Tuesday, October 28, 2008

HARI SELASA YANG INDAH

7.30 am

Hari ini rezeki memang bagus sekali. Pepagi tadi masa rushing nak datang opis, Usop sempat hantar roti canai dan dua bungkus mee hoon goreng sebelum dia ke sekolah. Foods from my FIL's stall. Kerana tak sempat bekfes, azwa sambar dua bungkus mee hoon dan beberapa biji pau berinti kelapa yang dibeli semalam untuk mengalas perut.

8.15 am

Sampai opis, dah sibuk2 menyiapkan witness statement, terlupa plak nak makan.

9.55 am

Bergegas ke court sebab ada hearing hari ini. Ada beberapa kes, tapi yang lainnya boss handle. Yang untuk hearing pagi ini azwa handle, sebab tu bleh gi lewat skett hehehehe...klu tak harus ada yang kena dnaa lagik ihiksss. Biasanya open court, judge akan start lewat sebab dia nak perabihkan kes dalam kamar dahulu. On the way ke kereta tu, sempat masukkan dua biji pau ke dalam henbeg...sambil drive makan pau. kalau hearing jalan, sampai ke tengahari la jawabnya perut akan kosong jika tak diisi.

1o.15 am

Sampai kat court room, the other side dah minta postpone kes. Memang sejak minggu lepas beliau itu beria2 minta azwa pohon tangguhan sebab katanya dia banyak kes lain nak handle. Aik, dia yang nak tangguh nak minta kita pulak yang pohon. Where got road kan. Kebetulan pulak pagi nie, dia nampak boss datang, dia pun cepat2 minta kes kena panggil sebelum azwa sampai. Pandai dia ek....takper...takper..as long as on record bukan nama i yang minta tangguh dah ler. Kes nie pun rasa2nya akan jadi panas juga nie. Last week azwa ada terbaca dalam paper yang penduduk kampung sekian sekian akan menghantar memo kepada client kami untuk mencari penyelesaian. Kalau dapat diselesaikan secara aman, ok juga. less one headache for me.

10.45 am

Wau...dah bleh balik opis dah. Hmn.....since perut pun dah berkeroncong untuk ana, azwa menuju ke mydin yang dok bersebelahan jer ngan bangunan mahkamah tu. Sempat sambar satu tudung dan beli nasi ayam untuk lunch terus...pehtu balik opis la untuk menyambung kerja2.

12.20 pm

Sambil menghadap pc makan mee hoon dulu. Cadangnya nak attack nasi ayam dalam pukul 1 nanti. Elok jer habis sebungkus mee hoon...datang pulak PA boss. Katanya pejabat sebelah kami adakan jamuan raya. Depa jemput kitaorang la datang makan-makan. Ibaratnya macam kunjungan balas la sebab masa jamuan raya tempohari kami ada jemput depa makan2 kat opis kitaorang. Wah...ada soto, nasi dagang, sate, tapai dan bermacam2 jenis puding. Sempat juga makan soto, beberapa jenis puding dan last but not least....tapaiiiii....hmnnn...sodapppp

1.00 pm

Balik opis, masuk bilik, start menghadap pc semula. Perut dah kenyang, maka mata pun start layuuuu jer. Sofa kat tepi pintu dah melambai2 memanggil. Tapi ku gagahkan juga nak perabih kan entry ini dahulu hehehehe...nasi ayam tu kena tunggu dulu la nampaknya.

ok la...gotta go la, nak landing sokojap sebelum memulakan semula kerja2 pada pukul 2 ptg nanti. zzzzzzzzzz

No comments:

Post a Comment