Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kenkawan tersayang di alam siber..
Tak habis2 lagi citer pasal Saigon ni walaupun dah 11 hari kembali ke tanah air. Anyway, hari ketiga di Saigon, kami di bawa melawat ke Sungai Mekong. Sungai Mekong ni nak kata cantik pun tidak sebab airnya keruh. Namun kebijaksanaan pihak Pelancongan di Vietnam yang pandai menggunakan segala sumber yang ada untuk menarik pelancong datang ke negara mereka.
Dalam perjalanan ke Sungai Mekong, kami di bawa singgah di satu kedai menjual baju kurung dan jubah serta mengambil upah untuk menjahit baju juga. Tak silap Azwa namanya Cotton House. Kat sini kami kena 'tipu'... kononnya ni harga kilang lah..paling murah baju kurung biasa tiada manik adalah RM35. Tak boleh kurang walau sedong pun.. Namun satu kelebihan kat sini, tempatnya luas dan pilihannya memang banyak berbanding di kedai2 lain.Bagi setengah orang RM35 sudah dianggap murah..namun meroyan juga mokcik bila tengok harga bagi baju yang sama di sekitar Ben Tanh hanya RM28 hengget dan boleh tawar lagi!!..bengang sebentar...
Kat sini, tak henggat langsung nak tangkap gambar sebab sibuk memilih baju...hehehe..
Perjalanan ke Sungai Mekong mengambil masa dalam 2 jam juga. Sempat kami tertidur2 dalam bas lagi. Guide itu ingin bercerita tentang sejarah Vietnam, namun masalah bahasa menjadi sedikit kekangan. Pada suatu masa tu berlaku sedikit salah fahaman.. tengah dia sedap2 bercerita, ada yang bertanyakan sesuatu. Guide itu tersilap faham, dia ingatkan kami mahu dia berhenti bercerita dan biarkan kami tidur..adakah hahahha.. last2 dengan dia dia sekali terlelap.
Makanan yang dihidangkan di restoran di Sungai Mekong..simple jer lauknya. Yang kelakarnya, mula2 terasa pelik kenapa air dihidang dalam gelas tinggi tetapi berisi tak sampai setengah gelas pun airnya.
Rupa2nya, nanti masa kita nak makan seorang pelayan akan datang untuk memasukkan sebiji ais besar kedalam gelas.
|
Satu lagi Azwa perasan kalau kat Vietnam, hidangannya akan mengikut jumlah kepala..misalnya udang ini, cukup2 seorang seekor udang.. |
Di kawasan restoran ini terdapat tandas dan juga tempat solat. Namun, tempat solatnya terbuka, tanpa pintu dan tanpa tingkap tertutup. Haiyoo..lantas kami memilih untuk solat dalam perjalanan balik ke hotel nanti. Bagi golongan lelaki tiada masalah untuk solat di tempat sedemikian.
Selepas makan kami di bawa melawat tempat membuat coconut candy. Mulanya terbit rasa kasihan dan simpati pada mereka ini yang nampaknya bersungguh2 berkerja demi mencari sesuap nasi.
Tak ingat samada santan sahaja atau santan termasuk air kelapa digunakan untuk membuat coconut candy |
Proses membuat coconut candy |
Salah seorang anak pekerjanya membantu membungkus coconut candy
|
Inilah rupa coconut candy yang siap dibungkus untuk dijual
|
Gerai bersebelahan coconut candy
|
Sebenarnya bukan setakat coconut candy sahaja. Ada beberapa barangan lain antarnya minyak kelapa dara katanya.
Azwa ada terbaca dalam satu blog berkenaan the ugly truth kat kilang membuat coconut candy ini. Diberitakan bahawa, pekerja2 kat sini berkerja semata-mata untuk pertunjukan jer. Maksudnya, bila ada pelancong, mereka bersungguh bekerja. Bila tak ada pelancong, mereka cuma berbual2, main rambut, picit jerawat dan akan cepat2 mengambil tempat masing2 apabila mendengar ada bot berhenti dan mula membungkus coconut candy tersebut tanpa membasuh tangan katanya...
Kalau bohong blogger tersebut, bohonglah cerita ini, namun ini berdasarkan apa yang dilihatnya semasa menunggu kira2 2 jam kat kawasan membuat coconut candy itu....alamak kensel la nak merasa coconut candy...
Kalau yang dah beli coconut candy tu..di sini, prosesnya..lepas jual beli selesai, masukkan dalam plastik dan tulis nama. Hasil belian akan dihantar ke bot kita , sementara kita akan meneruskan perjalanan ke gerai sebelah.
Gerai sebelah adalah mempromosikan madu lebah asli. Sampai2 jer kat situ ada seorang jejaka yang sedang memegang sarang lebah sambil berposing. I suppose kita pun boleh bergambar dengan lebah2 itteww..but kami cuma ambil gambar jejaka ittew sajorkk..
Inilah dia jejaka itteww..sedang berposing dengan sarang lebah..gigihnya dia.. hehehe |
Madu dihidangkan bersama manisan ini yang juga akan dipromosikan bersama... Seterusnya mari kita teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya... Bersambung daaa... |
Dekat tempat lebah tu zar terjebak beli royal jelly. Balik.hotel zar sapu kat muka.. terua allergic bengkak bengkak mata.. nantikan zar cerita kat blog nanti hhe
ReplyDeleteKAK ZAR..
Deletebiar benar? eh apa dia letak agaknya tu
cepat citer ye
Nak dengar jugak story mory Zar nie...ce citer ce citer...
Deletecepat sambung ye
ReplyDelete# geli pulak psl coconut candy tu,huhu
Dah sambung dah hehehe
Deleteish ish ish..kalau tak baca blog tu azwa pun terjebak..huhuhu