Monday, January 12, 2009

MAIN MASAK MASAK

Amaran : Tiba- tiba entry hari ini terpanjang lerr pulak. Kalau malas nak baca, tengok gambar2 ajer la yer..

Pagi tadi pecah rekod bangun awal...5.28 pagi. Biasanya set jam pukul 6 pagi. Ntah apa mimpinya, asben set jam seawal 5 pagi. Tiap kali alarmnya berbunyi, azwa terbangun dulu...tengok2 kawan tu set semula alarmnya. Sambung tido semula...tup tup...kringgg....kringgg...tido balik...kringgg...kringgg...lagiii...adoii. Last2 pukul 5.28 tu azwa bangun dan merajinkan diri ke dapur. Pagi tadi gorengkan nugget ayam Ramly untuk bekalan anak-anak ke sekolah. 4 keping lagi untuk azwa sendirik...dah ngap dua baru teringat nak ambil gambar nie hehehehe....





Jam 9 bertolak ke mahkamah. Dalam jadual ada bicara pagi ini. Dah prepare dah seme dokumen dan soklan2 seadanya. Nak lebih2 pun biasanya soklan2 tu datang secara spontan berdasarkan jawapan saksi. Dah berkobar2 nak bicara pagi nie, tup tup Hakim cadangkan agar kedua-dua pihak berhujah atas isu undang-undang/liabiliti sahaja dulu. proses ini tidak memerlukan kehadiran saksi. Kes di tunda lagi ke bulan mac.

Well, still early... might as well gi beli lunch sekalik. Azwa menuju ke mydin...ke restoran nasi ayam hainan pak awie yang sodap itteww....RM4.50 sahaja. Berbaloi la dibandingkan dengan chicken rice shop punya yang RM8.50 itteww ( not to say crs tu tak sedap ekk...)



Dah ke mydin, kill two birds with one stone kata omputih, azwa singgah beli susu friso untuk hadi. Exceli semalam dah beli setin sebagai percubaan. Sejak balik kampung tempohari, susu hadi telah kami tukar ke dugro perisa cokelat. hasilnya...pelaburannya juga kaler cokelat huhuhu dan bentuknya macam pelaburan kambing pulak...sebijik sebijik...huhuhuhu... babysitter cadangkan tukar susu ke friso, mana tahu serasi. Semalam azwa cuba terai test tengok, nak pulak dia menyusu. Alhamdulillah. Sebelum ini dia reject susu perisa selain cokelat.



Citer semalam

Semalam balik lewat. Singgah ke Giant mencari pin baju yang dipesan asben. Untuk pinkan nombor ke baju budak2 yang ikut merentas desa sekolah dia. Sesambil tu mencari bahan2 utk main masak masak. Sampai kat rumah, aisey...satu benda tak masak lagik. Nasib baik Aman tanpa disuruh menanak nasi. Azwa keluarkan ayam dan udang. Asben plak balik ngan ikan keli dan lampam. Azwa pun seperti lipas kudung mulakan projek memasak resepi paling simple...ayam masak sup Dusun's style, udang masak guna perencah nasi goreng adabi dan ikan keli serta lampam goreng. Biasanya klu terjadi kejadian seperti ini, asben akan beli lauk ajer. Tapi semalam masing2 dah malas nak keluar, so azwa masak yg sempoi2 ajer la. Kelihatan dalam gambar ikan keli lampam goreng ngan udang ajer...sup ayam still dalam periuk kaedahnya hahaha... tak ketinggalan tu tangan hadi yang tak sabar2 nak makan tu...hehehe


Hah...ini lah projek main masak masak azwa. Ke hulu ke hilir azwa cari biskut marie jenama tiger...tapi di semua pasaraya yang azwa pergi, boleh takde pulak jenama ittewww. Hmnn...last2 azwa guna jenama munchys. Resepi kek batik simple yang diberikan oleh adik azwa dicuba terai test. Ini lah hasilnya.... kek batik...dah nak habis baru teringat nak tangkap gambar nie hehehe..


