Monday, May 12, 2014

DAY #2 AT SAIGON CITY



Syukur Alhamdulillah. Bangun2 pagi jumaat merupakan hari kedua kami di Bandar Saigon. Saigon kini dikenali sebagai HCM, namun tour guide dok merujuknya sebagai Saigon, maka lebih mudah mokcik merujuknya mengikut tour guide itu sendiri hehehe.

Mokcik 'terpaksa' berkongsi bilik dengan Puan K yang pada asalnya datang ke Saigon bersama kawan baiknya, merangkap kawan baik mokcik juga. Namun, atas sebab panggilan tugas negara, kawan baik kami itu terpaksa merelakan jumlah yang telah dibelanjakan untuk lawatan ke Saigon ini lebur begitu sahaja. Puan K pun ok orangnya, cuma perancangan perbelanjaan kami tidak sama menyebabkan mokcik terlepas beberapa peluang berharga untuk berjalan2 meneroka Ben Tanh Market bersama kawan2 'sekepala'. Tak apalah. Ada trip lain insyaAllah :)

Bilik hotel Mifuki * kena sebut betul2* tempat kami menginap tidaklah terlalu jauh daripada Ben Tanh Market, tapi kalau dah sarat mengangkut barang tangkapan, agak leceh jugak nak menapak balik hehehe. Masa akan datang, sekiranya ada, memang tak bercadang nak duduk kat hotel ni lagi..

Hari kedua di Saigon dimulakan dengan lawatan ke War Museum.


                                       



                                               



Ada beberapa tempat yang  tak sempat kami singgah melawat cuma mendengar penerangan dalam bas jer lah. Seterusnya kami di bawa ke satu tempat yang merupakan rumah persendirian tetapi menjual telekung dan baju kurung, jubah dan blouse. 

Tak ingat dah nama tempat tu. Ianya merupakan rumah 4 tingkat tak silap Azwa. Sempit. Kalau kebetulan segerombolan rombongan cik kiah kebetulan masuk bersama, memang sesak dibuatnya. Tangga naiknya dahlah sempit. Ramai yang memborong telekung kat sini. Mokcik mencari2 baju kurung siap, namun bila di cuba semuanya sempit2 belaka.. cari size, jawapannya "tak ada, dah habis".

Akhirnya, Mokcik menumpukan perhatian kepada sederetan blouse ready made berbagai warna dan size yang nampaknya tidak menarik perhatian mana2 rombongan cik kiah yang lain. Kebetulan mokcik memang mencari2 blouse. Maka Mokcik pun duduk memilih blouse kat sudut yang tiada gangguan itu.

Salesgirl yang melayan mokcik itu berkata, "Kakak buy 5, i give you RM30 per blouse". Mokcik sambar dua helai..(selesa sangat blouse cotton itu..nyesal pulak tak beli 5 terus hahahaha). Mokcik pun terpaksa pujuk kenkawan yg dok ralit mencari baju kurung dan jubah untuk membeli blouse VC yang sejuk dipakai itu hahahha.. 

Akhirnya berjaya memujuk 4 kawan lain membeli blouse yang sama cuma berlainan kaler dan size.

Di kaunter pembayaran, tanpa sepatah kata, tuan punya itu mengira harga blouse tersebut. Harga yang diberikan RM28 sahaja, which is for Mokcik memang berbaloi2 dah. [Lagi la nyesal tak ambil lebih..huhuhu]

Selepas kedai ini, kami dibawa  makan tengahari kat Satay House. 
Makanannya sedap banget hehehe... walaupun tak namapk even secucuk sate pun kat restoran tu ahaksss...


