Tuesday, February 10, 2009

CERITA CERITI HARI INI

Mokcik pun tak ketinggalan meletakkan bunga ini kat kereta...skang nie kat mana2 di Ganu nie akan kelihatan bunga ini di kebanyakan kereta...


Budak Hadi bergaya dengan pyajama "mat kacau"nya...cik abe yang kasi gelaran tu hehehe






Masalah negara kat Perak tak selesai lagi. Sebentar tadi dapat balasan sms dari rakan.."tak tahu siapa dapat masuk ofis MB dulu. FRU jaga pintu pagar." Masih panas lagi la cuaca kat sana itteww..

Masalah rakyat jelata kat sini pun masih berlambak...tapi jadual mesyuarat mokcik telah penuh sehingga bulan mei tahun ini. Lagipun, satu hari mokcik cuma sanggup letak paling maksima 6 kes sebab mokcik anggarkan satu kes mengambil masa 1/2 jam untuk perbincangan. Pagi biasa la kena gi court dulu, makanya mesyuarat biasanya waktu petang. Kalau full day dapat la slotkan 10 ke 11 kes...tapi seperti yang mokcik katakan sebelum ini, bermain dengan angka2 memang memeningkan huhuhu...

Setiap hari sekurang2nya seorang rakyat jelata akan menelefon bertanya bila giliran beliau akan dipanggil mesyuarat...adoiii...tetapi mokcik masih menten vogue, melayan panggilan2 itteww dengan mesra alam hehehe...memang macam2 karenah kerana mereka yang terlibat ini majoritinya golongan veteran. Tambahan pulok mokcik nie masih diperingkat belajar loghat Ganu..kalau kena pokcik mokcik yang slangnya pekat abiss...memang la mokcik mengambil masa nak beri penerangan huhuhuhu..

Dalam banyak2 panggilan telefon itteww, yang baru mokcik terima sebentar tadi memang kelakar..

Kringggg...kringgg

Helloo..

Helloo..puan **** ke tu?
Ye saya..

Aa..assalamualaikum. Saya nie ***** ****. Hok kes sebutang 21/1 hari tu. Saya dokgi mahkamoh, saya terlupo tarikh.
Tak aper, (sambil semak tarikh). Kes pokcik akan disebut semula pada 17/6/2009. Sebab ini tahun 2007, saya tetapkan tarikh perbincangan pada 4/5/2009.

Hok alohh...pokcik nie dah tuo..umor doh 70...kalau buleh tu puan panggil la awal sikit..tolong la warga emas nie

(Tahan gelak) Minta maaf la pokcik, harap bersabar. Saya sedang berusaha selesaikan hok tahun 2003, 2004, 2005. Saya tak boleh nak janji tapi insyaAllah kalau ada tarikh awal saya akan panggil.

Tak per la puan...kes lamo2 tu...tapi buwi la keistimewaan hok kes orang tuo2 nie...
Hehehe... pokcik saya tetapkan tarikh ikut giliran...kes paling lamo tuang haking suh selesai dulu.

Tak por la..mujur doh ada tarikh perbincangang tuh. Tapi klu buleh puan panggil saya awal deh..aa....ingat nama pokcik tu ***** ****, warga emas nie..hehehehe


Boleh tahan kelakar gak pokcik nie kan...hehehe..

KISAH SEMALAM

Sejak terbaca komen Zar di blog Irfa tentang card reader itteww...tergoda la mokcik untuk membeli jugak sebijik card reader itteww. Maka semalam lepas abis kes, mokcik pong gi merayau ke Mydin. Ini lah card reader yang mokcik sambar semalam. Bersama2 dengan pen drive baru untuk menggantikan pen drive lama yang dah dipenuhi virus itteww...klu guna di laptop kang hancus pulak lap top mokcik.


