Wednesday, October 8, 2008

KEMBALI BERTUGAS

Azwa plan untuk masuk kerja semula 6/10/2008. Maklum lah kononnya nak siapkan kerja2 sebelum pergi berkursus ke Bangi minggu depan. Tapi akhirnya kena ambil cuti kecemasan dua hari, 6 & 7/10/2008. Sabtu lalu Hadi start demam panas, diikuti dengan Aini dan semalam Azza. Hadi pula badan dan mukanya dah mula dipenuhi rashes. Ke klinik, doktor kata ianya sejenis demam campak tapi lebih kepada jangkitan yang tidak merbahaya. Anyway, ia cukup untuk membuat baby rimas kerana terasa gatal dan panas katanya. My mom kata, kalau kena campak tak boleh mandi. Tapi doktor kata kena mandi untuk hilangkan rasa panas dan gatal. Diberikan sabun khas dan ubat sapu untuk Hadi. True enough, lepas dimandikan dan disapukan lotion tersebut, baru lah Hadi dapat tidur lena.




Balik dari klinik kami buat operasi membersihkan bilik tidur, menukar cadar dan sarung bantal segala. Kadang2 kita tak perasan kut2 kat bantal ker tilam kita ada hama yang boleh mendatangkan jangkitan especially kat baby. Hmnnn...cian baby Hadi...doktor kata at least dalam 10 hari la rashes tu akan hilang sendiri, tapi kalau kebersihan tak terjaga jangkitan boleh berulang kembali. Kena beli ler jugak cover protecter untuk membunuh hama nie huhuhu...

Oleh kerana azwa bercuti semalam, tak tahu le pulak hari ini ada jamuan raya diadakan di pejabat tempat azwa kerja ni. Jamuan tersebut untuk semua warga kerja di bangunan tempat kami berkerja. Ia merupakan acara tahunan yang diadakan oleh kerajaan negeri untuk pekerja2 di bangunan SUK. Patutlah masuk2 pejabat jer tengok semua orang pakai lawa2 belaka...hahaha, sib baik pagi ni tak pakai slack huhuhu. Hidangan lazat2 belaka, cuma tak berapa terurus cara pengambilannya sehingga bersesak2 pokcik dan mokcik berebut2 mengambil makanan. Yang bestnya, sambil makan ada pulak persembahan oleh unit seni dan kebudayaan....hah...ada artis diundang iaitu Anis Suraya dengan Faizal senyum sokmo hahahhaa.



Ni gambar Faizal senyum sokmo tengah menuju kearah khemah VIP untuk bersalam2an dengan YB2 hahaha..Anis suraya tak sempat amik gambar sebab terlindung oleh pokok bunga besar depan kami pulak...lagu dinyanyikan pun lagu sedih seolah2 melambangkan dirinya pula. Semoga di hari raya ini beliau tambah tabah.

Raya tahun ini memang sederhana sangat la. Azwa n family pulun berjalan ke rumah sedara mara pada raya pertama. Kami dah jangka kesesakan luar biasa akan berlaku pada keesokan harinya sehingga warga perantau balik ke tempat kerja masing2 hehehehe. True enough, esoknya nak keluar ke Batu Enam pun bercinta! Kami berziarah ke rumah rakan2 suami ke arah Gong Badak dan Seberang Takir( arah air port)...hah...legaaaa...kat sana takdak jem. Langsung tak menjenguk Mydin atau Giant la kami selama seminggu hahahhaa

Raya pertama Azwa masak lontong...masih perasan seolah2 berada di Perak hehehe. Bukannya apa, di sini setiap hari ada nasi dagang dan nasi minyak. Maka pada hari raya takla miss nak makan nasi tu semua. In fact, MIL azwa hantar seperiuk besar nasi dagang... siap boleh azwa kasi hidang kat tetamu lagi hehehe. Orang kat sini memang tak biasa makan nasi impit dengan kuah lontong, depa makan dengan kuah kacang. Nasib baik azwa pun tak masak banyak2, cuma untuk keluarga ajer...kalau tak harus membazir la lontong i itteww...isk isk isk. By raya ketiga, kami makan nasi kuah singgang ajer...dah tak larat nak makan mende2 yang bersantan2 tu .

Oh ya, azwa akan buat jamuan open house pada 24/10 ini...open house raya merangkap hari lahir baby Hadi yang pertama dan juga genap 14 tahun ulang tahun perkahwinan Azwa ngan asben. So, kalau ada member2 nak datang beraya tu dengan segala besar hatinya dijemput hadir hehehee...hah...Zino meh la datang beraya hahahaha...

3 comments:

  1. Salam Azwa



    kalau anak anak jatuh sakit, mmg merumitkan


    tahniah.
    Dah 14 tahun dah , nyer



    cHe aBear ada di Trg skrg nie
    Ada kerja kat Bukit Besau tu

    ReplyDelete
  2. PB,

    tengkiu...doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

    Bukit Besau...dekat dah ngan tempat kerja akak tu. Kalau la PB ader kan best, bleh kita berdating hehehe.

    ReplyDelete
  3. kalau kat ipoh boleh gagah lagi pergi tu.. ni kat ganu.. aduhh hehe.. terima kasih ats jemputan..

    ReplyDelete