Satay House

Pecalnya sedap.. tauhu itu digoreng garing dan amat sedap bila dimakan cecah kuah kacang yang mabeles..
Pokok Nangka yang berbuah lebat sehingga mencecah ke tanah ini memang menarik perhatian sesiapa yang melalui jalan menuju ke terowong Chu' Chi..
Begini caranya nak menyembunyikan diri...hanya untuk yang super selim melim sajork ekss...hehehhe

Tempat untuk menyembunyikan diri ke dalam terowong

Busut yang sebenarnya menjadi ruang udara untuk bernafas bagi mereka yang dok menyorok dalam terowong


Di penghujung perjalanan di Chu' Chi Tunnel akan dihidangkan dengan ubi rebus cicah kacang tumbuk dan air pandan
nampak macam air teh.. teh pandan.. wangi dan menyegarkan


Lain-lain gambar di Chu' Chi Tunnel ni korang boleh ronda2 ke blog bloggers yang dah sampai ke sana ya..hehehe..setiap orang yang nak ke Saigon perlu membaca blog rakan2 yang pernah ke sana untuk mendapat serba sedikit gambaran dan tips yang boleh dipratikkan di sana kelak

Balik daripada Chu' Chi Tunnel, kami di bawa makan malam kat restoran ini..



cendawan hiris yang digoreng garing..sedap...


Ikan tilapia goreng. Salah seorang ahli rombongan tak makan ikan...hehehe..bahagian untuk dia di dermakan kepada anggota lain yang suka makan ikan :)



Bersebelahan restoran Serai ada kedai jual baju kurung dan jubah..namanya Lindah Collection..jubah lycra dan baju kurung VS serta lycra yang lawa-lawa belaka. Cuma tak dapat banyak less kat sini..dapat sikit  jer..



Cantik kan baju kurung chiffon ini...



Selepas makan malam, kami di bawa menonton Water Puppet Show. Menarik walaupun sepatah haram tak faham hahahaha




Ini dia para pelakon water puppets show tadi...camno dorang buat puppets dalam air pun masih tertanya2 hehehe

Lepas tu balik bilik..

to be continued...

10 comments:

  1. senyap2 je dah sampai sana ya ...

    ReplyDelete
  2. hehehe..tak sempat nak bising2 tempohari Zino..sibuk benor dengan tugasan..tengok2 dah tiba hari nak terbang ke sana..hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam ukhuwah Azwa,

    Bestnya jejalan Vietnam, akak pun teringin nak kesana.. baca entri azwa ni macam best jer ..

    Akak follow #40 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nur,

      welcome to my little pondok too..Azwa pun dah lama teringin ke Vietnam.setakat baca blog orang jer. Then dapat peluang pergi dengan rakan2 sepejabat. Trip ini kami rancang sejak tahun lepas, bayaran pun bayar ansur2 hehehe...jadi dalam tempoh itu tak terasa beban sangat dan sempat kumpul ongkos berbelanja di sana.

      insyaAllah..Azwa pi jenguk blog Nur ya..

      Delete
  4. Dalam kata sibuk tahu-tahu dah melancung Azwa ye:)
    Rambang mata tengok gambar.
    Teko air dia pun menarik mata kakaklah Azwa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie..

      Itulah..sibuk tetap sibuk hehehe dalam pada itu sempat mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh Jabatan. Program ini dirancang sejak tahun lepas jadi bila tiba harinya nak bertolak macam tak percaya jer dah nak ke Vietnam..

      memang cantik kain dan baju2 serta jubahnya Kakzakie..teringin nak pergi lagi..kali ni nak pi shopping semata2 sebab trip baru2 ni lebih tertumpu kepada sightseeing hehhehe..

      Delete
  5. Wahhh...pegi HCM ye..bestnya..saya pon teringin nak pegi...apaon, pics makanan paling menggamit hatiku. Hehehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leeya..biasalah orang Malaysia..makanan paling utama..sebab body kita pun comel2 belaka..orang sana selim melim jer payah nak cari yang comel lote hehehe

      Delete
  6. nama hotel tu yg buat kita gelak sakan tu hari, hahaha

    ReplyDelete