Wah...manyak sinang ooo mo kasi transfer gambar using this card reader ( aik terus lintang pukang bahasa mokcik)...berbaloi la membelinya. Pehtu mokcik pong gi makang2 dulu sebelum balik pejabat...laporr uolss. Mokcik nie memang kalau pagi2 sebelum habis kes tu tak boleh nak makan. Paling kuat pun mokcik minum secawan milo ker, atau cereal 3 in 1. Bila abes kes memang menggeletar kebuluran...so pekena curry laksa dulu...huhuhuhu...cakap kat boss pong takper...dia memang dah tahu dah. Dan dia pong faham sebab dolu2 masa dia belum jadik boss dia pong mengalami perkara yang sama hehehe. Mokcik makang kat sining...


pekena curry laksa n iced lemon tea..


wokey...kita makannn duluuu...

11 comments:

  1. beli pen drive yg baru tak semestinyerr tak leh dihinggapi dek virus ghittewwww..

    ReplyDelete
  2. jalan nak ke casuarina hotel, ke rumah MB dan suk masih lagi di tutup

    susah hati sungguh sebab semua orang akan ambil jalan alternative, kawasan opis ummi yang lengang dah berserabut pagi-pagi

    bilalah nak settle :(

    ummi dah lama pakai card reader :)

    ReplyDelete
  3. en_me,

    hehehe..alasan nak beli pen drive baru ajer mokcik nie kan...

    ummi,

    Nasib baik kat Ipoh tu ada beberapa jalan alternatif kan..tapi jalan ke SUk tu memang selalu jem nak2 time budak balik sekolah huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. kesian pakcik tu menunggu tup tup bila tiba masa dia ntah ada lagi ke tak...

    oh laksa tu nampak sedap nak semangkok azwa...

    ReplyDelete
  5. Sabar jerlah kak azwa...melambak kesnya yer...

    Yerlah masing2 sumer nak kes cepat, tapi sian sungguh pokcik tu....kena letak tag urgent kat file dia tu..heheheeee

    banyak2 benda beli tu, tag kaler2 tu berkenanlah pulok, kena carik ni...beli kat Mydin ker tu?

    ReplyDelete
  6. mokcik..

    senang kan pakai card reader tak deler.. nak usung kamera ke hulu ke hilir lagi..

    gitulah duduk kat state kan.. melayan masyarakat.. zar pun pernah tengok satu kes.. orang kg report pokok getah dia kena serang dgn kera.. pi report kat jabatan kami.. kesian pun ada nak marah pun ada.. ehhehhe

    ReplyDelete
  7. nampaknya zino pun kena beli card reader.. hehe..

    kesian orang tua ituuuu.. lama tak tunggu tu..

    ReplyDelete
  8. kes2 utk warga emas didulukan mcm dipjbt kerajaan. Bukan apa takut tak sempat je...
    peh pekena laksa...nampak sodap je.
    order semangkuk.

    ReplyDelete
  9. Kak elle,

    tu la pasal..sebab kebanyakan tuan punya tanah nie memang golongan veteran...

    meh kita makan curry laksa bersama2

    Salwa,

    pening gak azwa nak sort out mesyuarat tu sebab semua involve golongan pokcik mokcik..paling mudah ikut turutan tahun dan tarikh bicara

    Tag tu comel kan..akak beli kat sabasun.. tapi kat stationery shop mesti ader kut..

    Zar,

    memang senang guna card reader hehehe tengkiu bagi idea..

    aaa...ader satu kes pokok tumbang masa ribut petir kena kereta orang yang kebetulan lalu...kami juga kena samannn...

    Zino,

    sila beli...20 hengget jer bak kaa zar tu hehehe

    harap2 panjang la umor pokcik tu..

    zue,

    kalau ikutkan hati memang la nak bagi keutamaan kat golongan veteran, tapi yg tahun 2003 punya pong semua golongan veteran gak sedang menunggu giliran huhuhu

    meh pekena laksa semangkok...pergghhh...

    ReplyDelete
  10. tujuang sebenar entry ni ialah nok menayang dia makang hok mee kari tu jah... hahhahahaha... eh, bunga tu yg goyang2 tu kan? kat sini pon ada banyak,, tapi ada gak bentuk gambar kepala baby la..dok goyang2..cute!!!!

    ReplyDelete
  11. Sanya,

    eh...mana tahu nie...hehehehe..

    a'a bunga dok goyang2 tu...tapi kat sini ada satu tu jer la pattern dia...huhuhu

    ReplyDelete