Tuesday, May 20, 2014

SAIGON SITU SINI SANA PART # 6

Salam dan selamat sejahtera semua.

Hari ini rajin sikit nak update. Ini pun a quick entry tentang trip ke Saigon tempohari.

Bila dah balik dan belek2 apa yang dibeli..hmnn..nampaknya masih ada beberapa tempat wajib pergi, yang belum pergi dan barang wajib tengok, wajib pilih dan mungkin akan beli, yang tak sempat cover dalam agenda cuti cuti ke Vietnam tempohari hehehe.

Pandai tak Mokcik cipta alasan untuk nak terbang ke sana lagi dalam masa terdekat???

hehehehe..sapa setuju, angkat keyboard semua....say yesss.... hahaha

Entry ini tidak mengikut turutan..caca marba sahaja


Telekung berbunga sulam timbul 60 kuntum katanya.. kain Vietnam cotton..sejuk, tidak terlalu berat, tidak terlalu jarang..




close up bunganya..Yang ini beli kat satu kedai sebarisan dengan Basiroh. Penjualnya sangat peramah, walaupun bahasa jadi penghalang...Azwa terjumpa dengan kedai ni pun masa berjalan sensorang pagi hari terakhir kat Saigon. Kawan2 lain tinggalkan mokcik, dan room mate pulak selepas kami masuk ke Ben Tanh sekejap nak ke kuil. Azwa pula dah berjanji nak pi mencuba suit yang kami tempah pada jam 10.30 pagi. Tak pasti sama ada harga yang Azwa laburkan itu murah atau mahal, namun berpuas hati dengan layanan tuan punya kedai. Siap duduk kat lantai lagi..namun malangnya masa itu stock kat kedai tak banyak dan saya tak dapat menunggu kerana jam 11.30 kena balik hotel..

Oh ya. kebanyakan kedai kat sana kita kena buka kasut bila nak masuk. Lama-kelamaan baru Azwa faham kenapa...kat sana bila dah ralit memilih memang kita kena duduk kat lantai, belek betul2 barang2 yang nak dipilih, sambil tawar menawar..tu yg ada sampai tertidur2 menunggu urus niaga siap tu.

Ada setengah butik, siap bagi air minuman dan beri akses kepada wifi lagi..  


Baju kemeja t untuk cik abe dan anak2 lelaki.. Mokcik dah siap pilih size XL...namun, ketiga2 cik abe, anak sulung, anak kedua tak boleh muat baju ni..anak no. 3 lah untung hehehe dapat kat dia semua 6 helai t shirt Burberry dan Polo reject untuk export hehehe


Ini jaket suit yang ditempah. Jahitannya kemas walaupun agak kelam kabut sikit gara-gara miscomunication.. mana taknya, sorang cakap broken english, sorang cakap Vietnam...hehehe

Kos untuk sepasang suit ini RM300 jer... suit serupa yang Azwa tempah di Putrajaya, RM1,000 uolss...boleh dapat tiga suit kalau buat kat sana :D





Salah satu baju yang Azwa pilih itu..Azwa tak berapa gemar manik2 serabut. So pilih yang manik macam ini..hehehee


Close up lagi baju kurung Vietnam


Saya tak ingat ini kat mana., tapi cantik kan..


Bling2 lagi uolsss...harus rambang mata dibuatnya


Lawanya...


Kedai menjual VS ini kami jumpai sewakatu balik darpada Sports Centre..di sini kejadiannya, kawan Azwa nak membeli namun kata amoi yang menjaga kedai, mereka tak terima RM atau Dong, nak USD.

Petang itu kawan Azwa pergi tukar wang kepada USD.

Tiba di kedai ini, amoi yang sama kata mereka tak terima RM atau USD, mereka nak Dong sahaja!!

Pulok doh!!

Tak nak jual cakap terus terang maaaa...

tapi serius..VSnya cantik2 ooo

Moralnya:

Perlu ada kesemua jenis mata wang dalam dompet anda...jika berlaku situasi di atas..penjual tak boleh nak berdolak dalik.

Tukar duit ke VND, tak perlu banyak beribu2..nanti jenuh nak bawa ke hulu hilir VND berjuta2 hehehe...Kalau pergi dengan ejen..makan minum ditanggung tak perlu risau sangat.

Azwa cadangkan bawa VND untuk bayar buah2an, makan minum, tips dan dalam keadaan macam kat atas tu hehehe.. sediakan payung sebelum hujan maaa..

USD..untuk butik2 yang agak nampak ada standard sikit..guna USD..Tapi masa kami buat suit, mereka terima semuanya..ketiga2 pun ok.. tengok kedai jugaklah..

Survey dulu beg kat Mekong River tu..pastikan anda memegang dan membelek beg2 yg ditawarkan di sepanjang jalan itu. Jangan mudah sangat terpedaya dengan kata janji manismu..

Ada banyak kedai..jgn memborong di kedai yg kedai pertama sekali di bawa oleh agen..huhuhu..kalau tak, menangis tak berlagu la jawabnya..

tipah tertipu pun mengadu dalam blog ajer la jawabnya... atau kalau buat aduan kat fb kami tumpang like ajer lah hehehehe

Berhati2 kalau nak hantar kain baju untuk dobi..kat hotel kami duduki itu, kena bayar dalam USD..mujur mokcik memang ada lagi saki baki USD dalam dompet.

Upah untuk dobi di Saigon agak mahal juga berbanding di Bandung.. 

