Wednesday, January 28, 2009

WAN ARFAH & IMTIAZ


Pejam celik pejam celik...hari ni dah hari rabu ropenya.

Dah kena kerja semula. Pagi nie taklah kelam kabut sebab dari semalam lagi azwa dah siapkan pakaian kerja dan baju sekolah anak2. Usop pun dah mula ke sekolah barunya hari ini. Sekolah sama dengan Aman, dihantar oleh biras azwa, maka tak perlu lagi azwa terkejar2 nak hantar dia ke sekolah.

Apa aktiviti kami masa cuti tempohari ek? Aha kami telah pergi berjalan-jalan ke Bachok dan Pengkalan Chepa uolss..

Hari isnin perjalanan kami bermula menuju ke Bachok. Menziarahi bestfriend yang sedang cuti bersalin. Pertama kali ikut jalan Tok Bali ke sana...beberapa kali sesat jalan tapi berjaya juga sampai akhirnya.





Nak menziarahi si kenit ini, terpaksa melepaskan peluang bertemu Ina dan Cik Non dari Kerteh. Tak per, janji akan bertemu Ina dan membelek tudung Cik Non pada awal februari nanti, insyaAllah.


Inilah WAN ARFAH...berusia 52 days anak sulung kawan azwa. Comelnyer dia...asyik tidoo jer masa kami sampai tu.

Selepas Bachok, kami menuju ke Pengkalan Chepa untuk menziarahi rakan cik abe merangkap mama dan papa angkat Aini hehehe. Mama dan Papa Aini nie dulu masa kat Perak sering meminjam Aini pada hujung minggu. Mereka berdua telahpun berumahtangga selama 14 tahun, tapi belum dikurniakan anak. Azwa masih ingat masa baru peknenkan Hadi, Mama dah bercadang2 untuk lebih kerap meminjam Aini...konon2nya untuk meringankan beban azwa huhuhu. Tup2 dua bulan lepas tu Mama disahkan mengandung...

Bayangkan selepas 14 tahun menunggu, setelah puas berusaha dan kini hanya pasrah sahaja pada takdir, tiba2 Allah beri zuriat pada mereka. Azwa pun memang tak galakkan Mama meminjam Aini dah lepas tu...maklum la Aini ni boleh tahan manja dengan mama dan papa dia...nanti kesian mama kena dukungnya. Kandungan yang ditunggu2 perlu dijaga sebaik mungkin.

Akhirnya, pada bulan disember 2008 lepas, Mama selamat melahirkan secara caeserian...bayi perempuan...IMTIAZ...sesungguhnya yang teristimewa. Semua sahabat handai ikut seronok dan bersyukur kerana mereka dikurniakan zuriat juga akhirnya. Sampai misi pun turut pelik melihat Mama tidak putus2 menerima kunjungan pelawat dan hadiah sampai tak muat bilik hehehe.




Dan hari isnin lepas, seronok sangat melihat Imtiaz dah pandai berjalan...berlawan2 berlari dengan Hadi...beza umur pun dalam dua bulan sahaja. Sayangnya terlupa pulak nak ambil gambar...yang ada gambar masa kedua2nya masih kecil tempohari...tu pun mana dah simpan...nanti kena korek balik huhuhuhu




Ni berjaya jumpa gambar2 lama...diambil tahun lepas, masa tu kedua2 Hadi n Imtiaz about 6 and 4 months old. Gambar diambil dekat restoran ayam percik yati kat KB nie...ni gambar Imtiaz, papa dan Aini.


Imtiaz dan Hadi...tengok aper tuuu...


Hadi older than her by two months, tapi Imtiaz nie panjang hehehe...tu yang nampak sebaya tu..

Pukul 6 petang, kami bertolak balik dan selamat sampai di KT pada pukul 8.35 malam.

Semalam pulak...apa lagi operasi dobi mendobi dan iron mengiron baju2 la jawabnya. Petang gi melawat projek...dah hampir 80% siap...alahaiii lupa lagik nak ambik gambar...nanti la azwa update semula hehehehe..

9 comments:

  1. comelnya wan arfah... :)

    hari ni ofis sas pun sunyi... ramai yang cuti...

    ReplyDelete
  2. comel nya dia....
    bila alang ada rumah dia le yg tukang gosokkan baju adik abah dan mak dia rajin alang hehe

    ReplyDelete
  3. Sas,

    Memang comel kan...

    ofis azwa pun masih sunyi sebab ramai yg masih cuti.

    Zino,

    Wah bestnya...pinjam alang tolong gosok baju kitorang boleh hehehehe..

    ReplyDelete
  4. comel nya baby tolong ciumkan ye azwa..suka bau baby.

    ReplyDelete
  5. 14 tahun menanti...mestilah seronok bila disahkan mengandung...alhamdulillah...selalunya orang kata kalau kita selalu dukung main2 dgn anak orang nanti melekat...heheh...rezeki ALLAH tu...

    Comel wan arfah...sayangnya takde gambar imtiaz...

    ReplyDelete
  6. Kakelle...

    comelkan baby...azwa pun suker bau baby terutama baru lepas mandi hehehe...

    KakAnie,

    Dah jumpa gambar lama...gambar baru kalau papanya hantar nanti azwa pastekan.

    ReplyDelete
  7. ummi,

    baby memang comel kan...geramm jer nengok

    ReplyDelete
  8. chomeyynyerrr.. hi akak azwa tewww, salammz dr me dikejauhannnns

    ReplyDelete