Wednesday, October 29, 2008

KISAH AINI DAN AZZA


Jam baru menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Alahai...tapi kelopak mata terasa berattt ajerr..Ni semua gara2 tak berapa dapat tidur lena semalam. Semalam for the first time, Aini dan Azza tidur malam tanpa memakai pampers! I dunno about you all, but my two anak dara ini still pakai pampers at nite at the age of 6 and 5 respectively. shame shame betoi...hehehehe. Lagi teruk sejak akhir2 ini, kedua-duanya mula menunjukkan tanda-tanda kebergantungan kepada pampers, apabila siang2 hari pun nak pakai juga. Sebenarnya mereka berdua bila dah ralit menonton vcd atau bermain, malas nak ke tandas. So, last nite i told myself, enough is enough la. Kena juga ajar mereka untuk bangun memalam membuang.


But that's mean i've to wake up at nite too juz to make sure those two girls tak membasahkan tilam nanti. Mujur kedua-duanya tiada bantahan bila azwa letakkan tilam kecik mereka betul2 berdekatan tandas. Alasannya sudah pasti untuk memudahkan mengangkat mereka ke tandas nanti. Yang lotihnya, azwa kena buat perkara ini sendiri. Cik Abe lepas maghrib ajer dah landing baik punya. Agaknya masih keletihan banget ler tu sebab hari sebelum tu Cik Abe n friends telah pergi ke Tasik Kenyir untuk memancing. Janji balik pukul 3 petang, sampai kami dah nyenyak tidur tak balik lagik malam selasa tu. Paginya terus ke sekolah...hah mana tak penat. Tapi dah hobi Cik Abe memancing, biar jer la. Lain la kalau dia pergi merendek ngan pompuan atau lelaki lain kan ihiksss...nauzubillah.

Masa masuk tidur pukul 11.30 tu, azwa dah pesan kedua anak dara untuk mengosongkan tangki terlebih dahulu. Pehtu azwa set jam dalam pukul 1.30 pagi untuk bangunkan mereka. Agaknya sebab risau sangat, mata enggan terlelap. Setakat tidur2 ayam ajer la. Belum pukul 1.30 azwa dah terjaga. Mula2 angkat Aini dahulu, setelah selesai, angkat Azza pulak. Alhamdulillah kedua2nya tak meragam pulak. Elok ajer menurut arahan hehehehe. Begitulah seterusnya, every two hours azwa kan bangunkan mereka untuk ke toilet. Pukul 5 pagi, azwa bangun untuk bersahur sebab nak abiskan juga puasa ganti dalam bulan syawal ini. Lepas sahur, sekali lagi bangunkan mereka untuk membuang.

Phewwww...end of day one. Malam pertama berjaya diharungi tanpa apa-apa kemalangan hehehehe. Hopefully malam2 berikutnya pun begitu juga. Azwa masih ingat few years back, ketiga-tiga anak bujang azwa tu pun still wearing pampers at nite at the age of 6,5 & 4. Lebih dua minggu menjadi rutin setiap malam Cik Abe n Azwa untuk mengangkat ketiga-tiga mereka ke toilet sehingga secara tiba-tiba akhirnya ketiga-tiga mereka tidak perlu bergantung kepada kami untuk bangun memalam jikalau perlu ke toilet. However, in betweens tu, memang ada ketikanya kemalangan berlaku. Memang meletihkan juga bila kemalangan berlaku...nak membasuh tu memang bercinta sungguh. at least rumah sewa kami skang separuh kayu, so mudah sket nak membasuh...curah air ajer.



Bagaimana anda? Apa pengalaman atau tips yang boleh dikongsi dalam menangani masalah seperti ini?

13 comments:

  1. salam kak azwa..
    emm susah gak kan?
    kedua2 anak irfa tinggalkan diapers bila berumur 2 1/2 tahun.
    sbb mak ayah x mampu nak beli diapers(hehe)..latih mrk masa cuti sabtu ahad..lama2 diorang sendiri xnak pakai..itu je pengalaman saya..

    ReplyDelete
  2. Ika pun diaper free masa umur 2- 3 tahun. Tragedi memang biasa dalam proses toilet train tu.. macam macam hal pelik pelik berlaku hehhee

    Rasanya azwa, memang tak de cara lain dah tu.. kena alert every hour tapi 2 jam sekali tu cepat sangat.. cuba 4 jam sekali

    Good luck azwa

    ReplyDelete
  3. Irfa,

    Bagus jugak umur awal2 dah latih mereka kan...harga pampers skang nie pun bukannya murah. Okey juga idea latih mereka msa cuti weekend tak ler rasa letih sangat.

    Zar,

    Setakat ini Aini masih ok..tapi semalam Azza dah tereksiden sekali hehehehe. Ingatkan dalam 2 hours tu ok la, tapi baru sejam lebih tido dah bocor ... cik abe ler kena membasuh muahahaha.

    Dalam sehari dua lagi nie kot bleh la extend 2 hours tu ke 4 hours plak.

    tengkiu kenkawan for the tips.

    ReplyDelete
  4. biasalah tu...anak maklang yang dah 15 dan 12 tu pun dah mula pakai pampers jugak he..he...memang kaum hawa ni tak abis2 pakai pampers!

    ReplyDelete
  5. Salam Azwa...anak bongsu kak anie tu...last pakai pampers waktu siang masa berusia 2 tahun...bila dah masuk 2 tahun lebih dah stop sebab dia dah takmo buang air dlm pampers lagik...bila terasa nak kencing dia bangun...

    Azwa cuba latih nanti lama2 diorang pandai...Insyaallah

    ReplyDelete
  6. salam kenal..
    Kencing mlm atau terbabas..adalah perkara biasa. Bila kanak2 dah umur 6 thn. keatas masih kencing mlm..itu dah patut kena berubat atau jumpa dr.

    ReplyDelete
  7. zino,

    hehehe...tengah buat projek besar nie kena ler cari cara2 untuk penjimatan harharhar

    maklang,

    org pompuan nie kannn, terpaksa ler pakai pampers bila besfren mari hehehe

    en_me,

    tengkiu sudi menziarahi rumah akak. A'a life's like that.

    kak lady,

    tengkiu sudi datang. memang jeles dengar anak orang lain 2-3 tahun dah stop pakai pampers. my anak dara tu manja lebih, kena plak umi abah dia malas nak train awal2 hehehe sendirik gak susah skang hehehe

    zue,

    salam kenal kembali. Hmnn...betoi gak tu, teringat plak anak no. 2 dulu bukan setakat malam siang2 pun bleh terkencing.org tua2 kata kencing tak lawas. tengok la sehari dua lagi apa perkembangan dorang.

    ReplyDelete
  8. Kena latih awal, anak teman umur 3 tahun dah tak pakai, tapi kena latih untuk ke toilet...

    ReplyDelete
  9. memang letih kalau baru baru nak latih budak budak ke tandas ....



    semoga semua berjalan lancar

    dan paling penting jangan ada kemalangan kemalangan kecil tuuuu

    ReplyDelete
  10. krsintanselatan,

    tu ler...anak azwa tu siang takde problem, tapi tang malam alahaiii. ni yang tengah berusaha training depa tu

    PB,

    tang kemalangan kecik tu ler yang lomah tu heheheh. doakan agar kami berjaya dalam ujian toilet training ni ya

    BP,

    kalau pass tak pakai pampers waktu malam lagiiii comelll hehehe

    ReplyDelete