Pilih Hotel paling dekat dengan area Ben Tanh..kalau boleh macam Blessing 1.. atau Thanh Hu... terdapat beberapa hotel di area kawasan tersebut..senang nak ke pasar malam,  ke Ben Thanh,  ke restoran halal,  kedai2 kain dan beg sekitarnya berulang kali sehingga ke titisan dong yang terakhir ..

Jika membeli beg atau pakaian di pasar malam, pastikan ianya betul2 dalam keadaan baik. Memang ada perbezaan kualiti dan harga di antara barang di pasar malam rasmi (dekat area  pasar Ben Tanh) dengan sepanjang jalan ke arah hotel Blessing 1/restoran Hajjah Basiroh.. Jika beza harga RM2 sahaja, baik beli sahaja di pasar malam rasmi atau dalam Ben Tanh, sebab kualitinya lebih baik berbanding di pasar  malam gelap.

Sediakan wang kecil RM1 untuk tips masa ke Mekong River atau untuk sedekahkan pada masa2 tertentu..

Ada bloggers yang kata orang di sana ada yang tidak akan memulangkan duit baki atau menipu dalam memulangkan duit baki. Syukur, setakat 5 hari pengalaman Azwa di sana tiada bertemu keadaan sedemikian. Malah mereka akan mengira duit baki berulang kali dan membantu kita lagi mengira duit baki.

Tapi tak ada salahnya berhati2 kan..

   

OK..itulah sahaja beberapa tips yang Azwa dapat kongsikan ..kalau ada lagi tips lain nanti Azwa kongsikan ya..  

Sapa nak merancang trip ke Saigon..war2kan..mokcik tengah kumpul duit dalam tabung ayam nie hehehehe

14 comments:

  1. Kalau pergi sekali memang nak pergi lagi. Alasan yang Azwa bagi tu boleh diterima pakai. Emak Adam pun bagi alasan mcm tu jugak …… hehehe

    ReplyDelete
  2. Cantik2 kan azwa..akak dah 3 pasang beli telekung lycra 2 lace tu..sedap pakai dan elok labuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Erna..cantik, selesa, labuh dan paling penting murah hehehe

      Delete
  3. emm tak jumpa kedai VS tu
    saya beli kat umah hajah tu je
    so far puas hati, sbb rega dlm ben thanh lagi mahal

    teringin nak tempah blazer tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedudukan kedai ini di barisan belakang hotel Blessing 1 Irfa.. kalau dari arah Hotel Mi..sebut betul2 tu hahaha.. ikut arah ke kiri.. ke kanan akan ke arah hotel Blessing 1.. VSnya memang cantik2 giler..boleh tempah tapi tak tahu kenapa amoi tu berdolak dalik pulak..huhu

      lain kali Irfa pergi boleh tempah..ada kedai tu lagi murah, RM250 sajorkk..

      Delete
    2. rm250?
      ma aih tu gred 1+++++ ke hapa
      sy beli yg biasa je kot

      Delete
    3. hahaha Irfa..untuk satu set la Irfa..blazer dgn seluarnya sekali hehehe..kalau blazer sajorkk.. mokcik pun tak akan membeli hehehe

      Delete
    4. OH RM250 TU UTK BLAZER N PANT, IGTKAN VS ,HIHI
      SALAH PAHAM

      Delete
  4. Cantiknya telekong tu...baju bling2 pon cantik...nak jugakkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leeya..memang cantik2..berbling2 mata dibuatnya..kalau aku kayaaaa...semua pun nak angkut jugak hahahaha

      Delete
  5. Rambang mata shopping di sana ye Azwa. Sudahlah cantik-cantik murah lagi..
    Tapi betullah dlm pada banyak duit keluar shopping jgn lupa sedekah duit kat mereka - seringgit berkali-kali hulur setiap seorg banyak juga jariah boleh dibuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kakzakie..memang meroyan dibuatnya. Bagi Azwa sendiri, selepas berbelanja di Cotton House itu, memang Azwa kontrol ayu sungguh dan berjaya tidak berbelanja dengan boros sehingga hari terakhir hahaha..mujur juga diberi masa 2 jam sahaja di cotton house tu..kalau 4 jam agaknya habis duit belanjakan kat situ jer..huhuhu

      Lagipun kawan serombongan juga sentiasa mengingatkan.."Puan cuma boleh beli telekung jer lagi, tak boleh baju kurung siap lagi dah!" hahahah Memang pun, hari terakhir itu Azwa cuma membeli telekung, tapi tak dapat beli banyak sbb beg dah melebihi berat dah aduhaii..

      RM1 bagi kita mungkin sikit sangat namun bagi mereka di sana dapat RM1 pun dah cukup suka. Ini terutamanya semasa di Mekong Tour, apabila singgah di setiap gerai, dan ada pulak pemuzik dan penyanyi tak diundang menghiburkan kita sementara tunggu sampan datang..boleh la hulurkan RM1 setiap seorang. Jadi kita pun tak terasa sangat. Padahalnya kalau ikutkan petua orang kaya nak bertambah murah rezeki, nak bersedekah, sedekahkan duit paling besar dalam kocek. Tapi biasalah kita yang iman tebalnya bak kulit bawang tak mampu lagi nak mencapai tahap itu.

      Delete
  6. syurga soping kat sane rupenye...tapi pakai usd mcm kat bali plak kan....lieya pelik kedai yg pic last tu...nape mcm tolak dalik tak mo jual....gile ape...org nak bagi duitkan .... pelik tul...

    ReplyDelete