

"cuba rasa beg ni..ni tiruan. kulitnya terasa keras..tak lembut macam kita beli tadi.."

Semua pun tahu itu ayat penyedap hati..

Kat depan sikit lagi..beg yang sama disuakan.."RM60 only"..

hahahahaha...

kami semua tak dapat menahan ketawa dan pada masa yang sama siapa2 yang dah beli beg itu pastinya terasa geram hahahaha...

hadoiii...  



Sementara menunggu guide menyelesaikan urusan giliran menaiki sampan balik ke bot, kami duduk berehat di sebuah gerai. Ada sebuah gerai menjual t-shirt yang direkemenkan oleh guide tersebut. Tapi harga t-shirtnya mahal giler!! RM50 langsung tak nak kurang sesen pun. Lantas...tak ada sesiapa membuat belian kat gerai itu walaupun niat asalnya nak membantu makcik yang mengusahakan gerai itu..sambil duduk2 datang beberapa orang menyajikan buah2an yang segar2. Sekeliling kawasan ini sememangnya dipenuhi pokok buah2an..



Selepas menyajikan buah2an datang sekumpulan penyanyi dan pemuzik mendendangkan lagu kepada pengunjung. Seperti yang Azwa baca dalam blog bloggers yang pernah ke Vietnam, selepas menyanyi ini mereka akan round table membawa bakul kecil yang comel untuk mengutip tips..

Memang sungguh pun. Selepas selesai menyanyi penyanyi2 itu mula round table sambil menghulurkan bakul comel yang dibawanya. Oklah hulurlah seringgit dua...ada juga yang sangat bermurah hati hulur RM10.. sangat happylah mereka menerimanya






Pemandangan di jeti sementara menunggu giliran menaiki sampan. Setiap sampan ada dua orang pendayung. Pendayung kami, seorang lelaki dan wanita separuh umur.  Setiap sampan pula hanya tiga orang boleh menaikinya pada satu2 masa, tidak termasuk pengayuh. 

Nak naik sampan ini ada kaedahnya..silap gaya boleh terbalik hehehe
Memula nak masuk Azwa pun tersilap..Azwa pijak pada tepi sampan...mujur tak terbalik terus sampan itu huhuhu..
Nak masuk ke sampan kita kena pijak kat bahagian tengah sampan. Tangan mesti memegang di bahagian dalam kalau tak mahu kehilangan jari2 anda..


Mereka akan bekalkan kita dengan topi seakan2 topi yang biasa digunakan orang Dusun Kadazan di Sabah, cuma di sini topi itu plain jer takde kaler

 
Cheersss...inilah pemandangan kat Sungai Mekong ni...sebenarnya pemandangan macam ini pun ada kot ka Malaysia tapi tak dikomersialkan.. biasa2 jer pemandangan kat sini..cuma yang uniknya perjalanan menggunakan sampan ke hulu dan ke hilir menggunakan tulang empat kerat mereka..




Sampan dikayuh sehingga sampai kat tempat bot kita sedang berlabuh menunggu. Hasil belian di gerai coconut candy sudah menanti di sini ..Kita kena mengenal pasti driver bot masing2 supaya tak tersilap naik bot rombongan cik kiah yang lain hehehe



Masa naik sampai ke jeti tu .. pandai2lah kalian memberikan tips kepada pakcik dan makcik yang mengayuh sampan tu ye.. 


Naik atas bot masing2 akan dihidangkan dengan air kelapa..



Beg ini diletakkan harga RM10-20, tapi disebabkan salah seorang kawan dah membeli beg ini pada harga RM5 di pasar malam Ben Tanh..kami pun tawar pada harga itu. Pada mulanya penjual tu enggan menjual menyebabkan kami terus berlalu..terus cepat2 dia panggil semula dan bersetuju beri harga RM5..hehehehe..

Komen:

Kebanyakan blog yang Azwa lawati akan menceritakan pengalaman masing2 menaiki sampan ini. Menariknya, semua akan bercerita perihal rasa simpati kepada pengayuh sampan yang akan menunjukkan sebuah rumah buruk tepi sungai sebagai rumahnya. Di belakang rumah buruk itu terdapat sebuah rumah yang agak cantik juga diperbuat daripada batu..kaler hijau tak silap Azwa.

Pada mulanya memang kami semua berasa kasihan melihat buruknya rumah makcik pengayuh sampan itu..

semasa berehat atas bot sambil menikmati air kelapa, kawan2  masing2  bercerita perkara yang sama...Faham tak uols?

Nampaknya semua pengayuh itu akan menunjukkan rumah buruk yang sama sebagai rumah mereka!!!

Menarik kan. Hmnnnn....

OKlah nanti Azwa sambung lagi...hehehe

9 comments:

  1. Kadang-kadang nak kena panai juga kalau tak kena trick mereka tertipulah ye Azwa..
    Beg itu RM 5/- murahlah sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena hati2 lah Kakzakie..maklumlah kita tak faham bahasa dorang, tapi dorang faham bahasa kita sikit2..

      Beg tu Azwa suka..boleh guna masukkan telekung dan macam2 lagi..beli 5 percuma 1. Jadilah sebagai cenderamata kat sedara mara heehehe

      Delete
  2. Dsh habis vaca semua..tunggu part5 hi hi..
    akak kalau kesana agaknya sibuk beli buah..hi hi..suka dengan buah ciku yang manis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..Kak Erna..Azwa pun camtu..sebelum pergi, Azwa pi khatam semua blog yang ada termasuk blog Irfa tu..seronok dapat pengalaman dan tips, namun setiap orang yang pergi akan ada pengalaman tersendiri bila sampai kat sana.

      Buah dia besar2 dan manis2..sayangnya tak boleh bawa balik...nak try gak seludup masuk sekali heheehe..sapa ada tips?

      Delete
  3. SERONOK BACA KISAH AKAK
    SBB SY MMG TAKKAN ALAMI KOT KISAH JALAN2 NAIK BOT NI
    HAHA
    TAK NAIK PUN XPE,SBB BILA BACA AKAK TULIS NI, RASA CAM SAYA DUK SEBELAH JE
    * DIORANG DUK SERUMAH KOT, HAHA*

    SAMA MACAM KES LAWAT KILANG KEJU DI AMSTERDAM
    TOUR GUIDE CITER, DIA MAKAN KEJU SEBAB TU NAMPAK MUDA
    SEBENARNYA UMUR DIA DAH 500 TAHUN
    KAWAN YANG PEGI SETAHUN LEPAS TU CITER, LAWAK YG SAMA DIA DGR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azwa pun ambil serta dapat banyak panduan daripada pengalaman Irfa. Tq sudi berkongsi ;)

      Rasanya agent ni skrip dorang sama jer kan heehehe

      Delete
  4. ada yg buka topi tu bila sampai ke boat dia ingat boleh ambik terus terjerit pendayung minta balik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ye ker Zino..patut pun bila nak dekat ke jeti tu pengayuh dah sound siap2 minta topi tu balik hehehe

      Delete
  5. Zar x yerkena pasal beg tu sbb mmg berhati hati tapi bab royal jelly tu zar allergic rupanya. Zar pun dpt beg tu rm5. Sbb kakak ipar dah biasa pergi so dia tahu range harga. Baju bajuoun kami redah je beli lps tu bargain smpi nangis tokei kedai hhahaha.

    ReplyDelete