Sunday, January 11, 2009

HUJAN LAGIII...

Nampaknya musim hujan belum berakhir di KT.

Hujan sudah mulai turun sejak semalam dan semakin lebat awal pagi tadi. jam 1.28 pagi, azwa terjaga apabila mendengar rengekan hadi. Biasa la nak minta dibuatkan susu la tu. Malas nak bangun, tapi kena bangun juga huhuhu. Kipas sejak dua tiga hari nie pasang di kelajuan 3 atau 2 sahaja...tapi angin dari luar subuh tadi yang menyusup masuk melalui celah2 dinding kayu tersangat la sejuknya hingga ke tulang sum sum kata orang tua2. Menggeletar azwa dibuatnya. Cepat2 azwa betulkan selimut aini dan azza. azwa sendiri sambil membancuh susu membalut badan dengan selimut...sejuk giler uolsss...



Lepas hantar hadi ke rumah babysitter, azwa bergegas ke pejabat. Kena gi pejabat sebab tak bawa balik fail untuk kes hari ini. Elok jer lepas round about di batu 6 dah mula jem..alahaiii...apsal la jem teruk sangat, sampai tak bergerak kenderaan nie... Kena plak tepon opis, minta driver opis hantar fail ke court terus. Takut lewat kalau azwa masuk opis lagik. Ingatkan pasal hari hujan yang jadik jem, tapi taim hujan pun slelau tak gak jem camni. Tiba di atas jambatan Sultan Mahmud...lerrr....ropenya pekerja TNB...ntah aper yg dorang repair..tu yg menyebabkan jem giler sepanjang jalan dekat sejam. Dulu pekerja DBKT dah kena komplen buat kerja atas jambatan masa orang berasak2 nak pergi kerja, sedangkan dah tahu jalan menuju ke bandar di KT nie klu dari arah KB hanya ada dua sahaja...dan dua2 pun jem...adusss.. sabarrr je la.

Dah ler dengan hujannya, dengan jemnya...seolah2 seluruh kenderaan di Malaysia nie bertumpu di KT...tu yg jem giler tu..cepat2 lah semua ini berlalu huhuhu

oh ya, minggu lepas ramai gak yang buat acara masak bubur assyura...keluarga asben pun tidak terkecuali. Kami dibekalkan se tupperware besar bubur assyura...lahaii...takut terbuang begitu sahaja, azwa bawa ke pejabat. Tengok tadi, masih banyak lagi bakinya, mungkin staff lebih teruja turun makan free kerana TPM ada acara di dewan besar tadi kabarnya.


Gara2 hujan turun lebat hampir setiap hari, proses pembinaan projek kami pun asyik terganggu. Bekalan pasir dan batu sering terputus bila hujan lebat...hmnn...syukur juga bahagian tangga sudah disiapkan. So semalam dapatla naik ke tingkat atas meninjau2 keadaan. InsyaAllah, dengan izinNya, mudah2an dipermudahkan urusan agar cepat siap projek kami ini. Kalau dah siap dan berpindah, bleh dah jimat duit sewa rumah Rm400 sebulan. Dalam pada hujan2, sempat juga asben dan adik beradiknya mengecat (undercoat) rumah di bahagian atas. Nampak la comel sket lepas kena cat hehehe.

ok gotta go prepare utk bicara esok pulak...daaa

6 comments:

  1. Rumah dah siap nampak nya:)

    Masih hujan lagi ye ingat sampai December aje.

    ReplyDelete
  2. Kalau asyik hujan je memang kerja2 akan tergendala...especially kerja2 pembinaan...tapi takpelah...insyaallah akan siap nanti tu...maklumlah ...dah nak Februari dah ni...hujan pasti akan reda dah...

    ReplyDelete
  3. bila hujan ada lah alasan nak minta lanjutan masa dan tuan rumah kena lah luluskan hehe

    ReplyDelete
  4. kak elle,

    tu la pasal...ingatkan musim hujan dah berakhir, rupanya belum berakhir sepenuhnya.

    Anie aka kaklady,

    Gitu la nampaknya. biasanya klu hujan tak berhenti sampai jam 9, tukang memang tak datang kerja dah.

    zino,

    nasib baik kerja bukan kira ikut hari, kalau tak naya tuan rumah huhuhu

    ReplyDelete
  5. salam kak azwa..
    selalu gak salahkan org repair jalan,pdhal diorang buat keje tu utk kemudahan kita akan dtg.
    hehe.bukan marah tp pilihler masa yg sesuai..tak gitu?

    ReplyDelete
  6. irfa...betoi tu..tunggu ler lepas waktu puncak ker baru start kerja kan kan kan..

    ReplyDelete