Thursday, October 23, 2008
ENTRY EMOSIONAL PULAK DOH...
Pepagi lagi dah emo huhuhuhu...
Esok hari yang dirancang untuk kami mengadakan jamuan hari raya dan juga meraikan hari lahir baby Hadi yang pertama. Menunya dah lama Abe & Azwa plan, iaitu Nasi Ayam sket, Nasi Telur sket, Pulut Panggang sket, Tapai sket, Sate sket ( berapa punya banyak sket daaaa.....). Azwa memang purposely nak mengurangkan makanan yang bersantan dalam menu ini. Memandangkan Azwa memang tak pandai bab masak memasak nie, maka menu2 di atas telah ditempah dari pakar2 iaitu MIL, SIL, Tok Mi dan kazen Abe. Everything is going according to plan...or so i thought....huhuhuhu
Tup..tup..semalam Abe maklumkan kat Azwa, MIL nak masak Nasi Dagang juga. spontan Azwa kata, "eh banyaknya nasi...nasi ayam, nasi telur & nasi dagang?". Abe jawab, "Takpe la masak sikit-sikit". Azwa kata, ok la takde masalah, as long as my Nasi Ayam is still in the menu.
Pagi nie, SIL pulak called. Dia tanya kalau ada udang kering kat umah. Azwa kata ada la lebihan sikit untuk masak lontong time raya hari tu. Katanya nak guna untuk campuran nasi telur. Pehtu, SIl kabor...
"Mak kabor masak nasi dagang la kak".
Azwa pun jawablah, " Takper la"
"Akak rasa 10 kilo cukup dok?"
"Banyaknya...nanti nasi ayam nak buat berapa pulak?"
"Mak kabor tak payah la masak nasi ayam, dah nasi telur ngan nasi dagang ada.."
Alahai MIL aku nie...Azwa memang rasa frust sesangat sebab dah plan dah dengan Abe nak Nasi Ayam untuk jamuan nie. Bukan la kerana nak ikut selera Azwa semata-mata, tapi dok mengingatkan kat sini Nasi Dagang dah kira macam makanan harian, setiap pagi ada kat gerai FIL. Tambahan pulak dah diwar-warkan kepada jemputan2 menu hari tu Nasi Ayam...huhuhuhu
Nak kata kat MIL, " I dont want nasi dagang", kang merajuk pulak dia. Dalam buah delima betoi dibuatnya...Tak per la...sabor la duhai hati, mungkin ada hikmahnya menu Nasi Ayam bertukar kepada Nasi Dagang...sedeyyyyy
PROJEK BESAR PART 1
Nie la gambar2 asal projek besar kami tu. Cik Abe Azwa nie memang old fashioned sikit orangnya. Dan dia pulak orang "seni", tapi bukan artis ya hahahaha. Dia dah berkenan kat satu rumah kayu tu...kebetulan orang tu nak jual rumahnya. So, Abe pun beli la rumah nie. Gambar2 nie diambil sebelum rumah itu dirobohkan dan kini sudahpun diangkut ke tapak projek besar. Memandangkan treler ramai makanya, Abe n Azwa bersetuju agar projek ini dibuat "dua lapis" ikut istilah orang sini. Rumah nie dibuat dari kayu cengal, tu yang Abe tu berkenan sesangat...
Ni gambar bahagian tangga depan, tapi ikut pelan baru kedudukannya akan diubah suai.
Ni gambar pemandangan dari sisi rumah. Pertama kali melihat rumah nie, memang Azwa rasa ianya agak panjang. Ruang dalamnya agak luas dan yang penting kayunya masih elok lagi. Cuma kena buat renovation untuk membina toilet di tingkat atas kelak, demi untuk keselesaan penghuni rumah adanya hehehehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
guna..chef import tentu sedap nanti tu..semuga majlis berjalan lancar..
ReplyDeleteazwa
ReplyDeletekalau dah gitu, buat jer sikit nasi ayam tu. Buat sendiri jer..
Zar pun buat nasi ayam hari ni (again??) hehe. Mudah dan senang
Zino...masakan MIL memang sodap, laris macam goreng pisang panas hehehe
ReplyDeleteZar,
Azwa ingat len kali, nasi lain2 tu i import jer...nasi ayam masak sendirik muahahaha...