Sunday, January 25, 2009

HELLOOO..SUNYINYERR OFIS..

Pagi ni azwa masuk awal ke pejabat. 7.45 pagi azwa dah punch in. Suasana pejabat pun sunyi sepi macam dilanda garuda...ramai yang mengambil cuti rehat, maklumla jika dicampur tolak cuti sejak hari jumaat hingga selasa, dapat la 5 hari.

Rancangan awal azwa nak juga ambil cuti hari ini...tapi alahaiii...court pulak tetapkan tarikh untuk bicara 5 kes pagi ini. Boss awal2 lagi dah indicate bagi mandat pada azwa untuk handle kes2 tu...huhuhuhu. Anyway, sekolah asben cuti hari nie, jadinya tak lah kelam kabut sangat nak uruskan anak2 yang sekolah mereka juga tak ambil cuti hari ini.

Walaupun kat pejabat nie sunyi sepiii jerrr tapi jalan2 kat KT nie boleh tahan jugak jemnya. Kalau dilihat banyak kereta plet nombor dari state lain...masing2 mengambil kesempatan tempoh cuti yang agak panjang la tu kan.

Hari khamis tempohari dah berjanji2an dengan Cik Non ( mak kak Ina) nak berjumpa hari ni di Mydin. Semalam dapat sms dari anak Cik Non, Cik Non tersilap tarikh, sebenarnya akan turun KT pada 26/1...alahaiii...dah tak sabar nak tengok tudung yang diorder tu. 26/1 pulak azwa dah berjanji dengan kawan yang tengah dalam pantang di Bachok untuk datang melawat dia. Hmnn...takde rezeki la nak berjumpa dengan Cik Non...nampaknya kena poskan la tudung2 tu huhuhuhu.

Okla selamat berhujung minggu dan bersantai2 di tahun baru cina ini, jumpa lagi hari rabu daaa.....

9 comments:

  1. azwa court tak tutup ke raya cina ni?

    happy holidays:)

    ReplyDelete
  2. selamat bercuti... projek dah siap ke? hehe

    ReplyDelete
  3. Selamat bercuti azwa...tak pi memana ke cuti panjang ni...?

    ReplyDelete
  4. azwa

    projek tudung ekin ke tu? ehhehhe

    Kat KL pun sepi you.. jalan lengang, besnyer.. boleh drift lagi kalau nak.. hehh

    ReplyDelete
  5. Kak elle,

    Hari ahad kitaorang kerja huhuhu...

    abis ker makan limau2 mandarin tu hehehe?

    Zino,

    Projek dah 80% siap..insyaAllah hujung bulan depan siap lah sepenuhnya.

    Kak Anie,

    Hari isnin lalu gi bachok kelate...kak anie gi mana cuti tahun baru nie?

    Zar,

    Azwa panggilnya tudung Cik Non...sebab tak berapa berkenan ngan ekin hehehehe

    ReplyDelete
  6. arini dah rabu weiii.. hi akak azwa tewww

    ReplyDelete
  7. sian akak kena keja dihari org sedap bercuti.nak wat camner..dah keja kita

    ReplyDelete
  8. En_me,

    aik...aderr...ingatkan dah bercoti2 untuk bermain ngan yaasir tu heheeh

    Irfa,

    A'aa..nak buat camno kan dah tugas kita cenggitu..

    ReplyDelete
  9. hari ini datang opis, sunyi sepi :)

    seronok gak sebab tak ada orang

    boleh buat keje dengan tenang dan sesuka hati :)

    ReplyDelete