Sunday, February 1, 2009

MOKCIK TENGAH BIZI..

Sejak pukul 9.00 pagi tadi hingga pukul 2.30 petang...aha...tiga mesyuarat mokcik dah hadiri...se tu boss handle, mokcik perlu hadir gak sebab ianya melibatkan hal odit mengodit pasal sistem pemfailan yang memang 'fail' di pejabat ini huhhuhuhu... kena buat sesuatu lerr lepas nie.. Dua lagi mesyuarat tu memang azwa kena handle..pasal 'masalah negeri'...alhamdulillah semuanya dapat dibereskan dengan cepat dan efisien...terima kasih kepada jabatan *teeeeet* yang telah menyediakan angka2 dan kiraan2 terlebih dahulu sehingga mata azwa tak perlu la berpinar2 lagik sementara menunggu depa bermain dengan kalkulator...hehehehe. Syukur la depa tu semuanya mudah 'dilentur' dan boleh menerima idea yang azwa 'cipta' untuk mempercepat dan memudahkan kerja kami semua. Terima kasih puan pengarah...muaaachhhsss...




Seperti biasa, selepas mesyuarat menyelesaikan masalah negeri nie, azwa kena rehatkan otak nie buat beberapa ketika.. ( baca...merayau ke blog orang hehehe) . Selepas berehat barulah bersemangat semula menyiapkan kerja2 harian huhuhuhu.

SEMALAM

Ni cerita semalam. Asben balik2 ajer dari menjadi pengadil perlawanan badminton sekolah ajak azwa gi kenduri kawen orang sekampung. Biasanya kalau ada kenduri kawen azwa lebih selesa pergi kalau MIL ada bersama2. Maklum ajer la azwa kan baru pindah ke kampung asben, maka tentulah orang tak kenal azwa, azwa pun tak kenal dorang. Kalau datang sama MIL sonang sikit, tak perlu panjang2 nak perkenalkan diri...dah ler loghat Ganu azwa masih belum lulus lagik huhuhuhu. Datang dah ler kira lewat...lepas asar. Nasi dan lauknya masih banyak, tapi lauknya gulai daging yang mana azwa dah lama tinggalkan ( baca...berat badan sejak balik Sabah tempohari dah mula menyebabkan baju2 semakin mengecil muahahha...)...so, azwa sekadar ambil syarat jer la...makan nasi dan boh sedikit gulai.

Pehtu, dari kejauhan ternampak sepasang pengantin sedang melepak2 kat bawah tu berbual2 dengan kenalan mereka la agaknya tu. Azwa pun naik ke atas rumah, bersalam dengan dua orang mokcik yang sedang duduk kat tepi tangga. mokcik tu sempat menegur.." Sapa ni tak kenal?" " Saya menantu *teeeet* yang duduk dekat trafik light tu" "oooo...yang duduk dekat kedai *teeet* tu yer..". Azwa pun masuk dlam rumah, kebetulan bertembung dengan pengantin perempuan, terus bersalam lagik. Masa nak beri 'angpau' tu..biasanya kat sini beri pada mak pengantin, tu pasal cari mak pengantin..ropenya yang menegur di luar tadi tu mak pengantin la plak... Masa hulurkan 'angpau'.."eh...beri la pada menantu, dia ada kat dalam.."

Konfuse sokojap...menantu? Lalu di tunjuknya sesorang yang sedang mendodoi anak di sudut sana...ooo...ropenya mokcik tu buat kenduri kawen anak pompuan dan kenduri sambut menantu sekaligus...tu yang konfuse...huhuhhuu...memang malas nak gi kenduri ngan asben nie...selalu tak beri penjelasan penuh...nyampah i uollss hehehehe.


MONSOPIAD

Hari ni mokcik nak tepek gambar2 masa kami melawat ke Perkampungan Kebudayaan Monsopiad tempohari..satu...dua...tiga....

aisey...ada problemo plak nak upload gambor2 nie...nanti i cuba terai test kinam semula ek...la nie nak gi buat kerja semula...bapak2 ibu2 harap bersabar ya....permisiiii



Ni gambar depan pintu masuk ke Perkampungan Kebudayaan Monsopiad.



Batu ni dikatakan tempat roh2 nenek moyang berehat. Batu ini dinamakan Gintutun do Mohoing. Dipercayai kalau kita ambil gambar batu ini boleh kelihatan seolah2 rupa orang kat batu tersebut. amacam? Korang ada nampak tak?


Ni gambar di luar rumah tempat menyimpan tengkorak..


Ni gambar tengkorak2 yang digantung di atas siling rumah penyimpanan tengkorak...terdapat 40 tengkorak semuanya di sini.

to be continued...

11 comments:

  1. tak sabar nak tengok gambar2 ni hehe

    ReplyDelete
  2. zino,

    sabarrr...ada masalah teknikal sedikit hehehehe..

    ReplyDelete
  3. menyampah kan kalau kena meeting , kerja tergendala pas tu balik tu kena buat kerja selepas meeting lagi

    ReplyDelete
  4. Kak elle,

    tu yang kurengg tu sebab i was prepared with one angpau only...dah ler takder duit kecik..huhuhu. Tak bersampul la satu lagik...tercalar kejelitaan i auwww....

    Zar,

    Tu la pasal, lepas mesyuarat tambah lagik kerja pada kerja sedia ada huhuhu

    ReplyDelete
  5. seronok makan gulai orang kawin ni..sedap...nak buat sendiri tak pandai...

    ReplyDelete
  6. the head hunters tewww.. serammnyerrr

    ReplyDelete
  7. NAIK BULU ROMA TGK GAMBAR KAT MONSOPIAD TU..EE SERAMLAH

    ReplyDelete
  8. Maklang,

    sebab sedap la yang kena kurangkan makan tu huhuhu..bertambah tembam la i kalau diturutkan selera makan hehehe

    en_me,

    Masa kat rumah tengkorak tu tak pulak azwa rasa seram, tapi masa kat batu tu yang tetiba ada rasa seremmss skett..

    Irfa,

    Sesekali gi melawat tempat2 cenggini ok juga hehehe

    ReplyDelete
  9. Salam kenal Azwa,
    Datang sini dari blog orang nogoghi saya Zino. Kita di Wilayah Cuti sakan sekarang orang Nganu dah mula kerja kuat ke?

    ReplyDelete
  10. Salam saudara Zabs,

    Terima kasih sudi mampir ke sini. Sudi2kan menjenguk selalu walaupun posting disini biasa2 sahaja :)

    Wah orang Wilayah cuti panjang sejak tahun baru Cina ya...selamat...

    ReplyDelete