Another view of kek batik simple


Ni lagi satu projek main masak masak azwa. Haa...pernah tak nampak buah ini??? Rasanya buah ini takde di Semenanjung kut. Hah ini lah buah Bambangan...femes la di Sabah sana. Buah nie sekarang pun payah nak jumpa dah. Ni pun dapat bawa balik tiga biji setelah asben tanpa jemu2 pusing2 di tiga buah pekan semata2 mencari buah ini. Pertama kali merasa buah ini dimasak oleh mama, asben azwa terus jatuh chenta lagiii...lagiii lagiii ku jatuh chentaa...setiap kali balik Sabah buah nie la dia cari dulu.


Buah Bambangan ini bila dah masak mengeluarkan bau seakan buah bacang. Buah yang mentah mempunyai getah yang bisa...tangan boleh luka kalau silap kupas dan terkena getahnya. isinya, mentah atau masak sedap dimakan jika dimasak bersama-sama ikan masin. Sesiapa pernah ke Sabah mungkin pernah dengar masakan ini. Salah satu lagi cara masaknya mencampurkan hirisan buah bambangan ke dalam sup ayam atau daging...sodappp. Ia juga boleh dijadikan jeruk dengan menggunakan bijinya sebagai bahan peram.


Oleh kerana Asben suka makan, kena la azwa belajar masak ikan masin bambangan dari mama azwa...tapi azwa suka pedas skett so azwa modified boh hirisan cili padi...


Akhir sekali...gambar rumah yang terkini. Nampak elok skett selepas dicat...ok la...have a nice day seme... daaa....



10 comments:

  1. haduih..ini entry utk cover sebulan punya entry nih. hahahahha... anyway, tingin le jugak nak rasa buah bambangan tu..nampak macam sodap je. huhu.. nak jugakkkkkk!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Nak rasa buah bambangan meh la sining hehehe...sodap tak sodap belakang kira, yang penting dapat la merasa buah yang semakin pupus ini huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Azwa...buah bambangan tu...camaner rasanya...pernah dengar tapi akak tak pernah rasa...akak dgr nama buah ni masa tengok rancangan masak lauk Sabah/Sarawak...tak ingat dah...

    ReplyDelete
  4. Kak anie,

    Bambangan nie masa mudanya rasa masam macam buah mangga tapi dia ada rasa dan bau yang agak unik skett...org tak biasa memang tak suka la.

    Bila dah masak, isinya warna kuning macam buah bacang...yang muda sedap dicampur dalam sup. yang dah masak sedap bila dicampurkan dgn ikan masin...fuhhh

    ReplyDelete
  5. "bau macam longkang, sedap macam bambangan.." uhuhu

    ReplyDelete
  6. azwa

    poskan ke KL sikit gulau buah bambangan tu.. ehheh

    Wah projek rumah dah makin nak siap yer.. caiyokkk

    ReplyDelete
  7. en_me,

    wah..alangkah punya perumpamaan kahkahkah...

    zar,

    hahaha...takut bila sampai kl dah tak rope gulai dah huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. kak... sas dah lama nak wat kek batik tu, tak terbuat sampai sekarang... keskeskes...

    buah bambangan? pertama kali nengok kat blog akak nih... apa rasanya kak? tetiba teringat plak buah sukun... :p

    ReplyDelete
  9. SEKALI APDET PJG CITERNYA.X PENAH CUBA BUAT KEK BATIK PDHAL SIMPLE SGT..TAPI PENYAKIT 'M'LAGI BANYAK.TU PASAL X PENAH BUAT.HEHE

    ReplyDelete
  10. Sastri,

    Azwa pun pertama kali tu buat kek batik tu...sempoi jer ropenya buat kek nie.

    Bambangan tu rasanya masam, tu yg sesuwai dimasak ngan ikan masin kut sebab berlawan rasa masam masin.

    Irfa,

    Betoi tu..memula rasa leceh ingatkan nak kena bakar ker kukus ker...ropenya main campak2 ngan kacau2 ajer.

    ReplyDelete