Assalamualaikum semua. Pekabar ibu-ibu dan bapa-bapa setelah 21 hari di bulan syawal?
Azwa seperti biasa, still batuk2 dan rasa pahit kat tekak nie. Selepas balik dari workshop tempohari, agak bizi la pulak nak catch up semula kerja yang kena tinggal seminggu. Yang seronoknya, kami mulakan hari kerja dengan jamuan open office pada hari ahad 19/10/08. Fulamak memang betul2 meriah dengan bermacam2 makanan yang telah ditempah oleh boss besau....sayangggg boss hehehehe. Tambah best lagik, sebelum2 nie kalau ofis adakan jamuan raya, officer akan buat collection...tapi kat sini, semua perbelanjaan ditanggung beres oleh boss.
Makanan sampai banyak berbaki kerana boss tempah banyak bebenor. Last2 kami sepejabat buat pesta tapau menapau makanan selepas waktu pejabat berakhir. Maknanya selepas takde dah jemputan hadir la hahahaha...Azwa tapau nasi minyak yang tak luak sampai boleh dijadikan breakfast keesokan harinya huhuhu. Bukan tak sedap tapi sebab makanan lain banyak sangat sampai tak larat nak makan nasi. Yang paling laku, nampaknya cendol dengan sate. Tapai pun ada tau huhuhuhu...tu pun berebut gak menapau tu hehehehe.
Semalam pulak terpaksa EL kerana kurang sehat. Hmnnn...terlebih makan makanan sedap2 agaknya ihiksss. Tapi seronok gak kerana dapat spend time dengan baby Hadi yang kena tinggal selama seminggu tu...cian dia. Petangnya, dah rasa ok. Bila asben balik, kami pergi melawat tapak 'projek besar' kami untuk tahun ini. Memang cepat sungguh Pokcik Pin yang mengendalikan projek itu menjalankan projek tersebut. Cuma yang tak berapa bestnya masalah bajet yang agak lari banyak. Maklum la zaman ini semua harga barang pun mendadak naik. Bila harga minyak dah turun, harga barang tak pandai pulak turun... Projek besar ini memang memberi kesan kepada kuasa berbelanja keluarga Azwa. Tapi takper la asalkan hasilnya memuaskan hati.
Bila dah ambil gambar sedikit sebanyak, nanti Azwa update tentang projek besar kami ittewww okes...
Pagi ini seperti biasa lepas kes, balik opis untuk settlekan kerja2 harian. Sejak balik workshop tempohari, Azwa still bersemangat la kononnya nak amalkan apa yang dah dipelajari. Salah satu daripadanya adalah amalan untuk mengambil 'file note' atau nota fail atau memo untuk setiap mesej yang diterima. Azwa terpanggil untuk mereka bentuk nota fail untuk pejabat setelah melihat bermacam2 bentuk nota yang diambil oleh kerani semasa ketiadaan Azwa. Dengan adanya nota fail ini maka mudahlah kerani menerima apa2 mesej untuk Azwa. Ianya dalam format rasmi yang mudah untuk difahami dan kaler kuning yang Azwa pilih memudahkan ianya dikenali.
Oh ya lupa pulak la nak citer, on friday dalam perjalanan balik ke 'Ganu, Azwa sempat berjumpa dengan HappyIrfa di KLIA. Sempat lagik Irfa menemankan Azwa shopping kat Sembonia ngan kedai coklat. Tengkiu bebanyak Irfa kerana sudi temankan akak. Len kali kita makan laksa lagik okes...hehehehe
Azwa
ReplyDeleteprojek besar tu nak buat rumah ek.. bes kan duduk kat state, boleh beli tanah dan design rumah.. aniway, semoga projek besau tu sukses..
Zar,
ReplyDeleteTengkiu. Seronok tu memang seronok tapi gerun tengok perbezaan harga barang. Dalam sebulan dua sahaja harga boleh naik sampai 100%...banyak larik gak bajet huhuhu
salam kak azwa..
ReplyDeletesmoga cepat baik yer..
projek besar nak buat atas pulau mana pulak hehe
ReplyDeleteIrfa,
ReplyDeleteBeransur pulih dah nie. thanks.
Zino,
Projek besau ni personal punya hehehe...Nak tahu projek besau kerajaan hah kabarnya tak lama lagi nak bina fly over dekat2 kawasan perumahan azwa tu. Nak mengelakkan kesesakan atas jambatan katanya.