Sunday, October 26, 2008

OPEN HOUSE

JUMAAT, 24/10/2008. Genap setahun usia baby Hadi. Syukur kepadaNya kerana mengurniakan seorang lagi putera yang comel kepada Abe dan Azwa.







Abang Usop n Baby Hadi



Abang Aman n Baby Hadi



Abang Asan n Baby Hadi



Open House Aidil fitri yang diadakan bersempena hari lahir Hadi berjalan dengan lancar sekali. Tetamu mula datang bersilih ganti seawal jam 11 pagi. Yang paling awal tiba, dua orang staff opis Azwa...Azwa baru jer dalam proses menyediakan makanan atas meja hidangan. And am still in my jeans masa dorang datang hahahaha...

Seperti diduga, tetamu paling ramai datang selepas solat jumaat. Ha...ingat lagi entry emo Azwa pasal menu nasi ayam bertukar nasi dagang tu.. Hmnn...kali ini nasi dagang MIL memang menjadi! Nasinya lembut, gulai ikan tongkolnya pun memang yummyiliciuos. Sokojap yo dah abis dah nasi dagang...licin! Pasalnya, ada pulok pokcik mokcik yang tak makan ayam, so nasi dagang la jadi pilihan mereka. keduanya, ada tetamu yang nak merasa nasi dagang dan nasi telur, tapi ended up menambah dan menambah lagik...hehehehe. Nasi telur yang menjadi bualan ramai kerana jarang dijumpai, tambahan pulak gulai ayam MIL memang power. MIL kena masak tiga round kerana demand yang tinggi...muaaacchhh MIL...sayanggggggg dia...tak lupa tengkiu gak pada SIL dan kazen2 Abe yang banyak membantu melancarkan majlis.

Satu lagi menu paling laris adalah Tapai! Sampai ada yang ke dapur mencari tapai hahahha...memang tapai buatan Tok Mi manis dan lazat sekali. Tahun depan nak tempah lagi la Tok Mi ek. Pulut panggang inti ikan menjadi penyelamat kala keputusan nasi sementara menunggu MIL hehehe. Boss besar pun sudi meluangkan masa menghadiri majlis bersama isterinya. Seronok melihat semua jemputan menambah berkali2...dari pada bimbang makanan tak habis, bertukar bimbang makanan tak mencukupi. Alhamdulillah, makanan cukup2 untuk semua...kalau ada yang berbaki pun cukup untuk makan malam kami sekeluarga.

Lepas 'menutup rumah' pada pukul 7 petang, acara berkemas pun bermula. Lima bungkusan plastik hitam besar Abe angkut naik dalam kereta. Azwa pun tetiba tergerak pula nak join Abe...padahal nak gi buang sampah jer tu hehehe. Juz the two of us...pengantin lama hahaha. Kebetulan ianya anniversary kami yang ke 14 tahun bersama. Dalam perjalanan, kami berbual tentang insiden hampir2 tak cukup makanan untuk dijamu siang tadi.

" Itu lah, kalau awak tak kensel nasi ayam, tentu takde la masalah kurang makanan tadi.."

" erkkk.....helloooo...bukan saya yang kensel tau, mak abang yang buat keputusan tak payah masak nasi ayam..."

Asben terus tergelak. Tapi takper la, kali ni nasi dagang MIL meletopsss, so saya tak de nak komplen apa2...cuma bersyukur kerana open house yang pertama kali kami adakan di "Ganu mendapat sambutan hangat. Agaknya semua sedara mara sahabat handai teruja nak datang kerana ini pertama kali kami buat sambutan raya on our own kat sini. Selalunya menumpang MIL ajer kan hehehe. At least Azwa dah ada idea bila nak buat jamuan naik rumah baru kelak, insyaAllah...

5 comments:

  1. salam azwa ni kak elle singgah pulak...alamk terlepas lah ngan OH tu tapi saya tak reti mkn nasi dagang.

    Happy birthday pada baby Hadi and happy anniversary pada pengantin lama juga:)

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir buat baby hadi.. semuga panjang umur murah rezeki dan menjadi anak kebanggaan ayah bonda.. amin..

    ReplyDelete
  3. azwa
    ala nak rasalah nasi telur tu...

    Aniway.. Happy Birthday ti baby Hadi.. semoga menjadi anak yang soleh dan kebanggan umi dan ayah

    ReplyDelete
  4. Kak Elle...tengkiu singgah ke rumah azwa. OH kali nie takper terlepas...house warming azwa nanti jemput datang ek...

    tak reti makan nasi dagang, bleh makan nasi telur kak...hehehe

    Zino,

    Terima kasih, mudah2an terkabul doa.

    Zar,

    Ha...next time nak mari ke sini, koling2 la, bleh i minta jasa baik MIL sediakan nasi telur hehehehe

    ReplyDelete
  5. salam kak azwa..
    alaa..meleleh dgr menu oh akak.
    nasi telur tu apa?lauk telur saja ker?telur rebus atau telur goreng?

    ReplyDelete